N Athirah @ Siti Puteri Rawija: Hidup Berani Untuk Gagal
Memaparkan catatan dengan label Hidup Berani Untuk Gagal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hidup Berani Untuk Gagal. Papar semua catatan

Isnin, 1 Februari 2010

Tahun Ni Aku Busy?!

Yalah... aku agak tahun ni aku mungkin busy betul.

Sebabnya...
Tahun ni aku SPM. Jadi, sibuklah mau tingkatkan prestasi pelajaran aku. Tahun lepas aku ambil 11 matapelajaran. Empat daripadanya aku dapat 9G - Add Math, Prinsip Akaun, Sejarah, dan Science. Tahun ni, disebabkan SPM maksima 10 subjek, aku drop salah satu daripada 11 matapelajaran tu. Tapi, bebanan aku tetap juga tak berkurangan. Sebabnya, yang aku drop tu bukanlah salah satu daripada keempat-empat matapelajaran yang aku gagal tu. Tapi yang aku drop tu ialah Tasawwur Islam, matapelajaran yang aku ambil persendirian tanpa guru dan ambil exam kat Ustazah Munyati.

Ni lah kisah aku drop matapelajaran Tasawwur Islam...
27 Januari 2010 (Rabu) hari tu, aku ke sekolah lah macam biasa. Dalam otak masih bingung nak drop matapelajaran apa. Hari tu last aku kena hantar borang pendaftaran subjek SPM tu. Waktu perhimpunan pagi Rabu kat sekolah, tengah-tengah aku jaga pelajar kat barisan dorang tu, aku ternampak Cikgu Wan Ashiba, Guru Kaunseling SMK Mutiara. So, aku segeralah jumpa cikgu tu, minta pendapat tentang apa yang sesuai untuk aku drop. Tujuan aku selepas SPM ialah bidang Pengajian Islam. Dia bagitau aku, matapelajaran Prinsip Akaun adalah matapelajaran bonus... aku boleh pilih cabang lain selain Pengajian Islam. Add math tu lagilah bonus... Penting tu untuk kemasukan ke Matrikulasi. Then, Pen. Al-Quran dan As-Sunnah dan Tasawwur Islam pula hanyalah matapelajaran untuk tambah gred ja untuk kemasukan IPT. Tapi dia kata, terpulanglah pada aku apa yang aku rasa aku nak drop. Katanya, lepas aku buat keputusan, teruskanlah dengan keputusan aku tu tanpa sekalipun toleh ke belakang. Yakinkan diri dengan keputusan aku tu. Baca Bismillah time buat keputusan.

Jadi, aku fikirlah punya fikiir punya fikir, akhirnya aku buat keputusan untuk drop Tasawwur Islam walaupun gred Tasawwur aku bagus tahun lepas. Lagipun, Prinsip Akaun dan Add Math aku dah mula meningkat... aku tak mau drop matapelajaran bonus tu. Rugi tau.

Keputusan muktamad, tak mau toleh-toleh belakang. Aku hanya ambil 10 matapelajaran.
Teras: B.Melayu, B.Inggeris, Mathematics, Sejarah, Science.
Elektif: B.Arab Tinggi, Pen. Al-Quran dan As-Sunnah, Pen Syariah Islamiah, Add Math, Prinsip Akaun.

Aku akan terus belajar Tasawwur tanpa mengambil exam SPM nanti. Tak salahkan untuk aku belajar saja Tasawwur Islam tu. Tambahkan pengetahuan. ^-^


Ok... tu bab subjek SPM aku.
Tahun ni aku tingkatan 5 kan. Bermakna, tahun ni last aku jadi pengawas di SMK Mutiara. Dan tahun ni, aku menjawat jawatan Ketua Skuad Perhimpunan (Perempuan).
Hahahaha... mengingatkan jawatan tugas aku ni, teringat pula kes hari Rabu hari tu, hari yang sama aku dengan kes subjek SPM di atas. Hari tu kan hari memakai pakaian unit beruniform. Aku macam biasalah pakai t-shirt silat warna hitam. Hari tu juga pelajar tingkatan 4 dan 5 ada Sukantara Perempuan Bawah 18 Tahun. Jadi, ramailah pelajar perempuan yang memakai t-shirt sukan sekolah (pelajar dimestikan memakai pakaian unit beruniform..bagi yang tiada, pakai seragam sekolah..sesiapa yang sengaja memakai pakaian sukan tanpa kebenaran ditahan). Cikgu pula suruh tahan pelajar yang pakai t-shirt sukan sekolah tu.

