Sengaja aku buka kembali draft post lama. Ada lebih kurang 50 post, ada yang aku discard sebab tak perlu. Ada yang mungkin aku akan terus simpan dalam draft. Dan ini sebahagian yang aku post sekadar untuk throwback kisah lama.Tarikh asal: 1 Jun 2009
*****
Kadang-kadang hidup ini kelakar.
Kebanyakkan orang ada handphone sendiri. Dari handphone tu, pelbagai masalah boleh timbul... tidak kira baik atau buruk. Dan dari situlah kadang-kala timbul kelakarnya.
Apabila memiliki nombor telefon, kadang-kadang nombor itu menerima gangguan. Kebiasaannya, orang missed call. Kadang-kadang ada yang sms. Nak ajak berkenalan lah selalunya. ada pula yang kadang-kadang pura-pura tersalah nombor. Ada-ada sahaja kehidupan ini.
Yang lucu lagi, kes terima banyak kali missed call. Aku sendiri selalu dapat macam tu. Sebab waktu tu telefon bimbit tidak bersama aku. Dan, kalau orang yang missed call tu nombornya tidak aku kenali, timbul juga niat ingin tahu. Tapi, yang buat aku 'sebal', apabila aku dah ada kredit dan menghantar sms bertanyakan siapa gerangannya orang yang missed call aku tu, dia tak jawab pula.
Ha... itu kes aku.
Ada satu kes, orang tu tak sedar ada orang telefon. apabila dilihat telefon bimbit, rupa-rupanya terima banyak missed call dari nombor yang sama. Dan pada sangkaannya, mungkin daripada adiknya. Jadi, ditelefonnya kembali. Macam biasalah kalau dengan 'peradian', cakapnya tidaklah terlalu lembut. Tidaklah terlalu berbahasa melayu. Biasalah kalau orang sini (W.P Labuan). Sekali bercakap dengan suara yang tidaklah dikatakan kasar... tetapi tidak terlalu lembut, bertanyakan adakah adiknya tu yang telefon. Sekali dengar suara yang menjawab, terus tertanya-tanya "apasal suara adik aku lain?" Hahahaha... apabila mengetahui siapa pemanggilnya, suara terus berubah. Kelakar juga kalau diingatkan kembali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan yang anda hantar akan menunggu masa untuk diapprove oleh penulis...
Harap maklum...