N Athirah @ Siti Puteri Rawija

Rabu, 3 Februari 2010

Luahan Rasa

Jangan ada yang menyangka aku nak menjiwang pula di sini ya :p

Hari ni barulah aku sempat menjenguk papan kenyataan di sebelah bilik guru. Semenjak masuk tingkatan 5 ni, aku jarang melintasi papan kenyataan tu sebab kelas 5 Hibiscus sekarang di Blok Achellia tingkat paling atas... Bilik guru pula berada di blok Begonia tingkat satu. Jadi, laluan tu kurang aku gunakan kecuali atas urusan-urusan tertentu.

Ada apa pada papan kenyataan sebelah bilik guru? Apalagi kalau bukan senarai acara sukan bagi rumah-rumah sukan tertentu. Salah satunya ialah Rumah Sukan Camelia (kuning), rumah sukan aku tu. Waktu tu lah aku bengang-bengang. Hahahaha... hari last latihan sukan hari Khamis lepas, aku dah cakap dengan Ustazah Rohani bahawa aku hanya sanggup dan mampu ikut acara jalan kaki 3000 meter (7 setengah round di atas trek Matrikulasi) dan 4x100 meter lari saja. Sekali yang tertulis di papan kenyataan tu buat aku tercengang...

Acara-acara berikut (perempuan 18 tahun ke bawah):

4 Februari 2010
7.30 pagi - 3000 meter jalan kaki
10.00 pagi - 1500 meter

5 Februari 2010
10.00 pagi - 4 x 400 meter
11.10 pagi - 4 x 100 meter

Keempat-empat acara tu tercatat nama - Nur Fatihah Athirah Binti Abbas (C328)
* Ejaan nama aku yang sebenarnya ialah - Nurfatihah Athirah Binti Abbas

Punyalah aku bengang time tu. Tahun-tahun sebelum ni aku hanya menyertai pertandingan favorite ku saja - perbarisan. Aku bukannya atlit pun. Laju lari pun tidak. Tahun lepas ja lah aku ikut 4 x 100 meter perempuan 18 tahun ke bawah sebab tak cukup pelari. Tapi, aku tak sangka cikgu mau bagi acara sebanyak itu untuk aku (kira banyak bagi aku tu). Huhuhuhuhuhu... nasib akulah...


Tu baru pasal sukan... lagi satu kes yang buat aku panas hati tadi (bukan aku saja...pengawas-pengawas lelaki kelas aku yang lain pun panas juga...pengawas perempuan aku tak pasti sangat) si orang yang berjawatan paling tinggi tu dalam pengawas - aku malas tulis nama dia(siapa lagi...Ketua Pengawas tu lah), dia datang ke kelas aku (kelas dia juga la)... siap marah-marah pula tu datang panggil pengawas. Yang aku tak senang, waktu tu Ustazah Siti Sarah ada dalam kelas untuk mulakan pelajaran Pen. Al-Quran dan As-Sunnah. Cubalah dia fikirkan sendiri. Kalau nak buat pengumuman tu, nanti-nanti pun boleh bah sebab dia pun duduk dalam kelas tu juga.

Tu baru datang panggil. Waktu dia sampaikan pengumuman (sebenarnya ialah 'arahan') kepada kami setelah kami berada di pintu kelas, lagilah buat kami tak puas hati.
Okay, dia ARAHkan kami pergi Dewan Semarak (dewan sekolah) jam 2 petang (lepas habis kelas) pada hari Isnin nanti untuk mesyuarat pengawas. Ni lagi satu dia buat keputusan tanpa persetujuan dan perbincangan dan tanpa difikirkan cukup-cukup. Kelas kami hari Isnin tamat jam 2.40 petang. Aku tanyalah dia, bila masa untuk kami solat? Makan lagi... K la... makan tu boleh belakangkan... tapi untuk tunaikan solat?
Kelas kami tamat jam 2.40 petang kan... lepas tu dia suruh terus pergi Dewan Semarak untuk mesyuarat pengawas. Mesyuarat tu tak pasti berapa lama akan berjalan.20 minit lagi lepas kami habis kelas tu akan masuk jam 3 petang... akhirnya akan masuk waktu Asar. Takkan Zohor tu mau ditinggalkan saja. WOI!!! KAU TAK SOLAT KAH MANUSIA!!!

Dia kata, dia tak peduli, kami mesti pergi dewan juga lepas kelas. Dia kata itu arahan dia. Wah wah! Mentang-mentang jawatan tinggi... mau mengada-ngada lah ya! Mau tunjuk kuasa sangat. Hei perempuan! Kuasa kau dengan kuasa Yang Maha Hebat dan Berkuasa lebih jauh berbeza dari langit dan bumi lah! Ngam-ngam matapelajaran Pen. Al-Quran dan As-Sunnah tadi belajar pasal Agama mesti lebih dipentingkan daripada segala-galanya. Tapi waktu penerangan tu, dia tu tiada pula sebab dia keluar dengan kerjanya yang sentiasa sibuk tu (lebih sibuk dari Guru Pentadbiran ke?).

Aku kira, tahun ni pengawas memang teruk. Orang tu pula nampak sangat lebih pentingkan tugas dia dari pelajaran. Langsung tak diseimbangkan. Lagi-lagi, apa yang dicakapkannya tu pula disokong saja oleh orang-orang tertentu yang memandang dia tu 'orang yang terbaik sangat'.
Teringat aku waktu pengawas masih di bawah kendalian Cikgu Masri dulu. Kalau nak buat mesyuarat pengawas, dia buat pada waktu-waktu yang bersesuaian dan kami pun boleh datang. Waktu aku form 2 dulu (2007), masyuarat kami diadakan setiap hari Jumaat jam 3 petang. Waktu form 3 (2008) pula, masyuarat petang tu pada waktu-waktu perlu dan penting saja. Perjumpaan biasa buat di tapak perhimpunan saja selepas selesai perhimpunan.
Waktu aku form 4 (2009), pengawas dah bertukar kendalian kepada Cikgu Shamsiah. Ni pun tak ada masalah sangat. Perjumpaan di buat waktu petang juga. Masa-masa untuk solat dan makan pun ada sebelum memulakan mesyuarat. Sebelum membuat keputusan waktu perjumpaan penting tu, berbincang juga dahulu dengan pengawas-pengawas dan mendapatkan persetujuan. Bukan buat macam orang yang mempergunakan kuasa sesuka hati. Perjumpaan biasa kami dulu pun buat di tapak perhimpunan juga selepas perhimpunan pagi. Yang pasti, kami boleh hadir kalau tiada aral melintang. Tapi yang kali ni, kenapa dengan cara begitu..? Lepas tu, menyakitkan hati pula. Dahlah sebenarnya ada pelajar-pelajar yang tak setuju juga dia dapat jawatan tu.

