N Athirah @ Siti Puteri Rawija: Bipolar
Memaparkan catatan dengan label Bipolar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bipolar. Papar semua catatan

Jumaat, 9 Ogos 2019

Pasangan



Bila fikir balik tentang diri sendiri. Patutlah dulu bukan mudah untuk aku dapat pasangan yang mampu bertahan relationship. Agaknya orang tak sanggup berhadapan dengan mood swing aku yang tak terjangka.
Apabila ada yang sanggup pertahankan relationship hingga sah berumahtangga, akulah sebenarnya yang bertuah. Hampir 5 tahun dalam alam rumahtangga, ditambah lebih kurang 3 tahun sebelum itu, zauji (suami) masih mampu bertahan menghadapi mood aku.

Bipolar Disorder bukan boleh dijangka bila akan berlaku depress atau hypomania, atau tatkala pertembungan kedua-dua mood ini. Selang beberapa saat sahaja mood boleh berubah tiba-tiba.

Orang yang baran pun belum pasti tahan dengan mood aku. Yalah, baran bertemu baran. Tantrum bertemu tantrum. Api bertemu api. Sama-sama meletup selagi tiada yang mengalah. Akhirnya orang tinggalkan aku sebab penat berperang dengan emosi aku.

#nathirah
N Athirah Al-Labuani
Labuan, Malaysia
Baca penuh >>

Khamis, 24 Januari 2019

Posting Merapu

First post untuk 2019. Tak ada ucapan tahun baru sebab aku merayau tahun baru hari tu naik Bukit Tinggi Pahang. Dapat pula ucapan Happy New York" dari sahabat aku yang paling pelik, Faiz. Hahaha... Istimewa sungguh 🀣

Hari ni, saja nak merapu. Akhir-akhir ni mood aku turun naik. Tapi paling aku malas apabila mood down tu datang. Rasa nak melekat je kat lantai. Tapi aku lebih memilih lekat atas katil la, kat lantai tu buat urat-urat aku terseliuh.

Aku bingung sebab dalam satu masa, pelbagai idea datang dalam kepala otak aku. Tapi satu pun aku tak mampu laksanakan dalam keadaan diri aku sendiri macam ke arah tidak terurus.

Mungkin sebab mood aku dah terlalu high masa bercuti ke Cameron Highlands sempena cuti Thaipusam hari tu, habis bercuti ja terus mood aku drop rendah. Mudah-mudahan tak berlarutan lah. Penay juga menghadap mood yang macam 'malas' ni. Sebab aku kena buat kerja juga. Tapi bila nak buat sesuatu, terasa kosong dan bingung. Allah... Dugaan sungguh.
Baca penuh >>

Isnin, 31 Disember 2018

Azam Dan Persahabatan

Cakap pasal azam, aku cuma dapat buat 7 dari 12 azam 2018 yang lepas. Tapi tak apa, hidup perlu diteruskan. Yang tak lengkap pun, berkenaan Syakirin. Bukan boleh paksa budak kan. Hahahhahaa...

Sekurang-kurangnya, selama lebih kurang setahun aku diagnose Bipolar Disorder type 2, dengan pelbagai cabaran tatkala berperang dengan diri sendiri, namun di akhir tahun ni aku mencapai satu ketenangan. Tatkala semua persoalan bertahun yang aku simpan sebelum ia terus menyerang fikiran aku dalam tiga bulan ni, akhirnya terjawab satu per satu.

Cuma yang aku harap... Aku masih punya sahabat.

Aku pernah rasa terpuruk apabila aku merasakan aku tiada siapa2 melainkan keluarga. Dan aku cuba hadap bahawa aku dah tiada kawan.

Tapi setelah itu aku terfikir, mungkin aku tidak sedar bahawa mereka yang aku anggap sahabat itu masih menganggap aku sahabat.

Dan ya, aku dapat semula sahabat-sahabat aku dalam situasi yang tidak aku jangka. Terima kasih pernah hadir dalam hidup aku sebagai sahabat aku, menceriakan hari aku ☺️

Tentang kisah MKA dan Zack tu, dua-dua dah beri jawapan. Sekarang kami kembali bersahabat macam dulu. Alhamdulillah. Pasal Zen, aku belum dapat berhubung dengan dia. Silap aku juga sebab masa hantar mesej kepada semua sahabat aku, entah macammana nama dia tertinggal πŸ˜‚. Malang betul. Baru hari ni aku perasan. Teruk betul aku ni. Hahahhaha.

MKA kata dia masih simpan pensil hadiah dari aku lebih kurang 10-11 tahun lepas. Masalahnya aku tak dapat bayangkan rupa bentuknya dan tak ingat aku ada bagi. Hahahah... Tapi kami memang rapat dulu. Logik la aku ada bagi hadiah kan.

Zack pula hantar gambar namecard yang aku buat sendiri dulu-dulu. Dia bagitau dia masih simpan. Aku tersentak kejap. Sebab aku tak ingat aku pernah bagi dia, dan benda tu dah lama sangat 10-11 tahun lepas. Setakat namecard ja pun. Macam rare kalau ada yang masih simpan. Lagi-lagi dia ni dah berpindah-pindah tempat atas sebab sambung belajar dan kerja. Sedangkan aku yang berpindah-pindah ni pun dah kehilangan namecard aku sendiri. Kahkahkah...

