N Athirah @ Siti Puteri Rawija

Sabtu, 7 Mac 2020

Imbau Kembali 3

Waktu ni perasaan aku breakdown. Sebab dia satu-satunya sahabat yang masih berterusan berhubung dengan aku selepas aku terpisah dengan sahabat-sahabat aku semasa naik tingkatan empat untuk memilih aliran dan sekolah masing-masing. Rumah kami boleh dikatakan dekat juga la kalau dah dari rumah dia boleh nampak lampu rumah ayah aku. Hahahaha... Tiba-tiba dia pindah rumah, sekolah pun berlainan, lagilah susah nak jumpa. 


Lepas baca post ni dalam draft, dalam hati aku, "whaatttttt!!! Apasal aku tak ingat dia pernah panggil aku 'kong zhu'? Dari perkataan 'gongzhu' dalam bahasa mandarin yang bermaksud 'puteri'.


Tarikh asal: 7 Mei 2010


*****

C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan…
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala
                                                             Sebuah Pertemuan by UNIC

Waktu aku menaip entri ini, aku sedang mendengar lagu Sebuah Pertemuan nyanyian UNIC di blog aku dalam keadaan ingin menangis lagi. Ya... aku ingin menangis lagi walaupun aku tidak ingin menangis. Aku mahu mengamuk, tapi aku tak tau macammana. Dadaku sesak dah...


Semalam, 6 Mei 2010 (Khamis) sepupu nenek lelaki seelah ibuku datang ke rumah. Aku pula taklah duduk sepanjang masa depan komputer, jadi aku baring-baringlah kat bilik aku sambil main mesej guna fon Maxis aku. Fon Celcom tertinggal kat depan komputer. Ibu ada bagitau fon aku berbunyi waktu aku kat bilik. Aku biar sajalah, aku agak ada orang sms lah tu. Tak sangka aku tertidur pula di bilik semasa menunggu sepupu nenek aku tu habis urusan dengan ayah aku.

Tengah malam dah masuk 7 Mei 2010 (Jumaat) dalam 12 setengah tu aku terbangun dan aku ke ruang tamu cari fon aku kat komputer. Aku tengok ada satu mesej. Bila aku buka, aku terima sms ini:
Assalamualaikum...erm,mgkin kau sdh tau yg aku mau pndah sdhkan.sbnrnya aku bkn pndh mggu dpn..sok aku dh pndah dh..mgkin ptg cm2 kot..klu kau cri aku kt lznda ni lg kumpum x jmpa2.x dpt la aku nk tgok rmh kau dr cni lg..hehehe
So,mgkin brtmbh pyah la kta nk jmpa lg pas ni.mgkin time rya kut bru dpt jmpa,klu aku x mulih kmpung lar..
Apa nk ckp g ya?? Er..tu ja la.. 1 lg, klu mau jmpa bleh jg sok ptg tp...sthu aku kau ada slatkan :-( xpalah, apa nk bt..trpksa tggu rya lar..
Dh la, pjg lbr jg aku ckp ni.. Erm..rjin2 blajaq k.mat mlm kong zhu :-)assalamualaikum..
Sender: MKA (M. Khairul Anwar)
Sent: 06-05-2010 22:34:55
Maksudnya: Assalamualaikum... erm, mungkin kau sudah tau yang aku mau pindah sudahkan. sebenarnya aku bukan pindah minggu depan.. esok aku dah pindah dah.. mungkin petang macam tu kot.. kalau kau cari aku kat lazenda (Perumahan Lazenda Villa 7, Kg. Bukit Kalam) ni lagi confirm tak jumpa-jumpa. tak dapat la aku nak tengok rumah kau dari sini lagi.. hehehe
So, mungkin bertambah payah la kita nak jumpa lagi lepas ni. Mungkin time raya kot baru dapat jumpa, kalau aku tak balik kampung la..
Apa nak cakap lagi ya?? Er.. tu saja lah. satu lagi, kalau mau jumpa boleh juga esok petang tapi...setahu aku kau ada silatkan :-( tak apalah, apa nak buat.. terpaksa tunggu raya la..
Dah la, panjang lebar juga aku cakap ni.. Erm.. rajin-rajin belajar ok.. selamat malam kong zhu (maksudnya tuan puteri kot... dia selalu panggil aku tuan puteri sebab nama panggilan aku dalam keluarga puteri) :-) assalamualaikum

Punyalah sesak dada aku waktu tu. Kepala aku yang dah tak sakit pun berbalik sakit. Aku rasa aku ni macam orang bodoh saja waktu tu. Sampaikan waktu aku nak tidur balik pun susah rasanya. Kenapa dia nak bagitau last minutes macam tu??? Ini bukan kali pertama dia buat macam tu kat aku. Aku ni tiada kepentingan untuk dia ka dia buat macam tu??? Kalau aku ni tak penting, kenapa sibuk nak mesej aku segala sebelum ni. Dia ingat, dia buat macam ni aku tak sedih ka?
Baca penuh >>

Imbau Kembali 2

Aku semak semula bulan Mei 2010 hanya ada 1 post. Rupa-rupanya banyak masuk draft dan tak habis cerita. Hahahaha... Ini salah satunya.

