N Athirah @ Siti Puteri Rawija: Contest
Memaparkan catatan dengan label Contest. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Contest. Papar semua catatan

Jumaat, 6 April 2012

MINI GIVEAWAY BY MANJA (I’m Limited Edition)

GIVEAWAY PULA
Jom Tengok


Giveaway ni tamat pada 11.59 malam 18 April 2012
Nak join, KLIK SINI.

Boleh pilih hadiah tau... Nak tengok hadiah, kat SINI.

"WHY I THINK I'M LIMITED EDITION

Jawapan: Inilah sebabnya;
  1. Saya asal Labuan. Berbangsa Melayu. Sejak kecil dibiasakan cakap melayu, tetapi hidup dalam kelompok bangsa Kedayan. Kemudian minat pun cenderung pada penulisan puisi dan cerpen melayu.
  2. Sejak tadika sehingga sekolah menengah belajar dalam jurusan Pengajian Islam tanpa ada subjek Kesusasteraan Melayu atau Sains Tulen. Di peringkat kolej sekarang, tidak pula saya berada dalam jurusan sastera mahupun pengajian Islam. Tetapi saya sekarang dalam jurusan Diploma in Computer Science, belajar programming. Tidak berkaitan pula dengan minat dan pengajian sejak sekolah.
  3. Sejak lahir terus membesar di Labuan. Tak pernah tinggal di semenanjung. Sekarang masuk kolej kat semenanjung, saya cakap semenanjung dengan kawan-kawan semenanjung. Bila saya kata saya berasal dari Labuan, pasti ada yang terperanjat. Bila saya jumpa Sabahan, cakap Sabah pula. Jumpa rakan Labuan, cakap Labuan balik. Hehehe...
Heee...

3 Pilihan hadiah yang saya inginkan (kalau menang lerrr...) :

  1. Cute necklace Sponsored by NayZa Collection
  2. Vintage accessories Sponsored by Hijabers Fashion Couture
  3. Love necklace Sponsored by NayZa Collection
Last sekali, ini link Facebook saya: N Athirah Al-Labuani.

Terima kasih ^-^
Baca penuh >>

Selasa, 3 April 2012

CONTEST: CERITA SERAM

Assalamu'alaikum reader!

Dah lama aku tak update blog ni kan... Dah setahun berlalu masa-masa aktif aku dalam dunia blog ni. Kalau ada update pun, sikit-sikit ja. Tapi bukanlah mengenai diri melainkan contest. Haaa... Sekarang aku belum nak cerita pasal diri aku. Nanti baru aku update untuk catatan kehidupan aku. Hehehe... Sekarang ni aku nak join contest lagi. CONTEST: CERITA SERAM. Ni yang aku suka ni.

Tarikh tutup contest ni ialah 7 April 2012.

Sebelum aku mulakan kisah hantunya, aku nak tag dua orang dulu:

Ok. Ini kisahnya... (tak tau la korang baca seram atau tidak ye)

Aku ni anak sulung. Dari kecil pun dah banyak kisah-kisah berkaitan dengan makhluk ghaib ni. Kisah selepas aku lahir, sewaktu aku baby, termasuklah kisah aku berkawan dengan makhluk tu pun ada. Ketika di Labuan dulu macam-macam kisah ada. Sampai aku dah kat kolej ni pun masih ada kisah-kisahnya. Kalau nak cerita semuanya memang panjang lah kan. Untuk contest ni, aku cerita sikit je lah. Kalau nak lebih, korang request lah ye. Hahaha... Di sini aku nak cerita pengalaman aku kat kolej.

Kisahnya bermula apabila aku masuk kolej dan di tempatkan bersama kawan-kawan baru yang belum pasti asal-usul dorang. Macam biasa lah seminggu pertama kena orientasi. Tak perlulah aku ceritakan secara detail perkenalan dan keakraban kami lah kan. Di kolej ni dah macam-macam juga cerita yang aku dengar. Dan aku sendiri pun kadang-kadang dapat rasa kehadiran makhluk ghaib ni. Penglibatan kami bermula ketika aku dan dua lagi rakan sebilik (sebaya) baru balik dari jalan-jalan di Mid Valley. Al-maklumlah baru semester pertama, aku sendiri berasal dari Labuan dan dua rakan sebilikku tu berasal dari Terengganu, kira baru nak berrjinak-jinak dengan dunia bandar besar ni lah kan. Balik hostel mulanya tiada apa-apa. Cuma wajah seorang lagi rakan sebilik yang setahun lebih tua dari kami nampak tension (satu bilik ada empat penghuni). Aku pun malas nak ambil peduli kan. Jadi aku biarkan ja lah. Kami berempat buat kerja masing-masing.Sebenarnya aku pelik dengan akak tu sebab dia hempas buku, lepas tu solat, lepas solat baca Quran sambil menangis. Dia ni ada masalah dengan boyfriend ke? Tapi dia kan tiada boyfriend. Ah, lantaklah!

