N Athirah @ Siti Puteri Rawija: Tazkirah
Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan

Sabtu, 5 Februari 2011

Artikel terbaik aku untuk pertandingan artikel Junko

Kali ni aku nak sertai kontes artikel ni. Kontes yang mudah ja...


Syarat-syarat kontes ini:
  • Letak ikon kontes yang ada di atas sana diatas artikel korang
  • Follow blog saya?..terpulang pada kalian..
  • Tajuk : Artikel terbaik aku untuk pertandingan artikel junko
  • Artikel yang di ulang dari artikel lama korang diterima
  • Artikel soal apa pun boleh
  • Artikel pendek atau panjang tidak penting..
  • Artikel tidak sentuh topik berbaur perkauman & politik
  • Blogger lama atau baru boleh sertai kontes ini
  • Hantar link artikel kontes kalian pada bahagian komen ok?
  • Hadiah? – Misteri (weeeeeeeee) klik sini untuk melihat hadiah
  • Tarikh tutup : 29/03/2011
  • Pemenang diumumkan pada 01/04/2011
Dah tau syarat-syaratnya kan! Sesiapa nak sertai, klik sini.


***

Ok. Berikut adalah entri aku. Dipetik dari entri lepas di sini.

Entri ini adalah mengenai cinta. Kenapa mengenai cinta? Kerana aku terasa juga nak menulis huraian mengenai ayat berwarna merah di bawah. Kan sebelum ni aku pernah tulis puisi jiwang (agaknya bukan sekadar puisi ja kot)... wakakaka...
Pada asalnya sekadar cuba-cuba... tak sangka pula huraian aku panjang berjela-jela. Hahahaha... jadi, aku kongsikan bersama pembaca di blog ini =D

Hendak tahu huraian dari aku mengenai cinta, bacalah entri ni sampai habis. ^-^
"Memang cinta ada dalam jiwa kita..." - Cinta Ada

Oleh: N Athirah

Ya, cinta itu memang ada dalam jiwa manusia sejak azali lagi. Sesiapa yang berkata tidak pernah memiliki atau merasa cinta itu, bermakna fikiran mereka telah mendustai mata hati mereka. Begitu juga bagi sesiapa yang berkata mereka sudah tidak punya rasa cinta. Cinta itu tidak dapat difikirkan. Sesungguhnya cinta itu hanya dapat dirasai melalui hati kita.

Cinta itu fitrah manusia… Ianya telah lama berputik di dalam jiwa kita sejak kita masih belum wujud (sebelum kelahiran kita). Semakin hari cinta itu kian merimbun… semakin ianya kita cantas, semakin ia bertunas… Rasa cinta itu tidak boleh kita nafikan. Kehadirannya di jiwa bukanlah suatu paksaan. Tidak sempurna hidup kita tanpa rasa cinta itu… Maka, carilah cinta itu di hati kamu…

Cinta itu memiliki keindahannya… Ianya mendakap erat di dalam jiwa. Sebagaimana Adam dan Hawa yang bercinta ketika di Syurga… Angkara Iblis mereka terpisah. Kerana kuatnya perasaan cinta mereka, kuatnya simpulan kasih sayang mereka, akhirnya mereka bertemu jua di dunia.

Cinta di dalam jiwa itu memiliki kesuciannya. Kerana cinta, kita dapat mengenali Pencipta kita… Kerana cinta, bertambah kuatlah ketaqwaan kita kepada-Nya. Kerana cinta, kita taat akan suruhan-Nya. Kerana cinta, kita takut pada kemurkaan-Nya.
Kerana cinta jua kita mengenali Rasul kita… Kerana cinta, kita mengasihi baginda. Kerana cinta, kita mengikuti sunnah baginda. Kerana cinta, kita memohon syafaatnya.
Dan kerana cinta, kita saling kasih-mengasihi sesama insan, sesama keluarga, sesama saudara, sesama Islam.
Al-Hubbu = Cinta = Love
Tanpa cinta, fitrah kita tidak sempurna.
Tanpa cinta Ilahi, kita hanyut tiada kembali.
Tanpa cinta Rasul kepada umatnya, kita hilang hala tuju.
Tanpa cinta keluarga, kita tidak berada di dunia ini atau kehidupan kita terabai tidak terpeduli.
Dan tanpa cinta sesama insan, kita tidak punya teman yang akan sama-sama mengharungi kehidupan sehingga ke hayat yang terakhir.