Tarikh asal: 1 Mei 2010

*****

Salam buat pembaca yang still rajin baca blog aku ni...

Lama aku tak update blog. Bukan tak ada cerita sebenarnya, tapi masa yang tak ada. Dalam beberapa hari ni aku sihat tapi buat-buat demam... eh, silap! Aku demam tapi buat-buat sihat... Huhuhuhuhu... Dahlah aku ni jenis pemalas makan ubat (si Tyrah memang selalu malas :p). Terutamanya waktu pagi... bukan apa, aku tak naklah waktu guru mengajar tu aku dah landing dalam kelas. Kesian kat cikgu tu. Pernah jadi kes macam tu waktu aku demam mengejut bebeapa minggu lalu.

Baru-baru ni hari Rabu kalau aku tak salah, malam tu sebelum aku tidur, aku makan ubat selsema. Bangun pagi hari Khamis, tengah kelam-kabut nak ke sekolah tu, sebelum keluar rumah macam biasalah aku salam parent aku. Sekali aku salam ayah aku, dia kata, "kenapa panas ni? Demam kah? Makan ubat sana!" Aduii... Pergilah aku makan ubat demam... Di sekolah, mungkin ubat selsema aku semalamnya tu masih ada dalam saluran darah aku, mengantuk gila aku di sekolah. Kutahankan saja...

Hari Jumaat semalam, pagi tu hujan. Sejuk eh. Kelas hari Jumaat awal pagi ada PJK. Aku telefon Syafawati... tak ada jawab. Last tu dia telefon aku balik. Aku tanya dia pakai baju PJ ka? Sebab cikgu suruh pakai baju PJ untuk ujian segak dalam gym.
Baca penuh >>

Imbau Kembali 1

Sengaja aku buka kembali draft post lama. Ada lebih kurang 50 post, ada yang aku discard sebab tak perlu. Ada yang mungkin aku akan terus simpan dalam draft. Dan ini sebahagian yang aku post sekadar untuk throwback kisah lama.
Tarikh asal: 1 Jun 2009

*****

Kadang-kadang hidup ini kelakar.

Kebanyakkan orang ada handphone sendiri. Dari handphone tu, pelbagai masalah boleh timbul... tidak kira baik atau buruk. Dan dari situlah kadang-kala timbul kelakarnya.

Apabila memiliki nombor telefon, kadang-kadang nombor itu menerima gangguan. Kebiasaannya, orang missed call. Kadang-kadang ada yang sms. Nak ajak berkenalan lah selalunya. ada pula yang kadang-kadang pura-pura tersalah nombor. Ada-ada sahaja kehidupan ini.

Yang lucu lagi, kes terima banyak kali missed call. Aku sendiri selalu dapat macam tu. Sebab waktu tu telefon bimbit tidak bersama aku. Dan, kalau orang yang missed call tu nombornya tidak aku kenali, timbul juga niat ingin tahu. Tapi, yang buat aku 'sebal', apabila aku dah ada kredit dan menghantar sms bertanyakan siapa gerangannya orang yang missed call aku tu, dia tak jawab pula.
Ha... itu kes aku.

Ada satu kes, orang tu tak sedar ada orang telefon. apabila dilihat telefon bimbit, rupa-rupanya terima banyak missed call dari nombor yang sama. Dan pada sangkaannya, mungkin daripada adiknya. Jadi, ditelefonnya kembali. Macam biasalah kalau dengan 'peradian', cakapnya tidaklah terlalu lembut. Tidaklah terlalu berbahasa melayu. Biasalah kalau orang sini (W.P Labuan). Sekali bercakap dengan suara yang tidaklah dikatakan kasar... tetapi tidak terlalu lembut, bertanyakan adakah adiknya tu yang telefon. Sekali dengar suara yang menjawab, terus tertanya-tanya "apasal suara adik aku lain?" Hahahaha... apabila mengetahui siapa pemanggilnya, suara terus berubah. Kelakar juga kalau diingatkan kembali.
Baca penuh >>

Jumaat, 9 Ogos 2019

Pasangan



Bila fikir balik tentang diri sendiri. Patutlah dulu bukan mudah untuk aku dapat pasangan yang mampu bertahan relationship. Agaknya orang tak sanggup berhadapan dengan mood swing aku yang tak terjangka.
Apabila ada yang sanggup pertahankan relationship hingga sah berumahtangga, akulah sebenarnya yang bertuah. Hampir 5 tahun dalam alam rumahtangga, ditambah lebih kurang 3 tahun sebelum itu, zauji (suami) masih mampu bertahan menghadapi mood aku.

Bipolar Disorder bukan boleh dijangka bila akan berlaku depress atau hypomania, atau tatkala pertembungan kedua-dua mood ini. Selang beberapa saat sahaja mood boleh berubah tiba-tiba.

