Assalamualaikum, readers. Lama aku tak bersiaran di alam maya. Sejak anakku lahir ke dunia tahun 2016. Kerana sejak tu aku dah jarang gunakan laptop. Kerja pun guna komputer pejabat.
Aku tak pasti lepas ni aku mampu teruskan blogging seperti zaman remaja, atau terhenti begitu sahaja. Tapi aku rasa, aku memang perlu kembali menulis. Agar dapat diluahkan semua yang berkecamuk dalam fikiran.
Dalam beberapa hari ni aku buat throwback di blog lama aku, baca entri zaman sekolah aku terutamanya zaman tingkatan 3. Aku perasan, masa tu aku dah tak sihat. Kerap mood swing. Tapi dah dewasa ni baru tahu itu sakit. Yang baiknya walaupun tak buat rawatan ketika itu, aku masih terkawal. Sebab walaupun aku tiada kawan tempat bercerita, aku ada blog tempat meluahkan.
Bila fikirkan semula, malunya aku 🙈. Habis segala crush, boyfriend aku ceritakan dalam tu. Nasib baik blog tu aku dah tinggal simpan jadi memori semata-mata. Dah buka blog baru yang ni, agak matang sikit isinya 🤣.
Ok lah, sekian sahaja buat masa ni. Nanti ada masa lebih sikit, aku ceritakan apa yang aku throwback atau mengenai sakit aku.
Sampai jumpa lagi, insyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan yang anda hantar akan menunggu masa untuk diapprove oleh penulis...
Harap maklum...