Kad nama aku zaman dulu. Buat sendiri, cetak sendiri. Lamanya sudah ni. Tapi details tu aku dah tak gunakan atas sebab peredaran masa dan tempat menetap. Dan satu lagi, aku dah tak friendly sekarang ni kecuali dengan kawan-kawan rapat aku πŸ˜….

Persahabatan tu adakalanya pelik. Tapi setiap darinya pasti ada keunikan. Keunikan tu lah tanda yang ditinggalkan agar aku masih ingat pada pemilik keunikan tu. Pergghhh... Berfalsafah pula aku. Tapi aku tak pasti lah masuk tak dengan topik yang diceritakan ni. Hahahah...
Baca penuh >>

Sabtu, 29 Disember 2018

Terperangkap Dalam Memori Lalu

Fikiran aku rasa terganggu. Memori zaman sekolah, berkawan dengan seseorang, sentiasa berulang-ulang kisahnya dalam fikiran. Pelbagai rasa ada, ketawa, malu, kecewa, terkilan. Rasa tu mengganggu setiap kali memori tu bermain semula di layar fikiran.

Sampai dah sukar nak tahan, cerita tu aku taip semula di notepad handphone. Tapi cerita panjang untuk 3 tahun, walau diringkaskan pun tetap rasa penat menaip. Aku terpaksa berhenti rehat. Walaupun aku dah taip sampai habis, memori tu akan datang semula mengganggu. Dan aku tulis lagi, aku penat lagi.

Adakah itu namanya ilusi?

Baru hari Khamis aku berjumpa dengan doktor di Labuan untuk sementara aku bercuti di kampung, tapi tak dapat jalan penyelesaian masalah aku. Appointment dengan doc pakar Psy HKL 8 Januari ni terasa lama. Memori ni pula menghentam aku hampir setiap hari, berbulan dah pun.

Ini result ujian DASS (Depression Anxiety Stress Scales) aku untuk hari ini. Semua keputusan 'Sangat Teruk'

Memori yang kerap menerjah fikiran aku tu sebenarnya mengenai persahabatan dan kisah keakraban aku dan kawan-kawan dalam tempoh sedikit kisah di tingkatan satu, kisah di tingkatan dua dan tingkatan tiga, serta sedikit kisah awal tahun tingkatan empat. Hanya ketika itu aku dapat kawan-kawan yang akrab sangat. Selepas kami terpisah di tingkatan empat, aku dah tak temui kawan rapat baru. Kecuali di kolej, seorang sahabat yang aku ikhlas dia datang kepadaku sebagai teman tatkala tiada sesiapa memilih dia, dan tiada sesiapa yang ikhlas bersamaku.

Untuk dapat sahabat yang ikhlas berkawan dengan kita, bukan mudah. Makanya tidak mudah untuk menyuruh aku mencari kawan baru untuk mental support.

Aku lebih memilih jalan selamat agar aku tidak kecewa berkali-kali. Ya, memang aku terperangkap dalam memori silam aku. Tapi bukan bermakna untuk keluar dari memori itu, aku perlu menjerut jiwa aku kembali.

Aku hanya inginkan jawapan dari memori lalu, bukan menambah beban baru.
Baca penuh >>

Isnin, 12 November 2018

Dua Hari Lagi Flight Ke Labuan

Lagi dua hari aku dan anak akan balik Labuan. Kali ni zauji tak ikut sekali. Rasa berdebar ja. Tiba-tiba rasa down. Masih berharap segalanya under control. Nampak gayanya aku perlu bergantung pada ubat. Tadi aku nangis sendiri. Nak faham diri sendiri pun rasa susah. Berperang dengan perasaan sendiri. Sebab tu aku gelar diri aku fighter. Nak tak nak, aku kena lawan derita aku sendiri.

Sekadar luahan aku. Rasa overthinking ni bukannya seronok.
Baca penuh >>

Sabtu, 3 November 2018

Belum Tidur



Assalamualaikum, selamat tengah malam, readers. Tengah malam, dah gelap pun. Tapi mata belum tidur. Datang lagilah mania aku ni. Nasib baik zauji ada belikan roti untuk santapan aku.

Beginilah aku ni. Datang high, macam-macam idea dalam kepala otak. Diluahkan dalam coretan karya kadang-kadang tidak menjadi. Idea ada, tapi kata-kata terbatas. Selalu macam tulah. Lepas tu, aku yang tak dapat tidur. Sekarang dah kembali menulis blog, app BlogIt! pun memang standby di homescreen smartphone aku. Bolehlah aku nak merapu πŸ€ͺ.

Ni nak merapu pun tiada idea πŸ˜†.

Tadi aku ternampak post ni di Facebook:
Jadi datanglah difikiranku mau hantar karya. Tapi aku tahu ilham menulis aku terbatas. Jadi aku korek ja la karya lama. Ada. Masalahnya mania aku datang lagi. Aku mau tulis baru juga. Luan majal (paksa), aku try tulis cerpen. Hambar πŸ˜‚.

