Cakap pasal azam, aku cuma dapat buat 7 dari 12 azam 2018 yang lepas. Tapi tak apa, hidup perlu diteruskan. Yang tak lengkap pun, berkenaan Syakirin. Bukan boleh paksa budak kan. Hahahhahaa...Sekurang-kurangnya, selama lebih kurang setahun aku diagnose Bipolar Disorder type 2, dengan pelbagai cabaran...
Isnin, 31 Disember 2018
Sabtu, 29 Disember 2018
Terperangkap Dalam Memori Lalu
Fikiran aku rasa terganggu. Memori zaman sekolah, berkawan dengan seseorang, sentiasa berulang-ulang kisahnya dalam fikiran. Pelbagai rasa ada, ketawa, malu, kecewa, terkilan. Rasa tu mengganggu setiap kali memori tu bermain semula di layar fikiran.
Sampai dah sukar nak tahan, cerita tu aku taip...
Selasa, 11 Disember 2018
Persoalan Tentang Persahabatan
Lama tak bersiaran rasanya. Dalam tempoh tu, mood aku naik turun. Kejap stabil, kejap tidak. Yang sering menganggu apabila aku mimpi tentang persoalan dan persahabatan.Kisah mimpi pertama;Tengah rehat-rehat sambil pakai mask mulut, terserempak Zen. Aku senyum sambil angguk angkat tangan nampak...
Ahad, 18 November 2018
Mimpi Sampai Tergigit Lidah
Dua malam berturut-turut sudah setiap kali aku tidur, akan terjaga dalam lingkungan jam dua pagi. Dan setiap kali terjaga, lidah tepi kiri aku sakit, mungkin tergigit ketika tidur.Mimpi malam yang pertama tu aku dah tak ingat. Seperti biasa memori aku akan hilang walau aku masih ingat ketika bangun...
Isnin, 12 November 2018
Dua Hari Lagi Flight Ke Labuan
Lagi dua hari aku dan anak akan balik Labuan. Kali ni zauji tak ikut sekali. Rasa berdebar ja. Tiba-tiba rasa down. Masih berharap segalanya under control. Nampak gayanya aku perlu bergantung pada ubat. Tadi aku nangis sendiri. Nak faham diri sendiri pun rasa susah. Berperang dengan perasaan sendiri....
Sabtu, 3 November 2018
Belum Tidur
Assalamualaikum, selamat tengah malam, readers. Tengah malam, dah gelap pun. Tapi mata belum tidur. Datang lagilah mania aku ni. Nasib baik zauji ada belikan roti untuk santapan aku.Beginilah aku ni. Datang high, macam-macam idea dalam kepala otak. Diluahkan dalam coretan karya kadang-kadang tidak menjadi....
Isnin, 29 Oktober 2018
Depression
Hari ni dari pagi asyik menangis. Sampai ke petang, ada lagi yang ditangiskan. Kalau anak nampak, cepat-cepat aku lap. Bukan malu, tapi aku tahu dia akan risau dan lap air mata aku tu. Kalau air mata tak berhenti, mesti dia risau sebab tak. Nak air mata tu terus ada. Terima kasih, anak.Aku tiba-tiba...
Mimpi
Julai lepas aku mimpi jumpa satu kawan perempuan ni. Dalam mimpi aku kenal dia, tapi di alam nyata aku tak tahu siapa dia. Aku jumpa dia kat satu tempat ni macam stadium. Sebab tempat duduk bertingkat-tingkat.
Di depan kawan aku tu ada lelaki. Aku tanyalah dia, siapa depan dia tu. Dia bagitahu lelaki...
Ahad, 28 Oktober 2018
Lupa
Malam semalam zauji bawa jalan-jalan di NSK Kuchai Lama. Saja bawa anak bermain di pusat hiburan kanak-kanak tu. Lepas tu makan di MarryBrown.
Makan aiskrim, set ayam, french fries. Zauji makan nasi kari kapitan MarryBrown. Walaupun ayam ja. Di rumah pun masak ayam salut tepung. Tapi...
Sabtu, 27 Oktober 2018
Perbelanjaan Percutian
Kalau nak cerita pasal bercuti, siapa tak nak kan. Aku suka kalau zauji ajak bercuti. Tapi situasi sekarang hanya zauj seorang yang bekerja, aku pula Work At Home Mom (WAHM), perbelanjaan dah tak boleh besar-besar.
Kalau ngam zauj dalat bonus, boleh lah sakan bercuti sampai ke Perlis perginya....
Jumaat, 26 Oktober 2018
Trigger Dengan Coding
Astaghfirullah al azim... Aku dalam mood susun atur blog aku ni. Lama sangat terbiar, mana-mana yang perlu buang tu, aku buang lah. Ada yang perlu update atau tambah. Sebahagian yang aku update dan tambah tu ada guna code html sikit. Html ringkas, tiada apa lah. Copy & paste ja pun.
Sampai satu benda ni aku ingat...
Blog Ini Kisah Aku
Banyak kisah aku yang aku ceritakan dalam blog sebelum ni, sebahagiannya kisah yang aku sendiri dah lupa. Dulu aku menulis untuk dijadikan tatapanku suatu masa nanti. Dan syukurlah dulu aku rajin menulis diari di blog, entri-entri tu sangat bermakna untuk aku sekarang.
Pabila memori mulai singkat,...
Punca Imbau Kembali
Aku dah taip panjang sebenarnya. Tapi entri aku hilang tiba-tiba. Dah la masa aku taip tu berdasarkan apa yang terus menghujani fikiran aku. Nak taip balik, memang rasa lost lah. Sabar ja lah.
***
Pasal imbau kembali. Perkara ni dah berulang kali berlaku sebenarnya. Dan setiap kali aku throwback tanpa sengaja,...
Khamis, 25 Oktober 2018
Imbau Kembali
Sejak akhir-akhir ni aku selalu throwback kisah lalu aku. Aku rasa banyak memori aku yang hilang dan tersekat di satu ruang masa. Situasi tu menyebabkan timbul rasa tertanya-tanya dan sakit hati.
Aku rindu sebenarnya...
Kat bawah ni sebahagian imbau kembali zaman remaja aku;
Entri ni aku...
TIADA DUKA YANG ABADI
Tiada duka yang abadi di duniaTiada sepi merantaimu selamanyaMalam kan berakhir hari kan bergantiTakdir hidup kan dijalaniTangis dan tawa nyanyian yang mengiringiHati yang rindu tanda cinta di jalanNyaNamun ku percaya hati meyakiniSemua akan indah pada akhirnyaReff*Andai bisa ku mengulangWaktu hilang dan terbuangAndai...
Blog Berhabuk
Assalamualaikum, readers. Lama aku tak bersiaran di alam maya. Sejak anakku lahir ke dunia tahun 2016. Kerana sejak tu aku dah jarang gunakan laptop. Kerja pun guna komputer pejabat.
Aku tak pasti lepas ni aku mampu teruskan blogging seperti zaman remaja, atau terhenti begitu sahaja. Tapi aku rasa, aku memang perlu...
Langgan:
Catatan (Atom)