N Athirah @ Siti Puteri Rawija: Al-Hikam wal-Amsal
Memaparkan catatan dengan label Al-Hikam wal-Amsal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Al-Hikam wal-Amsal. Papar semua catatan

Selasa, 2 Oktober 2012

Man Jadda

Assalamu'alaikum reader!

Alhamdulillah exam Mandarin I petang tadi berjalan dengan lancar. Boleh tahan senang juga. Nak tulis karakter pun senang. Syukur alhamdulillah. Exam Ulum Al-Hadith Abang Aiman pagi tadi pun dia kata alhamdulillah boleh jawab. Syukur ke hadrat Ilahi atas ilham dan ilmu yang dikurniakan. Esok dan lusa aku free dari exam, tapi assignment Mandarin aku tak siap lagi tau. Hehehehe... Nak siapkan minggu ni. Abang Aiman pula esok exam Al-Lughah Al-Arabiyyah III, lusanya Al-Makhdal Ila Ilm Al-Dakwah. Semoga dia dapat menjawab dengan baik. Sekarang dia tengah study arab untuk esok, katanya alhamdulillah ok setakat ni.

Cakap pasal bahasa arab, kebetulan salah seorang rakan FB, rakan sekolej, rakan sefakulti, tetapi bukan sama kursus, kongsikan pepatah arab "Man jadda wa jada" beserta maksudnya. Tetapi dia tulis terbalik, "Wa jadda man jada" -.-"

Jadi di sini aku pun nak kongsikan sama. Ramai yang selalu kongsikan "Man jadda wa jada" yang maksudnya: Sesiapa yang bersungguh-sungguh pasti akan berjaya. Tetapi aku nak kongsikan pepatah ini panjang sikit beserta maksud yang mendalam...

Zaman sekolah menengah waktu belajar Bahasa Arab Tinggi, kami ada belajar balaghah dan al-hikam wal-amsal. Pepatah yang ini ialah al-hikam wal-amsal.
 
من جد وجد ومن زرع حصد ومن سار على الدرب وصل
 (Man jadda wa jada, wa man zaro'a hasada, wa man sara 'alad-daraba wasala)
Maksudnya:
"Barangsiapa yang bersungguh-sungguh dia akan berhasil, barangsiapa menanam dia yang memetik, barangsiapa yang berjalan dia akan sampai."

Unikkan pepatah arab ni. Ada satu lagi yang dipetik dari Surah Al-Insyirah (ayat 6):

 إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
(Inna ma'al 'usri yusra)
Maksudnya: Sesungguhnya dalam kesusahan itu ada kesenangan

Indahnya Al-Hikam Wal-Amsal. Lagi-lagi kalau dipetik dari ayat Quran atau Hadith. Waktu aku belajar balaghah di sekolah, banyak kata-kata arab yang penuh dengan balaghah (simbolik). Bila dapat hikam wal-amsal, lagilah nampak keindahan sastera arab. Subhanallah... ^_^
Baca penuh >>

Ahad, 3 Mei 2009

Sekadar meluahkan perasaan...

Sesuatu yang kita kehendaki tidak selalunya kita dapat dan apa yang kita cuba hindari tidak semestinya dapat dihindar.
Itulah hakikat kehidupan ini. Segala yang pernah berlaku suatu ketika dulu kini hanya menjadi kenangan yang penuh bermakna dan diakhiri dengan pengajaran yang sentiasa menjadi ingatan.
Setiap dari kita pasti memiliki keinginan... Tetapi bukan mudah untuk menunaikan keinginan tersebut tidak kira ianya baik atau tidak. Maka kekecewaan itulah yang sering menghantui diri kita. Tika itu, kesabaran itulah yang perlu digenggam dengan erat. Semoga kita terpelihara-NYA. Amin...
Tidak dapat dinafikan semua ini. Kerana ianya terkandung dalam kronologi kehidupan seharian. Tetapi, ada hikmah di sebalik segala kejadian.
Tika diri dibalut kegembiraan, kita lupa kedukaan yang mungkin bakal tiba.
Tika salah faham membisik di hati, kita tidak sedar akan kebenaran di sebaliknya.
Apabila sesal merusuh jiwa, kita tidak tahu cara sebenar memperbaiki keadaan.
Setelah rajuk menguasai diri, kita tidak terfikir perasaan orang lain.
Pabila ingin mengembalikan kenangan silam, namun sebenarnya kita sudah terlambat...