So, aku yang bertugas handle perkara ni pun bingung plus bingung lah. Kalau diikutkan, pelajar perempuan tingkatan 4 dan 5 tu kan kebenaran memakai pakaian sukan tu. Aku macam biasalah menjaga barisan pelajar bahagian belakang supaya tak ada yang cabut lari dari diperiksa atau lari dari tahanan. Disebabkan kebingungan aku tu, aku minta salah seorang rakan pengawas ganti tempat aku dan aku pergi ke tempat Rizaizy, Ketua Skuad Perhimpunan (lelaki) bertanyakan macammana nak buat dengan pelajar yang pakai t-shirt sukan tu. Mula-mula dia kata lepaskan saja. Tapi kemudian kami jumpa Sir Cheah bertanyakan hal yang sama. Sir kata, sesiapa yang bawa pakaian seragam boleh dilepaskan. Tapi yang tak bawa tu catat namanya. Aku pun angguk la dan nak kembali ke bahagian barisan pelajar perempuan.

TETAPI... Sekali aku sampai tempat pelajar perempuan yang kena tahan tu, tambahlah lagi otak aku bingung... Huhuhuhu... Nak tau kenapa? (Kalau nak tau lah...)
Sebabnya, pelajar yang ramai kena tahan tu sebelum aku tinggalkan tempat yang aku jaga tu, bila aku datang balik, semua lesap. Tinggal dua tiga orang pelajar yang baru kena tahan. Alahai... Kalau aku kena soal oleh cikgu, kan haru aku nak menjawabnya...
Mana taknya dorang dapat cabut lari, 'benteng pertahanan' tak kuat. Pengawas perempuan form 5 saja yang jaga tempat tu, manalah cukup. Mana menghilang pengawas perempuan lain form 4 dan form 3??? Takkan semua nak menjaga barisan pelajar menengah rendah saja??? Apa kes macam ni. Aih... harap-harap 'tragedi' tu tak berulang lagi.

Tu baru bab-bab sekolah.
Tahun ni pula aku dapat banyak peluang dalam penghasilan karya. Dan ilham-ilham baru pun mula menimbun dalam otak aku. Wah! Aku agak tahun ni pun aku sibuk menghasilkan karya-karya baru disamping meningkatkan lagi kualiti karya aku.

Dan... aku pun sibuk nak re-design blog aku ni ha... aku rasa boring dah dengan template ni. Bukan tak lawa... lawa juga. Aku sayang sebenarnya dengan template ni. Tapi, korang tengoklah semua tajuk entri aku ni... semua warna oren (tajuk entri tau). Huhuhu... Kat font and color pun aku tak boleh ubah semua warna-warna tu. Sebab template ni dah dikhaskan macam ni saja warnanya. Aku rasa, kurang menarik la... Dan lagi, kalau aku mampu, aku nak buat design blog islamic sikit. Barulah smart. Hehehe...

P/s: Aku tersenarai sebagai ahli Bridget Bestari??? Hehehe... agak menarik dan bersesuaian dengan minat aku...
P/s/s: Ada guru recommend aku jadi editor majalah sekolah?! Satu perkara yang menjadi cita-cita aku... Tapi agak-agak, tak menjadi masalahkah untuk aku pikul semua tanggungjawab yang diberikan...? Insya-Allah boleh...

"N Athirah HIDUP BERANI UNTUK GAGAL!"
Baca penuh >>

Sabtu, 16 Januari 2010

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

Contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" sudah menghampiri penghujungnya. Jangan buang masa lagi... segera ke link "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL"

Hari ni aku nak cerita sikit pasal nama blog aku ni. Dulu aku letak "Catatan Penulis Remaja Muslimah" kan. Sekarang, "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | N Athirah Penulis Muda Malaysia". Nak tahu kenapa? Teruskan membaca entri ni :D

Seperti dalam artikel "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" yang lepas, aku ingin menyahut cabaran contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL". Salah satunya adalah dalam bidang penulisan itu.
Jadi, N Athirah menyahut cabaran HIDUP BERANI UNTUK GAGAL untuk menjadi Penulis Muda Malaysia.