Orang yang baran pun belum pasti tahan dengan mood aku. Yalah, baran bertemu baran. Tantrum bertemu tantrum. Api bertemu api. Sama-sama meletup selagi tiada yang mengalah. Akhirnya orang tinggalkan aku sebab penat berperang dengan emosi aku.

#nathirah
N Athirah Al-Labuani
Labuan, Malaysia
Baca penuh >>

Sabtu, 6 Julai 2019

Lama Tidak Menulis

Ya, lama sudah aku tidak menulis. Karya-karya pun jarang tulis baru. Aku rindu zaman menulis macam dulu. Tiba-tiba ada sahaja sekurang-kurangnya puisi terhasil. Banyak lembaran kertas yang isinya coretan puisi. Tapi nampak gayanya sekarang ni sukar untuk aku. Nak tulis posting panjang-panjang pun tak mampu. Ini pun taip guna smartphone.

Tadi menghadap komputer. Tujuan asal nak siapkan biodata aku sebagai penulis PERWILA. Tiba-tiba sakit di kelopak mata sekaligus sakit kepala. Aduh... Hari tu pun sama juga, tak boleh menaip dan berfikir lama. Kerja aku tak siap lagi, cuba juga paksa, tapi aku yang makin sakit. Terpaksalah save kerja aku dan tinggalkan komputer untuk berehat.

Sekarang menaip sambil baring. Sekadar ingin meluahkan. Sakit kepala tak hilang lagi. Aku tamatkan entri ini untuk rehatkan minda.
Baca penuh >>

Sabtu, 29 Jun 2019

Blog aku masih ada pelawat lah

Pagi ni aku tengok statistik pageviews blog aku. Terkejut pula masih ada pelawat yang masuk. Hahaha...

Klik gambar untuk besarkan


Aku sepatutnya kembali aktif menulis supaya tak serabut kepala. Nanti-nantilah InsyaAllah. Sekurang-kurangnya aku buat share artikel ke. Nampak juga la aktif blog aku ni setelah sekian lama.

Aku rindu blogging sebenarnya. Tapi aku stuck nak taip apa.
Baca penuh >>

Rabu, 3 April 2019

Lirik lagu Ada Cinta

Ada Cinta
Acha Septriasa, Irwansyah

Acha:
Ucapkanlah kasih
Satu kata yang ku nantikan
Sebab ku tak mampu
Membaca matamu
Mendengar bisikmu.

Nyanyikanlah kasih
Senandung kata hatimu
Sebab ku tak sanggup
Mengartikan getar ini
Sebab ku meragu pada dirimu.

Mengapa berat ungkapkan cinta
Padahal ia ada
Dalam rinai hujan dalam terang bulan
Juga dalam sedu sedan.

Mengapa sulit mengaku cinta
Padahal ia terasa
Dalam rindu dendam
Hening malam
Cinta terasa ada.

Irwansyah:
Nyanyikanlah kasih
Senandung kata hatimu
Sebab ku tak sanggup
Mengartikan getar ini
Sebab ku meragu pada dirimu.

Mengapa berat ungkapkan cinta
Padahal ia ada
Dalam rinai hujan dalam terang bulan
Juga dalam sedu sedan.

Mengapa sulit mengaku cinta
Padahal ia terasa
Dalam rindu dendam
Hening malam
Cinta terasa ada.
Baca penuh >>

Khamis, 24 Januari 2019

Posting Merapu

First post untuk 2019. Tak ada ucapan tahun baru sebab aku merayau tahun baru hari tu naik Bukit Tinggi Pahang. Dapat pula ucapan Happy New York" dari sahabat aku yang paling pelik, Faiz. Hahaha... Istimewa sungguh 🤣

Hari ni, saja nak merapu. Akhir-akhir ni mood aku turun naik. Tapi paling aku malas apabila mood down tu datang. Rasa nak melekat je kat lantai. Tapi aku lebih memilih lekat atas katil la, kat lantai tu buat urat-urat aku terseliuh.

Aku bingung sebab dalam satu masa, pelbagai idea datang dalam kepala otak aku. Tapi satu pun aku tak mampu laksanakan dalam keadaan diri aku sendiri macam ke arah tidak terurus.

Mungkin sebab mood aku dah terlalu high masa bercuti ke Cameron Highlands sempena cuti Thaipusam hari tu, habis bercuti ja terus mood aku drop rendah. Mudah-mudahan tak berlarutan lah. Penay juga menghadap mood yang macam 'malas' ni. Sebab aku kena buat kerja juga. Tapi bila nak buat sesuatu, terasa kosong dan bingung. Allah... Dugaan sungguh.
Baca penuh >>

Isnin, 31 Disember 2018

Azam Dan Persahabatan

Cakap pasal azam, aku cuma dapat buat 7 dari 12 azam 2018 yang lepas. Tapi tak apa, hidup perlu diteruskan. Yang tak lengkap pun, berkenaan Syakirin. Bukan boleh paksa budak kan. Hahahhahaa...