Oleh itu, jagalah segala apa yang kita sayang dengan baik.
Jangan tinggalkan ia tanpa berfikir terlabih dahulu.
BERINGATLAH SEBELUM MENYESAL...
Hakikatnya, inilah antara kronologi kehidupanku sendiri. Segala yang tidak diingini tidak dapat dihindari dengan begitu mudah. Hanya kerana perkara yang remeh telah menghancurkan sesuatu yang begitu bermakna. Kenangan itu terlalu bermakna untuk ditinggalkan dan terlalu indah untuk dilupakan. Sampai bila-bila pun aku tidak akan membakar kenangan yang satu itu. Pada penghujungnya telah memberikan aku pengajaran yang cukup bermakna untuk aku mengharungi kehidupan yang mencabar ini. Biarlah kenangan yang satu ini tidak terpadam. Kerana kenangan ini memberikan aku kekuatan dan menguatkan ketahanan fahaman mindaku untuk menilai sesuatu yang penting dan perlu dinilai dengan teliti.


Yang pastinya kenangan buruk itu dalam usaha aku memadamnya. Kerana kenangan itu bercampur-baur dengan penipuan dan madah-madah dusta.
Ingin aku kembali pada kenangan yang satu lagi sebelum kenangan buruk itu... penuh bermakna... memberi ketenangan...tetapi kini, itu semua hanyalah angan-angan yang nyata dan hanya tinggal angan-angan tanpa ada pencapaiannya...


Madah Ciptaan N Athirah
Baca penuh >>

Sabtu, 2 Mei 2009

Barangsiapa...

Barangsiapa menginginkan teman, cukuplah Allah menjadi temannya.

Barangsiapa menginginkan kekayaan, cukuplah qana'ah menyertainya.

Barangsiapa menginginkan nasihat, cukuplah kematian menasihatinya.

Barangsiapa menginginkan harta simpanan, cukuplah Al-Quran menjadi barang simpanannya.

Barangsiapa yang tidak cukup dengan keempat-empat hal ini, cukuplah neraka baginya.
Daripada: Abi Awatif Rania Haji Abdul Wahab (Penyedia Modul Bahasa Arab Tinggi)


Barangsiapa...
Baca penuh >>

Khamis, 23 April 2009

Kata-Kata Hikmat

Menurut Hamka :
"Tanda cerdik seseorang adalah pada ucapannya
Tanda berani seseorang adalah pada tindakannya
Tanda bijak seseorang adalah pada keterampilannya
Tanda mulia seseorang adalah pada keperibadiannya."


Pepatah Arab ada menyebut :"Cabaran dan kehidupan tidak boleh dipisahkan melainkan kematian
Mati itu lebih mulia dari hidup yang hina
Kedekut, gelisah dan takut sama ertinya dengan kehidupan yang mati"


Hindarkan diri anda dari stress oleh Dr. Jacobson :
"Jika anda bertenang,
Segala kebimbangan akan hilang
Segala kerunsingan akan pulang
Segala ketenangan akan menjelang
Segala kedukaan akan terbang
Segala keindahan akan berkembang
Segala kebenaran akan terpampang
Segala kedamaian akan mengambang"
Posted By : ayed_1790 (FiDd, qBeR)
Author : fiDah_cUte

(Virtual Friends)http://virtualfriends.net/main/?UID=6329FE04-AC6C-6DBB-D796478F9FC3479F&frame=1
Baca penuh >>