Khamis, 24 Mac 2022


Tengok anak terlalu aktif, kadang-kadang kita hanya menyangka anak jenis kinesthetic. Dulu aku pun berfikir begitu.

Apabila aku banyakkan lagi bacaan mengenai perkembangan kanak-kanak, baru aku sedar anak sulung aku ada ciri-ciri mengarah ke ADHD.

ADHD adalah salah satu masalah sikap yang disebabkan oleh perkembangan neuro/otak yang tidak normal. Dikatakan ada 4.3% menghidap penyakit ini di Malaysia berumur 5 hingga 15 tahun.

Kepada ibu bapa yang perasan ada sebarang kelainan pada anak-anak, segeralah bawa kepada pemeriksaan pakar. Lebih cepat tahu keadaan anak, lebih baik untuk kita bantu dalam perkembangan anak-anak.

#nathirah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang anda hantar akan menunggu masa untuk diapprove oleh penulis...
Harap maklum...