N Athirah @ Siti Puteri Rawija: 2009

Khamis, 31 Disember 2009

"HIDUP BERANI UNTUK GAGAL"

Saya tahu contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dari blog MY ADHA : http://myadha.blogspot.com/

Tahun 2010 kini menjelma sudah. Adakah anda sudah bersedia untuk menghadapi cabaran sepanjang tahun 2010 ini? Beranikanlah diri anda untuk mengharungi cabaran dan dugaan pada tahun baru ini. Marilah kita sama-sama meransang 'minda bawah sedar' kita. Ingat! Kegagalan bukan punca utama untuk menyerah kalah. Oleh itu, beranikan diri anda untuk menghadapi kegagalan yang mungkin bakal diterima. Sesungguhnya kegagalan itu bukanlah punca kejatuhan kita. Tetapi adalah kekuatan untuk kita naik ke peringkat yang lebih tinggi dalam mencapai kejayaan.

"HIDUP BERANI UNTUK GAGAL"

Mungkin ada di antara pembaca blog ini yang tidak mengerti maksud di sebalik "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL". Dalam kita mengharungi kehidupan yang serba luas ini, tidak mustahil bagi kita untuk menghadapi kegagalan. Tetapi kita perlu ingat, dari kegagalan itu sepatutnya kita bangkit untuk mencapai kejayaan. Bukan seperti mereka yang gagal tetapi terus membiarkan diri mereka hanyut di dalam kegagalan.

Ingin saya huraikan mengenai "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dalam kehidupan seseorang pelajar. Oleh kerana saya sendiri merupakan pelajar sekolah menengah yang menjejakkan diri ke tahun 2010 untuk menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), wajarlah untuk saya menghuraikan topik ini dari sudut kehidupan pelajar.

Sebagai pelajar sekolah, setiap daripada mereka pasti akan menghadapi peperiksaan besar yang bakal menentu masa depan mereka. Mungkin ada di antara mereka yang kecundang dalam salah satu atau lebih peperiksaan besar tersebut. Tidak mustahil juga ada yang gagal dalam kesemua peperiksaan yang mereka hadapi. Hal ini kerap menjadi masalah kepada pelajar untuk meneruskan pembelajaran mereka kerana merasa diri mereka tidak mampu untuk menghadapi cabaran seterusnya. Seperti ada beberapa pelajar di sekolah saya yang sebaya dengan saya, setelah mereka menghadapi kegagalan dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan tidak mempunyai kelayakan untuk menempatkan diri mereka ke Aliran Teknikal mahupun Vokasional. Ada di antara mereka yang meneruskan pembelajaran mereka di sekolah menengah biasa dalam aliran biasa, dan ada yang menempatkan diri mereka di Aliran Kemahiran. Malangnya, disebabkan Aliran Kemahiran tidak menduduki SPM, mereka keluar dari aliran tersebut dan akhirnya tidak meneruskan persekolahan mereka. Menjadi kerugian bagi mereka tidak meneruskan pengajian dalam Bidang Kemahiran kerana aliran itu juga mampu memberi peluang kerjaya kepada mereka. Disebabkan tiada keyakinan di dalam diri mereka untuk berjaya selepas menghadapi kegagalan, mereka membiarkan kegagalan itu terus menyelubungi diri mereka.
Kita harus ingat, setiap yang kita lakukan perlulah difikir dan dipertimbangkan dari awal untuk menentukan kejayaan di masa hadapan walaupun sebelum ini kita pernah menghadapi kegagalan yang teruk. Keyakinan diri itu penting dalam kehidupan seharian kita.

Dari aspek lain pula, saya ingin menghuraikan mengenai kehidupan seseorang penulis kerana saya sendiri berada di peringkat awal menjejaki dunia penulisan. Untuk menjadi penulis yang profesional dan dapat menghasilkan pendapatan dari hasil penulisan mereka, kegagalan adalah tidak mustahil untuk mereka hadapi. Permulaan seseorang penulis itu menjejakkan diri ke dunia penulisan, mereka perlu banyak mempelajari selok-belok dalam menghasilkan penulisan yang baik. Karya mereka ditolak pada peringkat awal adalah perkara biasa untuk menambah baikkan lagi hasil yang mereka usahakan. Walau menghadapi banyak kegagalan, usaha untuk menonjolkan bakat di dalam diri mereka tetap perlu diteruskan untuk mencapai kejayaan yang telah lama mereka inginkan.

Oleh itu, jelas di sini menunjukkan kita perlu sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan walau apapun rintangan yang bakal ditempuh di hadapan. Kegagalan adalah salah satu aspek yang mungkin akan kita hadapi dan keberanian serta keyakinan diri perlu ada untuk menghadapinya. Sedarlah bahawa kegagalan juga adalah salah satu perkara yang boleh memberi kejayaan kepada kita.

Sematkan di dalam jiwa anda: "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL".

"Renungkanlah... fikirkanlah... huraikanlah hujah anda..." N Athirah.


Hujah di atas hanyalah mukadimah entri blog saya pada kali ini. Mungkin ada sesiapa yang berasa janggal apabila saya menggunakan kata ganti nama diri 'saya', tidak lagi menulis secara santai seperti sebelum ini dengan menggunakan kata ganti nama diri 'aku'. Untuk makluman, ini bukan permulaan gaya penulisan saya di blog ini untuk tahun 2010 ya.

Seperti yang tertulis di bahagian atas artikel saya ini, entri kali ini adalah untuk contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL".

Denaihati (Hidup Untuk Memberi) dengan berbesar hati menganjurkan contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" atas sokongan sponsor yang sentiasa bermurah hati iaitu DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare.

Hadiah bernilai lebih RM4,000 disediakan untuk contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL"

Contest ini mudah sahaja iaitu di penghujung contest:

1. Blog yang tersenarai di sesawang pencarian google.com/ncr menggunakan page the web berdasarkan browser FireFox dengan kata kunci “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” pada ranking 1 – 5 akan memenangi hadiah bernilai RM400.

2. Blog yang tersenarai di sesawang pencarian google.com.my menggunakan pages from Malaysia berdasarkan browser FireFox dengan kata kunci “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” pada ranking 1 – 5 akan memenangi hadiah bernilai RM400. Blog yang telah menang hadiah untung ranking 1-5 google.com/ncr tidak layak untuk menang.

Tarikh tutup penyertaan Contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL telah ditetapkan pada jam 20.20 pm pada 20.01.2010. Pemenang untuk semua HADIAH akan diumumkan 1 minggu selepas 03.02.2010.

Kepada pembaca blog ini yang memiliki weblog sendiri, sahutlah cabaran contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dan menangi hadiah lumayan. ^-^

Sebelum itu, ingin saya ingatkan kepada anda yang akan menyertai contest ini, jangan lupa letakkan ayat:
Saya dapat tahu contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dari blog: N ATHIRAH
(linkkan ke http://nathirah.blogspot.com/ dan letakkan ayat ini di bahagian atas artikel anda)
Untuk makluman lanjut mengenai syarat-syarat contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL", sila click sini.


"HIDUP BERANI UNTUK GAGAL"

Baca penuh >>

Rabu, 30 Disember 2009

"Memang cinta ada dalam jiwa kita..."

Entri kali ini adalah mengenai cinta. Kenapa mengenai cinta? Sebenarnya aku terbaca salah satu entri dari blog Zainal Alieff yang berlabel entri contest di link ini. Terasa juga nak menulis huraian mengenai ayat di bawah yang berwarna merah. Kan sebelum ni aku pernah tulis puisi jiwang (agaknya bukan sekadar puisi ja kot)... wakakaka...
Pada asalnya sekadar cuba-cuba... tak sangka pula huraian aku panjang berjela-jela. Hahahaha... jadi, aku kongsikan bersama pembaca di blog ini :D

Hendak tahu huraian dari aku mengenai cinta, bacalah entri ni sampai habis. ^-^

"Memang cinta ada dalam jiwa kita..." - Cinta Ada

Ya, cinta itu memang ada dalam jiwa manusia sejak azali lagi. Sesiapa yang berkata tidak pernah memiliki atau merasa cinta itu, bermakna fikiran mereka telah mendustai mata hati mereka. Begitu juga bagi sesiapa yang berkata mereka sudah tidak punya rasa cinta. Cinta itu tidak dapat difikirkan. Sesungguhnya cinta itu hanya dapat dirasai melalui hati kita.

Cinta itu fitrah manusia… Ianya telah lama berputik di dalam jiwa kita sejak kita masih belum wujud (sebelum kelahiran kita). Semakin hari cinta itu kian merimbun… semakin ianya kita cantas, semakin ia bertunas… Rasa cinta itu tidak boleh kita nafikan. Kehadirannya di jiwa bukanlah suatu paksaan. Tidak sempurna hidup kita tanpa rasa cinta itu… Maka, carilah cinta itu di hati kamu…

Cinta itu memiliki keindahannya… Ianya mendakap erat di dalam jiwa. Sebagaimana Adam dan Hawa yang bercinta ketika di Syurga… Angkara Iblis mereka terpisah. Kerana kuatnya perasaan cinta mereka, kuatnya simpulan kasih sayang mereka, akhirnya mereka bertemu jua di dunia.

Cinta di dalam jiwa itu memiliki kesuciannya. Kerana cinta, kita dapat mengenali Pencipta kita… Kerana cinta, bertambah kuatlah ketaqwaan kita kepada-Nya. Kerana cinta, kita taat akan suruhan-Nya. Kerana cinta, kita takut pada kemurkaan-Nya.
Kerana cinta jua kita mengenali Rasul kita… Kerana cinta, kita mengasihi baginda. Kerana cinta, kita mengikuti sunnah baginda. Kerana cinta, kita memohon syafaatnya.
Dan kerana cinta, kita saling kasih-mengasihi sesama insan, sesama keluarga, sesama saudara, sesama Islam.