Pengawas pun, pengawas juga lah... tapi pelajaran, perintah agama, penting juga. Dan lebih penting dari pengawas tu.

Jangan pula satu masa nanti aku laung kuat-kuat, keadaan pengawas tahun 2010 ialah 'Takbur didahulukan, kuasa diutamakan! Pelajaran ditinggalkan, agama diabaikan!' Jangan cabar aku...
Baca penuh >>

Selasa, 2 Februari 2010

Suratan Atau Kebetulan...?

Err... ada kaitan ke tajuk kat atas ni :p

Waktu aku tulis entri ni sebenarnya, lebih kurang lepas setengah jam aku sampai ke rumah setelah balik dari sekolah hari ni. Agak-agak, aku ni buang tebiat ke balik rumah terus menghadap komputer?!

Hahahaha... sebenarnya ada perkara yang aku nak kongsi dengan pembaca. Sebab tu aku terus menulis entri sekarang ni(waktu aku tengah menulis ni).

Pagi tadi kelas aku ada matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK), dan gurunya ialah Cik Jasmini Daud. Hari ni kamu masuk PSK Tema 2 tajuk Kekeluargaan. Mula-mula macam biasalah, bincang istilah tajuk-keluarga. Lepas tu kami diarahkan tulis artikel masaing-masing mengenai 'Idola Dalam Keluarga'. Akhir sekali kami bincangkan mengenai syarat-syarat sebelum berumahtangga.
Macam biasalah semangat menjawab (macam berpengalaman ja...hehehe)

Sekali satu topik timbul!
Kan sebelum kahwin, ada pemeriksaan tahap kesihatan. Jadi, cikgu timbulkan persoalan, gara-gara cerita pasal berhati-hati dengan pasangan yang mengalami penyakit keturunan. Persoalannya, andaikan dah tujuh tahun bercinta (contohlah)... kira, sayang sangatlah dengan pasangan ni... dialah pasangan terbaik yang kita ada... sekali, seminggu sebelum kahwin tu pasangan kita didapati menghidap HIV positif. Apa yang akan kita lakukan?! Adui nah...pistak aku dengar soalan tu (err...trip si Azrinah).
Jadi, cikgu soal secara rawak kepada pelajar dalam kelas kami. Mula-mula Suhaimi, dan dia jawab dia terima seadanya...kalau dah kata cinta, terimalah. Waktu tu aku dengar Shareen malar bercakap "confirm reject terus." Syafawati pula timbulkan persoalan baru pada Shareen, "jadi, yang menghidap HIV tu tiada hak untuk berkahwin?" Aku pun terfikir-fikir juga kalau ianya berlaku pada diriku sendiri kan...

Sekali sampai turn, aku pulak tersangkut kena soal. Aduyai... Bab-bab hati ni, kalau aku menjawab confirm dengan hatiku sendiri menghayatinya. Hahahaha... walaupun sebenarnya aku tidak punya kekasih buat masa ni (tidak punya kekasih ya... bukan tidak punya rasa cinta :p)

Bila aku pertimbangkan, aku jawab lah... mula-mula ikut restu ibu bapa. Sebab, perkahwinan ni mesti ada restu orang tua kan (ceh! macam dah nak kahwin pulak daa...). Tapi, bila parent pun tak kisah, terpulang pada diri kita, berbaliklah pada perasaan hati kita. Kalau dah itu jodoh kita, terima sajalah kan seadanya...
Aii... jodoh tu kan ditangan Tuhan. Kalau dah itu jodoh kita, tawakal ja la...
Bila cikgu tanya Rizaizy yang waktu tu duduk di sebelah aku, Rizaizy pun jawab terima saja. Tapi, berbeza la dengan Shareen. Katanya, "Bunga bukan sekuntum..." Cewah...

Gara-gara satu perkara tu saja, suasana dah kurang harmoni. Huhuhuhuhu... Tapi, sebenarnya, soal hati dan perasaan ni susah untuk diungkai... hahaha...

Masa PSK berlalu, masuk waktu rehat, sampailah waktu B.Arab Tinggi/Perdagangan. Disebabkan BAT tak ada guru, kami dikelas ja lah bersama pelajar PD lain. Adalah juga pelajar BAT pergi library...tapi aku lebih senang duduk dalam kelas dengan kawan-kawan lain.
Ha... waktu-waktu ni Shareen masih tak habis-habis dengan soalannya. Waktu penghujung rehat lagi aku kena tembak oleh dia... huhuhu...

Dia sebenarnya masih tak puas hati dengan persoalan pasangan yang menghidap penyakit HIV tu. Sekali dia bagi soalan kat aku, "kalaulah kan kau dengan aku couple 10 tahun... sekali seminggu sebelum kita kawin kau dapat tahu aku ada HIV, apa kau buat?" Aii... tak habis-habis lagi dia ni. Aku cakaplah jawapan aku sama macam jawapan yang aku bagi cikgu tadi. Dia tanya apa jawapan aku tu... aku jawablah...tapi ayat ja berbeza...
Kalau dah itulah orang yang aku dapat... itulah saja lelaki yang sayang aku, dan keluarga aku pun tak kisah... aku terima sajalah. Ingatlah, kita hanya mampu merancang, dan yang menentukan hanya Allah Subhana Wataala.

=Sebenarnya, apa yang aku jawab tu pun mungkin bukan dari hati aku sendiri kot...

Seperti artikel aku yang lepas, dalam kehidupan ini tidak ada yang sempurna melainkan Allah Subhana Wataala.

Tapi, bila aku fikir-fikirkan balik, semoga pasangan aku suatu hari nanti bukanlah seseorang yang mempunyai penyakit HIV... Nauzubillah min zalik... Amin...


P/s: Buat masa ni aku tak mahu fikir sangat siapa insan yang akan aku cintai. Sebabnya, bila aku temui seseorang yang mampu menggegar hatiku, orang itu sebenarnya tidak memandang istimewa pada diriku. Kita hanya mampu merancang dan yang mengaturnya ialah Allah S.W.T (senyum).

P/s/s: Semoga Allah mengurniakan aku jodoh seperti si dia yang kukira hanya memandang aku sebagai sahabat (ketawa-lucu la ayat ni...korang faham kah)

Ahai... jiwang pula si Athirah ni...

Bagi yang belum baca artikel mengenai cinta dalam entri aku yang lepas, anda dipersilakan click "Memang cinta ada dalam jiwa kita..."


Tambahan:
Bagi sesiapa yang meletakkan blog aku di dalam senarai blog list kamu, tolong semak nama blog yang tertulis pada list blog korang tu.  Kalau tertulis "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | N Athirah Penulis Muda Malaysia", tolong tukar kepada "Catatan Penulis Remaja Muslimah" atau "N Athirah". Sebenarnya aku malulah terpampang tajuk "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | N Athirah Penulis Muda Malaysia" tu... hehehe... sebab aku bukannya penulis hebat pun... Masih baru lagi...