Manusia dijadikan untuk bertaqwa kepada Allah... Taqwa itulah cinta… Manusia hidup untuk berkasih sayang sesama insan… manusia yang dilahirkan telah ditentukan cinta hatinya…

Cinta manusia ada di dalam jiwa… Cinta lelaki pada wanita dipertemukan tulang rusuknya (merujuk pada kejadian Hawa daripada tulang rusuk Adam)… Tulang rusuk itu berada dekat dengan hati, dan berhampiran dengan jiwa… Wanita itu tulang rusuk lelaki. Jika seseorang lelaki kehilangan cinta dan wanita itu, umpama dia kehilangan cinta di dalam jiwa dan tulang rusuknya.

Cinta yang telah tersemat di dalam jiwa tidak boleh dipersiakan.
Mensia-siakan cinta terhadap Allah seumpama mensia-siakan agama kebenaran yang telah dikurniakan kepada makhluk di dunia ini…
Mensia-siakan cinta terhadap Rasulullah seumpama mensia-siakan risalah kebenaran yang telah baginda sampaikan kepada makhluk di dunia ini…
Mensia-siakan cinta sesama insan seumpama mensia-siakan cinta yang dianugerahkan Allah untuk makhluk yang telah dicipta-Nya berpasangan…

Cinta itu ada di dalam hati… carilah ia di situ. Jika kamu telah peroleh cinta itu, jagalah cinta itu dengan baik. Kita bukan manusia yang sempurna sepenuhnya. Sebagai insan, kita punya kekurangan. Oleh itu, jangan melihat seseorang itu dengan kecantikan atau ketampanan wajahnya, ketinggian darjatnya, harta kekayaannya, tetapi lihatlah dirinya dari hati budinya, agamanya, serta ketaqwaannya.

Sesungguhnya, apabila kamu menemui cinta kamu sesama insan itu, janganlah kamu cari lagi yang lebih baik daripada itu. Terimalah ia tanpa sekalipun menoleh kembali di belakang kamu. Kamu tidak mungkin akan peroleh cinta yang lebih baik dari yang kamu temui kerana cinta yang sempurna itu hanyalah cinta kepada Tuhan Yang Maha Esa.

"Renungkanlah... fikirkanlah... huraikanlah hujah anda..." N Athirah.

*Diilhamkan dari lagu nasyid Kalimah Cinta nyanyian In-Team
Baca penuh >>

Isnin, 30 Ogos 2010

Lailatulqadar

Sentiasalah kita beribadah kepada ALLAH sepenuh ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keredhaan ALLAH. Dalam bulan Ramadhan ini terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu Lailatulqadar di mana sesiapa yang beribadah pada malam tersebut maka samalah seperti dia beribadah selama 83 tahun 4 bulan (seperti yang dinyatakan dalam hadis nabi). Jika dia bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah serta ikhlas maka terhapuslah dosa-dosanya yang lalu.
Insya-Allah...
Sumber: M. Khairul Anwar
Sent: 1 September 2009 | 21:09:40
Baca penuh >>

Rabu, 16 Jun 2010

Ganjaran pahala...

Jika seseorang mengamalkan satu sunnah, akan mendapat ganjaran 100 kali ganda pahala mati Syahid...
Sumber: M. Khairul Anwar
Sent: 12 Disember 2009 | 12:59:20
Baca penuh >>

Selasa, 15 Jun 2010

Marah...

Marah itu adalah sifat syaitan. Syaitan itu diperbuat dari api. Air boleh memadamkan api. Oleh itu, jika kamu marah, ambil lah air wudhuk bagi menenangkan kemarahan...
Sumber: M. Khairul Anwar
Sent: 24 November 2009 | 16:37:32
Baca penuh >>

Isnin, 14 Jun 2010

Menuntut Ilmu Agama

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Sesiapa yang menuntut ilmu (agama) untuk menyaingi ulama', berbahas dengan orang jahil atau menjadi tumpuan orang, maka ALLAH masukkah dia ke dalam Neraka..."

Sumber: M. Khairul Anwar
Sent: 2 Mei 2009 | 19:21:02
Baca penuh >>

Ahad, 13 Jun 2010

Adakah?