Aku sangka sampai situ ja kes tu. Rupa-rupanya tidak. Akak tu membebel-bebel sendiri ketika baring atas katil. Mulanya aku sangka dia tengah bertelefon. Aku toleh kat dua orang lagi kawan aku yang tengah duduk berdua kat tepi katil di hujung, dorang dah pandang pelik kat akak tu. Aku pun perhatikanlah betul-betul akak tu, dia tak bertelefon pun. Bila aku cuba rasakan aura lain kat area akak tu, baru aku terasa kehadiran sesuatu yang berunsur ghaib dan tidak baik. Kawan aku yang dua orang tu aku suruh menghadap tempat lain. Aku cuba nak halau 'benda' tu. Tapi lambat berhasil. Melekat auranya seluruh badan aku. Yang aku kesian kat kawan aku dua orang tu, takut sangat. Lari sampai lompat katil... Tak sempat ambil selipar, tersungkur depan pintu. Masalah dari jin yang datang kat akak tu la tu.

Selepas kes pertama tu, bermula lah bermacam-macam misteri di bilik hostel kami. Aku sendiri setiap pukul 1 pagi kalau aku tidur di atas katil, pasti aku akan diganggu sampai aku bangun. Lepas tu aku terpaksa turun dari katil dan tidur di lantai sebab katil aku direbut oleh 'benda' tu. Seorang kawan aku dari bilik depan boleh nampak 'benda' tu kata, dia tengok 'benda' tu main golek-golek kat katil aku. Huh! Salah seorang rakan sebilik aku pernah nampak lembaga yang entah dari mana duduk depan laptop aku, macam tengah guna laptop. Dalam laptop aku pula ada rakaman bacaan Ruqyah yang aku pasang tiap kali terdapat gangguan di bilik tu. Sejak awal semester sehingga habis semester kami terpaksa berhadapan dengan benda ghaib tu. Dan sepanjang masalah-masalah tu berlaku baru kami sedar sebenarnya benda tu 'kawan' kepada akak bilik tu. Dan yang jadi mangsa tu, kami bertiga di bilik tu. Tension betullah!

Kejadian yang paling memeningkan dan memenatkan merupakan masalah terakhir yang kami hadapi di dalam bilik tu. Malam tu malam terakhir kami menetap di bilik tu sebelum cuti semester. Akak tu seperti biasa duduk di bilik kawannya di tingkat atas. Selain tinggal kami bertiga, ada tiga orang lagi rakan dari bilik lain turut duduk di bilik kami. Malam tu kami nak tidur ramai-ramai. Semenjak kejadian gangguan-gangguan jin di bilik tu, kami (selain akak tu) dah tak tidur di atas katil aku dan akak tu (kebetulan katil aku dan dia sebelah je). Bawa tilam ke lantai, tidur di lantai ja. Jadi malam tu, ada empat bantal di lantai dan dua katil kawan aku sahaja diguna. Malam tu kitorang happy-happy lagi. Dah start ngantuk, standby la nak tidur. Ada kawan yang tutup lampu, ada yang bangun nak simpan cermin mata kat meja. Dan waktu selepas lampu di tutup tu, kawan aku (yang boleh nampak benda tu) yang tengah duduk di atas katil melompat ke tilam bawah. Waktu tu juga semua jadi menggelabah dan minta dibukakan lampu. Setelah bilik menjadi terang, baru kawan aku yang melompat tadi tu cerita dia nampak benda tu melompat dari atas locker ke atas katil akak tu. Locker dan katil akak tu memang dah jadi kawasan 'dia'.

Waktu tu mood nak tidur terus hilang. Aku pun pasang lah bacaan Ruqyah. Kemudian ambil garam yang ayah aku sediakan untuk buat pagar memisahkan kawasan tempat tidur kami dari tempat adanya benda tu. Tapi tak settle lagi. Ada jin lain pula yang datang 'berkunjung' ke bilik kami, berdiri di pintu. Kawan-kawan aku dah takut dah. Nak tidur memang tak tenang. Lampu pun dah tak nak tutup. Kami cuba juga nak tidur. Tapi benda tu mengamuk. Kedengaran bunyi hentakan lantai, lepas tu bunyi hentakan pada dinding. Ada kawan aku dengar suara perempuan menangis. Semakin kuat volume bacaan Ruqyah tu, semakin kuat juga suara amukan makhluk tu.

Akhirnya dengan suara-suara ganjil tu aku tertidur dan tak peduli apa-apa dah. Keesokkannya kami balik ke kampung masing-masing untuk cuti semester tanpa memperdulikan benda tu lagi.
Baca penuh >>

Isnin, 3 Oktober 2011

Perodua Myvi Extreme untuk contest besar Denaihati!!!