Hahahaha... aku mengarutkah? Tak kisahlah... buat masa ni, aku guna nama blog "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | N Athirah Penulis Muda Malaysia". InsyaAllah nanti aku akan tukar kembali kepada "Catatan Penulis Remaja Muslimah" seperti yang tertera pada banner kat blog aku ni.

Sebelum aku akhiri penulisanku untuk entri yang mungkin pada pandangan pembaca adalah melalut dan mengarut, sekali lagi aku ingin menyeru (ceh) pembaca dan blogger di luar sana, cepat-cepatlah sahut cabaran "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL". Bukan susah sangat pun.

Baca penuh >>

Isnin, 4 Januari 2010

Tekanan | Hidup Berani Untuk Gagal

Hari ini hari pertama persekolahan aku.

Penat? Tidak.
Seronok? Biasa saja...
Tiada yang luar biasa? Luar biasa apanya semua budak dalam kelas tu gila-gila...? Adalah juga yang tidak seperti biasa... ada dua orang pelajar baru, adalah kawan baru..
Kawan baru? Hahahaha... kelakar dengan istilah kawan baru itu... menyesakkan dadaku.

Kenapa dengan tajuk entri ni?
Ya kan... kenapa dengan tajuk ni?

Aku tekanan... tapi bukan kerana hari persekolahanku. Hari persekolahanku pagi tadi sehingga jam 2 petang memang menceriakan dengan sikap gila-gila pelajar kelas itu...terutamanya lelaki. Lebih menggembirakan aku apabila Puan Mazni Binti Paita, Guru Tingkatanku tahun ini menyusun kembali kedudukan pelajar dalam kelas kami dan aku yang mengalami masalah mata diberi peluang duduk di tempat paling hadapan, agak stragik kerana berhadapan dengan papan hitam dan berdekatan dengan meja guru. Cuma agak kekok kerana di sebelah kiriku adalah pelajar lelaki baru, Adham. Dan sebelah kananku, aih...kenapalah Falina yang ditempatkan di sebelah tu. Tak ada orang lain ka yang boleh dibagi...? Terganggu la aku sikit. Nasib baik Azrinah ditempatkan di belakang aku. Tidaklah begitu jauh dari aku.

Jadi, apa sebenarnya yang memberi tekanan kepadaku?

Hari ini barulah aku membaca novel SETEGUH KARANG, novel BM tingkatan 5. Bukan selama ni aku malas nak baca. Aku teramat sangat tidak sabar ingin membacanya. Tetapi, sepanjang cuti, akibat lalai melayan contest dan internet menyebabkan aku lupa pada buku teks yang telah diberi tahun lepas. Tetapi, bukan itu juga menyebabkan tekananku. Malah, adanya novel itu untuk kubaca telah menghiburkan aku. Bukankah buku juga sahabatku. Amarah, ceria, lucu, tangis dan pelbagai perasaan lain kuluahkan di hadapan buku yang pastinya tidak mampu bersuara itu. Tetapi, aku agak puas kerana sekurang-kurangnya apa yang terpendam itu dapat kulepaskan.

Tekanan... ya aku tekanan...
Kerana apa?

Aku sudah lama tekanan. Tekanan dengan yang namanya 'teman'. Teman apa? Ah, terpulanglah kepada sesiapa yang rajin menilainya! Tetapi aku benar-benar tekanan dengan yang bergelar 'teman'.

Dan hari ini... aku berasa bebas. Tapi di hatiku, tertekan!!! Untuk apa aku tekanan??? Ah, aku memang begitu! Lebih banyak memikirkan orang lain, menjaga hati orang lain sehingga hatiku sendiri tidak terjaga. Akhirnya, aku sendiri tekanan.

Kenapa selepas kebebasan aku, hadirnya tekanan? Ya... tekanan... kerana ada sesuatu yang belum kulunasi. Apa? Itulah yang namanya 'sahabat'. Terpana. Ya... aku terpana. Terpana dengan apa yang berlaku (agaknya). Sedih? Marah...itu yang lebihnya.
Menyesal? Jauh sekali bagiku untuk itu. Aku menjalani Misi Tahun 2010 ku, mustahil untukku mengalah dengan perkara remeh (mungkin) sebegini. Bukankah aku kini telah menyahut cabaran "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL"...? Ini bermakna, aku tidak wajar untuk mengalah di awal misiku. Kegagalan bukan alasan untuk aku jatuh terus menjunam ke bawah. Itu bukan azam baruku!