Hahaha... ada kes hari tu bila aku minta seorang rakan tukar nama blog tu, dia pergi tulis "Athirah Penulis Muda Malaysia"... Punya main aku tak tahan nak ketawa saja. Makin kutahan, makin menjadi-jadi... adikku kata "kakak sakit jiwa sudah." Hahahaha... katanya, macam nak nangis aku ketawa... Aku minta rakan aku tu tukar lagi nama blog tu. Menyusahkan dia saja kan...
Tapi malangnya (malang ke?), nama blog tu tertukar kembali kepada "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | N Athirah Penulis Muda Malaysia" setelah dia tukar template blog yang baru... huhuhu...
So, kepada 'rakan' yang aku maksudkan tu, kalau kau baca entri ni, aku minta tolong sekali lagi ae... sorry menyusahkan kau. Mesti kau penat dah re-design blog-blog tu kan...


Oh ya! Entri kali ni, semua perkataan inggeris dalam catatan aku ni aku tak condongkan tulisannya... sebab perut aku dah berbunyi minta diisi makanan... Mana taknya...balik rumah, lepas salin pakaian dan buat kerja-kerja tertentu, aku terus pergi menghadap komputer pula. Hehehe...
Baca penuh >>

Isnin, 1 Februari 2010

Tahun Ni Aku Busy?!

Yalah... aku agak tahun ni aku mungkin busy betul.

Sebabnya...
Tahun ni aku SPM. Jadi, sibuklah mau tingkatkan prestasi pelajaran aku. Tahun lepas aku ambil 11 matapelajaran. Empat daripadanya aku dapat 9G - Add Math, Prinsip Akaun, Sejarah, dan Science. Tahun ni, disebabkan SPM maksima 10 subjek, aku drop salah satu daripada 11 matapelajaran tu. Tapi, bebanan aku tetap juga tak berkurangan. Sebabnya, yang aku drop tu bukanlah salah satu daripada keempat-empat matapelajaran yang aku gagal tu. Tapi yang aku drop tu ialah Tasawwur Islam, matapelajaran yang aku ambil persendirian tanpa guru dan ambil exam kat Ustazah Munyati.

Ni lah kisah aku drop matapelajaran Tasawwur Islam...
27 Januari 2010 (Rabu) hari tu, aku ke sekolah lah macam biasa. Dalam otak masih bingung nak drop matapelajaran apa. Hari tu last aku kena hantar borang pendaftaran subjek SPM tu. Waktu perhimpunan pagi Rabu kat sekolah, tengah-tengah aku jaga pelajar kat barisan dorang tu, aku ternampak Cikgu Wan Ashiba, Guru Kaunseling SMK Mutiara. So, aku segeralah jumpa cikgu tu, minta pendapat tentang apa yang sesuai untuk aku drop. Tujuan aku selepas SPM ialah bidang Pengajian Islam. Dia bagitau aku, matapelajaran Prinsip Akaun adalah matapelajaran bonus... aku boleh pilih cabang lain selain Pengajian Islam. Add math tu lagilah bonus... Penting tu untuk kemasukan ke Matrikulasi. Then, Pen. Al-Quran dan As-Sunnah dan Tasawwur Islam pula hanyalah matapelajaran untuk tambah gred ja untuk kemasukan IPT. Tapi dia kata, terpulanglah pada aku apa yang aku rasa aku nak drop. Katanya, lepas aku buat keputusan, teruskanlah dengan keputusan aku tu tanpa sekalipun toleh ke belakang. Yakinkan diri dengan keputusan aku tu. Baca Bismillah time buat keputusan.

Jadi, aku fikirlah punya fikiir punya fikir, akhirnya aku buat keputusan untuk drop Tasawwur Islam walaupun gred Tasawwur aku bagus tahun lepas. Lagipun, Prinsip Akaun dan Add Math aku dah mula meningkat... aku tak mau drop matapelajaran bonus tu. Rugi tau.

Keputusan muktamad, tak mau toleh-toleh belakang. Aku hanya ambil 10 matapelajaran.
Teras: B.Melayu, B.Inggeris, Mathematics, Sejarah, Science.
Elektif: B.Arab Tinggi, Pen. Al-Quran dan As-Sunnah, Pen Syariah Islamiah, Add Math, Prinsip Akaun.

Aku akan terus belajar Tasawwur tanpa mengambil exam SPM nanti. Tak salahkan untuk aku belajar saja Tasawwur Islam tu. Tambahkan pengetahuan. ^-^


Ok... tu bab subjek SPM aku.
Tahun ni aku tingkatan 5 kan. Bermakna, tahun ni last aku jadi pengawas di SMK Mutiara. Dan tahun ni, aku menjawat jawatan Ketua Skuad Perhimpunan (Perempuan).
Hahahaha... mengingatkan jawatan tugas aku ni, teringat pula kes hari Rabu hari tu, hari yang sama aku dengan kes subjek SPM di atas. Hari tu kan hari memakai pakaian unit beruniform. Aku macam biasalah pakai t-shirt silat warna hitam. Hari tu juga pelajar tingkatan 4 dan 5 ada Sukantara Perempuan Bawah 18 Tahun. Jadi, ramailah pelajar perempuan yang memakai t-shirt sukan sekolah (pelajar dimestikan memakai pakaian unit beruniform..bagi yang tiada, pakai seragam sekolah..sesiapa yang sengaja memakai pakaian sukan tanpa kebenaran ditahan). Cikgu pula suruh tahan pelajar yang pakai t-shirt sukan sekolah tu.

So, aku yang bertugas handle perkara ni pun bingung plus bingung lah. Kalau diikutkan, pelajar perempuan tingkatan 4 dan 5 tu kan kebenaran memakai pakaian sukan tu. Aku macam biasalah menjaga barisan pelajar bahagian belakang supaya tak ada yang cabut lari dari diperiksa atau lari dari tahanan. Disebabkan kebingungan aku tu, aku minta salah seorang rakan pengawas ganti tempat aku dan aku pergi ke tempat Rizaizy, Ketua Skuad Perhimpunan (lelaki) bertanyakan macammana nak buat dengan pelajar yang pakai t-shirt sukan tu. Mula-mula dia kata lepaskan saja. Tapi kemudian kami jumpa Sir Cheah bertanyakan hal yang sama. Sir kata, sesiapa yang bawa pakaian seragam boleh dilepaskan. Tapi yang tak bawa tu catat namanya. Aku pun angguk la dan nak kembali ke bahagian barisan pelajar perempuan.