Ada maklumat dari Denaihati. Jom baca! Jangan lupa support ye!!!
***
Assalamualaikum dan salam 1Dunia, terima kasih kepada Rakan Blogger yang sudi nak jadi sponsor kepada contest besar Denaihati  yang sedang dirancang di blog Denaihati. 24 jam selepas entri mencari sponsor disiarkan beberapa sponsor telah diterima antaranya Wang Tunai, Blackberry Bold 3 dan Samsung Tab 2. Berdasarkan email ada banyak lagi pertanyaan pihak individu dan syarikat yang berminat nak jadi sponsor kepada contest yang bakal dianjurkan.
Rakan Blogger nak tak kalau hadiah utama contest yang bakal dianjurkan adalah kereta Perodua Myvi Extreme? Aku yakin semua nak terutama yang belum ada kereta lagi. Siapalah nak sponsor hadiah semahal tu melainkan PERODUA tapi nak ke PERODUA pandang blog Denaihati. Tidak mustahil tetapi agak susah sikit jadi janganlah kita mengharap bulan jatuh ke riba.
Percaya tak ada yang nak sponsor hadiah Myvi 1.5 Extreme tapi dengan syarat beliau menang hadiah RM100ribu yang dianjurkan oleh DEALMATES. Apa kata kita semua support beliau untuk menang contest DEALMATES. Mudah je ikut cara-cara dan syarat yg ditetapkan :
  • Mesti warga Malaysia yang ada MYKAD
  • Mesti ada akaun FACEBOOK
  • Klik link referral ini DEALMATES
  • Daftar akaun DEALMATES atau connect menggunakan Facebook
  • Kongsikan entri “Win RM100,000 Cash from DealMates.com” di Facebook anda.
  • Isikan data beribadi nama dan no hp untuk pengesahan pemenang
  • Paling best anda juga layak untuk menang RM100ribu setelah melakukan semua di atas.
Jadi jangan tangguh lagi jom klik link ini DEALMATES untuk support kawan kita menang RM100k yang dah janji nak sponsor Myvi 1.5 Extreme. Bayangkan drive PERODUA Myvi Extreme di lebuhraya Utara Selatan mesti boleh pulun cecah 180km/jam. Blogger Ariffshah pun join contest ini jadi kenapa tidak kita.
Ranking terkini : No 3 (Mari kita ramai-ramai bantu supaya jadi No 1) 
Nota : Kepada individu dan syarikat yang nak jadi sponsor contest blog Denaihati sila klik “Sponsor Contest Besar Denaihati“.
Baca penuh >>

Khamis, 21 April 2011

JOM JOIN FOTO PUISI PENULIS SENJA

Tarikh tutup 22 April 2011
Klik sini untuk join.

Dalam banyak-banyak puisi Penulis Senja ni, semua pun best. Hehehehe... Aku nak pilih pun jadi bingung. Sebab banyak sangat yang aku suka. Tapi, Penulis Senja suruh pilih satu ja. Hohohoho...
Oleh kerana aku minat sangat puisi yang mempunyai bait-bait yang unik, aku cari puisi yang ada petikan puisi kat banner di atas tu. Akhirnya aku jumpa.

Aku pilih puisi: Aku Hanya Sebaris Puisi (klik untuk baca puisi tersebut)

Kenapa aku pilih puisi ini?
Sebab puisi ni tentang puisi. Hehehehe... Aku minat puisi. Olahan puisi ni pula nampak menarik dan kreatif. Terus terpikat. Hehehe...

Ok. Pasal header baru Penulis Senja tu. Macam yang kata mengenai puisi "Aku Hanya Sebaris Puisi" tu, begitulah juga dengan header-nya. Kreatif. Temanya sesuai dengan nama pena Penulis Senja.

^-^
Baca penuh >>

PENULIS SENJA TERAKHIR


Lama juga aku tak update blog aku ni. Kali ni aku join contest lagi.
Tarikh tutup 25 April 2011

Nak join, klik sini.

Aku tag:

Kenapa aku join contest ni?
Sebab aku minat berkarya. Dengan cara ini, aku boleh kembangkan minat aku. Hehehe...
Aku di-tag oleh ibuku sendiri, Norgadis Labuan.

 Ini puisi aku:
DI GELANGGANG INI KITA BERTAPAK
Karya: N Athirah

Masih kuingat lagi
saat mula bertapak di sini
dalam satu pasukan yang rapuh
ditimpa badai namun tiada berundur
kerana amanat tok guru yang terus dipikul
demi memperjuangkan warisan turun-temurun.

Walau perjuangan kita dipandang remeh
walau perjuangan kita tiada sokongan
walau perjuangan kita sering ditentang
namun, dalam tekad kita terus maju
bersatu hati demi amanah yang satu.