Aku diam... kufikirkan kembali diriku... Hipokrit? Itulah aku, mungkin. Kerana sentiasa di dalam kepura-puraanku dalam menjaga hati orang lain. Siapakah mampu mengerti...?


Aku diam lagi... merenung, berfikir, dan akhirnya menghuraikan hujah-hujah buat diriku sendiri... Bukankah itu signatureku sendiri...? Dan kini aku gunakan sepenuhnya... Sejarah mungkin berulang... namun perjalanan kuteruskan jua...

Mood aku masih kurang baik. Dan ianya lebih dari itu kerana betul-betul tidak baik. Namun, kuluahkan jua setiap huruf yang menjadi perkataan dan terus menjadi ayat melalui papan kekunci komputer lama ini. Mungkin itu mengundang puas padaku.

Akhir kata tanpa signature,
Entri ini hasil dariku sendiri... ayatku sendiri... Mungkin agak berbeza dari yang biasa... kerana aku senang dengannya...

Wassalam...

"HIDUP BERANI UNTUK GAGAL"

P/s: Mungkin aku agak serupa dengan watak Awanis/Anis di dalam novel Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah itu.
Baca penuh >>

Sabtu, 2 Januari 2010

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Misi Tahun 2010

Misi Tahun 2010?
Orang lain tulis entri blog mengenai azam tahun baru, aku pula tulis mengenai 'Misi Tahun 2010'.

Seperti yang diketahui oleh segelintir atau mungkin semua pembaca entri ini, tahun ini aku akan menghadapi peperiksaan besar!!! >>> Sjil Pelajaran Malaysia (SPM).
Ini adalah salah satu misi aku pada tahun ini. Jangan kerana kamu baca tajuk entri ini "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL", kamu sangka aku berani gagal SPM pula. Na'uzubillah min zalik... "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL 2010" adalah tema misi aku tahun ini, bersempena pula dengan cabaran contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL".

Sekali lagi aku ingatkan, aku bukan berani gagal SPM ya... Maksud "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" ialah, sebelum ini aku pernah mengalami kegagalan dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), [PENTING!!! Bukan gagal PMR!!! Tetapi gagal mencapai target keputusan PMR :D] jadi, aku tak mahulah SPM nanti keputusan aku teruk. Untuk misi kali ini, aku cuba berusaha menempuh dugaan untuk mencapai target aku dalam SPM tahun ni. Sejak tahun lepas (2009), aku sudah mula bersaing (agak sengit kot) dengan kawan-kawan dalam meningkatkan pencapaian keputusan peperiksaan. Dua hari lagi adalah hari persekolahan. Bermakna, tidak lama lagi aku akan bertemu rakan-rakan sama-sama belajar dan sama-sama bersaing aku. Dan misi meningkatkan tahap IQ kami sudah hampir bermula. (Agak tidak sabar ya...)

Sewaktu masih di kelas menengah rendah dulu, aku hanya mendapat sekitar top 10 dan kadang-kadang top 5 dalam kelas (tingkatan 3). Sepanjang persekolahan aku, aku tak pernah dapat top 3 kecuali sekali waktu aku tingkatan 2. Itu pun kira nasib juga lah. Apabila menghadapi PMR, keputusan aku meningkat, agak baik dari keputusan sebelumnya, tapi tidak membanggakan. Huhuhuhu...

Bila naik menengah atas, tingkatan 4, aku ambil pelajaran elektif yang,,,,,, agak susah juga lah. Aku taklah ambil aliran Sains Tulen macam kawan-kawan aku. Kebanyakkan kawan-kawan aku yang sama-sama belajar di tingkatan 2 dan 3 (tingkatan 1 dulu aku tak belajar betul-betul) dulu masuk kelas aliran Sains Tulen. Ahmad Saifullah Bin Mohd Salleh dan Nor Azila Binti Suhaimi masuk kelas 4 Bouganvilla dan ambil aliran sains Tulen Reka Cipta (mata pelajaran reka cipta ada slash dengan ICT). Mimi Nor Asmida Binti Saidin, Nur Afifi Bin Sabar, Mohd Faizzakwan Bin Awang Adi, Mohd Khairul Anwar Bin Mohd Salleh, dan entah siapa lagi aku dah lupa arr... dorang masuk SM Teknik dan Vokasional dalam aliran Vokasional, ada Sains Tulen. Afifi dan Khairul Anwar duduk dalam satu kelas :D. Diyanah Zafirah (saingan hebat Saifullah di tingkatan 3) dan Muhammad Zain Bin Muhd. Zaim (sepupu tiriku) pun masuk SM Teknik, dalam aliran Teknikal, lagilah ada Sains Tulen. So, semenjak kami terpisah-pisah, aku tak ada kawan yang betul-betul rapat dan baik di kelas.