TETAPI... Sekali aku sampai tempat pelajar perempuan yang kena tahan tu, tambahlah lagi otak aku bingung... Huhuhuhu... Nak tau kenapa? (Kalau nak tau lah...)
Sebabnya, pelajar yang ramai kena tahan tu sebelum aku tinggalkan tempat yang aku jaga tu, bila aku datang balik, semua lesap. Tinggal dua tiga orang pelajar yang baru kena tahan. Alahai... Kalau aku kena soal oleh cikgu, kan haru aku nak menjawabnya...
Mana taknya dorang dapat cabut lari, 'benteng pertahanan' tak kuat. Pengawas perempuan form 5 saja yang jaga tempat tu, manalah cukup. Mana menghilang pengawas perempuan lain form 4 dan form 3??? Takkan semua nak menjaga barisan pelajar menengah rendah saja??? Apa kes macam ni. Aih... harap-harap 'tragedi' tu tak berulang lagi.

Tu baru bab-bab sekolah.
Tahun ni pula aku dapat banyak peluang dalam penghasilan karya. Dan ilham-ilham baru pun mula menimbun dalam otak aku. Wah! Aku agak tahun ni pun aku sibuk menghasilkan karya-karya baru disamping meningkatkan lagi kualiti karya aku.

Dan... aku pun sibuk nak re-design blog aku ni ha... aku rasa boring dah dengan template ni. Bukan tak lawa... lawa juga. Aku sayang sebenarnya dengan template ni. Tapi, korang tengoklah semua tajuk entri aku ni... semua warna oren (tajuk entri tau). Huhuhu... Kat font and color pun aku tak boleh ubah semua warna-warna tu. Sebab template ni dah dikhaskan macam ni saja warnanya. Aku rasa, kurang menarik la... Dan lagi, kalau aku mampu, aku nak buat design blog islamic sikit. Barulah smart. Hehehe...

P/s: Aku tersenarai sebagai ahli Bridget Bestari??? Hehehe... agak menarik dan bersesuaian dengan minat aku...
P/s/s: Ada guru recommend aku jadi editor majalah sekolah?! Satu perkara yang menjadi cita-cita aku... Tapi agak-agak, tak menjadi masalahkah untuk aku pikul semua tanggungjawab yang diberikan...? Insya-Allah boleh...

"N Athirah HIDUP BERANI UNTUK GAGAL!"
Baca penuh >>

SELAMAT HARI WILAYAH!

Selamat Hari Wilayah diucapkan buat semua warga Wilayah Persekutuan...

Khas buat:
  1. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  2. Wilayah Persekutuan Putrajaya
  3. Wilayah Persekutuan Labuan


-N Athirah-
Baca penuh >>

Jumaat, 29 Januari 2010

Berita Buat Pejuang Bahasa ~ Penulis Malaysia

Berita express dari blog RESENSI SEMASA LIPUTAN RASA:

Kepada karyawan dan penyair budiman, kami memerlukan puisi2 tentang bahasa untuk diantologikan sempena HARI PEJUANG BAHASA. Tarikh akhir menghantar puisi berkenaan pada 30 Januari 2010. Sila emelkan karya tuan/puan ke smzakir90@gmail.com atau jfar@dbp.gov.my
Harap maklum
 
Terbuka kepada semua karyawan di Malaysia. Mungkin pembaca-pembaca sekalian boleh tolong canangkan kepada rakan-rakan penulis yang lain. Berita ini mungkin agak terlambat alias express. Penulis sendiri tengah mengarang-ngarang idea untuk menulis puisi yang bersesuaian.

Sama-samalah kita berusaha memperjuangkan bahasa kita...
Baca penuh >>

Selasa, 26 Januari 2010

(Updates) AKU BINGUNG NI!!! TOLONG AKU SEBELUM TIBA WAKTU AKU TIDUR MALAM...!!!

Terus-terang aku cakap, aku baru balik dari sekolah ni...
Aku bingung, bingung, dan bingung...

Tengahari tadi, Cikgu Hisham edarkan borang pendaftaran subjek SPM 2010. Cikgu bagi tahu, SPM tahun ni maximum 10 subjek. Masalahnya, aku dah sedia ambil 11 subjek. Aku bingung nak drop yang mana satu. Aku terlebih satu subjek sebab aku ambil Tasawwur Islam persendirian. Tapi, sayang nak drop TI sebab result exam aku hujung tahun lepas bagus... dapat kepujian.

Result exam Sejarah, Sains, Prinsip Perakaunan, dan Additional Mathematics tahun lepas memang teruk. Aku dapat gagal. Tapi, matapelajaran teras kan tak dapat drop. Yang elektif tu, Add Math tu rugi kalau drop. Kemasukan IPT perlukan Add Math... Prinsip Akaun, aku dah usaha tingkatkan prestasi aku dah. Sayanglah mau drop.

Argh!!! Bingung!!!

Last-last tadi cikgu tanya apa keputusan aku. Aku tak bagi keputusan hari ni. Aku masih bingung. Rasa nak nangis bila memikirkannya. Ya Allah... bantulah hambamu yang lemah ini...

Esok adalah hari last aku hantar borang tu. Apa aku perlu buat?????????!!!!!!!!

Kepada yang sudi, tolonglah beri pandangan. Kalau tak bagi di sini pun, boleh chat dengan aku di YM Pingbox yang dah aku sedia letak di sidebar sebelah bawah di bawah shoutmix chatbox (sidebar kanan ni).

Tak pun, boleh chat kat YM aku di lbnathirah@yahoo.com
Perhatian: alamat email YM ini aku tidak gunakan untuk perutusan email. Aku hanya buka nathirah_perwila@yahoo.com untuk perutusan email.

---updates---
Ramai orang kata, solat istikharahlah mohon petunjuk... Tapi, aku pula tak dapat solat buat masa ni. Huhuhuhu... Hanya dapat berdoa, berzikir, dan mintapandangan ja buat masa sekarang...
Baca penuh >>

Isnin, 25 Januari 2010

WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS BAGI TAHUN 2010

25 Januari 2010 (Isnin), seramai 35 lelaki dan 40 perempuan telah rasmi menjadi Pengawas Sekolah, SMK Mutiara, W.P Labuan setelah menerima Watikah Perlantikan yang disampaikan oleh Puan Pengetua, Puan Hajah Zamzam Binti Hj Abdul Rashid. 75 orang pengawas ini telah diberi kepercayaan oleh guru-guru SMK Mutiara, W.P Labuan untuk memikul tanggungjawab sebagai pemimpin dan idola pelajar serta orang yang dipertanggungjawabkan dalam mengawal sistem disiplin pelajar. Demi kecemerlangan SMK Mutiara tahun 2010, seluruh warga SMK Mutiara berharap agar pengawas tahun ini menjadi yang terbaik dan memberi contoh kepada para pelajar.