Kini, yang setia kian berundur
yang bersatu kian berpecah
tetapi, rahmat Tuhan tiada menghilang
yang patah tumbuh yang hilang berganti
menjalin ikatan persaudaraan yang suci.

Duhai pendekar-pendekar muda
putera puteri pewaris negara
teruskanlah perjuangan kita
di gelanggang ini kita bermula
usah berundur hingga akhir hayat.

Sesungguhnya,
di gelanggang ini kita bertapak
sebagai anak-anak pejuang warisan.


20 November 2010
Diabadikan khas buat anak-anak Gayong,
Gelanggang Silat SMK Mutiara, W.P Labuan

Pesanan: Gayong Mutiara jangan berpecah-belah. Terus bersatu walau ramai yang tidak menyokong kita. Susah senang tetap bersama. Suka duka kita tetap kongsi bersama. Ingat tu!
Baca penuh >>

Jumaat, 25 Mac 2011

Our Memory Photo Contest

Tarikh tutup contest ini diawalkan pada tarikh hari ini, 25 Mac 2011 malam ini.

Ok.Aku join OUR MEMORY PHOTO CONTEST dari blog Cik Ain.

Nak join, cepat klik sini.
Aku tag:

Berikut adalah gambar yang aku pertaruhkan:
Nampak aku? Aku kat dua dari kanan hadapan tu. Siap tunjuk 'peace' lagi. Warna baju agak gelap sebab aku pakai baju pengawas biru... bukan baju sekolah putih.
Ala... rindunya kenangan ni!!!!!!!!!

Ok. Cik Ain ada tanya kenapa gambar yang dipertaruhkan ni dipilih. So, jawapannya:

Aku pilih gambar ni sebab aku rindu sangat-sangat zaman sekolah aku. Gambar ni pula adalah gambar hari terakhir kami bergelar pelajar SMK Mutiara, pada 16 Disember 2010. Ni lepas habis jawab kertas SPM Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah la ni.

 Rindu... rindu... rindu... rindu...

Tak lama lagi kami ikut haluan masing-masing. Yang sambung belajar, pergi sambung belajar... Yang kerja, terus kerja... Susah dah nak jumpa... Huhuhuhu... Hibiscus Kancang dalam kenangan...
Baca penuh >>

Ahad, 20 Mac 2011

Puisi BiLa Hati TertAnYa-TanYa..

 
Siapa minat berpuisi? Aku minat sangat-sangat. Hahaha...
Aku dah lama nak sertai contest ni. Tapi, baru ni aku berkesempatan buat posting. Hohoho...
Tarikh tutup 20 Mac 2011

Hanya klik sini untuk join.

Puisi: Bila Hati Tertanya-Tanya
Karya: N Athirah

Puisi menjadi bait-bait madah kata
peneman dan pendengar setia luahan rasa
dalam rindu, tangis, tawa, marah, kecewa
segalanya terluah melalui pena puisi bicara.

Bila rindu berputik jauh
tika tangis merendam jiwa
saat tawa ceriakan diri
di kala marah menguasai minda
sewaktu kecewa meruntun hati
di manakah kan kuluah selain puisi?

Hati,
tersimpan pelbagai cerita
terpendam segala rahsia
berat menampung pelbagai rasa
di hati yang kecil segalanya ada.

Tertanya-tanya saat memikirkannya
apakah aku mampu terus bertahan
memendam segalanya sendirian
sampai bilakah akan berterusan
menyimpan kesakitan di hati yang lara.

Bila hati tertanya-tanya
akankah ada insan yang sudi
menjadi peneman dan pendengar setia
tempat meluah segala cerita
bakal menjadi penasihat jiwa
serta amanah menyimpan rahsia.

Aku tercari-cari
aku ternanti-nanti
aku tertanya-tanya
akankah hadir pemberi sinar
sebagai cahaya mengusir suram
mengukir senyum mewarnai ceria
dalam hidup penuh rahsia
pengganti pena peneman bicara
setia dan indah bak puisi madah kata.

Sendirian aku melangkah
menanti hadir insan penyeri
menjadi penghibur tatkala sepi
merungkai persoalan hati yang lara
memberi jawapan pada bicara minda.

Bila hati tertanya-tanya...
12.00 pagi,
20 Mac 2011.
Baca penuh >>

Sabtu, 12 Mac 2011

Aku Pemenang Ketiga Contest Aku & Lagu!!!

Wah! Wah! Wah! Yes! Yes! Yes!

Ini adalah kali pertama aku menang contest. Serius aku tak sangka. Sebelum ni aku selalu follow up mana-mana result contest yang aku join, tapi tak pernah menang. Bukan saja tak pernah menang, tak pernah masuk link top20 ka, top10 ka, atau top5. Langsung tak ada.