Aku sendiri pula, seperti yang korang lihat kat profil aku, aku sekarang belajar di Aliran Sains Sosial Pengajian Islam B.Arab Tinggi. 5 mata pelajaran teras ialah BM, BI, Math, Sejarah, dan Sains. 5 Mata pelajaran elektif yang disediakan di dalam kelas ialah B.Arab Tinggi, Pen. Al-Quran dan As-Sunnah, Pen. Syariah Islamiah, Add Math, dan Prinsip Akaun. Satu mata pelajaran tambahan yang aku pelajari sendiri bersama-sama Shareen dan Sakinah dan ambil exam dengan Ustazah Munyati ialah Tasawwur Islam. 11 Mata pelajaran semuanya. Dan yang paling susah untuk lulus ialah Prinsip Akaun dan Add Math. Tetapi kedua-duanya aku tak mau drop la. Sains pun aku susah nak lulus. Huhuhuhu...tapi, sains tu aku tak pernah ambil kisah... :-?

Jadi, Nurfatihah Athirah Binti Abbas (aku), Siti Hajar Binti Kamaruzzaman, dan Nur Sakinah Binti Wan Nasir telah merancang misi pencapaian SPM 2010 sejak hujung tahun 2009. Kami merancang untuk sama-sama saling tolong-menolong dan mencari guru untuk meningkatkan pencapaian gred pelajaran yang kami susah nak tingkatkan.
Shareen tidak termasuk dalam misi ini??? Sepatutnya Shareen pun aku masukkan dalam misi ini. Tapi memandangkan sikap dia sendiri yang berubah-ubah dengan aku dan agak menyebalkan jiwaku, aku tak masukkan dia dalam misi ini. Risau mengganggu misi yang dah siap aku, Hajar, dan Sakinah rancang awal-awal ni.
Kenapa aku bersama dengan Hajar dan Sakinah?? Hajar ni pelajar yang selalu mendapat nombor 1 dalam kelas. Sakinah yang duduk bersebelahan dengan Hajar pun sekarang dah mula naik top-3. Aku pula dalam top-5 yang hampir-hampir menjejak top-3. Dan kami bertiga dah mula akrab (Akrab Persahabatan??? :p).
Kenapa salah seorang pelajar top-3 tidak ada dalam misi kami??? Salah seorang pelajar top-3 tu ialah Nur Anis Afiqah. Dia memang tiada dalam misi kami sebab Anis dah ada dua orang sahabatnya yang perlu dia bantu dalam meningkatkan keputusan peperiksaan mereka. Anis dah bertiga dengan Nur Anis Shazana (bukan dia punya twin ya) dan Nor Atikah. Dah ada dua kumpulan yang memiliki ahli yang sama kan?! Sampai satu masa nanti, mungkin kami akan bergabung jua. InsyaAllah la...

Tak payah cerita panjang lagi...
Misi Meningkatkan Pencapaian SPM 2010 adalah misi utama aku. Juga bersempena dengan Visi dan Misi SMK Mutiara, W.P Labuan (sekolah aku ok) yang menyatakan SMK Mutiara Cemerlang Tahun 2010.

Agak tunggang-langgang mungkin ayat yang aku tulis di atas. Hahahahaha... aku menulis tanpa berfikir panjang.