Sekurang-kurangnya, selama lebih kurang setahun aku diagnose Bipolar Disorder type 2, dengan pelbagai cabaran tatkala berperang dengan diri sendiri, namun di akhir tahun ni aku mencapai satu ketenangan. Tatkala semua persoalan bertahun yang aku simpan sebelum ia terus menyerang fikiran aku dalam tiga bulan ni, akhirnya terjawab satu per satu.

Cuma yang aku harap... Aku masih punya sahabat.

Aku pernah rasa terpuruk apabila aku merasakan aku tiada siapa2 melainkan keluarga. Dan aku cuba hadap bahawa aku dah tiada kawan.

Tapi setelah itu aku terfikir, mungkin aku tidak sedar bahawa mereka yang aku anggap sahabat itu masih menganggap aku sahabat.

Dan ya, aku dapat semula sahabat-sahabat aku dalam situasi yang tidak aku jangka. Terima kasih pernah hadir dalam hidup aku sebagai sahabat aku, menceriakan hari aku ☺️

Tentang kisah MKA dan Zack tu, dua-dua dah beri jawapan. Sekarang kami kembali bersahabat macam dulu. Alhamdulillah. Pasal Zen, aku belum dapat berhubung dengan dia. Silap aku juga sebab masa hantar mesej kepada semua sahabat aku, entah macammana nama dia tertinggal 😂. Malang betul. Baru hari ni aku perasan. Teruk betul aku ni. Hahahhaha.

MKA kata dia masih simpan pensil hadiah dari aku lebih kurang 10-11 tahun lepas. Masalahnya aku tak dapat bayangkan rupa bentuknya dan tak ingat aku ada bagi. Hahahah... Tapi kami memang rapat dulu. Logik la aku ada bagi hadiah kan.

Zack pula hantar gambar namecard yang aku buat sendiri dulu-dulu. Dia bagitau dia masih simpan. Aku tersentak kejap. Sebab aku tak ingat aku pernah bagi dia, dan benda tu dah lama sangat 10-11 tahun lepas. Setakat namecard ja pun. Macam rare kalau ada yang masih simpan. Lagi-lagi dia ni dah berpindah-pindah tempat atas sebab sambung belajar dan kerja. Sedangkan aku yang berpindah-pindah ni pun dah kehilangan namecard aku sendiri. Kahkahkah...

Kad nama aku zaman dulu. Buat sendiri, cetak sendiri. Lamanya sudah ni. Tapi details tu aku dah tak gunakan atas sebab peredaran masa dan tempat menetap. Dan satu lagi, aku dah tak friendly sekarang ni kecuali dengan kawan-kawan rapat aku 😅.

Persahabatan tu adakalanya pelik. Tapi setiap darinya pasti ada keunikan. Keunikan tu lah tanda yang ditinggalkan agar aku masih ingat pada pemilik keunikan tu. Pergghhh... Berfalsafah pula aku. Tapi aku tak pasti lah masuk tak dengan topik yang diceritakan ni. Hahahah...
Baca penuh >>

Sabtu, 29 Disember 2018

Terperangkap Dalam Memori Lalu

Fikiran aku rasa terganggu. Memori zaman sekolah, berkawan dengan seseorang, sentiasa berulang-ulang kisahnya dalam fikiran. Pelbagai rasa ada, ketawa, malu, kecewa, terkilan. Rasa tu mengganggu setiap kali memori tu bermain semula di layar fikiran.

Sampai dah sukar nak tahan, cerita tu aku taip semula di notepad handphone. Tapi cerita panjang untuk 3 tahun, walau diringkaskan pun tetap rasa penat menaip. Aku terpaksa berhenti rehat. Walaupun aku dah taip sampai habis, memori tu akan datang semula mengganggu. Dan aku tulis lagi, aku penat lagi.

Adakah itu namanya ilusi?

Baru hari Khamis aku berjumpa dengan doktor di Labuan untuk sementara aku bercuti di kampung, tapi tak dapat jalan penyelesaian masalah aku. Appointment dengan doc pakar Psy HKL 8 Januari ni terasa lama. Memori ni pula menghentam aku hampir setiap hari, berbulan dah pun.

Ini result ujian DASS (Depression Anxiety Stress Scales) aku untuk hari ini. Semua keputusan 'Sangat Teruk'

Memori yang kerap menerjah fikiran aku tu sebenarnya mengenai persahabatan dan kisah keakraban aku dan kawan-kawan dalam tempoh sedikit kisah di tingkatan satu, kisah di tingkatan dua dan tingkatan tiga, serta sedikit kisah awal tahun tingkatan empat. Hanya ketika itu aku dapat kawan-kawan yang akrab sangat. Selepas kami terpisah di tingkatan empat, aku dah tak temui kawan rapat baru. Kecuali di kolej, seorang sahabat yang aku ikhlas dia datang kepadaku sebagai teman tatkala tiada sesiapa memilih dia, dan tiada sesiapa yang ikhlas bersamaku.

