Hari ni dari pagi asyik menangis. Sampai ke petang, ada lagi yang ditangiskan. Kalau anak nampak, cepat-cepat aku lap. Bukan malu, tapi aku tahu dia akan risau dan lap air mata aku tu. Kalau air mata tak berhenti, mesti dia risau sebab tak. Nak air mata tu terus ada. Terima kasih, anak.
Aku tiba-tiba teringat, setiap kali appointment aku dengan pakar ketika aku fasa depress, mesti aku akan bercakap tentang keluarga aku yang di Labuan. Ya, aku tahu punca sakit aku bermula dari sana walaupun tidak ketara dan belum teruk. Sayangnya zaman tu tiada kesedaran mengenai mental illness. Aku tak tahu aku sakit. Aku tak tahu keluarga aku sakit. Dan kalau tahu pun, orang akan mengata sebagai 'gila'. Sakitnya hidup dalam stigma masyarakat.
Terima kasih kepada pihak yang banyak share mengenai kesedaran penyakit mental. Dari situ membawa aku ke Klinik Kesihatan dan diberikan surat rujukan ke Pakar Psikiatri di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Dan selepas beberapa kali perjumpaan, aku di-diagnosis menghidap Bipolar Disorder type 2. Akan datang aku share pasal sakit aku ni. Hari ni aku nak cerita umum ja.
Bila depress (murung) ni, bukan main-main tau. Sekurang-kurangnya kemurungan dua minggu dengan perasaan-perasaan down gila. Ada orang yang cederakan diri, ada yang hadir rasa nak bunuh diri. Macam aku mula-mula refer pakar, aku ada perasaan nak mencederakan suami dan anak.
Aku pernah nampak ibu aku sakit masa aku kecil. Dan sekarang aku dapat rasakan sakit ibu aku tu dalam diri aku. Syukur aku tidak berdendam dengan ibu sendiri untuk kisah masa laluku. Dan syukur Allah banyak hilangkan memori-memori pahit ketika aku kecil. Moga anakku tidak berdendam dengan bondanya sendiri.
Kita kalau ada di kalangan keluarga atau rakan yang ada masalah kesihatan mental, tolong jangan abaikan dorang. Bantu mereka. Bantuan korang sangat penting agar nanti korang tidak mendengar berita pesakit tu bunuh/cederakan diri atau membunuh/mencederakan orang.
Mohon jangan ada yang melabel pesakit mental sebagai lemah iman atau tiada iman. Sangat-sangat zalim bagi mereka yang melabel sedemikian. Pesakit mental ni sakit. Kalau dah sakit, perlu jumpa doktor. Berilah mereka ruang untuk konsultasi dengan pakar. Kota sepatutnya menjadi semangat untuk mereka terus melawan sakit mereka. Bukan mudah untuk berhadapan dengan sakit ni. Kita kalau sakit perlu ada kekuatan mental, tapi yang sakit tu pada mental sendiri.
Yang diberi rezeki survive dan diberi kesembuhan, syukur. Yang tiada rezeki untuk sembuh dan terus suffer dengan depression, moga terus kuat sebagai fighter. Kita semua hebat.
#mentalMalaysia #wecare #hentikanstigma #kamikisah #worldmentalhealthday

#kamikisah kerana kesedaran kesihatan mental amatlah penting untuk setiap keluarga dan komuniti. Hentikan sebarang stigma ke atas penyakit mental dan terhadap pesakit mental.
#kamikisah kerana kami sebahagian daripada mereka.
#mentalMalaysia #wecare #hentikanstigma #kamikisah #worldmentalhealthday
Public Health Malaysia ada menyediakan ujian DASS (Saringan Kesihatan Mental) secara atas talian. Namun ia hanyalah ujian awal yang bukannya diagnosis sebenar. Perlu rujuk dengan pakar untuk diagnosis yang sebenar. Boleh klik pautan berikut untuk membuat ujian: https://www.psytoolkit.org/cgi-bin/psy2.5.1/survey?s=LPkv6