Aku try bagi satu tajuk untuk puisi. Aku tutup mata bayangkan apa kisah dalam puisi aku. Terus dapat sikit-sikit perkataan ilham untuk puisi baru aku. Perlahan-lahan aku sambung, sampai rangkap terakhir. Tu pun mula-mula aku sangka belum habis lagi. Tapi bila baca semula, baru aku puas hati. Esok aku hantarlah dua puisi aku.

InsyaAllah ini langkah pertama aku untuk terus memghantar karya. Aku dah menulis karya semula. Tapi tak pantas macam dulu. Semenjak aku makin 'sakit', sukar untuk aku kawal kemahuan minda aku. Lost terus dulu susah mau dapatkan ilham. Lama sangat aku tinggal.

Bipolar Disorder kan successful person. Keep fighting πŸ’ͺ🏼. Yakin aku boleh.


Nak tau siapa contoh 20 successful people yang struggled with Bipolar Disorder tu, klik pautan ni:



Baca penuh >>

Isnin, 29 Oktober 2018

Depression

Hari ni dari pagi asyik menangis. Sampai ke petang, ada lagi yang ditangiskan. Kalau anak nampak, cepat-cepat aku lap. Bukan malu, tapi aku tahu dia akan risau dan lap air mata aku tu. Kalau air mata tak berhenti, mesti dia risau sebab tak. Nak air mata tu terus ada. Terima kasih, anak.

Aku tiba-tiba teringat, setiap kali appointment aku dengan pakar ketika aku fasa depress, mesti aku akan bercakap tentang keluarga aku yang di Labuan. Ya, aku tahu punca sakit aku bermula dari sana walaupun tidak ketara dan belum teruk. Sayangnya zaman tu tiada kesedaran mengenai mental illness. Aku tak tahu aku sakit. Aku tak tahu keluarga aku sakit. Dan kalau tahu pun, orang akan mengata sebagai 'gila'. Sakitnya hidup dalam stigma masyarakat.


Terima kasih kepada pihak yang banyak share mengenai kesedaran penyakit mental. Dari situ membawa aku ke Klinik Kesihatan dan diberikan surat rujukan ke Pakar Psikiatri di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Dan selepas beberapa kali perjumpaan, aku di-diagnosis menghidap Bipolar Disorder type 2. Akan datang aku share pasal sakit aku ni. Hari ni aku nak cerita umum ja.

Bila depress (murung) ni, bukan main-main tau. Sekurang-kurangnya kemurungan dua minggu dengan perasaan-perasaan down gila. Ada orang yang cederakan diri, ada yang hadir rasa nak bunuh diri. Macam aku mula-mula refer pakar, aku ada perasaan nak mencederakan suami dan anak.

Aku pernah nampak ibu aku sakit masa aku kecil. Dan sekarang aku dapat rasakan sakit ibu aku tu dalam diri aku. Syukur aku tidak berdendam dengan ibu sendiri untuk kisah masa laluku. Dan syukur Allah banyak hilangkan memori-memori pahit ketika aku kecil. Moga anakku tidak berdendam dengan bondanya sendiri.

Kita kalau ada di kalangan keluarga atau rakan yang ada masalah kesihatan mental, tolong jangan abaikan dorang. Bantu mereka. Bantuan korang sangat penting agar nanti korang tidak mendengar berita pesakit tu bunuh/cederakan diri atau membunuh/mencederakan orang.

Mohon jangan ada yang melabel pesakit mental sebagai lemah iman atau tiada iman. Sangat-sangat zalim bagi mereka yang melabel sedemikian. Pesakit mental ni sakit. Kalau dah sakit, perlu jumpa doktor. Berilah mereka ruang untuk konsultasi dengan pakar. Kota sepatutnya menjadi semangat untuk mereka terus melawan sakit mereka. Bukan mudah untuk berhadapan dengan sakit ni. Kita kalau sakit perlu ada kekuatan mental, tapi yang sakit tu pada mental sendiri.

#kamikisah kerana kesedaran kesihatan mental amatlah penting untuk setiap keluarga dan komuniti. Hentikan sebarang stigma ke atas penyakit mental dan terhadap pesakit mental.
#kamikisah kerana kami sebahagian daripada mereka.

Yang diberi rezeki survive dan diberi kesembuhan, syukur. Yang tiada rezeki untuk sembuh dan terus suffer dengan depression, moga terus kuat sebagai fighter. Kita semua hebat.

#mentalMalaysia #wecare #hentikanstigma #kamikisah #worldmentalhealthday

Public Health Malaysia ada menyediakan ujian DASS (Saringan Kesihatan Mental) secara atas talian. Namun ia hanyalah ujian awal yang bukannya diagnosis sebenar. Perlu rujuk dengan pakar untuk diagnosis yang sebenar. Boleh klik pautan berikut untuk membuat ujian: https://www.psytoolkit.org/cgi-bin/psy2.5.1/survey?s=LPkv6
Baca penuh >>