Untuk dapat sahabat yang ikhlas berkawan dengan kita, bukan mudah. Makanya tidak mudah untuk menyuruh aku mencari kawan baru untuk mental support.

Aku lebih memilih jalan selamat agar aku tidak kecewa berkali-kali. Ya, memang aku terperangkap dalam memori silam aku. Tapi bukan bermakna untuk keluar dari memori itu, aku perlu menjerut jiwa aku kembali.

Aku hanya inginkan jawapan dari memori lalu, bukan menambah beban baru.
Baca penuh >>

Selasa, 11 Disember 2018

Persoalan Tentang Persahabatan

Lama tak bersiaran rasanya. Dalam tempoh tu, mood aku naik turun. Kejap stabil, kejap tidak. Yang sering menganggu apabila aku mimpi tentang persoalan dan persahabatan.

Kisah mimpi pertama;

Tengah rehat-rehat sambil pakai mask mulut, terserempak Zen. Aku senyum sambil angguk angkat tangan nampak dia, tapi tiba-tiba muncul MKA. Aku terus bangun sambil turunkan mask.

Zen: (pandang aku dan MKA selang-seli)
Aku: Eh!
MKA: Eh!
Aku: Sihat ka sudah kau?
MKA: Aku sihat eh.
Aku: Bukan. Maksudku dari kemalangan tu.
MKA: Ya, memang sihat sudah ku.
Aku: Jadi kenapa kau nda sms aku?
MKA: Sms?
Aku: Nda kisah la messenger ka sms. Kenapa kau nda buat?
MKA: Aku rasa, kau salah faham ni.
Aku: Cuba kau bagitau aku apa yang aku salah faham? Atau kau punca salah faham ni?

Bunyi ringtone smartphone. Aku terbangun dari tidur tanpa tahu jawapannya.

Selepas berminggu berlalu, aku mimpi yang kedua pula;

Aku mimpi jumpa MKA, Zack, Saifullah, Khairul Azhar. Mimpi ni panjang, dan aku pun kurang faham. Aku ringkaskan part tertentu saja.

MKA tu aku panggil tapi tak nak pandang aku. Dibawa bercakap, tak menyahut. Kecewa aku. Aku marah-marah dan cuba kejar dia. Masa tu kami di tempat yang macam dalam corong, dan masing-masing berdiri di dinding corong yang tempat pijaknya sempit. Situasi ni cuma ada aku, MKA, Saifullah, dan Zack saja. Khairul Azhar dah balik dari tempat tu.

Masa aku marah-marah luah rasa kecewa tu, aku pening dan hampir jatuh ke dalam lubang corong tu sebab pandangan gelap tiba-tiba. Zack yang sambut dan tahan aku dari jatuh. Dia tarik aku ke dinding. Tapi dia berpaling dan tak cakap apa-apa. Macam tak nak pandang aku langsung. Aku yang rasa dia tak ikhlas terus membentak kecewa lagi. Dorang pun tinggalkan aku.

Keesokannya aku ke sana lagi, sebelah rumah ja. Terjumpa Zack dan kami jadi mesra. Siap pergi makan bersama. MKA terlihat dan terus menghadap lain.

Sampai situ ja mimpi yang aku ingat. Berulang perkataan kecewa yang paling banyak. Aku pantang dengan perkataan berulang, tapi memang ianya berulang.

Persoalan tentang persahabatan tu masih tergantunglah di situ. Nama Saifullah dan Khairul Azhar ja nama betul sebab dorang tiada isu. MKA, Zen, Zack tu nama samaran bagi mengelakkan ada pihak tersinggung.

Aku hendak bertanya, tapi aku sendiri risau. Risau aku yang akan terus kecewa seperti dalam mimpi-mimpi tu. Aku sayang persahabatan tu, tapi entah akukah yang bersalah sehingga persahabatan tu tergantung begitu saja.

Sepanjang aku dari zaman sekolah, sahabat perempuan aku tu tak banyak. Selalunya seorang sahaja. Zaman sekolah menengah, Mimi seorang ja sahabat perempuan akrab aku. Masuk zaman kolej, Zahidah lah yang jadi sahabat perempuan akrab aku.

Yang ramai aku berkawan, sahabat lelaki. Zaman sekolah menengah, aku rapat dengan lelaki. Memang ada yang datang tika dia memerlukan sahaja. Tapi MKA dan Zen ni, kami berhubung sehingga masing-masing masuk kolej. Entah kenapa tiba-tiba tergantung. Pasal Zack tu, aku nda tau kenapa aku marah sangat dengan dia. Hahahhahahaa. Tiba-tiba ada wataknya dalam mimpi dan dimarahi aku. Dia tu pun macam biskut kewujudannya.

Tunggu aku ada kekuatan hati, akan aku luahkan jua persoalan tu kepada tuan badan. Aku masih ingat persahabatan tu.