Baru-baru ni aku check ada update top 10 Contest Aku  Lagu. Aku selamba derk ja buka dan tengok list tu. Tak ada perasaan excited mungkin aku tersenarai. Tapi, bila ternampak list tu ada tulis 10)athirah, aku terus terjerit. Terkejut geng. Terselit juga aku nombor 10. Tapi, aku masih tak menyimpan harapan tinggi untuk menang. Dah biasa selalu tak menang. Hehehehe...

Pagi tadi, aku tengok, dah ada result. Aku tengok lagi dengan selambanya. Hahahaha...
Mula scroll bawah, jumpa nama pertama:
 Scroll lagi, jumpa nama ni:
3) mama zharfan
Scroll lagi, eh-eh betul ka apa aku nampak ni?
10) athirah
Aku check lagi link tu, betul ka aku. Sah memang aku! Bukan main excited lagi aku. Tak pernah sangka tau. Peserta lain yang tersenarai Top10 tu memang boleh tahan ceritanya. Tapi, aku betul-betul tak sangka aku boleh terpilih sebagai salah seorang pemenang. Alhamdulillah!

Terima kasih kepada penganjur. Tahniah juga kepada Iya dan Mama Zharfan! Kisah mereka berdua ni memang betul-betul menyentuh hati aku. Memang layak dipilih sebagai pemenang.

Berikut adalah link mengenai contest ini...

Entri penyertaan aku:
http://nathirah.blogspot.com/2011/02/contest-aku-lagu.html
Artikel mengenai lagu ini aku dah pernah post tahun lepas di sini. Entri ni pula aku edit baru untuk melengkapkan kisah aku sempena Contest Aku & Lagu.

Senarai Top 10 Contestant:
http://munajatcinta88.blogspot.com/2011/03/top-10-dulu-yepening-nak-pilih.html
 Keputusan pemenang:
Baca penuh >>

Khamis, 10 Mac 2011

Contest ' Resepi Pilihan ' Sinar Raudah

Tarikh tutup 12 Mac 2011 tepat pada pukul 12 tengahari

Contest ' Resepi Pilihan ' Sinar Raudah ini dianjurkan oleh penulis blog SINAR RAUDAH.

Korang ada resepi yang nak dipertaruhkan?

Klik sini untuk join.


Ok... ini resepi dari aku:

Resepi ni adalah resepi keluarga... Mempunyai lebih khasiat terutamanya untuk wanita lepas bersalin. Selain itu, masakannya pun sedap kalau dimasak dengan betul dan bahan yang cukup.

Sup Ayam Bercendawan

Ramuannya:
Minyak bijan
Bawang putih (seulas)
Bawang merah (seulas)
Halia (lagi banyak lagi terasa =D)
Kicap pekat
Serbuk lada sulah (lada hitam)
Garam
Aji-na-moto
Air

Bahannya:
Cendawan kering / Kulat (cendawan kering yang jual packing kat kedai tu)
Ayam

Penyediaan ramuan:
Tumbuk dengan lesung atau blender-kan bawang putih, bawang merah, dan halia.

Penyediaan bahan:
Potong ayam mengikut potongan kegemaran masing-masing. Manakala cendawan tersebut direndam dengan air sehingga kembang (untuk cepat, rendam dengan air panas). Kemudian potong kecil-kecil (batangnya dibuang lah). P/s: Jangan lupa basuh ayam dan cendawan tu.


Penyediaan masakan:
  1. Tuangkan minyak bijan ke dalam kuali dan panaskan (agak-agak minyak tu cukup untuk tumis bawang dan halia serta cendawan dan ayam).
  2. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk / blender sehingga terhidu aromanya. =D (bau minyak bijan pembuka selera)
  3. Kemudian, masukkan cendawan dan ayam yang sudah dipotong-potong tadi, ditumis bersama bawang dan halia.
  4. Kemudian barulah tuangkan kicap dan gaul di dalam masakan.
  5. Masukkan serbuk lada sulah secukup rasa ke dalam masakan.
  6. Masukkan garam dan aji-na-moto secukup rasa.
  7. Akhir sekali barulah tuangkan air secukupnya dan gaul. Biarkan sehingga mendidih.
  8. Dah mendidih, jangan lupa rasa supnya, kalau tawar, tambahlah garam. Kalau rasa kurang lada sulahnya, tambahkan saja. Kalau tengok nampak cair (kurang) warna kicapnya, tambahkan kicap.
  9. Dah selesai, tutup api dan siap untuk dihidang.
  10. Makan bersama nasi, sedap... Lagi-lagi ketika masih panas.

Nak sertakan gambar... Tapi, dalam masa terdekat ni belum beli bahan-bahan untuk masak masakan ni. Huhuhu...
    Baca penuh >>

    Selasa, 1 Mac 2011

    Books-stack First Give Away

    Book-stack create give away!

    The closing date is on 14 March 2011.
    The winners will be announce on 16 March 2011


    Nak join, klik sini.