Seterusnya ialah misi aku dalam dunia penulisanku. Kebanyakkan hasil penulisanku sebelum ini selalu tergantung. Dan tidak kurang juga yang agak tidak memuaskan. Dalam artikel aku untuk cabaran "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL", aku menghuraikan topik itu melalui kehidupan pelajar dan penulis. Jadi, Misi Tahun 2010 aku juga berlatarkan kehidupan pelajar dan penulis. Yang ini tak perlulah aku hurai panjang-panjang macam di atas. Yang pasti, aku cuba usahakan untuk menghasilkan penulisan yang baik. Usaha lagi untuk menambah-baikkan hasil penulisanku. Tapi, aku sendiri tidak sangka dapat menyiapkan sebuah cerpen yang bersambung dari cerpen aku sebelumnya dalam masa yang singkat. Dan juga, aku dapat menyiapkan dua buah cerpen dalam masa yang singkat. Hah?! Siap dengan gambar-gambar pulak tu...
Bagi sesiapa yang belum baca lagi kedua-dua buah cerpen itu dan ingin membacanya, anda boleh click tajuk cerpen itu di bawah:
Jangan lupa tanggalkan komen anda ya :)

Ok... aku malas nak membebel banyak-banyak... mood agak kurang baik. Adakah aku bakal kehilangan my close friend again???

Ok ar... ayat pun tunggang-langgang, tak macam ayat seorang penulis kot.
Akhir kata, "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL"

Tak lupa juga signature aku XD
"Renungkanlah... fikirkanlah... huraikanlah hujah anda..." N Athirah.


P/s: SMK Mutiara, W.P Labuan ada dua link.
Blog SMK Mutiara: http://smkmutiaralbn.blogspot.com/
Laman Web SMK Mutiara yang baru dilancarkan pada 1 Januari 2010: http://www.smkmutiara.net/
Baca penuh >>

Khamis, 31 Disember 2009

"HIDUP BERANI UNTUK GAGAL"

Saya tahu contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dari blog MY ADHA : http://myadha.blogspot.com/

Tahun 2010 kini menjelma sudah. Adakah anda sudah bersedia untuk menghadapi cabaran sepanjang tahun 2010 ini? Beranikanlah diri anda untuk mengharungi cabaran dan dugaan pada tahun baru ini. Marilah kita sama-sama meransang 'minda bawah sedar' kita. Ingat! Kegagalan bukan punca utama untuk menyerah kalah. Oleh itu, beranikan diri anda untuk menghadapi kegagalan yang mungkin bakal diterima. Sesungguhnya kegagalan itu bukanlah punca kejatuhan kita. Tetapi adalah kekuatan untuk kita naik ke peringkat yang lebih tinggi dalam mencapai kejayaan.

"HIDUP BERANI UNTUK GAGAL"

Mungkin ada di antara pembaca blog ini yang tidak mengerti maksud di sebalik "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL". Dalam kita mengharungi kehidupan yang serba luas ini, tidak mustahil bagi kita untuk menghadapi kegagalan. Tetapi kita perlu ingat, dari kegagalan itu sepatutnya kita bangkit untuk mencapai kejayaan. Bukan seperti mereka yang gagal tetapi terus membiarkan diri mereka hanyut di dalam kegagalan.

Ingin saya huraikan mengenai "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dalam kehidupan seseorang pelajar. Oleh kerana saya sendiri merupakan pelajar sekolah menengah yang menjejakkan diri ke tahun 2010 untuk menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), wajarlah untuk saya menghuraikan topik ini dari sudut kehidupan pelajar.

Sebagai pelajar sekolah, setiap daripada mereka pasti akan menghadapi peperiksaan besar yang bakal menentu masa depan mereka. Mungkin ada di antara mereka yang kecundang dalam salah satu atau lebih peperiksaan besar tersebut. Tidak mustahil juga ada yang gagal dalam kesemua peperiksaan yang mereka hadapi. Hal ini kerap menjadi masalah kepada pelajar untuk meneruskan pembelajaran mereka kerana merasa diri mereka tidak mampu untuk menghadapi cabaran seterusnya. Seperti ada beberapa pelajar di sekolah saya yang sebaya dengan saya, setelah mereka menghadapi kegagalan dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan tidak mempunyai kelayakan untuk menempatkan diri mereka ke Aliran Teknikal mahupun Vokasional. Ada di antara mereka yang meneruskan pembelajaran mereka di sekolah menengah biasa dalam aliran biasa, dan ada yang menempatkan diri mereka di Aliran Kemahiran. Malangnya, disebabkan Aliran Kemahiran tidak menduduki SPM, mereka keluar dari aliran tersebut dan akhirnya tidak meneruskan persekolahan mereka. Menjadi kerugian bagi mereka tidak meneruskan pengajian dalam Bidang Kemahiran kerana aliran itu juga mampu memberi peluang kerjaya kepada mereka. Disebabkan tiada keyakinan di dalam diri mereka untuk berjaya selepas menghadapi kegagalan, mereka membiarkan kegagalan itu terus menyelubungi diri mereka.
Kita harus ingat, setiap yang kita lakukan perlulah difikir dan dipertimbangkan dari awal untuk menentukan kejayaan di masa hadapan walaupun sebelum ini kita pernah menghadapi kegagalan yang teruk. Keyakinan diri itu penting dalam kehidupan seharian kita.