Berikut ialah senarai nama pengawas-pengawas yang dilantik bagi tahun 2010:

Pengawas Lelaki 2010
  1. Mohd Hafiz Fadli (1 Chrysanthemum)
  2. Awgku Muhd Amirulizuan Bin Awgku Hamzah (1 Bouganvilla)
  3. Mohd Azizul Azwan Bin Rahim (1 Ixora)
  4. Mohd Shazwan Bin Mohammad Faisal (1 Alamanda)
  5. Abd Rahman (1 Lavandula)
  6. Mohd Shafiq Bin Amerudin (2 Hibiscus)
  7. Mohd Nazri Bin Jumalen (2 Chrysanthemum)
  8. Mohd Zulkarnain Bin Aliman (2 Chrysanthemum)
  9. Mohd Adi Bin Mohd Nor (2 Bouganvilla)
  10. Mohd Azmee Bin Salamat (2 Bouganvilla)
  11. Ahmad Shahrul Nizam Bin Aspan (3 Hibiscus)
  12. Mohd Firdaus Bin Haji Mohadis (3 Hibiscus)
  13. Md Lye Khairul Azmiey Bin Abdul Latip (3 Hibiscus)
  14. Md Khairul Bin Samsudin (3 Chrysanthemum)
  15. Randy Lai (3 Petunia)
  16. Saiful Izzland Bin Zulkiflee (3 Ixora)
  17. Ahmad Rafiq Izzuden Bin Razak (4 Hibiscus)
  18. Awgku Ali Bin Awgku Kalong (4 Hibiscus)
  19. Mohd Khalid Bin Kassim (4 Hibiscus)
  20. Mohd Nabhan Fahmi Bin Zailani (4 Hibiscus)
  21. Amirul Hafiz Bin Roslan (4 Chrysanthemum)
  22. Amir Zaki Bin Ahad (4 Bouganvilla)
  23. Mohd Syafiq Bin Wahid (4 Bouganvilla)
  24. Asnan Bin Ismi (4 Alamanda)
  25. Mohd Rizaizy Bin Abdul Ghani (5 Hibiscus)
  26. Mohd Shareen Azmie Bin Abdullah (5 Hibiscus)
  27. Muhammad Firdaus Bin Abdul Rahman (5 Hibiscus)
  28. Suhaimi Bin Mohd Aras (5 Hibiscus)
  29. Ahmad Hafizzul Kamil Bin Mohd Bakri (5 Ixora)
  30. Aizuddin Akmal Bin Tamin (5 Bouganvilla)
  31. Johari Bin Lakkase (5 Bouganvilla)
  32. Mohd Farhan Bin Awg Jumat (5 Bouganvilla)
  33. Mohd Shafiq Bin Mohd Jamatin (5 Bouganvilla)
  34. Zainulariffin Bin Julkapli (5 Bouganvilla)
  35. Mohd Izan Bin Hamir (5 Ixora)
 Pengawas Perempuan 2010
  1. Arenawani Binti Anuar (1 Hibiscus)
  2. Fatimah Amiratul Husna Binti Razak (1 Hibiscus)
  3. Nurwina Binti Jino (1 Chrysanthemum)
  4. Erohana Binti Lakkase (1 Alamanda)
  5. Maznina Azureen Binti Muslim (2 Hibiscus)
  6. Nurulamalfatirah Binti Abdul (2 Hibiscus)
  7. Siti Isah Benny (2 Hibiscus)
  8. Nadia Binti Rawi (2 Chrysanthemum)
  9. Nur Aleesa Binti Remy (2 Chrysanthemum)
  10. Nurdiyanti Binti Burhanuddin (2 Chrysanthemum)
  11. Nur Nabihah Nafidah Binti Zailani (2 Chrysanthemum)
  12. Siti Jaliana Fazira Binti Japar (2 Chrysanthemum)
  13. Anis Binti Muslimin (2 Bouganvilla)
  14. Amanina Binti Timbang (3 Hibiscus)
  15. Dayang Nurul Syafinaz Binti Awg Azami (3 Hibiscus)
  16. Marliana Athirah Binti Mobing (3 Hibiscus)
  17. Nur Aqilah Binti Mohd Ali (3 Hibiscus)
  18. Marziana Barahim (3 Bouganvilla)
  19. Norazilah Binti Abdullah (3 Bouganvilla)
  20. Nur Afida Binti Rahim (3 Petunia)
  21. Nur Fatin Eazati Binti Sabirin (3 Ixora)
  22. Adibah Binti Awang (4 Hibiscus)
  23. Nadiah Binti Sahar (4 Hibiscus)
  24. Nur Hanani Athirah Binti Hassan (4 Hibiscus)
  25. Nazatul Shafiqah Binti Hasnan (4 Bouganvilla)
  26. Fatimatul Humaira Binti Danial (4 Ixora)
  27. Nur Anis Afiqah Binti Hisham (5 Hibiscus)
  28. Nur Anis Shazana Binti Samsudin (5 Hibiscus)
  29. Nur Atikah Binti Mohd Nor (5 Hibiscus)
  30. Nur Falina Binti Kassim (5 Hibiscus)
  31. Nurfatihah Athirah Binti Abbas (5 Hibiscus)
  32. Nurul Akidah Binti Awad (5 Hibiscus)
  33. Felicia Sian (5 chrysanthemum)
  34. Felicia Timah (5 Chrysanthemum)
  35. Liyanah Nadiah Binti Asman (5 Chrysanthemum)
  36. Nurul Haznita Binti Abdul Hamid (5 Chrysanthemum)
  37. Elisabeth Natalia Ero (5 Ixora)
  38. Izyan Binti Adnan (5 Ixora)
  39. Noor Azriyah Binti Yahya (5 Ixora)
  40. Wong Siau Mui (5 Alamanda)

Berikut ialah senarai pengawas yang dilantik dalam jawatan-jawatan penting pengawas tahun 2010:

Ketua Pengawas  :  Nur Falina Binti Kassim (5 Hibiscus)
Penolong Ketua Pengawas  :  Mohd Farhan Bin Ag. Jumat (5 Bouganvilla)

Setiausaha Kehormat Lelaki  :  Mohd Izan Bin Hamir (5 Ixora)
Penolong Setiausaha  :  Awgku Ali Bin Awangku Kalong
Setiausaha Kehormat Perempuan  :  Nurul Haznita Binti Abdul Hamid (5 Chrysanthemum)

Bendahari Kewangan Lelaki  :  Mohd Shareen Azmie Bin Abdullah (5 Hibiscus)
Penolong Bendahari  :  Mohd Nabhan Fahmi Bin Zailani (4 Hibiscus)
Bendahari Kewangan Perempuan  :  Liyanah Nadiah Binti Asman (5 Chrysanthemum)


Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pengawas:

Lelaki

Ketua Skuad Perhimpunan  :  Mohd Rizaizy Bin Abdul Ghani (5 Hibiscus)
Ketua Skuad Disiplin  :  Muhammad Firdaus Bin Abdul Rahman (5 Hibiscus)
Ketua Skuad Tugasan  :  Ahmad Hafizzul Kamil Bin Mohd Bakri (5 Ixora)
Ketua Skuad Keselamatan  :  Suhami Bin Mohd Aras (5 Hibiscus)
Ketua Skuad Informasi  :  Zainulariffin Bin Julkapli (5 Bouganvilla)
Penolong Skuad Informasi  :  Mohd Syafiq Bin Wahid (4 Bouganvilla)
Ketua Skuad Kelas  :  Mohd Shafiq Bin Mohd Jamatin (5 Bouganvilla)
Ketua Skuad Kawalan  :  Aizuddin Akmal Bin Tamin (5 Bouganvilla)
Ketua Skuad Kawasan  :  Johari Lakkase (5 Bouganvilla)

Perempuan

Ketua Skuad Perhimpunan  :  Nurfatihah Athirah Binti Abbas (5 Hibiscus)
Ketua Skuad Disiplin  :  Nurul Akidah Binti Awad (5 Hibiscus)
Ketua Skuad Tugasan  :  Nur Atikah Binti Mohd Nor (5 Hibiscus)
Ketua Skuad Keselamatan  : Wong Siau Mui (5 Alamanda)
Ketua Skuad Informasi  :  Felicia Timah (5 Chrysanthemum)
Ketua Skuad Kelas  :  Izyan Binti Adnan (5 Ixora)
Ketua Skuad Kawalan  :  Felicia Sian (5 Chrysanthemum)
Ketua Skuad Kawasan  : Elisabeth Natalia Ero (5 Chrysanthemum)


Penolong Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pengawas:

Lelaki

Penolong Skuad Informasi  :  Mohd Syafiq Bin Wahid (4 Bouganvilla)


Penyeliaan Bilik Operasi Pengawas 2010:

Lelaki

Ketua Bilik Operasi  :  Mohd Khalid Bin Kassim (4 Hibiscus)
Penolong Ketua Bilik Operasi  :  Ahmad Rafiq Izzuden Bin Razak (4 Hibiscus)

Perempuan

Ketua Bilik Operasi  :  Noor Azriyah Binti Yahya (5 Ixora)
Penolong Ketua Bilik Operasi 1  :  Nur Anis Afiqah Binti Hisham (5 Hibiscus)
Penolong Ketua Bilik Operasi 2  :  Nur Anis Shazana Binti Samsudin (5 Hibiscus)


Senarai jawatankuasa di atas akan penulis update dari masa ke semasa setelah penulis memperoleh informasi jawatan-jawatan lain daripada Guru Pengawas dan Ketua Pengawas.
Terima Kasih...
Baca penuh >>

Jumaat, 22 Januari 2010

Kejohanan Merentas Desa SMK Mutiara, W.P Labuan Tahun 2010

22 Januari 2010 (Jumaat) telah diadakan Kejohanan Merentas Desa Peringkat SMK Mutiara, Wilayah Persekutuan Labuan.


(Dari kiri: Guru Penolong Kanan Kokurikulum - Puan Zalina, Pengetua - Puan Hajah Zamzam, bersama seorang bapa pelajar yang sama-sama turut berlari dalam Program Merentas Desa pada tahun ini)


(Pelajar SMK Mutiara kategori perempuan bawah 18 tahun)

 
(Pelajar SMK Mutiara kategori lelaki bawah 18 tahun) 


(Pelajar SMK Mutiara kategori lelaki bawah 18 tahun yang berlepas bersama dengan bapa pelajar yang turut bersemangat berlari)


(Pengetua bersama-sama dengan pelajar SMK Mutiara yang bersemangat)



 (Tempat pelajar berlepas)

Lebih kurang jam 8.10 pagi, pelajar kategori perempuan bawah 18 tahun dilepaskan dahulu. Kemudian diikuti oleh pelajar kategori perempuan bawah 15 tahun, lelaki bawah 18 tahun dan lelaki bawah 15 tahun. Pelajar bertolak dari sekolah dan memasuki Kampung Sungai Bangat di sebelah kanan selepas keluar dari simpang masuk ke SMK Mutiara. Kemudian para pelajar memasuki simpang Jalan Penghulu Tuah menuju ke Kampung Durian Tunjung. Setelah memasuki Kampung Durian Tunjung, pelajar terus maju melintasi Kedai Hap Huat Mini Mart di kampung tersebut.


(Para pelajar di Jalan Penghulu Tuah - masih tetap bersemangat)

Setelah lebih setengah jam penulis bersama seorang kawan berjalan dan sekejap-kejap berlari sejak bertolak dari SMK Mutiara, kami tiba di hadapan SMK Pantai. Di sana penulis sendiri melihat seorang pelajar perempuan terbaring hampir pengsan dan dibantu oleh beberapa orang pelajar perempuan yang lain. Cikgu Mahazi yang telah tiba awal di situ sebelum penulis pula ketika itu sedang menghubungi bantuan. Syukur alhamdulillah kerana penulis tidak mudah pengsan walaupun dalam keadaan yang terlalu penat.

Dari SMK Pantai, pelajar melintasi SK Pantai kemudian Peladang menuju ke Dewan Serbaguna Perbadanan, W.P Labuan. Dari Dewan Serbaguna, pelajar terus melintasi Hospital Labuan dan akhirnya tiba ke SMK Mutiara dan menuju ke kawasan penamat.


(Penamat larian Merentas Desa SMK Mutiara)

* Sumber gambar-gambar yang di atas penulis peroleh dari MERENTAS DESA DI SMK MUTIARA 2010 di blog Berubah Menjadi Cemerlang milik Pengetua SMK Mutiara, Puan Hajah Zamzam.

* Sumber gambar-gambar yang bertanda 'by Mr. Ajiey' penulis peroleh dari Larian Merentas Desa di laman web SMK Mutiara, W.P Labuan. Gambar-gambar tersebut ditangkap sendiri oleh Encik Mahazi.



Selepas larian Merentas Desa

(Muka-muka penat selepas berlari... tapi masih ada wajah-wajah ceria - Semua pelajar kelas 5 Hibiscus kecuali seorang perempuan dalam gambar pertama yang berada paling kiri)

Selepas larian Merentas Desa, kami, geng-geng 5 Hibiscus berkumpul di hadapan kantin sekolah kat tepi longkang untuk hilangkan penat sambil minum air dan ada yang makan. Kenapa tempat ini menjadi pilihan? Hal ini kerana beg-beg kami terletak di atas motor Suhaimi (lelaki berbaju kuning) yang berada berhadapan dengan tempat kami berehat ini.



(Dari kanan: Penulis sendiri bersama dengan Nurazrinah-teman rapat penulis di kelas | Lelaki dari kanan di belakang: Mohd Adham dan Mohd Aiman)

Ramai pelajar perempuan tidak kira dari Kelas Aliran Agama atau tidak, melepaskan tudung masing-masing kerana tidak tahan panas.