Ingatlah!
Kiamat tidak lama lagi akan berlaku...
Jelas, dunia kini semakin goncang...
Iman di dada semakin nipis...
Ajaran agama semakin dilupakan...
Jadi, cuba fikirkan sejenak...
Adakah amalan baik kamu selama ini mencukupi untuk dibawa menghadap YANG ESA sebelum kedengaran tiupan sangkakala?
Sumber: M. Khairul Anwar
Sent: 30 Mac 2009 | 20:45:56
Baca penuh >>

Sabtu, 12 Jun 2010

Dakwah dan Iman

Ingat!

Sesiapa yang ingin menyampaikan dakwah semata-mata kerana Allah, nescaya Allah akan bantu dia...
Insya-Allah...

Dakwah tulang belakang agama, iman tulang belakang kepada dakwah... Iman tu mestilah mantap. Tak ada iman, tak ada dakwah... Kita ni umat akhir zaman, iman kita nipis sangat-sangat. Itu lah yang kita risau...
Nabi pernah bersabda bahawa iman seseorang itu pada akhir zaman adalah sungguh nipis sekali... senipis kulit bawang.

Allah! Iman sudah senipis begitu kita tak ada rasa apa-apa... buat derk ja... Jadi, itu lah juga kita kena risau... Takut time sakaratulmaut, kita tak dapat ucap kalimah syahadah. Syaitan masa tu sedaya upaya mempengaruhi kita sedangkan iman kita sangat nipis...
Fikir-fikirkan lah...
Sumber: M. Khairul Anwar
Sent: 25 Oktober 2009 | 22:40:20
Baca penuh >>

Jumaat, 11 Jun 2010

Nasihat sebelum tidur...

Sebelum tidur, eloklah jika kita menunaikan Solat Sunat dua rakaat, membaca Surah Al-Mulk dan memperbanyakkan zikrullah. Moga amal ibadat tersebut dapat menenangkan jiwa yang tidak tenang, hati yang tidak tenteram.. dan moga amanlah tidur kita...
Insya-Allah...
Sumber: M. Khairul Anwar
Sent: 7 Oktober 2009 | 23:03:42
Buat tuan puteri yang mungkin tengah baring-baring atas katil, beradulah puteri dalam keadaan yang tenang dan mendapat mimpi yang elok... Selamat malam Athirah... Assalamu'alaikum :-)
Baca penuh >>

Khamis, 10 Jun 2010

Ketakutan dan Taqwa

Takut yang sebenar-benarnya ialah azab Allah... Tanya diri sendiri dulu.. adakah amalan kita sepanjang hidup ni diterima oleh Allah? Mampukah amalan-amalan kita menjawab segala pertanyaan di kubur? Itu la yang kita kena risau...

Dahulu, orang-orang yang beriman, bila disebut saja nama ALLAH, dia gementar, takut... Bila dilaungkan azan, urat di kepalanya timbul... Adakah kita seperti mereka yang beriman ini?
Tepuk dada tanya iman...

Ingat, kita tidak confirm masuk Syurga tapi mungkin kita confirm masuk Neraka... Jadi, kita kena usaha atas iman dan amal supaya kita dapat elak dari Nraka... usaha sedaya upaya atas jalan Allah...
Insya-Allah...
Sumber: M. Khairul Anwar
Sent: 25 Oktober 2009 | 21:40:06
Baca penuh >>

Rabu, 9 Jun 2010

Kesesatan Manusia Yang Tidak Disedari...

Barang siapa yang cintakan emas dan perak akan dihina berabis oleh ALLAH. Siapa yang bermegah menganggap dirinya sebagai pemimpin masyarakat adalah sesat dan hina.

Sumber: M. Khairul Anwar
Sent: 24 November 2009 | 16:28:51
Baca penuh >>

Sabtu, 17 April 2010

Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya

Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan"
(Al-Mujadalah : 11)
Sumber: M. Khairul Anwar
Sent: 24 Julai 2009 | 20:55:23
Baca penuh >>

Jumaat, 16 April 2010

Dialah...