Tanpa cinta, fitrah kita tidak sempurna.
Tanpa cinta Ilahi, kita hanyut tidak kembali.
Tanpa cinta Rasul kepada umatnya, kita hilang hala tuju.
Tanpa cinta keluarga, kita tidak berada di dunia ini atau kehidupan kita terabai tidak terpeduli.
Dan tanpa cinta sesama insan, kita tidak punya teman yang akan sama-sama mengharungi kehidupan sehingga ke hayat yang terakhir.

Manusia dijadikan untuk bertaqwa kepada Allah... Taqwa itulah cinta… Manusia hidup untuk berkasih sayang sesama insan… manusia yang dilahirkan telah ditentukan cinta hatinya…

Cinta manusia ada di dalam jiwa… Cinta lelaki pada wanita dipertemukan tulang rusuknya (merujuk pada kejadian Hawa daripada tulang rusuk Adam)… Tulang rusuk itu berada dekat dengan hati, dan berhampiran dengan jiwa… Wanita itu tulang rusuk lelaki. Jika seseorang lelaki kehilangan cinta dan wanita itu, umpama dia kehilangan cinta di dalam jiwa dan tulang rusuknya.

Cinta yang telah tersemat di dalam jiwa tidak boleh dipersiakan.
Mensia-siakan cinta terhadap Allah seumpama mensia-siakan agama kebenaran yang telah dikurniakan kepada makhluk di dunia ini…
Mensia-siakan cinta terhadap Rasulullah seumpama mensia-siakan risalah kebenaran yang telah baginda sampaikan kepada makhluk di dunia ini…
Mensia-siakan cinta sesama insan seumpama mensia-siakan cinta yang dianugerahkan Allah untuk makhluk yang telah diciptakannya berpasangan…

Cinta itu ada di dalam hati… carilah ia di situ. Jika kamu telah peroleh cinta itu, jagalah cinta itu dengan baik. Kita bukan manusia yang sempurna sepenuhnya. Sebagai insan, kita punya kekurangan. Oleh itu, jangan melihat seseorang itu dengan kecantikan atau ketampanan wajahnya, ketinggian darjatnya, harta kekayaannya, tetapi lihatlah dirinya dari hati budinya, agamanya, serta ketaqwaannya.

Sesungguhnya, apabila kamu menemui cinta kamu sesama insan itu, janganlah kamu cari lagi yang lebih baik daripada itu. Terimalah ia tanpa sekalipun menoleh kembali di belakang kamu. Kamu tidak mungkin akan peroleh cinta yang lebih baik dari yang kamu temui kerana cinta yang sempurna itu hanyalah cinta kepada Tuhan Yang Maha Esa.


Ada sesiapa nak tambah atau tolak huraian aku ni? Tinggalkan pendapat atau/dan komen anda di ruangan komen bagi entri ini :-)


"Renungkanlah... fikirkanlah... huraikanlah hujah anda..." N Athirah.
Baca penuh >>

Isnin, 28 Disember 2009

Mrdaha End Year Contest: KERANA SI HITAM

Contest lagi? Mrdaha End Year 2009 Contest! ini aku dapat dari blog Mrdaha. Contest ni akan berakhir pada 30 Disember 2009. So, sesiapa yang rajin nak join contest ni, cepat-cepatlah join. Click saja pada link yang aku dah sediakan tu. :-)


Cerpen santai: KERANA SI HITAM
Karya: N Athirah

Aku duduk di beranda rumah. Fikiranku berserabut. Aku baru sahaja lepas bertengkar dengan sahabatku tiga malam yang lepas melalui sms. Terasa tertekan apabila terkenang kembali pertengkaran kami itu. Sejak pertengkaran kami itu, aku langsung tidak melayan mesej yang dihantarnya. Perasaan marahku masih lagi bersisa di dalam diri.

Waktu petang ini aku berasa bosan. Telefon bimbitku sentiasa berada bersamaku. Untuk apa aku membawa telefon bimbit ini ke sana ke mari walaupun berada di rumah? Mesej daripada siapa aku tunggu? Panggilan daripada siapa aku nantikan? Pada waktu petang begini, biasanya aku akan setia menunggu mesej daripada sahabatku. Kami kerap berbalas sms. Tetapi, semenjak pertengkaran itu, kami tidak lagi saling berhubung. Aku kini sudah tidak punya teman. Terasa kesunyian.

Ketika aku dalam kebosanan itulah aku terpandang seekor anak kucing berbulu kelabu-kelabu hitam persis anak kucingku yang telah mati dilanggar kereta lebih kurang enam atau tujuh tahun yang lalu. Anak kucing itu bermain-main sendirian di taman berhadapan dengan rumah aku. Anak kucing siapakah itu? Bukan juga anak kucing jiran aku. Aku berjalan menghampiri anak kucing itu. Betul-betul mirip dengan anak kucing aku yang dulu. Anak kucing jantan juga. Rindunya aku dengan anak kucing ku yang dulu tu.

Aku angkat anak kucing itu, jinak. Tengah leka bermain-main dengan anak kucing itu, tanpa kusedari ada seseorang datang menghampiriku. Aku menoleh, berdiri seorang remaja lelaki lebih kurang sebaya denganku. Siapa lelaki ni? "Err... nak panggil apa ae?" Dia menggarukan kepalanya.

Peliklah dengan lelaki ni. Nak menguratkah dia? "Awak ada nak minta tolongkah?" Tanyaku.

"Awak? Eh, aku tak biasa la guna perkataan tu. Hehehe... Guna 'aku kau' boleh tak?" Katanya.

Erk! Tadi susah sangat nak bercakap. Peliklah budak ni. "Err... ada yang nak aku tolong?" Tanyaku lagi.

"Sebenarnya saja nak berkenalan. Aku tengok kau asyik sangat main dengan kucing ni tadi. Kau jumpa kucing ni kat mana?" Katanya.

Aik? Dia ni peramah juga rupanya. Tadi susah-susah nak bersuara. "Aku nampak kucing ni main sendirian kat taman ni. Kucing ni jinak, jadi aku suka main-main dengan kucing ni," beritahuku.

"Kucing ni sebenarnya kucing aku. Tadi kucing ni terlepas keluar dari pagar. Aku risau kucing ni kena makan anjing. Nasib baik kucing ni selamat," katanya.

Kucing dia rupanya. Tak ada harapan aku nak pelihara kucing ni. "Aku Hazim. Selamat berkenalan," dia senyum kepadaku. Aku membalas senyuman itu.

"Panggil aku Ira," jawabku.

"Kucing ni namanya Si Hitam. Kalau kau suka, kau boleh pelihara. Nanti aku bolehlah sekali-sekala jenguk kucing ni sambil jumpa kau," dia tersengih. Macam dia tahu saja apa yang sedang aku fikirkan waktu ni. Dah diberi lampu hijau tu, tentulah aku setuju.

Sejak petang itu, kami mulai akrab sehinggakan aku hampir terlupa dengan pertengkaran aku dengan sahabatku tempoh hari. "Ira, teman lelaki kau kah ni? Patutlah kau tak layan aku lagi sekarang, dah ada teman lelaki rupanya." Tersembur keluar air yang baru kuminum dari botol airku sebentar tadi. Tepat-tepat mengenai Kamal yang berada di hadapan aku waktu itu.

"Hei, basah baju aku!" Alamak, dahlah Kamal ni pemarah, air ni tersembur kat dia pula. Hazim kat sebelah aku ni pula asyik nak ketawakan orang saja. Si Hairul ni pun satu, kalau nak serbu aku tu, janganlah waktu aku tengah minum.

"Sorry Kamal, aku tak sengaja," lebih baik aku minta maaf dulu sebelum aku bercakap dengan Hairul tu.

"Kenapa dengan kau ni Hairul? Kau sendiri juga yang minta kat aku hari tu supaya tak balas mesej kau lagi. Senang-senang saja kau nak tinggalkan aku dengan masalah aku sendirian. Kau tak bantu aku pun. Sekarang bila aku dapat kawan lain, kau marah-marah pula," aku membentak.

"Dah kau hari tu nak marah-marah. Aku bukannya suka kau marah-marah tu," balasnya.

"Aku sekadar tegur kau sajalah. Kau tu yang selalu salah sangka. Selama ni, betapa pedih sekali pun teguran kau kat aku, aku tak pernah kisah pun. Kenapa bila aku tegur kau sikit, kau buat aku sedih pula? Tertekan aku hanya kerana hal itu tau," kataku.

Hazim yang melihat pertengkaran kami itu segera menyampuk. Sebelum ini aku sememangnya pernah menceritakan apa yang berlaku di antara aku dan Hairul. Cuma waktu tu Hazim tidak mengenali siapa Hairul. "Hairul, Ira, kamu berdua ni kawan karib. Kan tak elok bertengkar macam ni. Selesaikanlah elok-elok," kata Hazim. "Hairul, aku dengan Ira cuma kawan. Dan aku tidak pernah terfikir untuk memutuskan tali persahabatan kamu. Kau masih boleh berkawan dengan dia. Tapi, janganlah biar pertengkaran kamu ini berlanjutan," katanya lagi. "Ira, kau janganlah ikutkan perasaan kau tu. Aku dah berulang-kali beritahu kau, sahabat yang telah ditemui itu jangan disia-siakan. Jika sahabat itu melakukan kesalahan, maafkanlah dia. Jika kamu bertengkar dengan sahabat itu, segeralah selesaikannya. Bukannya terus-terusan bergaduh macam ni," giliran aku pula ditegur oleh Hazim. Hazim begitu memahami. Dia tidak pernah mementingkan dirinya sendiri. Sebarang silap aku pasti akan ditegurnya. Selama ini, dia selalu menasihati aku agar aku tidak lagi membiarkan pergaduhan antara aku dan Hairul berterusan. Cuma aku sahaja yang berdegil.

