N Athirah @ Siti Puteri Rawija: 1/06/21 - 1/07/21

Ahad, 27 Jun 2021

Pertukaran Topik Secara Tiba-tiba

Sebelum makan malam tadi.Zauji: Biey, nanti tolong buatkan, sunquick.Aku: Okay.Zauji: Sebenarnya ada lagi jenama yang lagi murah dari ni.Aku: Apa?Zauji: Macam jenama mega juga. Abang tak nak beli.Aku: Apa dia?Zauji: Ni, minyak hitam.Aku: Oohhh... minyak hitam.Ha'ah. Laki aku memang selalu tukar topik tanpa pemberitahuan.Aku...
Baca penuh >>

Sabtu, 26 Jun 2021

Bunyi Kambing

Ketika aku menyediakan makanan untuk dihidang makan malam tadi.___Syakirin: Kambing. Quack quack.Bonda: Eh, mana ada kambing quack quack! Betul-betul la.Abi: Syakirin ni kenapa? Kambing kan buu.Bonda: HEI!Abi: Eehhh! Mbek lah. Bu tu lembu.___Aku kawal ja pernafasan aku. Menahan sabar dengan karenah dorang dua beranak tu.Dari...
Baca penuh >>

Jumaat, 25 Jun 2021

Amalan Laporan Yang Berhemah

Kebelakangan ni banyak berita bunuh diri tersebar. Dari satu berita, ke satu berita, berantai.Setiap kali orang share berkaitan bunuh diri, aku akan scroll laju-laju. Tak sanggup nak baca. Aku tak tahu isi cerita tu bakal trigger aku atau tidak.Laporan berita bunuh diri sepatutnya tidak boleh disebarkan...
Baca penuh >>

Khamis, 24 Jun 2021

Sikap Jiran Tingkat Atas

Aku dah lama cuba bersabar.Perkara bukan baru sekali terjadi. Dah terlalu berulang kali dia buat. Makin lama, makin kerap. Menjadi-jadi pula perangainya.Aku tak tahu apa masalah sampai nak buat perangai begitu. Apa langsung dah tak boleh fikir ke? Atau memang dah mengalami kecelaruan hingga tak tahu mana yang betul dan...
Baca penuh >>

Syakirin Tersalah Sebut Umur

Perbualan dengan Syakirin semalam di bilik.Syakirin: Abang Asyi boy.Bonda: Ye.Safiyyah: Eh, eh, eh. (sambil tunjuk diri sendiri)Bonda: Awak girl.Syakirin: Abang Asyi lima tahun.Bonda: Ye. Pandai.Abi: Abi berapa tahun?Syakirin pandang abi dia.Syakirin: Lima puloh tujoh.Bonda: Hahahahhahahaha.Abi: Hisy. Kuang asam. Bonda...
Baca penuh >>

Selasa, 22 Jun 2021

Sekadar Meluah Rasa

Sebelum PKP Raya hari tu, di bulan puasa, aku sempat la ajak zauji pergi taman. Aku kata nak shoot produk untuk jualan. Kat taman boleh dapatkan natural lighting.Lokasi aku shoot produk memang jauh dari rumah aku. Lokasi di Bandar Baru Bangi, rumah kami di Kuala Lumpur. Kami pilih lokasi tu sebab sebelum...
Baca penuh >>

Ahad, 20 Jun 2021

Bakunyanyang a.k.a Membebel

Bahasa kedayannya, bakunyanyang aku tadi di dapur.Bahasa melayunya, aku membebel di dapur tadi.Panjang. Meluahkan macam-macam sendirian. Ada Syakirin bermain tidak jauh dari aku, bukan dia faham pun. Safiyyah tidur di bilik. Zauji di bilik, tak tahu la tengok apa di telefonnya.Ada sesuatu yang buat aku terganggu, terus...
Baca penuh >>

Rabu, 16 Jun 2021

Ceritera Suamiku Rider

Zauji: Abang ni malas. Dulu pukul 9 abang dah keluar cari order. Sekarang tak dah. Kenapa ek?Aku: Sebab abang malas.Zauji: Eeiiii. Kenapa jujur sangat.Aku: Abang yang kata tadi abang malas.Zauji: Eeeiiii.Aku dan Safiyyah ketawa.___Zauji: Abang nak beli Ysuku. SYM ke. Pulas-pulas, sampai.Aku: Ha'ah....
Baca penuh >>

Selasa, 15 Jun 2021

Silent Treatment daripada Safiyyah

Safiyyah jerit-jerit nangis.Tak ada apa sangat pun, dia tak nak abi dia kacau ja. Nangis tu berlakon ja.Aku pun ajuk dia buat suara jerit nangis. Haha.Dia diam.DIAMDIAMDIAM"Kenapa Safiyyah?"DIAM"Marah bonda ka?"Masih DIAM pandang aku. Mulutnya terkatup rapat.Dia buat SILENT TREATMENT kat aku. Weyh.Aduhai, ini anak!Kemudian...
Baca penuh >>

Sabtu, 12 Jun 2021

Perbualan Dengan Syakirin Kerana Telah Lama Tidak Balik Kampung

Perbualan yang agak panjang dengan Syakirin tadi. Perbualan yang jarang berlaku, mungkin kerana masing-masing menyimpan perasaan itu sendirian.Syakirin: Macamne Ti-Tiey dan nenda datang?Ti-Tiey ni panggilan untuk adik aku Atikah, dari nama Aunt Ti. Nenda pula panggilan untuk ibu aku.Bonda: Tak boleh. Ada virus. Ti-Tiey...
Baca penuh >>

Selasa, 8 Jun 2021

Cerpen: AMARAH

Bendera Labuan yang aku gantung di pintu gril rumah sengaja digunting di hadapan mata aku oleh lelaki itu.Perasaan aku ketika itu bercampur baur. Air mata aku bergenang, terasa kepalaku seperti akan meledak. Mataku menjeling tajam ke arah si pelaku yang tidak menunjukkan rasa bersalah.Aku menjerit meluahkan...
Baca penuh >>

Isnin, 7 Jun 2021

Zauji, Pedal, dan Tongkeng

Alkisahnya zauji nak beli pedal ayam. Tapi dia tersalah ambil tongkeng ayam. Hahaha.Ketika aku susun barang basah nak masukkan dalam peti ais, aku rasa pelik tengok satu plastik ni dari luar seperti bukan pedal ayam yang zauji suka.Aku tanyalah, "abang beli tongkeng ke?""Pedal la."Aku segera buka plastik...
Baca penuh >>

Sabtu, 5 Jun 2021

Syakirin dan Komik

Aku sibuk memindahkan buku-buku di rak lama ke rak buku baru. Tiba-tiba Syakirin ternampak la pula komik Doraemon aku. Memang ada satu tu sahaja sebab aku lebih kepada mengumpul komik Detective Conan.Syakirin ni suka Doraemon. Nak kata dia selalu tengok kartun tu, tidak juga. Tapi kalau dapat mainan,...
Baca penuh >>