Ahad, 18 November 2018

Mimpi Sampai Tergigit Lidah

Dua malam berturut-turut sudah setiap kali aku tidur, akan terjaga dalam lingkungan jam dua pagi. Dan setiap kali terjaga, lidah tepi kiri aku sakit, mungkin tergigit ketika tidur.

Mimpi malam yang pertama tu aku dah tak ingat. Seperti biasa memori aku akan hilang walau aku masih ingat ketika bangun tidur.

Tatkala aku menaip ini, aku baru bangun dari mimpi yang tidak baik. Buat aku rasa stress. Dalam mimpi tadi, aku seperti bertarung melawan kejahatan. Masalahnya yang jahat dalam mimpiku itu ialah sepupuku sendiri. Berebutkan harta. Astaghfirullah al-azim.

Aku tidur dalam jam sembilan malam hingga dua pagi, terasa mimpi yang lama. Bangun dalam keadaan tertekan, kemudian terserempak dengan adikku. Dia sarankan aku ke tandas lepas tu minum air. Selepas aku buat semua tu, aku capai telefon pintarku untuk menaip.

Mimpi tu bukan sekadar perebutan harta, malah pembunuhan. Yang jahat tu nak capai matlamatnya, dia bunuh orang lain. Kami lari macam merempat. Di situ aku jumpa kawan-kawan rapatku zaman sekolah. Kawan rapatku kebanyakannya lelaki, jadi itulah yang aku jumpa. Dikejar oleh sepupu aku sebab dia nak bunuh kami. Kami kunci rumah depan belakang. Ramai-ramai kami bersempit dalam rumah dan memekakkan telinga ketika sepupu aku tu menggendang pintu dengan kuat agar dibuka. Nak keluar masuk dari kawasan rumah pun terpaksa menyelinap agar tidak diketahui. Rupa-rupanya ada tanah yang dia nak lagi tapi sudah jatuh atas nama aku. Patutlah dia tak puas hati dan berterusan menganggu kami. Malah, sesiapa yang menghalang akan menemui maut.

Mimpi gila!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang anda hantar akan menunggu masa untuk diapprove oleh penulis...
Harap maklum...