* Gambar-gambar yang bertanda 'TyRa 4869' adalah sumber dari penulis sendiri.

P/s: Penulis memohon maaf kerana sumber gambar terlalu terhad kerana penulis hanya mampu mengambil gambar menggunakan telefon bimbit CSL DS300i yang kadar tahan baterinya tidak lama.

P/s/s: Jika penulis memperoleh sumber gambar terbaru daripada rakan dan guru yang mengambil gambar Program Merentas Desa ini, insya-Allah penulis akan meng-update baru entri ini.

Terima kasih kepada pembaca blog sekalian...
Tahniah kepada para pemenang...
Tahniah juga kepada pelajar SMK Mutiara yang menyertai Program Merentas Desa tahun 2010 ini...
Maju SMK Mutiara, W.P Labuan (Pusat Sukan Negeri) dalam arena sukan!
Maju Sukan Untuk Negara!!!
Baca penuh >>

Sabtu, 16 Januari 2010

Sejarah Mungkin Berulang???

Bila aku ada masalah, aku selalu pendam sendiri... susah sangat nak kongsi dengan orang. Kadang-kadang tu, ada orang sudi nak dengar luahan masalah aku, aku yang tak nak kongsi. Terutamanya pada waktu-waktu sekarang.

Belum lagi kalau ada orang masuk-masuk nak jadi 'pak we' aku. Wowowowowow... minta maaflah. Cukup-cukuplah. Aku tak mahu terluka lagi. Aku sudah bingung dengan pendirian lelaki. Susah sangat-sangat nak cari lelaki yang betul-betul memahami diri ini. Untuk mendapatkan sahabat pun susah, apa lagi teman (hidup?).

Kadang-kadang aku terkesima... kencang jantungku berdegup... kadang-kadang rasa nak ketawa... yalah... Aku baru ja jadi orang tekanan letak tagline kat YM sebagai contoh: "Siapa yang mampu faham perasaanku??? Sejarah Mungkin Berulang...". Dah ada yang prihatin tanya aku ada masalah... Aku bukan tak nak kongsi... tapi, aku rasa biarlah aku luah-luah macam tu saja... Aku rasa aku belum sedia untuk berkongsi. Mungkin kepercayaanku terhadap manusia sudah pudar (mungkinkah?)...

Kini,,, aku hanya tinggal melayan lagu Sejarah Mungkin Berulang nyanyian New Boyz versi lama (zaman remajanya)... Yang versi baru (setelah dewasa) tu tak feeling arr... tak best dengar... sebab tak dapat nangis... hahahahahaha... (gila agaknya...)



I have lost my close friend...
Baca penuh >>

Pendrive Aku Dah Selamat

Semalam aku tulis entri pasal pendrive aku kena serang virus kan... aku nak bagitau ni, sekarang pendrive aku dah selamat. Hehehe...

Saja aku tulis entri ni... Mulanya malas juga nak tulis. Tapi, lepas terima komen dari Cikgu Mahazi macammana nak uruskan alien-alien tak bertauliah tu tadi (malam), jadi aku fikir baik aku tulis entri ni. Manalah tau ada orang lain scroll entri aku kat bawah, ada yang fikir pendrive aku masih diselubungi virus.

Sebelum tu, diucapkan:
"Terima kasih kepada Cikgu Mahazi sebab bermurah hati mengajar cara-cara uruskan virus yang aku hadapi semalam..."

Semalam aku panik sangat sampai bingung macammana nak buat dengan virus-virus yang tersembunyi tu. Terus aku jadi macam orang bodoh waktu tu, macam tak tau apa-apa pasal situasi macam ni. Habis virus tu manipulasikan file-file dalam pendrive aku sampai aku nak baca file-file tu pun tak boleh. Bukan setakat tu saja, nak delete file tu pun tak boleh. Terutamanya file-file alien yang masuk tanpa diundang tu. Bingung punya bingung, aku tulis entri blog... lepastu aku tulis lagi kat tagline Yahoo! Messenger yang sentiasa online tu... Kira nak minta tolonglah tu dengan orang lain. Aku mesej rakan hacker aku kat YM, dia pula sibuk sampai tak sempat balas mesej aku. Nak minta tolong orang lain, aku tak tau nak minta tolong siapa lagi. Nak cakap dengan ayah aku, rasa malas pulak... Hohohohoho...

Last-last aku pergi tidur... hahahahaha... daripada aku hentam komputer atau pendrive aku kan... baik aku pergi tidur.

Bangun pagi tadi, aku malas nak buka komputer. Sebab aku tak dapat dengar lagu. Lagu-lagu kat pendrive aku kan tak boleh baca sebab virus.

Tapi last minutes, aku keluar juga on komputer. Mulanya aku ingat nak kerjakan virus tu balik guna komputer yang aku guna ni. Tapi, fikir punya fikir, aku ambil pendrive aku tu, masukkan kat komputer yang satu lagi (yang adik-adikku selalu guna). Aku scan pendrive aku guna Smadav kat komputer tu, punya main banyak lagi virus yang nampak dan tersembunyi dalam pendrive tu. Wah wah wah... Beranak-pinak lagi virus tu. Semalam aku dah padam bersih virus yang tidak tersembunyi tu. Pagi tadi banyak pula lagi.

Aku fix all virus-virus tu. Tinggal yang tersembunyi ja. Ada yang dapat dipadam, ada yang masih tertinggal. check punya check, ada 18 lagi virus tersembunyi. Aih... aku berfikir apa nak buat dengan virus tak berguna tu. Sekali aku explore kat Smadav tu, entah apa-apa aku click, semua virus yang hidden tu aku dapat keluarkan dan buang. Mulanya aku ragu-ragu lagi tu... Aku check balik pendrive tu, dan hasilnya kononnya dah padam bersih dah. Jadi, aku test lah pasang lagu, dapatlah. Aku buka file-file dan document-document aku, dapat juga. Nak berteriak happy saja tidak bah aku waktu tu. Tinggal file-file alien saja aku belum delete. Jadi, aku cubalah delete, dapat juga sudah. Selesai aku pastikan tiada lagi virus dalam pendrive aku, aku pakailah dengan tenang. Hahahahaha...

Syukur Alhamdulillah...

P/s: Baru saja tadi aku jumpa blog guru silat aku, Encik Azizan dan blog PSSGM WP Labuan...
Baca penuh >>

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

Contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" sudah menghampiri penghujungnya. Jangan buang masa lagi... segera ke link "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL"

Hari ni aku nak cerita sikit pasal nama blog aku ni. Dulu aku letak "Catatan Penulis Remaja Muslimah" kan. Sekarang, "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | N Athirah Penulis Muda Malaysia". Nak tahu kenapa? Teruskan membaca entri ni :D

Seperti dalam artikel "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" yang lepas, aku ingin menyahut cabaran contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL". Salah satunya adalah dalam bidang penulisan itu.
Jadi, N Athirah menyahut cabaran HIDUP BERANI UNTUK GAGAL untuk menjadi Penulis Muda Malaysia.