Akhirnya aku dan Hairul akur. Kami saling meminta maaf. Memang salah aku juga yang hanya memikirkan tentang diri sendiri tanpa mengendahkan sahabatku itu.

"Kamu berdua baguslah, happy ending. Aku pula, kena sembur air," kata Kamal. Berderai suara ketawa kami mendengar kata-katanya itu.

Aku dan Hairul telah lama mengenali Kamal. Tidak pula kusangka Hazim pun kawan Kamal juga. Aku mengetahui akan hal itu pun setelah aku dan Hazim akrab. Kamal dan Hazim setahun lebih tua daripada aku dan Hairul. Aku dan Hazim sering bertemu di taman ini, tempat kali pertama kami bertemu dan berkenalan. Ketika itu, aku akan membawa Si Hitam bermain bersama. Hazim amat menyayangi Si Hitam. Begitu juga aku. Tetapi Hazim benar-benar bersifat pemurah. Dia memberikan Si Hitam itu kepadaku untuk dipelihara. Kami sama-sama menjaga Si Hitam. Hazim sendiri yang akan membelikan makanan untuk Si Hitam. Dia tidak pernah menyusahkan aku untuk menjaga anak kucing kesayangan kami itu. Setiap kali pertemuan aku dan Hazim di taman itulah akhirnya aku mengetahui persahabatan di antara Kamal dan Hazim. Ini kerana Hazim pernah membawa Kamal untuk menemui aku di taman ini.

Kamal mempunyai sikap mudah marah. Sejak dua tahun yang lalu lagi kami sering bertengkar. Kadang-kala kerana hal kecil pun mudah berlaku pertengkaran di antara kami. Tetapi, semenjak aku dan Hazim akrab, aku dan Kamal jarang bertengkar. Keadaan inilah yang telah sekian lama aku harapkan. Namun, ianya termakbul pada hari-hari yang semakin menghampiri tahun baru. Apabila tahun baru menjelma, aku dan Kamal tidak lagi berada di sekolah yang sama kerana Kamal telah pun menamatkan tingkatan limanya pada tahun ini. Pada tahun baru nanti aku akan menghadapi SPM. Dan pada ketika itu, mungkin aku, Hazim dan Kamal sudah jarang untuk berjumpa seperti sekarang. Dan Si Hitam akan terus berada di bawah jagaanku.

"Hazim, tak sangka kerana Si Hitam kau ni, aku dan Ira jarang bergaduh macam dulu," Kamal tersengih selepas meluahkan kata-katanya itu.

"Aku juga tak sangka kerana Si Hitam ni aku akan berkenalan dengan dia. Kalau aku tak berkenalan dengan Ira, confirm kamu masih selalu bergaduh," kata Hazim.

"Macammana nak selalu bergaduh kalau dah susah nak jumpa," aku berseloroh.

"Kerana Si Hitam rupanya. Maksudnya, aku dan Ira berbaik semula kerana Si Hitam ni jugalah. Bagusnya Si Hitam," kata Hairul pula.

"Semua ini pun ketentuan Allah juga. Si Hitam hanya perantaraan dari-Nya sahaja. Rahmat menjelang tahun baru," kata Hazim.

Benar kata-katanya itu. Aku tersenyum. Si Hitam kupeluk. Terasa sayang untuk mengabaikannya. Aku berharap persahabatan kami ini berkekalan. Syukran jazilan ya Allah. Terima kasih Si Hitam.
Baca penuh >>

Sabtu, 26 Disember 2009

AKU.. DIA.. & CAMERA

Entri kali ini pula adalah penyertaan untuk Contest : RM50 untuk dimenangi dari blog Oh!Dawie. Contest ni dianjurkan bersempena dengan hari lahir empunya blog tu sendiri, Mohd Qardhawi Bin Mohd Yusof pada awal Januari 2010. Nak tahu lebih lanjut mengenai contest ini, click saja pada link kat atas tu, atau pada gambar utama cerpen yang aku sertakan kat bawah ni.


Selamat menghayati cerpen Aku.. Dia.. & Camera ^-^

Karya: N Athirah

Pamandangan di tepi pantai begitu mengasyikkan, terutamanya pada waktu senja sebegini. Seperti biasa aku hanya ditemani camera Nikon D3000 milikku untuk menangkap gambar-gambar pemandangan yang indah ini. Di kawasan sebeginilah tempat aku selalu berada pada setiap waktu senja untuk menyaksikan keindahan mentari yang terbenam di hujung laut sana.

Dalam keasyikkan menyaksikan keindahan senja di tepi pantai itu, tanpa sengaja aku terpandang seseorang yang sedang duduk bersendirian di atas tembok batu di hujung sana. Seorang gadis bertudung. Di dalam hati aku berkira-kira untuk menghampiri gadis itu atau tidak. Kerana perasaan ingin tahu mengapa gadis itu bersendirian di tempat sebegini kala ini, aku nekad menghampirinya. Dia yang menyedari akan kehadiran aku segera menoleh. Aku tersentak, terasa seolah-olah jantungku berhenti berdetak. Gadis di hadapanku ini adalah gadis yang kurindui selama lebih empat tahun setelah kami terputus hubungan ketika melanjutkan pelajaran masing-masing.

“Kau... kau buat apa kat sini?” Tanyaku, sedikit gementar.

“Dawie?” Aku hanya mengangguk bagi menjawab pertanyaannya itu. “Kau buat apa di sini?” Dia mengembalikan pertanyaanku sebentar tadi.

“Aku sekadar menghayati pemandangan di sini sambil menangkap gambar. Kau pula?”

Dia diam, berpaling ke arah lain. “Sekadar menenangkan fikiran,” jawabnya ringkas.

“Kau menangis? Kau ada masalah?” Tanyaku lagi. Bekas air mata kelihatan di pipinya. Dia hanya menunduk tanpa menjawab sebarang pertanyaan.

“Kau ada masalah dengan keluarga?” Tanyaku lagi. Dia sekadar menggelengkan kepalanya sahaja. “Dengan kawan-kawan?” Dia menggelengkan kepala lagi. “Di tempat kerja?” Sekali lagi dia menggelengkan kepala. “Kau kecewa kerana lelaki?” Pertanyaanku kali ini menyebabkan dia menoleh ke arahku.

“Aku sudah lama kenal kau. Kau suka pendam kesedihan kau sendiri. Beritahulah aku apa masalah kau sekarang ni. Aku sedia mendengar,” dia tunduk mendengar kata-kataku itu.

“Aku baru lepas putus dengan teman lelaki aku. Alasannya kerana aku tidak menepati ciri-ciri wanita idamannya. Sewaktu bercinta, bersungguh-sungguh dia katakan aku adalah wanita idamannya selama ini. Tapi sekarang, dia mendustai segala kata-katanya itu. Dia kata aku tidak seperti perempuan lain. Dan dia kata aku kelihatan seperti lelaki,” dia menceritakan segala-galanya kepadaku. “Dawie, betulkah aku ni seperti lelaki? Sejak zaman persekolahan lagi ada orang kata aku macam tu. Aku berasa seperti disindir. Betulkah aku ni sebenarnya kelihatan seperti lelaki? Betulkah?” Dia bertanya berulang-ulang kali. Hatiku sedikit terusik.

“Tidak. Kau tidak seperti lelaki. Tidak sama sekali. Kau jangan dengar semua tu. Mata mereka yang berkata sedemikian sebenarnya menipu diri mereka sendiri. Mereka tidak melihat bahawa kau sebenarnya seorang perempuan. Seorang muslimah yang sentiasa menjaga diri dan auratnya. Mereka tidak pernah nampak semua itu. Mereka hanya menilai kau dari sudut yang tidak benar. Yakinlah padaku, kau adalah seorang perempuan,” aku cuba menyakinkannya.

Ya, sewaktu zaman sekolah menengah dulu, dia pernah beritahu aku bahawa ada orang kata dia tidak seperti perempuan. Mulanya aku berasa hairan. Akhirnya barulah aku tahu kenapa dia dikatakan sebegitu. Sejak kecil lagi dia memiliki lebih ramai kawan lelaki berbanding perempuan kerana kebanyakkan kawan-kawan perempuannya itu hanya berkawan dengannya ketika mereka memerlukan dia sahaja. Dia juga seorang yang bersifat tegas. Sifatnya ini menyebabkan dia tidak mudah terpedaya oleh orang lain. Tetapi di dalam dirinya tetap tersemat kelembutan dan kasih sayang. Mungkin dia dikatakan seperti lelaki kerana dia tidaklah sentiasa bersikap ayu seperti gadis-gadis yang lain, tetapi memang wajar dia bersikap sedemikian. Sebagai muslimah, dia perlu pandai menjaga dirinya dan auratnya sendiri. Menjadi satu dosa baginya jika dia membuat sesuatu yang boleh mendatangkan nafsu lelaki terhadapnya.

“Tetapi, bukan seorang sahaja yang berkata sedemikian...” katanya lagi. Mungkin dia kecewa apabila teman lelakinya sendiri mengatakan sedemikian terhadap dirinya. Sejak zaman persekolahan lagi dia sering dikecewakan sedemikian.

“Aku dah kata jangan dengar apa yang mereka cakap. Walau apa pun yang mereka katakan, kau ingatlah kata-kata aku. Kau tetap seorang gadis di pandangan mataku. Dan kau tetap puteri di hatiku.” Ikhlas aku katakan padanya. Pada mulanya dia masih berasa ragu. Aku terus berusaha menyakinkannya. Tidak lupa juga nasihat berguna untuknya, “selagi kau tak happy, mustahil aku dapat happy,” dia diam mendengar. “Bersabar sajalah. Kau mesti ingat, Allah sentiasa mendampingi orang-orang yang sabar. Ini hanya ujian daripada-NYA untuk menambahkan lagi keimanan di hati manusia,” akhirnya dia tersenyum selepas mendengar kata-kataku itu. Senyuman yang tidak dipaksa-paksa. Itulah senyuman yang aku rindui selama lebih empat tahun ini.