Mungkin jua apa yang diperkatakan MKA tujuh tahun lepas ni akan jadi kenyataan:


Baca penuh >>

Ahad, 18 November 2018

Mimpi Sampai Tergigit Lidah

Dua malam berturut-turut sudah setiap kali aku tidur, akan terjaga dalam lingkungan jam dua pagi. Dan setiap kali terjaga, lidah tepi kiri aku sakit, mungkin tergigit ketika tidur.

Mimpi malam yang pertama tu aku dah tak ingat. Seperti biasa memori aku akan hilang walau aku masih ingat ketika bangun tidur.

Tatkala aku menaip ini, aku baru bangun dari mimpi yang tidak baik. Buat aku rasa stress. Dalam mimpi tadi, aku seperti bertarung melawan kejahatan. Masalahnya yang jahat dalam mimpiku itu ialah sepupuku sendiri. Berebutkan harta. Astaghfirullah al-azim.

Aku tidur dalam jam sembilan malam hingga dua pagi, terasa mimpi yang lama. Bangun dalam keadaan tertekan, kemudian terserempak dengan adikku. Dia sarankan aku ke tandas lepas tu minum air. Selepas aku buat semua tu, aku capai telefon pintarku untuk menaip.

Mimpi tu bukan sekadar perebutan harta, malah pembunuhan. Yang jahat tu nak capai matlamatnya, dia bunuh orang lain. Kami lari macam merempat. Di situ aku jumpa kawan-kawan rapatku zaman sekolah. Kawan rapatku kebanyakannya lelaki, jadi itulah yang aku jumpa. Dikejar oleh sepupu aku sebab dia nak bunuh kami. Kami kunci rumah depan belakang. Ramai-ramai kami bersempit dalam rumah dan memekakkan telinga ketika sepupu aku tu menggendang pintu dengan kuat agar dibuka. Nak keluar masuk dari kawasan rumah pun terpaksa menyelinap agar tidak diketahui. Rupa-rupanya ada tanah yang dia nak lagi tapi sudah jatuh atas nama aku. Patutlah dia tak puas hati dan berterusan menganggu kami. Malah, sesiapa yang menghalang akan menemui maut.

Mimpi gila!



Baca penuh >>

Isnin, 12 November 2018

Dua Hari Lagi Flight Ke Labuan

Lagi dua hari aku dan anak akan balik Labuan. Kali ni zauji tak ikut sekali. Rasa berdebar ja. Tiba-tiba rasa down. Masih berharap segalanya under control. Nampak gayanya aku perlu bergantung pada ubat. Tadi aku nangis sendiri. Nak faham diri sendiri pun rasa susah. Berperang dengan perasaan sendiri. Sebab tu aku gelar diri aku fighter. Nak tak nak, aku kena lawan derita aku sendiri.

Sekadar luahan aku. Rasa overthinking ni bukannya seronok.
Baca penuh >>

Sabtu, 3 November 2018

Belum Tidur



Assalamualaikum, selamat tengah malam, readers. Tengah malam, dah gelap pun. Tapi mata belum tidur. Datang lagilah mania aku ni. Nasib baik zauji ada belikan roti untuk santapan aku.

Beginilah aku ni. Datang high, macam-macam idea dalam kepala otak. Diluahkan dalam coretan karya kadang-kadang tidak menjadi. Idea ada, tapi kata-kata terbatas. Selalu macam tulah. Lepas tu, aku yang tak dapat tidur. Sekarang dah kembali menulis blog, app BlogIt! pun memang standby di homescreen smartphone aku. Bolehlah aku nak merapu 🤪.

Ni nak merapu pun tiada idea 😆.

Tadi aku ternampak post ni di Facebook:
Jadi datanglah difikiranku mau hantar karya. Tapi aku tahu ilham menulis aku terbatas. Jadi aku korek ja la karya lama. Ada. Masalahnya mania aku datang lagi. Aku mau tulis baru juga. Luan majal (paksa), aku try tulis cerpen. Hambar 😂.

Aku try bagi satu tajuk untuk puisi. Aku tutup mata bayangkan apa kisah dalam puisi aku. Terus dapat sikit-sikit perkataan ilham untuk puisi baru aku. Perlahan-lahan aku sambung, sampai rangkap terakhir. Tu pun mula-mula aku sangka belum habis lagi. Tapi bila baca semula, baru aku puas hati. Esok aku hantarlah dua puisi aku.

InsyaAllah ini langkah pertama aku untuk terus memghantar karya. Aku dah menulis karya semula. Tapi tak pantas macam dulu. Semenjak aku makin 'sakit', sukar untuk aku kawal kemahuan minda aku. Lost terus dulu susah mau dapatkan ilham. Lama sangat aku tinggal.

Bipolar Disorder kan successful person. Keep fighting 💪🏼. Yakin aku boleh.


Nak tau siapa contoh 20 successful people yang struggled with Bipolar Disorder tu, klik pautan ni:



Baca penuh >>

Isnin, 29 Oktober 2018

Depression

Hari ni dari pagi asyik menangis. Sampai ke petang, ada lagi yang ditangiskan. Kalau anak nampak, cepat-cepat aku lap. Bukan malu, tapi aku tahu dia akan risau dan lap air mata aku tu. Kalau air mata tak berhenti, mesti dia risau sebab tak. Nak air mata tu terus ada. Terima kasih, anak.

