Kalau nak cerita pasal bercuti, siapa tak nak kan. Aku suka kalau zauji ajak bercuti. Tapi situasi sekarang hanya zauj seorang yang bekerja, aku pula Work At Home Mom (WAHM), perbelanjaan dah tak boleh besar-besar.
Kalau ngam zauj dalat bonus, boleh lah sakan bercuti sampai ke Perlis perginya. September lepas kebetulan rezeki bisnes aku terima banyak tempahan. Dapatlah dalam RM300 lebih macam tu, buat belanja kami ride ke Melaka. Ride bertiga ke Bandaraya Melaka dan Pantai Klebang.
Aku suka bercuti dengan ride motor ni. Senang nak ke mana-mana. Nak parking pun senang. Tapi percutian ke Melaka ni bukan kami tiga beranak saja. Kami join group dari Johor π
. Tapi dorang naik satu kereta.
Percutian berkumpulan π. Tapi dorang ni memang dah awal rancang percutian. Kami ni saja sikap buat keputusan last minutes π€£. Tiba-tiba dah sampai Melaka. Bising juga la dorang sebab kami naik motor ja jalan jauh dari KL.
Nda apalah. Asalkan dapat kasi jumpa si kembar ni, kira ok lah. Aku belum cerita lagi di blog ni pasal si kembar kan. Dorang ni kongsi tarikh dan tahun kelahiran. Bezanya, Syakirin lahir siang, Sumayyah lahir malam. Padahal bonda dan ibu masing-masing mengandung beza sebulan π. Sorang lahir awal dari due date, sorang lahir lewat dari due date. Berjanji agaknya. Kelahiran si kembar ni lah yang merapatkan ukhuwah kami laki bini dengan ipar biras aku. Ipar aku tu step-sister zauji. Sejak rapat, kerap rancang percutian bersama. Kalau kami mampu, kami ikut ja ke mana dorang bercuti.
Sekarang ni pun zauji dan ipar biras tengah rancang percutian hari Deepavali awal November nanti. Aku tak nak campur sangat sebab aku tak sampai hati. Walau aku tak tengok balance gaji zauji selepas tolak bayaran keperluan bulanan, aku dah boleh agak berapa sangatlah yang tinggal. Aku pula sejak akhir-akhir ni tak sihat sangat. Sepanjang tu aku tak buat iklan bisnes aku, sebab aku rasa tak ada semangat nak buat kerja.
Untuk percutian kali ni, aku just pesan pada zauji agar rancang percutian yang tak banyak guna duit. Aku tak ada duit. Pertengahan November ni aku dan Syakirin dah balik Labuan. Hujung November pula nak ke Sabah ada urusan. Aku perlu juga simpan duit sikit untuk kegunaan aku dan anak sepanjang di Borneo sampai hujung Disember nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan yang anda hantar akan menunggu masa untuk diapprove oleh penulis...
Harap maklum...