“Dahlah. Tirai malam dah mulai berlabuh ni. Lebih baik kita pulang sekarang,” kata-kataku yang bermadah itu telah membuatkan dia ketawa. Aku tersenyum.

Sejak pertemuan kami senja itu, aku dan dia sudah sering berjumpa. Hubungan kami akrab seperti waktu di sekolah menengah dulu. Dia tidak lagi bersedih seperti waktu aku terserempak dengan dia di tepi pantai senja yang lalu. Walaupun dia mudah mengalirkan air mata tatkala bersedih, tetapi dia juga seorang gadis yang tabah. Sejak dulu lagi dia sentiasa berusaha menyembunyikan kesedihannya di hadapan rakan-rakannya. Ramai yang mengenalinya sebagai gadis yang periang. Namun begitu, tidak kurang juga yang mengatakan dia seorang yang serius. Kadang-kala aku tergelak mendengar orang berkata sedemikian. Dia sememangnya mudah berlaku serius. Dia akan kelihatan ceria tatkala dia benar-benar gembira atau pada masa-masa dia berusaha melupakan kesedihannya.

Aku tidak mahu dia bersedih. Dia sering menyembunyikan kesedihannya sehingga aku mengetahuinya sendiri. Oleh itu, aku ingin sentiasa mengembirakan hatinya. Aku ingin menjaganya, tidak ingin dia dikecewakan lagi oleh orang lain. Keceriaannya adalah kegembiraanku, kedukaannya adalah kesedihanku. Semenjak aku bersama dia, sering bertemu dengannya, dia kerap menemani aku keluar menangkap gambar-gambar pemandangan, tidak kira atas urusan kerja mahupun untuk diri sendiri. Aku senang sering didampinginya.

“Nanti kalau dah siap gambar-gambar tu, macam biasa kau e-mel kat aku ya. Nanti aku edit design gambar terbaru lagi.” Itulah kata-kata yang sering diucapkannya setelah selesai aku membuat tangkapan gambar-gambar yang menarik. Terasa seronok bersama dengannya kerana kami memiliki minat yang sama.

“Kalaulah aku ada DSLR, dapatlah kita ambil gambar sama-sama kan.” Aku tersenyum mendengar kata-katanya itu. Dia sepertinya telah dapat melupakan kekecewaannya.

Apabila sering bersama dengannya, aku berasa terhibur. Aku tidak pernah berasa letih melayan karenahnya kerana dia tidaklah terlalu cerewet. Malah, aku berasa lebih senang apabila bersama dengannya. Dia tidaklah seperti gadis-gadis lain yang lebih suka berpakaian yang menampakkan keanggunan diri mereka dan tidak kurang juga seperti gadis-gadis yang suka menampakkan bentuk tubuh mereka. Dia lebih suka berpakaian simple, berseluar panjang, baju lengan panjang, dan bertudung. Yang penting baginya adalah menutup auratnya. Adakalanya dia akan mengenakan baju kurung apabila kami bertemu. Aku dapat merasakan ketenangan apabila melihat dirinya.

Namun begitu, kebahagiaan itu sepertinya hanya akan datang sementara. Jantungku terasa bagaikan disentap dengan kasar apabila aku mendapat tahu bahawa aku akan ditukarkan tempat kerja untuk kenaikkan pangkat. Aku gelisah memikirkan hal itu kerana aku tidak ingin berpisah lagi dengan dia. Aku tersepit di antara hendak memilih untuk menerima peluang kerjayaku itu atau memilih untuk melepaskannya. Aku bingung hendak memilih camera ataupun dia. Selama ini aku berusaha bersungguh-sungguh demi cameraku, minatku, kerjayaku. Tetapi, aku juga tidak ingin kehilangan dia yang telah lama aku rindui selama ini.

Aku mengeluarkan kotak kecil dari dalam laci meja kerjaku. Benda yang ada di dalamnya itu baru sahaja aku beli tiga hari yang lalu. Benda yang ingin kuberikan kepada dia. Dapatkah aku memberikannya? Akankah dia terima pemberianku ini? Jawapan itu hanya akan kuperoleh setelah bertemu dengannya. Tetapi aku bimbang akan jawapan yang bakal aku terima.

Petang itu selepas waktu kerja, aku terus menuju ke tepi pantai tempat kali pertama aku dan dia bertemu setelah sekian lama terpisah. Seperti yang dijanjikan, dia sudah pun berada di sana. Kotak kecil yang aku simpan di laci meja kerjaku itu kini telah pun berada di dalam saku seluarku.

“Kenapa tiba-tiba kau nak jumpa aku di sini? Tidak seperti hari kebiasaannya,” dia bertanya.

Aku teragak-agak untuk menjawab pertanyaannya itu, bimbang melukakan hatinya. “Aku akan ditukarkan tempat kerja ke luar daerah pada bulan hadapan. Mungkin kita tidak lagi dapat bertemu seperti selalu,” jawabku. Aku melihat reaksinya. Pada mulanya air mukanya kelihatan tenang. Tetapi kemudiannya dia memalingkan wajah ke arah lain. Marahkah dia?

“Tahniah!” Ucapnya sepatah. Aku berasa ragu-ragu dengan ucapan itu. Perlahan-lahan aku berjalan menghadap dirinya. Matanya berkaca. “Terima kasih kerana menjadi teman aku selama ini. Aku juga tidak tahu bila dapat menemui kau lagi. Akhirnya kau tetap akan meninggalkan aku juga seperti dulu.” Hatiku terusik mendengar kata-katanya itu.

“Aku tidak terniat untuk meninggalkan kau,” kataku.

Dia tidak bersuara. Aku melihat air matanya mengalir. Kali ni aku nekad untuk meluahkan isi hatiku kepadanya. Aku tidak ingin melihat dia terus-terusan bersedih. “Kau tahu apa itu ‘Syurga Cinta’?” Tanyaku.

“Kau juga menonton filem itu? ‘Syurga Cinta’... Maksud yang tidak pernah aku lupakan,” katanya dalam sebak. Kemudian dia menentang mataku, dan aku membalas tentangannya itu.

“Manusia memiliki tiga cabang cinta. Cabang yang pertama ialah, apabila kamu bertemu dengan seorang gadis, dan kamu saling jatuh cinta. Kamu menjadi kekasihnya, dan berlakulah maksiat di antara kamu. Maka, itulah cinta dari syaitan.” Aku mendengar dengan diam tanpa menggangu penjelasannya itu.

“Cabang yang kedua ialah, apabila kamu bertemu dengan seorang gadis dan kamu jatuh cinta padanya. Tetapi gadis itu tidak menerima cinta kamu, maka kamu bomohkan dia. Maka, itulah dia cinta dari jin.” Dia masih menatap mataku dan aku tidak mengalihkan pandanganku. Aku terus mendengar tanpa memintas sebarang kata-katanya.

“Cabang yang ketiga pula ialah, apabila kamu bertemu dengan seorang gadis, melihat matanya dan rasa itu turun ke hati, kamu saling jatuh cinta. Kamu melamar dia dan menikahi dia. Maka, itulah dia cinta dari Allah, makna sebenar Syurga Cinta.” Dia menghabiskan kata-kata terakhirnya.

“Aku ingin mendapatkan cinta dari Allah itu,” kataku. Dia diam menunggu aku meneruskan kata-kataku.

Aku mengeluarkan kotak kecil dari saku seluarku dan menyambung kata-kataku itu, “sekiranya kau sudi menjadi permaisuri hatiku.”

Dia diam memandang wajahku. Kotak kecil itu kuserahkan kepadanya. Perlahan dia membuka kotak kecil itu, di dalamnya tersimpan sebentuk cincin yang kubelikan untuknya. Dia tersenyum dan kembali menatap wajahku. Pipinya mulai kelihatan merah. Malu? Dan aku masih menunggu jawapannya. Dia mengangguk tersipu malu. Hatiku melonjak kegembiraan. Dia menerima lamaranku di hadapan senja yang kemerah-merahan itu. Senja yang indah itu menjadi saksi pengakuanku yang diterima olehnya. Walaupun pada mulanya cincin yang kubelikannya itu agak longgar pada jari manis tangan kirinya dan kami terpaksa pergi ke kedai cincin untuk mengecilkannya, dia tetap gembira dengan pemberianku itu.

Dua minggu kemudian rombongan keluargaku datang ke rumahnya untuk merisik dan meminang dia. Tidak lama selepas itu sebelum aku ditukarkan tempat kerja, kami segera ditunangkan. Dalam tempoh pertunangan itu, kami kerap berhubung. Aku juga selalu menghantar e-mel kepadanya yang disertakan gambar-gambar keindahan yang aku tangkap sendiri menggunakan DSLR milikku itu. Apabila ada kelapangan, aku akan pulang untuk menemuinya. Dia pula sentiasa mengambil-berat akan diriku walau di manapun aku berada. Terasa bahagia apabila merasa diri ini sentiasa dijaga dan diberi perhatian.

Kata orang tua-tua, perkara yang baik itu sebaiknya dipercepatkan. Tidak elok dilambat-lambatkan, bimbang menjadi maksiat. Genap setahun kami bertunang dan aku ditukarkan tempat kerja, wang simpananku telah cukup untuk mengahwininya. Aku mengambil cuti untuk pulang. Kami diakad nikahkan di masjid dan bersanding di rumah dia, gadis yang menjadi idamanku selama ini untuk menjadi pelamin hidupku, permaisuri hatiku.