Aku tiba-tiba teringat, setiap kali appointment aku dengan pakar ketika aku fasa depress, mesti aku akan bercakap tentang keluarga aku yang di Labuan. Ya, aku tahu punca sakit aku bermula dari sana walaupun tidak ketara dan belum teruk. Sayangnya zaman tu tiada kesedaran mengenai mental illness. Aku tak tahu aku sakit. Aku tak tahu keluarga aku sakit. Dan kalau tahu pun, orang akan mengata sebagai 'gila'. Sakitnya hidup dalam stigma masyarakat.


Terima kasih kepada pihak yang banyak share mengenai kesedaran penyakit mental. Dari situ membawa aku ke Klinik Kesihatan dan diberikan surat rujukan ke Pakar Psikiatri di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Dan selepas beberapa kali perjumpaan, aku di-diagnosis menghidap Bipolar Disorder type 2. Akan datang aku share pasal sakit aku ni. Hari ni aku nak cerita umum ja.

Bila depress (murung) ni, bukan main-main tau. Sekurang-kurangnya kemurungan dua minggu dengan perasaan-perasaan down gila. Ada orang yang cederakan diri, ada yang hadir rasa nak bunuh diri. Macam aku mula-mula refer pakar, aku ada perasaan nak mencederakan suami dan anak.

Aku pernah nampak ibu aku sakit masa aku kecil. Dan sekarang aku dapat rasakan sakit ibu aku tu dalam diri aku. Syukur aku tidak berdendam dengan ibu sendiri untuk kisah masa laluku. Dan syukur Allah banyak hilangkan memori-memori pahit ketika aku kecil. Moga anakku tidak berdendam dengan bondanya sendiri.

Kita kalau ada di kalangan keluarga atau rakan yang ada masalah kesihatan mental, tolong jangan abaikan dorang. Bantu mereka. Bantuan korang sangat penting agar nanti korang tidak mendengar berita pesakit tu bunuh/cederakan diri atau membunuh/mencederakan orang.

Mohon jangan ada yang melabel pesakit mental sebagai lemah iman atau tiada iman. Sangat-sangat zalim bagi mereka yang melabel sedemikian. Pesakit mental ni sakit. Kalau dah sakit, perlu jumpa doktor. Berilah mereka ruang untuk konsultasi dengan pakar. Kota sepatutnya menjadi semangat untuk mereka terus melawan sakit mereka. Bukan mudah untuk berhadapan dengan sakit ni. Kita kalau sakit perlu ada kekuatan mental, tapi yang sakit tu pada mental sendiri.

#kamikisah kerana kesedaran kesihatan mental amatlah penting untuk setiap keluarga dan komuniti. Hentikan sebarang stigma ke atas penyakit mental dan terhadap pesakit mental.
#kamikisah kerana kami sebahagian daripada mereka.

Yang diberi rezeki survive dan diberi kesembuhan, syukur. Yang tiada rezeki untuk sembuh dan terus suffer dengan depression, moga terus kuat sebagai fighter. Kita semua hebat.

#mentalMalaysia #wecare #hentikanstigma #kamikisah #worldmentalhealthday

Public Health Malaysia ada menyediakan ujian DASS (Saringan Kesihatan Mental) secara atas talian. Namun ia hanyalah ujian awal yang bukannya diagnosis sebenar. Perlu rujuk dengan pakar untuk diagnosis yang sebenar. Boleh klik pautan berikut untuk membuat ujian: https://www.psytoolkit.org/cgi-bin/psy2.5.1/survey?s=LPkv6
Baca penuh >>

Mimpi

Julai lepas aku mimpi jumpa satu kawan perempuan ni. Dalam mimpi aku kenal dia, tapi di alam nyata aku tak tahu siapa dia. Aku jumpa dia kat satu tempat ni macam stadium. Sebab tempat duduk bertingkat-tingkat.

Di depan kawan aku tu ada lelaki. Aku tanyalah dia, siapa depan dia tu. Dia bagitahu lelaki depan dia tu adik beradik, adik dia sebaya aku, satu sekolah dengan aku sekolah rendah dulu. Terus aku kenal siapa lelaki tu melalui hint dia. Aku refuse untuk diperkenalkan sebab aku segan. Tapi sebab kawan perempuan aku ni dah cakap dengan dorang, lelaki yang si adik tu menjenguk depan muka aku.

Sejak tu dia kerap datang jumpa aku. Sampai ada satu time tu kami berjumpa di satu tempat. Tiba-tiba kena tayangkan macam wayang di layar, video pembunuhan kejam. Mangsa ditimpa blok batu besar sampai mangsa hancur berkeping-keping. Terus-terus ditayangkan dengan cara pembunuhan lebih kurang pada mangsa-mangsa lain. Ngeri gila sebab aku nampak macam real. Sangat-sangat trigger sampaikan aku tutup telinga tutup mata, tapi tayangan tu tetap kelihatan dalam mata aku yang tertutup. Aku pula makin tak kuat, rasa macam nak bergulung. Mental aku betul-betul terganggu, sakit rasanya. Kawan lelaki aku tu ada sebelah, dia pegang aku untuk tenangkan perasaan aku lepas tu dia yang minta tutup tayangan tu. Dia hadang tayangan yang masih terpasang guna tangan dia.