Dari aspek lain pula, saya ingin menghuraikan mengenai kehidupan seseorang penulis kerana saya sendiri berada di peringkat awal menjejaki dunia penulisan. Untuk menjadi penulis yang profesional dan dapat menghasilkan pendapatan dari hasil penulisan mereka, kegagalan adalah tidak mustahil untuk mereka hadapi. Permulaan seseorang penulis itu menjejakkan diri ke dunia penulisan, mereka perlu banyak mempelajari selok-belok dalam menghasilkan penulisan yang baik. Karya mereka ditolak pada peringkat awal adalah perkara biasa untuk menambah baikkan lagi hasil yang mereka usahakan. Walau menghadapi banyak kegagalan, usaha untuk menonjolkan bakat di dalam diri mereka tetap perlu diteruskan untuk mencapai kejayaan yang telah lama mereka inginkan.

Oleh itu, jelas di sini menunjukkan kita perlu sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan walau apapun rintangan yang bakal ditempuh di hadapan. Kegagalan adalah salah satu aspek yang mungkin akan kita hadapi dan keberanian serta keyakinan diri perlu ada untuk menghadapinya. Sedarlah bahawa kegagalan juga adalah salah satu perkara yang boleh memberi kejayaan kepada kita.

Sematkan di dalam jiwa anda: "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL".

"Renungkanlah... fikirkanlah... huraikanlah hujah anda..." N Athirah.


Hujah di atas hanyalah mukadimah entri blog saya pada kali ini. Mungkin ada sesiapa yang berasa janggal apabila saya menggunakan kata ganti nama diri 'saya', tidak lagi menulis secara santai seperti sebelum ini dengan menggunakan kata ganti nama diri 'aku'. Untuk makluman, ini bukan permulaan gaya penulisan saya di blog ini untuk tahun 2010 ya.

Seperti yang tertulis di bahagian atas artikel saya ini, entri kali ini adalah untuk contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL".

Denaihati (Hidup Untuk Memberi) dengan berbesar hati menganjurkan contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" atas sokongan sponsor yang sentiasa bermurah hati iaitu DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare.

Hadiah bernilai lebih RM4,000 disediakan untuk contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL"

Contest ini mudah sahaja iaitu di penghujung contest:

1. Blog yang tersenarai di sesawang pencarian google.com/ncr menggunakan page the web berdasarkan browser FireFox dengan kata kunci “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” pada ranking 1 – 5 akan memenangi hadiah bernilai RM400.

2. Blog yang tersenarai di sesawang pencarian google.com.my menggunakan pages from Malaysia berdasarkan browser FireFox dengan kata kunci “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” pada ranking 1 – 5 akan memenangi hadiah bernilai RM400. Blog yang telah menang hadiah untung ranking 1-5 google.com/ncr tidak layak untuk menang.

Tarikh tutup penyertaan Contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL telah ditetapkan pada jam 20.20 pm pada 20.01.2010. Pemenang untuk semua HADIAH akan diumumkan 1 minggu selepas 03.02.2010.

Kepada pembaca blog ini yang memiliki weblog sendiri, sahutlah cabaran contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dan menangi hadiah lumayan. ^-^

Sebelum itu, ingin saya ingatkan kepada anda yang akan menyertai contest ini, jangan lupa letakkan ayat:
Saya dapat tahu contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dari blog: N ATHIRAH
(linkkan ke http://nathirah.blogspot.com/ dan letakkan ayat ini di bahagian atas artikel anda)
Untuk makluman lanjut mengenai syarat-syarat contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL", sila click sini.


"HIDUP BERANI UNTUK GAGAL"

Baca penuh >>