Kebahagiaan yang kuimpikan setelah sekian lama merindu itu akhirnya kukecapi jua. Aku bersyukur dipertemukan jodoh dengan dia, seorang muslimah dan isteri solehah yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap suami. Kerana camera aku dan dia bertemu kembali, dan kerana camera juga aku meluahkan hasratku kepadanya. Akhirnya, kerana camera jua lah aku dan dia dapat hidup bersama.

TAMAT
21:25 (Sabtu)
26 Disember 2009

Penulis tidak memberi nama untuk watak 'dia' di dalam cerpen ini. Terpulanglah kepada pembaca ingin memberi nama apa sekali pun. Sesungguhnya penulis sendiri menyimpan impian untuk mendapat kebahagiaan seperti yang 'dia' dapat di dalam kisah ini... Cerpen ini tidak ada kena-mengena dengan manusia yang masih hidup mahupun yang telah mati. Cerpen ini hanyalah imaginasi penulis sendiri dalam keinginan untuk mencapai impian dalam mencari kasih yang suci dan abadi...

Pengajaran buat kita bersama:

Sesungguhnya cinta dari Allah itu lambang kebahagian manusia. Oleh itu, sama-samalah kita berusaha mendapatkan cinta dari Allah itu...



Komen dari anda adalah amat diharapkan oleh penulis. Mohon diberikan sedikit pandangan anda mengenai cerpen di atas.
Syukran jazilan...
Baca penuh >>

Khamis, 24 Disember 2009

CONTEST:pja,belikan saya souvenir Turki!!

Hah?! Contest apa pulak kali ni???
Hahahaha... aku ni dah kemaruk contest kot. Contest kali ini adalah contest pja,belikan saya souvenir Turki!! Contest ini dianjurkan oleh blog DIARI BERGAMBAR MERAH JAMBOO. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai contest ini, click saja pada banner di atas tu.
Contest ini berakhir pada 26 Disember 2009

Gambar-gambar di bawah ini adalah penyertaan saya untuk contest ini:


"Terima kasih emak, keranamu aku di sini!"

Baca penuh >>

Selasa, 22 Disember 2009

BLACK & WHITE PHOTO Contest

Contest lagi??? Hahahaha... Ada orang kata aku ni dah 'gila contest'. Wakakaka... sekurang-kurangnya, terisi juga blog aku ni daripada sunyi ja kan.
Hmm... Ini pula contest gambar hitam putih (aku translatekan pula black & white tu :D) yang dianjurkan oleh blog For.Your.Eyes.Only. Anda boleh click banner kat atas tu untuk makluman lanjut mengenai contest ini atau untuk menyertai contest ini.


Inilah dia gambar aku:

Kenapa aku pilih gambar ini ya? Orang lain pilih gambar cun-cun, aku pula pilih yang ni ja.
Sebab aku suka simple. Aku tak suka keadaan yang banyak cerewet sangat. Gambar pun dah hitam putih. Kata orang, hitam itu menawan, dan aku sendiri memang minat dengan warna hitam... jadi kira cukuplah kan :D
Kat gambar aku tu menunjukkan aku pegang handphone aku yang warna hitam tu kan (memang warna hitam tau). Maksudnya, aku selalu main mesej guna handphone. Tidak lain, tidak bukan, dengan Khairul Anwar la... hehehehe...

Baca penuh >>

Isnin, 21 Disember 2009

AKU dan.....

Entri aku pada kali ini pula adalah untuk penyertaan Photo Contest AKU dan..... yang di anjurkan oleh VRDESIGN.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai contest ini, sila click banner contest kat bawah ni;

* Anda turut dijemput menyertai contest ini.




Berikut adalah gambar-gambar yang aku upload untuk penyertaan contest ini ^_^:


Untuk gambar pertama di atas ni, mungkin ada di antara pembaca blog ni yang pernah melihat gambar ini di entriku yang lepas dalam blog lama aku.
Pasti ada yang hairan kenapa aku letak gambar di atas dan menamakan 'AKU dan..... Sahabat'. Sedangkan gambar di atas menunjukkan aku sedang membaca buku, aku bersama buku.
Hakikatnya, buku juga adalah salah satu sahabatku. Sebagai remaja, pelajar sekolah dan juga penulis, minat membaca buku itu sentiasa ada dalam diriku. Bila aku membaca buku, terutamanya buku cerita seperti novel, aku sering menghayati jalan ceritanya. Aku ketawa, marah, mahupun menangis, semuanya berlaku di hadapan buku yang aku baca tu. Semua perasaan yang terbuku di hatiku, aku luahkan di hadapan buku tu. Jadi, wajarlah juga aku menggelar buku sebagai sahabatku kan?! :D


Gambar kedua di atas ini pula adalah gambar aku bersama sahabatku, Mohd Khairul Anwar. Kenapa aku pilih Khairul Anwar? Kerana dialah satu-satunya insan yang benar-benar layak aku gelar sebagai sahabatku. Kata orang, "kawan sama-sama ketawa mudah dicari, tetapi kawan sama-sama menangis sukar untuk ditemui." Sepanjang perkenalan aku dengan Khairul dari form 1 aku anggap dia kawan biasa ja. Tapi, setelah lama berkawan dengan dia, sekarang baru aku sedar dia adalah seorang sahabat yang baik. Suka mahupun duka dapat dikongsi bersama. Dia selalu kata kat aku, "you jump, I jump." hehehe... ada-ada saja.
Dia tidak seperti kawan-kawan aku yang lain yang hanya berkawan dengan aku ketika mereka perlukan aku, tetapi apabila aku tidak diperlukan, aku ni seperti tidak pernah wujud. Berbeza dengan Khairul, dia tidak pernah mensia-siakan sahabatnya. Sekali dia bersahabat (terutamanya dengan perempuan), dia akan jaga sahabatnya itu dengan baik. Andai sahabatnya itu mengalami masalah, nasihat tidak pernah lepas diberinya di samping berusaha menggembirakan sahabatnya. Walaupun adakalanya teguran yang diberikannya kepadaku itu agak pedas, aku tak pernah kisah sangat. Sebab tegurannya itu benar :-)
Yang bestnya, sehari kami tak bersms tu, tidak sah. Hehehe... ada saja yang nak dibualkan. Dan dia ni suka sangat nak kenakan aku. Ada-ada saja akalnya tu. Tapi, kalau dah sampai masa aku tak ada kredit, masing-masing mulalah bosan. Sebab tak dapat berbalas mesej. Huhuhu...

Nampaknya agak panjang cerita aku mengenai sahabatku yang satu ini. Aku harap persahabatan kami ini akan terus berkekalan. InsyaAllah...
Baca penuh >>

Sabtu, 19 Disember 2009

Menarik Untuk Anda!!! Contest Confirm Dapat Hadiah Untuk Blogger...

Tentu korang hairan kan, apa sakit aku tiba-tiba buat tajuk entri macam kat atas tu...?
Dahlah sebelum ni aku jarang nak tulis entri kat blog ni... tiba-tiba pula malam ni aku tulis entri macam ni... Agak-agak adik aku (Wathiqah) dalam gambar di atas tu pun tertanya-tanya juga kah? Hahahahaha...
Bukan apa sangat pun... aku nak sampaikan mesej kat bawah ni untuk para pembaca bertuah blog aku yang tak seberapa ni...

Hai. Kawan saya nama Adney ada buat contest. Contest dia ni pelik sikit. Apa yang saya tahu saya join saja dan saya kompem-kompem dapat hadiah. Dapat TOPUP FREE, dapat DUIT FREE, dapat TEMPLATE FREE.

Kalau nak tahu lagi pasal contest ni boleh rujuk sendiri di laman blog saudara Adney sendiri di sini.

Pelik tak mesej aku tu? Hehehe... jangan korang kata aku gila, sudah...
Marilah sama-sama kita meriahkan contest ni. Mudah saja tau... segala maklumat dah ada kat link di atas tu. Yang pasti korang tetap layak join. Nak tau sebabnya? Click sahaja link kat atas tu... ^_^
P/S: Kalau Wathiqah ada blog, Wathiqah pun confirm join sekali... Wakakaka...

Tengok tu, Wathiqah pun ajak join sekali... hehehe...
Sebab umur dia tahun ni dah masuk 3 tahun la... :D :p
Baca penuh >>

Isnin, 7 Disember 2009

Rusuhan Hati

Sejak 16 November lepas: Aku dah dapat kembali sahabatku... Syukur Alhamdulillah... rupa-rupanya dia tak marah aku (happy tidak terhingga)...

7 Disember 2009
Pagi: Aku terima mesej dari MKA... katanya sedang menunggu kawan-kawannya...

Pagi yang sama: Ada masalah dalam profile Tagged aku... Aku tension, berbaur sedih, geram, sakit hati, marah... dadaku sakit lagi... Aku buka profile tagged baru... tetapi itu profile aku yang bukan aku...

Petang: Rupanya MKA ke Pulau Daat... bermakna, dia bersama rakan-rakan Jemaah Tabligh lah tu...? MKA hantar mesej kat aku;
Alhamdulillah..smpai sdah aku.tp kt plau daat.smua org sni bgsa suluk..nsib ada kwnku pndai trjmahkan..nnti aku msj kau ya.jga dri baik2..klu lpas 3 hari aku x blik2,jgn kau cri aku ya.sdekahkan sja al-fatihah ya..assalamualaikum..
Sedih lagi...

"Khayy... aku tau kau keluar ke Pulau Daat (masih di area W.P Labuan) tu untuk melakukan 'usaha atas iman'... aku turut gembira untuk kau. Tapi, janganlah kau mengatakan sesuatu yang meragut ketenangan hatiku... tahukah kau pada bila lepas 3 hari itu? Itulah tarikh selepas ulang tahun kelahiran aku... tarikh yang kau tidak pernah lupa tu..."