Mimpi tu betul-betul buat aku terganggu berminggu-minggu lepas aku bangun dari tidur. Lambat aku nak move on sendiri. Sampai sekarang pun aku masih ingat details mimpi tu walaupun dah berbulan berlalu. Aku bercerita ni pun sambil bayangan mimpi tu macam tengah play di depan mataku.

***

Semalam pula aku mimpi kisah pembunuhan. Tapi watak dalam mimpi aku ni semua aku tak kenal di alam nyata. Yang ni ingatan aku tak kuat sangat. Yang aku tahu, sepasang suami isteri ni saling merindu. Tapi suami dia ada kerja yang membuatkan dorang tak dapat tinggal serumah. Suami dia titipkan isteri dia kat orang yang dia percaya. Macam orang yang dia hormati. Tapi dia tak sangka orang tu akan bunuh isteri dia dan bagi pelbagai alasan masa si suami nak jumpa isteri dia. Punca dia bunuh tu sebab kantoi dengan si isteri tu yang dia ada buat kerja haram.

Lepas tu bila si suami tu dah syak dan ada tanda-tanda isteri dia dah mati, dia marah lah. Tapi sayangnya dia pun kena bunuh. Lepas tu ada lagi watak-watak yang nak bongkar kejahatan orang tu kena bunuh. Ada dalam 4 orang kalau tak silap jadi mangsa bunuh. Turn aku pula mengamuk masa tu. Aku tak puas hati sebab dia bunuh orang, sampai empat. Dan mangsa tu pula macam di bawah tanggungan aku. Aku tak faham sangat hubungan dalam mimpi ni. Tapi kiranya aku nak balas dendam lah. Sampai akhirnya dia kalah dan perlu bayar balik kesalahan dia. Nangis-nangis aku time tu. Kalau tak silap, di akhir mimpi tu dia bayar denda 60 dirham. Itu pun masih tidak mencukupi. Tapi mangsa bunuh tetap tak boleh dikembalikan.

***

Aku tak suka mimpi tentang pembunuhan. Tiap kali aku bangun tidur, aku akan blur. Tapi ada dua malam lepas aku baru tidur. Entah apa cerita mimpi aku tu tiba-tiba minyak masak hang tengah panas dalam kuali tu tersimbah menghala aku. Aku dalam mimpi tu terkejut sampai aku terbangun dari tidur dalam keadaan terkejut juga. Macam betul. Sakit dada aku. Dah la aku selalu masak makanan bergoreng, dapat mimpi macam tu memang buat aku terganggu la.

***

Aku cuma berharap dapat tidur dan mimpi yang menenangkan. Sebab waktu tidur sahaja waktu rehat mental dan fizikal yang aku ada. Kalau mental aku tak dapat rehat, fizikal aku pun tak cukup kuat sebab tertanggung sekali kepenatan tu.

Aku share sikit berkenaan penyakit mental:
Baca penuh >>

Ahad, 28 Oktober 2018

Lupa

Malam semalam zauji bawa jalan-jalan di NSK Kuchai Lama. Saja bawa anak bermain di pusat hiburan kanak-kanak tu. Lepas tu makan di MarryBrown.
  
Makan aiskrim, set ayam, french fries. Zauji makan nasi kari kapitan MarryBrown. Walaupun ayam ja. Di rumah pun masak ayam salut tepung. Tapi direhatkan dari memasak tu buat lagi tambah sedap.

Tengah makan sambil bersembang, zauji cakap pasal urine pregnancy test (upt). Dia bagitau pernah beli di Watson, Taman Desa, murah. Katanya masa tu Syakirin dah ada, tapi beli sebab sangka ada lekat baru.

Masalahnya, tiada dalam memori aku walau sedikit pun. Aku ingat pasal aku pernah beli upt di 7eleven yang mahal tu. Tapi di StarParc Point masa aku kerja. Aku tak ingat situasi yang zauji cakapkan. Aku lost lagi.

Lepas dari NSK, zauji bawa aku ke Watson tu sebelum balik. Tak jauh pun dari rumah sebab kami memang tinggal di Taman Desa. Aku masih tak boleh recall memory. Kami ke Watson tu nak beli upt lagi. Awal lagi sebenarnya dari kitaran period. Tapi memenuhi keinginan suami, baru-baru ni dia mimpi kami dapat baby girl.

Pagi ni aku buat test, result negative. Kalau ada rezeki tu, nanti adalah. Aku dah pesan zauji awal-awal semalam, janhan terlalu mengharap, aku takut dia kecewa nanti.
Baca penuh >>