Ahad, 11 April 2010

Sebuah Pertemuan nyanyian UNIC

Entri ini untuk luahan rasa dari hati aku sendiri.
Definisi setiap rangkap lagu nasyid "Sebuah Pertemuan" mengikut apa yang tersirat di dalam jiwaku.

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan
Dalam aku menjalani liku-liku kehidupan, tidak mustahil adakalanya aku tersungkur dalam kesedihan. Cabaran dan dugaan pelbagai yang aku lalui cukup untuk meluka robek hatiku.

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan
Kehadiran seorang sahabat bagaikan satu sinar pengharapan. Semangatku bangkit dan terus bangkit, tabah untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan kehidupan.

C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan…
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala
Sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa berusaha merubah dan membetulkan kesilapan diri kita.
Sama seperti sahabat yang kutemui > MKA... saat aku alpa, dialah yang mengingatkan aku. Saat aku sedih duka, hampir jatuh, dialah yang berusaha menyemarakkan kekuatan di dalam diriku. Saat aku kehilangan keyakinan, dia beri aku pengharapan. Dan saat aku ragu-ragu dengan kehidupan, dia berikan aku kata-kata hikmah sebagai pedoman buatku.

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan
Bila mengenangkan persahabatan yang terjalin begitu erat, sungguh sebak menusuk ke kalbu. Terlalu indah segala kenangan. Pertemuan yang membawa rahmat. Tenang dan membuai jiwaku.

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan
Sebagai sahabat, dia sentiasa berusaha membawa aku ke jalan yang terang dan semakin terang. Sentiasa berusaha mendekatkan lagi diriku dengan Tuhan. Terlalu rajin memberi tazkirah yang berguna untuk aku dan boleh aku sampaikan kepada umat manusia yang lain. Ilmu yang ada diamalkan untuk kegunaan akhirat kelak. Segala yang dilakukannya penuh keikhlasan. Tulus tanpa ada paksaan. Sesuatu yang begitu indah untuk dikatakan.

C/O 2:
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina 
Segalanya mengajarku untuk mengenal erti cinta sebenar. Cinta yang tiada tandingnya, cinta kepada Yang Maha Esa. Namun, dalam sedar atau tidak, entah bagaimana terbit rasa cinta lain terhadap insan yang selama ini hanya bergelar sahabat. Sesuatu yang tidak kuduga. Walaubagaimanapun, semua itu terus kupendam kerana aku sedar siapa diriku. Hanya kuharap, cinta kepada Yang Satu tidak akan memudar.

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan 
Setelah kulihat perpisahan semakin hampir, jiwaku mulai tidak menentu. Aku hanya mampu membiarkan dia pergi. Dan kuharap akan adanya "pertemuan kedua"... akan terus kunanti, sesiapa yang sanggup untuk menjadi sahabatku, persis sahabatku di "pertemuan yang pertama"

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan 
Dalam segala hal, kepada Allah jua akan kembali. Semoga Dia pertemukan aku dengan sahabat persis sahabatku sebelum ini. Agar aku tidak terus sendiri, dalam kebuntuan mengenang kisah lalu.

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi
Dari dulu, kini, hingga selamanya, sahabatku akan terus kukenang. Akan sentiasa kuhargai. Kerana dialah yang berusaha menyinar jiwaku, agar tidak terus berada dalam kegelapan.

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman
Semoga persahabatan sebelum ini akan kekal walau ditimpa badai perpisahan. Dan, semoga aku bertemu dengan seorang insan yang ikhlas menjadi sahabatku. Kerana insan yang bernama sahabat itu adalah teman yang terlalu istimewa, lebih istimewa daripada sebuah cinta sesama manusia.



Adakah insan yang sudi memenuhi impianku ini...?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang anda hantar akan menunggu masa untuk diapprove oleh penulis...
Harap maklum...