Dialah...
Peneman ketika dalam kesunyian,
Penghibur ketika dalam kedukaan,
Penolong ketika dalam kesusahan,
Penenang ketika menghadapi tekanan,
Pengingat ketika kelupaan,
Dialah Zikrullah...
Sumber: M. Khairul Anwar
Sent: 8 Julai 2009 | 18:37:44
Baca penuh >>

Khamis, 15 April 2010

Kegelapan

Jika hati penuh kegelapan...
Maka sentiasalah berbuat kebaikan dan beribadat...
Jika anda berada dalam kegelapan...
Maka bayarlah bil elektrik anda...
Hehehehe...

Dihantar oleh: M. Khairul Anwar
Sent: 2 Julai 2009 | 19:55:40
Baca penuh >>

Rabu, 14 April 2010

Renungkan...

Renungkan nasib saudara kita yang kini telah dikuburkan:
  • Dahulu dia menikmati pemandangan yang indah dilihat. Kini, matanya telah dicabut.
  • Dahulu perkataannya begitu fasih. Kini, cacing tanah telah memakan mulutnya.
  • Dahulu, dia selalu tertawa. Kini, giginya hancur terbenam tanah.
Teliti dan perhatikanlah bahawa apa yang dia telah alami akan kita alami... tidak lama lagi...
Sumber: M. Khairul Anwar
Sent: 24 Mei 2009 | 19:41:52
Baca penuh >>

Selasa, 13 April 2010

Fadhilat Menuntut Ilmu

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Sesiapa yang keluar menuntut ilmu, para malaikat akan menaunginya dengan sayap-sayap mereka. Malaikat-malaikat di langit akan berselawat ke atasnya..."

Sumber: M. Khairul Anwar
Sent: 4 Mei 2009 | 18:50:07
Baca penuh >>

Isnin, 12 April 2010

Solat dan Dosa

Solat itu bagaikan air yang jernih lagi suci...
Andaikan kita penuh kekotoran lalu kita mandi, maka kekotoran pada tubuh kita serta-merta hilang...
Begitu juga bila kita berbuat dosa lalu menunaikan solat untuk meminta ampun, maka terhapuslah dosa kita...

Sumber: M. Khairul Anwar
Sent: 1 Mei 2009 | 18:59:51
Baca penuh >>

Ahad, 11 April 2010

Sahabat

Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak dapat mencari sahabat dan orang yang lebih lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari...
(Saidina Ali bin Abi Talib)

Sumber: M. Khairul Anwar
Sent: 24 April 2009 | 19:37:27
Baca penuh >>

Sabtu, 10 April 2010

Kita Tidak Akan Selamanya...

Kita akan berada di jalan yang lurus menuju redha-Nya bila kita sentiasa taat pada perintah-Nya...
Tetapi, kita sentiasa lalai kepada-Nya dan dengan mudah kita akan terpesong dari jalan yang benar.

Ingat, kita tidak akan selamanya berada di jalan yang lurus...
Tetapi kita tidak akan selamanya berada di jalan yang sesat...

-sahabat kepada seorang detektif (MKA)-

Sumber: M. Khairul Anwar
Sent: 14 April 2009 | 19:20:42
Baca penuh >>

Jumaat, 9 April 2010

CINTA ALLAH Kepada Manusia Dan Sebaliknya

Allah itu Maha Penyayang...
Allah sentiasa mengingati kita, tak pernah lupa kita walau sesaat...
Allah jualah yang selalu lindungi kita bila kita ditimpa masalah...
dan itulah tanda CINTA ALLAH kepada kita...

Tapi, cuba kita renung-renungkan sejenak...
cuba tanya diri sendiri...
Adakah kita sentiasa ingat Allah walhal kita selalu lalai dengan dunia?
Adakah kita selalu beramal soleh setelah kita dibantu oleh Allah?
dan... adakah kita amat mencintai Allah lebih dari segala-segalanya?
Tepuk dada tanya iman...
Wallahualam...

Sumber: M. Khairul Anwar
Sent: 5 April 2009 | 19:23:10
Baca penuh >>

Khamis, 8 April 2010

Fadhilat Dari Anak Yang Membaca Al-Quran

Jika seseorang itu sentiasa membaca Al-Quran, nescaya ibubapa si pembaca akan dipakaikan mahkota cahaya di mana cahayanya lebih terang daripada matahari di akhirat kelak...
Sumber: M. Khairul Anwar
Sent: 28 Mac 2009 | 16:13:57


Baca penuh >>