Malam: MKA tak mesej aku lagi... :-( aku hanya tinggal menanti... tapi dia masih tidak hadir... akankah aku kehilangan lagi sahabatku ini...?

Malam yang sama: MKA mesej aku!!! Tapi, cuma ini;
Mat mlm my princess ^^..assalamualaikum..
Itu ja? Sedihnya aku... :_-( ... tak apalah...


Tiap detik dan langkahku
wajahmu mengisi ruang mataku
dalam ketenangan tidurku
seringkali dirimu menghiasi mimpiku
tatkala jiwaku merindu
kaulah yang bertakhta di ingatanku.

Dalam kerendahan hati
beserta kekurangan diri
tanpa ada kelebihan pada pandanganmu
namun hati ini tetap merindu
menanti kasih darimu
menunggu kehadiran cintamu
dalam keheningan jiwa merindu.

TyRa 4869
Puisi spontan di atas papan kekunci telefon bimbit
12.03 malam, 5 Disember 2009

Baca penuh >>

Ahad, 15 November 2009

Lost Close Friend 2

Malam ini, seperti malam-malam kelmarin...
Hujan turun dengan lebatnya...
Melambangkan deraian air mata hati...

Sampai kapankah...?
Aku terus-terusan bersedih...
Sampai kapankah...?
Aku perlu bertahan...
Sampai kapankah...?
Kesakitan ini perlu kualami...
Sampai kapankah...?
Segala tanda tanya ini bersarang...

Sungguhku tidak mampu bertahan...
Dalam kegelapan malam...
Mengenangkan kisah-kisah silam...
Meruntun seluruh jiwa raga...
15 November 2009 (9:00 pm)

Dari hati;
A girl who has lost her close friend that she loved
Baca penuh >>

Lost Close Friend

Malam ini, seperti malam semalam...
Hujan turun dengan lebatnya...
Menggambarkan kesedihan hati...
Disertakan deraian air mata...

Sampai bilakah tangisan ini berlangsung?
Kerana penawar kedukaan belum kutemui...
14 November 2009

Akankah turun lagi hujan pada malam ini...?
Meragut kegembiraan di wajahku...
Kerana,
di saat ini hatiku masih berduka...
15 November 2009 (6:00 pm)

Dari hati;
A girl who has lost her close friend that she loved
Baca penuh >>

Ahad, 13 September 2009

YOUR LOVE AS PEACEFUL OF AN ISLAND

By: N Athirah

This poem is special for my close friends and those who think I am their friend...
Heard singing in a melodious coast
overlooking the beautiful sunset
a comfortable dusk breeze blowing
provide peace for every human.

Oh, my close friends
you give your love
then reconcile the vehemence soul
a peaceful of island
carve my smile
soul becomes calm
developing my mind
and strike-byte of words
the beautiful words of eternal peace.

Clouds in the sky slowly marched
the wind brings calm
rain along the mercy of God
If the touch is compatible
the windows of hearts can open
missed all dreams
perturb the soul of the sad.

11 September 2009 (Friday)
21 Ramadhan 1430 Hijri

Baca penuh >>

Semalam ialah Malam Lailatulqadar...

Tarikh 23 Ramadhan 1430 Hijrah pada malam semalam rupa-rupanya ialah malam lailatulqadar.
Aku terlupa bahawa semalam, lepas sahaja berbuka puasa, sudah masuk malam ke 23 Ramadhan (salah satu malam ganjil pada 9 hari terakhir Ramadhan). Mungkin disebabkan kecelaruan fikiran membuatkan aku lupa. Yalah,,, waktu tu aku masih terkejut dengan berita kematian seorang rakan (rujuk di sini).

Semalam, tidak seperti malam-malam biasa sebelum ini, aku tidur awal... Apabila bangun pagi, langit kelihatan putih... angin yang berhembus pada waktu petang sungguh nyaman... mententeramkan dan menenangkan jiwa... "the wind brings calm". Waktu inilah malaikat-malaikat kembali ke langit. Langit ditutupi sayap-sayap para malaikat. Jadi, langit kelihatan putih, tidak panas. (itu yang aku belajar dari ustazah aku di Sekolah Rendah Agama Islam dulu...)

Aku tahu yang malam semalam ialah malam lailatuqadar daripada ayah aku petang tadi. Huhuhu... malam semalam aku mengantuk sangat-sangat. Jadi, tidurlah awal...


Hmmm... hujan pulak malam ni... "rain along the mercy of God".
Baca penuh >>

Sabtu, 12 September 2009

Semoga Perkasa Didampingi Rahmat Allah Di Sana...

Semalam, 11 September 2009 (Jumaat), aku menerima satu berita sedih daripada seorang rakan... Perkasa Bahadir, 16 tahun, bersekolah di SMK Labuan, W.P Labuan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 11 September 2009 bersamaan 21 Ramadhan 1430 Hijriah.
Berikut adalah berita daripada blog 3 Kreatif SMK Labuan 2009 pada 11 September 2009:

Takziah kepada warga SMK Labuan

AL-FATIHAH kepada seorang pelajar SMK Labuan, Perkasa dari kelas 4A kerana telah kembali ke rahmatullah pada pagi tadi Jumaat, 11 September 2009 b'samaan 21 Ramadhan 1430 Hijrah.

Arwah mengalami kemalangan jalan raya akibat kena langgar motor yang seterusnya mengakibatkan severe head injury yang memberikan simptom seperti koma. (arwah koma selama dua hari sebelum kembali ke rahmatullah pagi tadi).

Ada sumber yang mengatakan bahawa arwah kemalangan semasa mahu ke masjid untuk berbuka puasa. (tak tau la betul ka tak). Ada juga sumber lain yang cakap lain-lain la. *hanya dia dan Allah yang mengetahui sejauh mana kebenarannya.

Jom ramai-ramai sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diampunkan segala dosa. Ya Allah, peliharalah dia dari seksa kubur, dan jauhkanlah dia dari bahang kepanasan api neraka. AMIN. AL-FATIHAH.



Berikut pula ialah kata-kata guru sekolah arwah:

"Cikgu selalu panggil budak ni sebab tau aja la dia suka sangat berfesyen.. satu hari tu cikgu panggil lagi (cikgu kan guru PDG), tertarik tengok beg sekolah dia... rupanya apa je hiasan yang ada dekat baju, beg, kasut dia tu, dia jahit sendiri!
So, cikgu cakap "kamu ni Perkasa, kreatif.. belajar rajin-rajin nanti jadi Fashion Designer"... Dia seronok sesangat sambil cakap, "terima kasih cikgu... cikgu orang pertama yang puji saya..." (pasal time tu tak larat nak tegur dah sebab sebelum ni banyak kali cikgu tegur pakaian dia tu).. bila dengar ni.. rasa macam ralat* jugak sebab dia cakap dia memang nak jadi fashion designer masa depan.. tapi ajal.. kan.... hmm" - Puan Noritah.

"Paling aku suka tengok semangat seorang anak aku ni si Perkasa Bahadir.. nama Perkasa tu.. power betul haha. Aku nampak dia ikhlas dan berharap nak belajar mengaji.." - Ustazah Jamaliah.



Banyak kenangan yang arwah tinggalkan. Arwah pergi secara mengejut tanpa meninggalkan sebarang pesan. Yang tinggal kini hanyalah kenangan di jiwa insan-insan yang mengenalinya. Semoga arwah Perkasa sentiasa didampingi rahmat Allah di sana...

Berita ini pertama kali aku terima daripada Nurazrinah melalui pesanan ringkas telefon bimbit. Pada mulanya aku hampir tidak percaya. Tetapi, apabila membaca berita sebenar di blog pelajar SMK Labuan, barulah aku percaya. Sesuatu hakikat itu terpaksa juga diterima walaupun ianya pahit.

Walaupun aku melihat wajah Azrinah kelihatan seperti wajah cerianya yang biasa, tetapi, di sebalik wajahnya itu tersembunyi kesedihan. Banyak kenangan dia bersama arwah (yang dipanggilnya dengan panggilan 'Kasa') terutamanya ketika kem Rakan Muda Jiran Muda (RMJM) di Karambunai, Sabah tempoh hari. Azrinah betul-betul shock selepas menerima berita tersebut. Aku sendiri, apabila mendapati kebenaran berita ini, wajah arwah sering terbayang di ruang mata.

Arwah seorang yang memiliki sikap bertanggungjawab. Sepanjang kem RMJM, dialah yang selalu menjaga Azrinah. Azrinah pernah bercerita kepadaku, ketika kem RMJM, Perkasa pernah merajuk kerana tidak dibenarkan melaungkan azan sebelum menunaikan solat. Hal ini disebabkan rambutnya yang diwarnakannya pada ketika itu.

Aku harap Azrinah dapat bersabar setelah menerima berita yang mengejutkan itu. Selain hanya kenangan yang tinggal bersamanya, juga ditinggalkan sebuah beg milik arwah yang arwah berikan kepada Azrinah. Beg itulah yang dibawa oleh Azrinah ke sekolah setiap hari. Hmm... Macam-macam lagi kenangan mereka yang mengenali diri arwah.

Kenangan kini hanya tinggal kenangan. Marilah kita sama-sama mendoakan kebahagiaan arwah di sana. Semoga arwah pergi menghadap Ilahi dalam keadaan yang aman dan tenang...

By: N Athirah
Rujukan: Takziah kepada warga SMK Labuan
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka:
* ralat:
kesal atau tidak sedap hati (kerana tidak dapat menunaikan hajat dll).
Baca penuh >>

Isnin, 7 September 2009

Rindu dengan blog aku

Hehehe... rindu dengan blog aku... Dekat 2 bulan agaknya tak tulis entri...