    Hadiahnya:
    3 Main prize:
    1 book of your choice from blog shop (below RM 26.00)
    1 Book Mark
    1 Necklace


    2 Mini prize:
    1 Bookmark
    1 Necklace


    3 Consolation prize:
    Bling bling Handphone Sticker


    Gambar-gambar hadiah:

    bookmarks

      
    sponsor crystal necklaces

    sponsor bling bling handphone stickers

    Baca penuh >>

    LUCKY DRAW LITTLE CUTE ANIMAL 2011

    5 ekor binatang yang cute miut sama sejibik cam dalam banner, cabutan tuk 5 orang
     
    Tarikh tutup 11 Mac 2011
     
    Nak join, klik sini.
     
    Cute geng... Hehehe...
    Baca penuh >>

    GA dari honey bee

    8 pemenang dipilih berdasarkan lucky draw

    Tarikh tutup 11 Mac 2011 tepat jam 11.59p.m

    Nak join, cepat-cepat klik sini.

    Cute cho... kalau lucky mesti best. Hehehe...
    Baca penuh >>

    CONTEST PENGALAMAN MENYERTAI CONTEST

    Tarikh tutup 3 Mac 2011

    Nak join, klik sini.
    Aku tag:

    Ok... Ini pengalaman aku menyertai contest.

    Aku cerita santai vs ringkas saja k. Hehehe...
    Aku ni jenis kalau nak join contest tu,  aku tengok dulu contest tu aku minat join atau tidak. Lepas tu, aku tengok hadiahnya. Hehehe... Tapi, setakat ni, ok-ok saja aku join. Dah banyak aku join pun, tak pernah menang. Hakhakhak... Aku lebih suka join contest gambar, puisi, atau cerpen. Tapi, tak pernah menang walau satu contest pun. Tak la aku kisah sangat. Ibu aku selalu recommend segala macam contest yang dia join, sampai ada satu part aku join contest Me & My Teddy Contest. Nak tengok, klik sini. Aku saja ja join nak tambah entri baru... padahal aku bergambar dengan teddy bear kat Milimewah Superstore. Hahahaha... Tapi, aku tak tipu... Aku bagitau dalam entri aku tu yang teddy bear tu milik supermarket. Sekalinya, penyertaan aku disqualified geng. Hahahaha... padan muka kau TyRah. Tapi, aku tak kisah pun... Sebab aku saja-saja ja join. Bukan harap sangat nak menang... Sejak kes tu, aku selalu check mana-mana contest yang aku nak join. Pernah aku batalkan nak join satu contest yang aku tertarik nak join. Aku batalkan tu pun disebabkan area penghantaran kat kawasan semenanjung ja. Huhuhuhu... aku kat Labuan.

    Oh ya, akan tetapi,,, walau tak pernah menang mana-mana contest, aku tetap pernah dapat hadiah dari contest. Ni ha Saguhati PERTANDINGAN MENULIS CERITA PENDEK (CERPEN) BERILHAMKAN LIRIK LAGU. Penganjurnya bagi saguhati kepada semua peserta contest. Berbaloi la kan. Sekurang-kurangnya terbayar juga cerpen penyertaan semua peserta. Karya tu berharga juga tau. Sebab tu dilarang ciplak-ciplak karya orang. Nak tengok penyertaan aku, klik sini.

    Hadiahnya:
    Surah Yassin yang ditempah khas bersama penanda buku MPH
    Ini pula yang ditaip pada muka surat pertama buku Yassin ni
    Ok... begitulah cerita aku... Hehehe...
    TAMAT
    Baca penuh >>

    Ahad, 27 Februari 2011

    Contest Aku & Lagu

    Tarikh tutup 28 Februari 2011

     
    Nak join, klik sini.

    Aku tag:

     Ini penyertaan aku:

    Aku suka lagu nasyid. Antaranya, Sebuah Pertemuan nyanyian UNIC. Kenapa aku pilih lagu ini? Ada maksud tersirat disebalik setiap rangkap lirik tersebut. Apabila kuhayati lagu nasyid ni, pasti melahirkan rasa sebak dan membawa kepada aliran air mata. SUBHANALLAH!
    Definisi setiap rangkap lagu nasyid "Sebuah Pertemuan" mengikut apa yang tersirat di dalam jiwaku.
    Mengenai kisah persahabatan itu...
    MKA... Naqiy... Putera MSR...

    Ketika diri mencari sinar
    Secebis cahaya menerangi laluan
    Ada kalanya langkahku tersasar
    Tersungkur di lembah kegelapan
    Dalam aku menjalani liku-liku kehidupan, tidak mustahil adakalanya aku tersungkur dalam kesedihan. Cabaran dan dugaan pelbagai yang aku lalui cukup untuk meluka robek hatiku.

