Fikiran aku rasa terganggu. Memori zaman sekolah, berkawan dengan seseorang, sentiasa berulang-ulang kisahnya dalam fikiran. Pelbagai rasa ada, ketawa, malu, kecewa, terkilan. Rasa tu mengganggu setiap kali memori tu bermain semula di layar fikiran.
Sampai dah sukar nak tahan, cerita tu aku taip semula di notepad handphone. Tapi cerita panjang untuk 3 tahun, walau diringkaskan pun tetap rasa penat menaip. Aku terpaksa berhenti rehat. Walaupun aku dah taip sampai habis, memori tu akan datang semula mengganggu. Dan aku tulis lagi, aku penat lagi.
Adakah itu namanya ilusi?
Baru hari Khamis aku berjumpa dengan doktor di Labuan untuk sementara aku bercuti di kampung, tapi tak dapat jalan penyelesaian masalah aku. Appointment dengan doc pakar Psy HKL 8 Januari ni terasa lama. Memori ni pula menghentam aku hampir setiap hari, berbulan dah pun.
Memori yang kerap menerjah fikiran aku tu sebenarnya mengenai persahabatan dan kisah keakraban aku dan kawan-kawan dalam tempoh sedikit kisah di tingkatan satu, kisah di tingkatan dua dan tingkatan tiga, serta sedikit kisah awal tahun tingkatan empat. Hanya ketika itu aku dapat kawan-kawan yang akrab sangat. Selepas kami terpisah di tingkatan empat, aku dah tak temui kawan rapat baru. Kecuali di kolej, seorang sahabat yang aku ikhlas dia datang kepadaku sebagai teman tatkala tiada sesiapa memilih dia, dan tiada sesiapa yang ikhlas bersamaku.
Untuk dapat sahabat yang ikhlas berkawan dengan kita, bukan mudah. Makanya tidak mudah untuk menyuruh aku mencari kawan baru untuk mental support.
Aku lebih memilih jalan selamat agar aku tidak kecewa berkali-kali. Ya, memang aku terperangkap dalam memori silam aku. Tapi bukan bermakna untuk keluar dari memori itu, aku perlu menjerut jiwa aku kembali.
Aku hanya inginkan jawapan dari memori lalu, bukan menambah beban baru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan yang anda hantar akan menunggu masa untuk diapprove oleh penulis...
Harap maklum...