Semalam (16 Ramadhan 1430 hijriah / 6 September 2009), ketika aku kembali online, macam-macam aku buat hehehe... Banyak mesej dan komen serta permintaan menjadi kawan yang perlu aku settlekan semalam. Jadi, tak sempat nak tulis entri blog. Petang semalam, sesuatu yang tidak disangka-sangka... Pada mulanya aku menyangka 'dia' (rakan siber) akan menegur aku. Maklumlah, aku lama tidak online, bermakna lama tidak chat dengan 'dia'. Tetapi, rupa-rupanya tidak. Tapi, tidaklah aku kecewa. Yalah, aku ni bukannya penting sangat bagi'nya'.

Namun begitu, memang sesuatu yang tidak disangka-sangka. Orang yang jarang sangat online ketika dia masih di Labuan kini rupa-rupanya kerap online sepanjang aku tidak online. Dia sekarang belajar di Universiti di Melaka. Muhamad Azrul bin Abdul. Heheh... dia kata aku lama tidak online. Macam tau-tau saja aku sebelum ni selalu online. Wakakaka... Aku tak taulah dia baca atau tidak blog aku ni.
"Kalau kau baca, Azrul. Jangan marah ya. Heheheh... aku tulis full name kau kat sini. :p"
Bukan apa. Aku terkejut saja.

Kadang-kadang tu kalau difikirkan balik, pelik juga. Bukan pelik apa sangat. Tapi, memang pelik bagi aku. Hubungan aku dengan si abang sulung dan adik bongsu, memang baik. Tiada masalah. Tapi, dengan adik yang tengah tu, ada saja yang nak digaduhkan. Bukan aku yang nak gaduh sangat. Tapi, dia yang nak gaduh. Aku tak ganggu dia, dia tiba-tiba bising, marah-marah... Tak taulah nak buat apa lagi... huhuhu... Inilah yang menyebabkan aku malas nak satu trip dengan dia waktu balik sekolah. Aduii...

Hmm... hari ini... apa cerita ya...? Hehehe...
Hari ni bolehlah dikatakan aku happy. Pertama, aku dah dapat kertas Ujian Bulan Ogos terakhir aku - Bahasa Melayu. Walaupun setakat 74 markah - B3, tapi, aku dah happy. Sebab semua kertas ujian Bulan Ogos dah ada di tangan aku dan gred BM aku tidak menurun. Aku bimbang juga dengan keputusan ujian aku. Lagipun, waktu ujian, aku tak belajar straight sangat. Sebab kalau waktu ujian bulanan, aku memang macam tu. Hehehe (Jangan korang ikut sangat perangai aku ni). Tapi, bagus juga. Yang aku tak baca buku tu semua senang. Pendidikan Syariah Islamiah tu bukannya aku baca buku sebelum ujian. Sebab, pagi ketika hendak ujian tu, aku pinjamkan buku teks kepada Shareen. Dia terlupa bawa buku dan belum belajar satu apa pun. Aku bagi dia pinjamlah. Namun, walaupun aku tak baca, soalan yang keluar senang ja aku jawab. Tapi, peliknya, si Shareen yang baca buku tu pula kata susah sangat soalan PSI tu. Hehehe...
Walaupun begitu, pelajaran Sejarah yang aku baca buku sebelum ujian tu aku gagal. First time gagal. Geramnya aku. Dahlah Sejarah gagal. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang tidak pernah gagal tu pun aku dapat gagal. 3 kertas aku gagal. Satu lagi, Additional Mathematics. Ujian Bulan Mac, aku dapat 11. Peperiksaan Semester 1, aku dapat 8. Ujian Bulan Ogos ni, aku dapat 4 sahaja. Fuh! Nasib baik tak dapat 'telur'. Sebab, ramai yang dapat 'telur' untuk ujian Add Math. Aku tak fahamlah. Waktu belajar, macam senang. Tapi, keluar exam, mati-mati aku tak faham. Aduiii...

Hari ni, selepas dapat markah BM, setelah dikira peratus semua matapelajaran, aku tersenarai dalam top-3 dalam kelas. Kedudukan aku dalam kelas ialah nombor 2. *Tanpa ada meniru*. Sebab, pelajar-pelajar lain ada yang meniru.
Kebanyakan prestasi matapelajaran aku meningkat kecuali BI, Sejarah, PJK dan Add Math. BI tu memang bersebab. Sebabnya, masa yang sepatutnya diberi ialah 2 jam. Tapi, kelas kami cuma diberi jawab dalam masa 1 jam setengah. Kan rugi tu. Banyak soalan tertinggal. Yang 3 mata pelajaran tu, memang silap sendiri juga lah. Sejarah tu walaupun aku dah baca, tapi, waktu jawab soalan, aku keliru dengan jawapan. Tambahan lagi, aku tak sangka aku boleh terlupa baca bab Zaman Gelap Eropah. Geram seribu kali geram betullah aku. Puan Norizah, guru mata pelajaran Sejarah dan juga selaku Guru Kelas aku pun terkejut aku gagal. Katanya, "sayang Fatihah Athirah gagal Sejarah. Mata pelajaran lain dia banyak yang lulus." Lebih kurang macam tulah. Bukan aku yang dengar. Kawan aku yang cerita kat aku. Memang pun aku banyak yang lulus. 9 matapelajaran aku lulus termasuk PSK yang dapat A2 tu. Alah! Setakat PSK saja yang dapat A. Mata pelajaran Prinsip Perakaunan pula, pertama kali aku lulus. Terkejut aku. Sebab, semua pelajar dalam kelas aku gagal kecuali aku. Aku dapat markah 48.75 peratus (kalau aku tak salah). Aku seorang ja lulus. Pelajar yang memang terror P.Akaun tu pulak gagal. Waktu Puan Zalina kata, "saya rasa seorang sahaja lulus. Itupun dia tak jawab soalan satu," aku baru selesai kira markah aku. Puan Zalina tengok aku dan aku tersenyum. Memang aku seorang sahaja yang lulus pun. Hehehe... kebetulan soalan yang keluar tu, aku dapat jawab.

Sekarang, lepas dapat keputusan Ujian Bulanan ni, aku nak usaha lagi. Kalau boleh, adal ah yang dapat A. A2 pun tak kisahlah. Inilah permulaan cabaran aku untuk menentukan masa depan. Aku tidak boleh tunggu sampai tahun depan barulah cuba dapat gred A. Semester 1 yang lepas aku dapat nombor 4 kedudukan dalam kelas, Ujian Bulan Ogos pula, nombor 2 kedudukan dalam kelas. Kalau dapat kekalkan dalam senarai top-3, sudah kira bagus. Walaupun begitu, sekarang saingan aku dalam kelas tu bukan lagi setakat 5 orang. Tetapi sudah bertambah seorang jadi 6.

Kedudukan dalam kelas 4 Hibiscus, SMK Mutiara Semester 1 2009
1. Siti Hajar
2. Nur Anis Afiqah
3. Mohd. Shareen Azmie
4. Nurfatihah Athirah
5. Nur Falina
6. Nur Fazlianah

Kedudukan dalam kelas 4 Hibiscus, SMK Mutiara Ujian Bulan Ogos
1. Siti Hajar
2. Nurfatihah Athirah
3. Nur Sakinah
4. Nur Falina
5. Nur Anis Afiqah
6. Mohd. Shareen Azmie

Walaupun Fazlianah tidak lagi tersenarai dalam list 1 hingga 6, tapi, aku masih anggap dia saingan dalam pelajaran. Sebab dia sebenarnya pandai walaupun tidak kami sedari. Dan saingan yang bertambah seorang itu ialah Sakinah. Hahahaha... tidak diduga.

Kata Shareen, "aku anti lah dengan yang nombor 1, 2, 3, 4, dan 5 tu. Yang nombor 6 tu aku suka. Sebab cute." Hahaha... Puji diri sendiri... :D Dahlah tu, katanya anti, tapi, masih juga balik dengan aku selepas tamat waktu persekolahan. Hehehehe...


Sebelum tamat waktu persekolahan, ialah masa mata pelajaran Pendidikan Al-Quran dan as-Sunnah. Kami memohon daripada Ustazah agar dapat balik sebelum Jam 2.30 petang. Sebab, kalau masa balik kami jam 2.30 petang, kebanyakannya tiada transport untuk balik dan kebanyakan kami tidak bawa duit belanja sekolah untuk membayar tambang bas mini. Maklumlah, bulan puasa. Ustazah Siti Sarah kata, kalau nak balik awal, mesti hafaz Surah Yaasin dulu. Mulanya ustazah suruh sampai ayat 15 atau lebih. Tapi, disebabkan kami tetap nak balik awal di saat-saat akhir, ustazah kata tak kisah sampai ayat berapa. Mulanya, Shahira yang paling banyak hafal. Sampai ayat 24. Kemudian, seorang demi seorang tasmi' depan ustazah (perdengarkan hafalan Yaasin), sehinggalah sewaktu Shareen yang menghafaz, dia dapat sampai 27. Selepas Shareen, Falina (waktu tu Shareen kata dia tunggu aku di tingkat bawah), dan kemudian aku. Aku sudah cuba menghafal sebelum tasmi'. Mulanya lancar sampai ayat 15. Sangkut-sangkut sampai ayat 25. Lancar sedikit sampai 30. Tapi, selepas kelas bising nak balik cepat, banyak yang aku sangkut. Ayat 1 hingga 10 pun aku tersangkut. Aduii... Waktu tasmi' kat ustazah, Mulanya aku lancar. Kemudian sangkut-sangkut. Dapat juga aku teruskan. Sampai entah ayat mana, aku lancar lagi... dan aku sedar dah ayat 28. Maksudnya, aku dah lebih dari Shareen. Waktu tu, aku dah lancar hafazan ketika aku berasa tenang melihat lukisan pada beg pensil ustazah. Sampai tiba-tiba aku dah terhenti. Tak tau sambungan ayat, ustazah bagitau aku dah sampai ayat 30. Barulah aku kata aku hanya dapat hafal sampai ayat 30. Patutlah aku tidak ingat sambungan ayat tu lagi. Hehehe... Buat masa ni, aku yang tertinggi. Tak taulah keputusan selepas ni. Huhuhu...