    Bagaikan terdengar bisikan rindu
    Mengalun kalimah menyapa keinsafan
    Kehadiranmu menyentuh kalbu
    Menyalakan obor pengharapan
    Kehadiran insan bergelar sahabat bagaikan satu sinar pengharapan. Semangatku bangkit dan terus bangkit, tabah untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan kehidupan.

    C/O 1:
    Tika ku kealpaan
    Kau bisikkan bicara keinsafan
    Kau beri kekuatan, tika aku
    Diuji dengan dugaan…
    Saat ku kehilangan keyakinan
    Kau nyalakan harapan
    Saat ku meragukan keampunan Tuhan
    Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala
    Sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa berusaha merubah dan membetulkan kesilapan diri kita.
    Sama seperti sahabat yang kutemui, MKA dan Naqiy... saat aku alpa, merekalah yang mengingatkan aku. Saat aku sedih duka, hampir jatuh, merekalah yang berusaha menyemarakkan kekuatan di dalam diriku. Saat aku kehilangan keyakinan, mereka beri aku pengharapan. Dan saat aku ragu-ragu dengan kehidupan, mereka berikan aku kata-kata hikmah sebagai pedoman buatku.

    Menitis airmataku keharuan
    Kepada sebuah pertemuan
    Kehadiranmu mendamaikan
    Hati yang dahulu keresahan
    Bila mengenangkan persahabatan yang terjalin begitu erat, sungguh sebak menusuk ke kalbu. Terlalu indah segala kenangan. Pertemuan yang membawa rahmat. Tenang dan membuai jiwaku.

    Cinta yang semakin kesamaran
    Kau gilap cahaya kebahagiaan
    Tulus keikhlasan menjadi ikatan
    Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan
    Sebagai sahabat, mereka sentiasa berusaha membawa aku ke jalan yang terang dan semakin terang. Sentiasa berusaha mendekatkan lagi diriku dengan Tuhan. Terlalu rajin memberi tazkirah dan nasihat yang berguna untuk aku dan boleh aku sampaikan kepada umat manusia yang lain. Ilmu yang ada diamalkan untuk kegunaan akhirat kelak. Segala yang dilakukannya penuh keikhlasan. Tulus tanpa ada paksaan. Sesuatu yang begitu indah untuk dikatakan.

    C/O 2:
    Titisan air mata menyubur cinta
    Dan rindu pun berbunga
    Mekar tidak pernah layu
    Damainya hati
    Yang dulu resah keliru
    Cintaku takkan pudar diuji dugaan
    Mengharum dalam harapan
    Moga kan kesampaian kepada Tuhan
    Lantaran diri hamba kerdil dan hina 
    Segalanya mengajarku untuk mengenal erti cinta sebenar. Cinta yang tiada tandingnya, cinta kepada Yang Maha Esa. Namun, dalam sedar atau tidak, entah bagaimana terbit rasa cinta lain terhadap insan yang selama ini hanya bergelar sahabat. Sesuatu yang tidak kuduga. Walaubagaimanapun, semua itu terus kupendam kerana aku sedar siapa diriku. Hanya kuharap, cinta kepada Yang Satu tidak akan memudar.

    Menitis airmataku keharuan
    Kepada sebuah pertemuan
    Kehadiranmu mendamaikan
    Hati yang dahulu keresahan 
    Setelah kulihat perpisahan semakin hampir, jiwaku mulai tidak menentu. Aku hanya mampu membiarkan mereka pergi. Dan kuharap akan adanya "pertemuan kedua"... akan terus kunanti, sesiapa yang sanggup untuk menjadi sahabatku, persis sahabatku di "pertemuan yang pertama"

    Syukur sungguh di hati ini
    Dikurniakan teman sejati
    Menunjuk jalan dekati-Nya
    Tika diri dalam kebuntuan 
    Dalam segala hal, kepada Allah jua akan kembali. Semoga Dia pertemukan aku dengan sahabat persis sahabatku sebelum ini. Agar aku tidak terus sendiri, dalam kebuntuan mengenang kisah lalu.

    Betapa aku menghargai
    Kejujuran yang kau beri
    Mengajarku mengenal erti
    Cinta hakiki yang abadi
    Dari dulu, kini, hingga selamanya, sahabatku akan terus kukenang. Akan sentiasa kuhargai. Kerana merekalah yang berusaha menyinar jiwaku, agar tidak terus berada dalam kegelapan.

    Tiada yang menjadi impian
    Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
    Yang terbias pada ketulusan
    Sekeping hati seorang insan
    Bernama teman
    Semoga persahabatan sebelum ini akan kekal walau ditimpa badai perpisahan. Dan, semoga aku bertemu dengan seorang insan yang ikhlas menjadi sahabatku. Kerana insan yang bernama sahabat itu adalah teman yang terlalu istimewa, lebih istimewa daripada sebuah cinta sesama manusia.

    Adakah insan yang sudi memenuhi impianku ini...?