Satu lagi, aku happy sikit apabila Shareen menganggap aku orang yang boleh dia percaya. Heheh... hari tu dia kata belum boleh percaya aku. Sekarang, dia dah boleh kongsi mengenai dirinya dengan aku. Dan apabila ianya adalah suatu rahsia, aku tidak akan membocorkannya. Kerana aku sedar, bukan senang mencari sahabat. Dan aku sekarang, sudah kurang sahabat yang mendampingiku. Kerana, mereka tidak lagi bersamaku, tidak lagi sekelas denganku dan ada yang tidak lagi satu sekolah denganku. Dan, apabila berada di kelasku sekarang, kadang kala mereka boleh dijadikan kawan, kerana mereka memerlukan aku tatkala aku berpengetahuan mengenai sesuatu. Dan mereka selalu menjadi lawan, kerana mereka hanya bersama aku ketika mereka memerlukan dan mengenepikan aku tatkala mereka berasa tahu segala-galanya.
Jadilah selalunya waktu balik sekolah, aku berjalan sendirian ketika keluar dari kawasan sekolah. Sekarang, aku dah ada teman. Tidak lagi bersendirian. Dan yang pentingnya, kawan itu baik.


***
Rindunya kenangan di zaman tingkatan tiga dulu. Sebab waktu tu, Afifi yang selalu temankan aku balik. Sebelum tu, dari tingkatan satu dan dua sehingga tiga, Mimi yang temankan aku balik, kemudiannya baru Afifi. Kadang-kadang ramai-ramai... Dan, apabila di tingkatan 4, sewaktu mereka belum pindah ke SM Teknik dan Vokasional, aku selalu menunggu Zain untuk balik bersama-sama. Sebab, kami satu bas, dan kami sepupu. Selepas itu,,, begitu lama aku selalu balik tidak berteman setelah kawan-kawan rapat aku pindah, sekarang, aku dah kembali berteman. :) Ceria... ^_^


17 Ramadhan 1430 Hijriah
7 September 2009 Masihi (Isnin)
Baca penuh >>

Jumaat, 17 Julai 2009

Kecewa

Karya N Athirah
Saat tirai malam melabuhkan diri
kudongakkan kepalaku
terlihat olehku langit yang gelap
tanpa sinaran... segala-galanya kelam.

Kucari sinar itu,
namun bintang tiada berkelip,
bulan menyembunyikan diri.

Hampa,
kecewa...
hatiku diselubungi kesuraman wajah
tangisku tiada berlagu
rintihanku tidak bersuara.

Kucuba mencari kebahagiaan
namun tiada kuperoleh
walau sekelumit rasa.

Hakikatnya,
aku tetap kecewa...

23:55 (Khamis)
16 Julai 2009


Baca penuh >>

Selasa, 14 Julai 2009

Mari kita kongsikan bersama... (Khusus Buat Muslimin dan Muslimat Sekalian...)

Aku baru sahaja membaca blog salah seorang saudari se-Islam yang aku follow.

Salah satu entri terbaru blog tersebut ialah sebuah cerpen. Ingin aku kongsikan cerpen tersebut bersama-sama pembaca dan blogger sekalian...


DARUL SIDDIQ : Moga Segera Suasana Itu Hadir

Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot atau purba? begitulah detak hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampaknya ke tepi jalan.

"Assalamualaikum Warahmatullah, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu sebahagian daripada iman." Kedengaran satu suara di belakangnya. Dia bingkas berpaling.

Mudah sahaja untuk membaca cerita tersebut. Anda hanya perlu meng-click tajuk cerpen itu atau hanya click 'Baca selanjutnya'. Sama sahaja seperti info cerpen-cerpenku yang sebelumnya. Cuma bezanya, cerpen ini dikreditkan terus ke blog penulis entri asal.

Hayatilah kisah tersebut...


"Renungkanlah... Fikirkanlah... Huraikanlah hujah anda..." N Athirah.
Baca penuh >>

Isnin, 13 Julai 2009

Isnin >> 13 Julai 2009

Hmph! Aku kira mau tulis nota Pendidikan Al-Quran as-Sunnah (PQS) untuk tajuk Wasiat Luqman al-Hakim dan Nuzul Al-Quran. Sekali buku teks aku masih lagi kat ustazah yang merupakan guru ganti Ustazah Siti Sarah yang sedang cuti bersalin la...

Disebabkan di W.P Labuan ni hanya sekolah kami sahaja yang mempunyai pelajaran PQS dan PSI (Pendidikan Syariah Islamiah), jadi, kami mengalami kekurangan buku teks untuk dua mata pelajaran tersebut. Sebab tu kalau ada guru ganti, dorang terpaksa pinjam buku teks pelajar. Tu ok sikit. Yang lagi teruk, pelajar tidak ada buku teks. Bilik Operasi SPBT sekolah dah kehabisan stok buku teks untuk 2 mata pelajaran tu. Aduuiii...

Kalau aku nak tulis nota-nota bagi kedua-dua tajuk tu, terpaksalah tunggu ustazah siap semak buku nota/latihan PQS yang aku hantar tadi tu lah. Huhuhuhu...
Baca penuh >>

Fakta Terbaru dari N Athirah

Ada orang kata, andai hati saling mencintai, apabila salah seorangnya bersedih, seorang lagi mampu merasakannya... Betulkah?

P/s: pendapat ini merupakan fakta ciptaan aku >> N Athirah

22:00 (12 Julai 2009)


Jawapan:
Agaknya fakta tu betul...

P/s: melalui pemerhatian...

22:01 (12 Julai 2009)


Kalau ada sesiapa yang ingin menghuraikan pendapat sendiri, hamba sedia menerima...


"Renungkanlah... Fikirkanlah... Huraikanlah hujah anda..." N Athirah.
Baca penuh >>

Kehidupan

Karya N Athirah
Hatiku pernah memberi peringatan kepadaku;

Kalau sudah benci, bencilah juga
kalau sudah sayang, sayanglah juga.

Tapi,
kalau sudah menyakitkan hati,
sebaiknya tinggalkan sahaja...
kerana,
orang yang kau benci itu,
adalah orang yang kau sayang...
dan orang yang kau sayang itu,
juga orang yang kau benci...

Walaupn hakikatnya,
dialah permulaan hidupmu...
namun akhirnya,
dia bakal menghancurkan kehidupanmu...

19:48 (Ahad)
12 Julai 2009 (19 Rejab 1430)

Baca penuh >>

Ahad, 12 Julai 2009

Kekecewaan

Karya: N Athirah
Hari ini aku berduka
ingin kuluahkan segalanya
mungkin mengurangkan kedukaan.

Hati kecilku bersuara;
jangan... jangan...
kelak kau kecewa
pasti menambah kedukaanmu.

Aku akur
ada benarnya kata hatiku itu.

Hari ini aku gembira
ingin kuluahkan segalanya
berkongsi kegembiraan bersama.

Hati kecilku bersuara lagi;
jangan... jangan...
kelak kau kecewa
kegembiraanmu bakal bertukar menjadi duka.

Kini aku membantah
mustahil semua itu bakal terjadi.

Namun aku tidak sedar
sebenarnya aku silap
dan kedukaan benar-benar hadir
sungguh aku kecewa...

Kini barulah aku sedar
aku perlu akur
itulah hakikatnya
aku terpaksa terima.

Kelak aku kecewa
pasti aku berduka...

23:45 (Jumaat)
10 Julai 2009 (18 Rejab 1430)

Baca penuh >>

Jumaat, 10 Julai 2009

Pemansuhan PPSMI

10 Julai 2009 (Jumaat)

Kawan-kawan aku kat sekolah ramai yang bising selepas mengetahui Pemansuhan PPSMI adalah pada tahun 2012.

Selepas guru Add Math kami, Encik Ismail memberitahu bahawa Add Math nanti dalam bahasa melayu, ramai yang happy (tidak termasuk aku... kerana aku tahu zaman kami masih lagi bahasa inggeris). Tapi, apabila diberitahu semua tu terjadi pada tahun 2012, semua bising. Baru aku bagitau bahawa pemansuhan PPSMI ditangguhkan sehingga 2012. Jadi, ramailah yang tak puas hati. Nasib koranglah...

Sebenarnya, aku tak kisah Mathematics dalam bahasa Inggeris. Sebab semua tu guna formula. Aku ingat formula berdasarkan tajuk. Pelajaran Mathematics aku memang boleh faham. Cuma, Add Math susah sikit. Bayangkanlah, soalan dalam bahasa inggeris, tapi, cikgu ajar guna bahasa melayu. Tidakkah pening tu. Yalah, cikgu ajar tajuknya inggeris, tapi, apabila menerangkan, memang melayu digunakannya. Aduuiiii...

Tapi, kefahaman aku tidak pada Science. Susah aku mahu faham. Sebab, dari sekolah rendah lagi belajar Sains dalam bahasa melayu. Dulu aku boleh pandai Sains, tapi, masuk sekolah menengah, aku dah tak pandai macam dulu dah. Terutamanya, kalau buat kesimpulan. Nasib-nasib ja hari tu boleh jawab dalam bm. So, mana-mana yang aku dapat jawab guna bm, aku jawablah. Tapi, kalau soalan tiada dwi-bahasa, tak guna jugak. Sebab tak faham soalan.

Kata guru Sains kami, "budak Hibiscus (4 HBS - kelas aku) ni makin diajar, makin bodoh." Lebih kurang macam tu. Aduuiii... apalah nasib...
Baca penuh >>