    Kini... Aku kehilangan salah seorang dari mereka (mungkin). Syukur MKA masih tetap menghubungi aku. Naqiy... dia punya kehidupan sendiri. Namun, patah tumbuh, hilang berganti. Aku dikurniakan seorang sahabat juga penghibur, persis Naqiy...
    Putera Mohammed Shahrul Rafiq. Kau istimewa... dan kau telah membuka sinar kegembiraan baru dalam lembaran hidupku... Alhamdulillah...
    Baca penuh >>

    Contest Bergambar: Saya Sayang Kawan-Kawan Saya

    Aku memang sayang kawan-kawan aku. Jadi, aku join contest ni. Hehehe...

    Tarikh tutup 28 Februari 2011

    Nak join, klik sini.

    Aku tag:

    Ok. Ini gambar aku bersama kawan-kawan:
    Pertama:
     Bersama kawan-kawan di kelas 5 Hibiscus SMK Mutiara Batch 2010
    Kedua:
    Bersama rakan-rakan Pendekar Gayong Gelanggang SMK Mutiara
     Ketiga:
    Bersama kawan-kawan Pengajian Islam 5 Hibiscus SMK Mutiara Batch 2010
     Slogan:
    SAYA SAYANG KAWAN-KAWAN SAYA KERANA SUKA DUKA KEHIDUPAN KAMI KONGSI BERSAMA SEPANJANG MENGHARUNGI LIKU-LIKU CABARAN DAN DUGAAN SEBAGAI MANUSIA YANG INGIN BERJAYA DAN TERUS MAJU KEHADAPAN. KAWAN-KAWAN MERUPAKAN PEMBIMBING JUGA SEBAGAI PANDUAN UNTUK KITA MENJADI INSAN BERGUNA YANG TUMBUH SEBAGAI TUNGGAK PEMBANGUNAN AGAMA, BANGSA, DAN NEGARA. KAWAN-KAWAN ADALAH TEMAN KITA... TANPA KAWAN-KAWAN, SENDIRIANLAH KITA...
    Baca penuh >>

    Sabtu, 26 Februari 2011

    Mak Dara 1st Giveaway (GA)

    Aku join GA!

    Tarikh tutup 3 Mac 2011

     Nak join juga???

    Aku tag:

    Okay...
    Mak Dara minta:
    BERIKAN "SATU" TAJUK DRAMA 
     
    Ini dia:
    Menanti Cinta Yang Dimungkiri

    ^-^
    Baca penuh >>

    Isnin, 21 Februari 2011

    :: Be urSelf Contest ::

    Tarikh tutup contest ni, 24 Februari 2011

    Nak join klik sini. =)

    Aku tag 3 orang (memang serumah dengan aku.. hohoho):

    Ok... gambar aku:

    Ini cerita dia:
    Yang kiri tu, aku kat Muzium Chimney W.P Labuan. Dengan keluarga jalan-jalan kat kawasan bersejarah arang batu Labuan ni. Ini kali kedua aku datang sini. Kali pertama tahun 2009... tak ada kamera nak bergambar. Okey, aku memang suka pose macam tu kalau ada tempat nak sadaikan siku aku tu... hehehe...
    Yang tengah tu, aku kat pantai Kampung Sungai Miri W.P Labuan. Aku dengan adik aku yang tingkatan dua tu memang gila bergambar. Dia capture aku, aku capture dia. Hehehe... Ha... ni pose yang aku selalu buat mengikut fesyen baju aku yang sentiasa simple tu.
    Kat kanan tu, aku kat tangga naik menuju Water World, Sabah. Waktu cuti-cuti hujung tahun 2010 lepas aku habis SPM. Sebenarnya gambar ramai-ramai tu. Semenjak entah bila ni, aku dah terbiasa bergambar dengan jari tunjuk peace macam tu. Pose kaki naik sebelah tu dah jadi favorite aku kalau jumpa tempat bertingkat. Hahahaha...
    Baca penuh >>

    CAPTURE THE MOMENT CONTEST

    Contest ni tutup pada 25 Februari 2011
    Pemenang akan diumumkan pada 15 Mac 2011

    Nak join, klik sini.

    Aku tag: (confirm dorang tahu sebab dorang serumah ja dengan aku... hehehe)

     Ok... ni gambar aku:
    Dari kiri belakang: Nur Anis Shazana, Nida Nazihah
    Dari kiri depan: N Athirah (aku), Annira
    Ni pengalaman kami masuk lokap waktu tingkatan 5 tahun 2010. Disebabkan kami ni tak bersalah, santai ja la bermain. Hahahaha... Aku tipu ja... Ni waktu lawatan sambil belajar ke Mahkamah Syariah W.P Labuan. Ada-ada saja gila-gila kami waktu me-round bangunan mahkamah ni. Hehehe...
    Baca penuh >>