Hahahaha... aku mengarutkah? Tak kisahlah... buat masa ni, aku guna nama blog "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | N Athirah Penulis Muda Malaysia". InsyaAllah nanti aku akan tukar kembali kepada "Catatan Penulis Remaja Muslimah" seperti yang tertera pada banner kat blog aku ni.

Sebelum aku akhiri penulisanku untuk entri yang mungkin pada pandangan pembaca adalah melalut dan mengarut, sekali lagi aku ingin menyeru (ceh) pembaca dan blogger di luar sana, cepat-cepatlah sahut cabaran "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL". Bukan susah sangat pun.

Baca penuh >>

Jumaat, 15 Januari 2010

GERAM DENGAN VIRUS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Argh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Pendrive aku kena serang virus!!!
Punya main aku geram!!!...semua file dalam pendrive aku tu, aku tak boleh baca................. macammana nih???!!!!!

Teruk betullah.......
Aku rasa ni mesti pasal aku guna pendrive kat komputer di Bilik Dokumentasi di sekolah tadi... aku tengok komputer tu macam ada virus... tapi waktu tu pendrive aku dah guna kat dalam tu...

Aduii... macammana nih???????????
Aku dah cuba buang virus tu guna Smadav... tapi file-file dalam pendrive aku tu tak boleh baca... dah lah kat dalam tu macam-macam ada... karya aku segala ada kat dalam tu...

Bengang aku sekarang ni... siapa boleh tolong weih????????? Tolong aku.........
Baca penuh >>

Rabu, 13 Januari 2010

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Ubah suai link dan pembaharuan entri

Hahahaha... ada kena-mengenakah "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dan tajuk 'Ubah suai link dan pembaharuan entri' tu? :D

Hm... dalam masa terdekat ni, aku akan buat pengubah-suaian link untuk blog aku ni. Tapi, bukan url blog ni tau. Maksud aku yang kat header tu... seperti Koleksi Cerpen, Koleksi Puisi, dan entah apa ntah lagi. Sekarang, kalau korang tekan link tu, takkan membawa korang ke mana-mana pun. Aku nak menjamin keselamatan untuk karya-karya aku (aiseh)... So, aku nak edit semua yang berkaitan tu.

Dan lagi, aku akan membuat pembaharuan entri tu maksudnya aku akan memasukkan entri tazkirah pada setiap hari (kecuali pada ketika aku tidak mempunyai masa terluang...maklumlah, dah form 5 ni ada lagi perkara yang lebih penting daripada blog kan...). Ini mungkin adalah permulaan aku dalam melaksanakan 'amar ma'ruf nahi munkar'.

Hmm... aku tak ada apa-apa nak cakap sangat sebenarnya. Cuma, aku nak seru pembaca blog ni dan blogger-blogger lain di luar sana (aiseymen), sahutlah cabaran contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL". Lebih RM4,000 telah disediakan untuk contest ini. Apalagi, rebutlah peluang yang dah ada kat depan mata tu. Cepat click: "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL"
Baca penuh >>

Komputer Aku Problem!!!

Komputer aku problem... tolong aku... huhuhu...

Tadi petang aku baru ja balik dari sekolah. Sekali aku on komputer yang biasa aku guna (komputer versi lama...screennya gelap...tak macam komputer yang aku guna untuk tulis entri ni), screennya bukan lagi gelap macam biasa... tapi hitam habis. Macam tak on komputer. Mulanya aku sangka tak tertekan suis. Rupa-rupanya dah sot. Aih... aku kira nak sambung tulis cerpen aku yang aku save kat desktop komputer tu, tapi, malang tidak berbau.

Geram eh... aku mau buat macammana dah sekarang????!!!!

Dahlah setiap kali komputer tu on, Yahoo! Messenger aku online. Bayak lagi file yang aku simpan kat dalam tu... Kenapalah komputer tu mau sot macam ni...............?????????? Ish.......................
Baca penuh >>

Isnin, 4 Januari 2010

Tekanan | Hidup Berani Untuk Gagal

Hari ini hari pertama persekolahan aku.

Penat? Tidak.
Seronok? Biasa saja...
Tiada yang luar biasa? Luar biasa apanya semua budak dalam kelas tu gila-gila...? Adalah juga yang tidak seperti biasa... ada dua orang pelajar baru, adalah kawan baru..
Kawan baru? Hahahaha... kelakar dengan istilah kawan baru itu... menyesakkan dadaku.

Kenapa dengan tajuk entri ni?
Ya kan... kenapa dengan tajuk ni?

Aku tekanan... tapi bukan kerana hari persekolahanku. Hari persekolahanku pagi tadi sehingga jam 2 petang memang menceriakan dengan sikap gila-gila pelajar kelas itu...terutamanya lelaki. Lebih menggembirakan aku apabila Puan Mazni Binti Paita, Guru Tingkatanku tahun ini menyusun kembali kedudukan pelajar dalam kelas kami dan aku yang mengalami masalah mata diberi peluang duduk di tempat paling hadapan, agak stragik kerana berhadapan dengan papan hitam dan berdekatan dengan meja guru. Cuma agak kekok kerana di sebelah kiriku adalah pelajar lelaki baru, Adham. Dan sebelah kananku, aih...kenapalah Falina yang ditempatkan di sebelah tu. Tak ada orang lain ka yang boleh dibagi...? Terganggu la aku sikit. Nasib baik Azrinah ditempatkan di belakang aku. Tidaklah begitu jauh dari aku.

Jadi, apa sebenarnya yang memberi tekanan kepadaku?

Hari ini barulah aku membaca novel SETEGUH KARANG, novel BM tingkatan 5. Bukan selama ni aku malas nak baca. Aku teramat sangat tidak sabar ingin membacanya. Tetapi, sepanjang cuti, akibat lalai melayan contest dan internet menyebabkan aku lupa pada buku teks yang telah diberi tahun lepas. Tetapi, bukan itu juga menyebabkan tekananku. Malah, adanya novel itu untuk kubaca telah menghiburkan aku. Bukankah buku juga sahabatku. Amarah, ceria, lucu, tangis dan pelbagai perasaan lain kuluahkan di hadapan buku yang pastinya tidak mampu bersuara itu. Tetapi, aku agak puas kerana sekurang-kurangnya apa yang terpendam itu dapat kulepaskan.

Tekanan... ya aku tekanan...
Kerana apa?

Aku sudah lama tekanan. Tekanan dengan yang namanya 'teman'. Teman apa? Ah, terpulanglah kepada sesiapa yang rajin menilainya! Tetapi aku benar-benar tekanan dengan yang bergelar 'teman'.

Dan hari ini... aku berasa bebas. Tapi di hatiku, tertekan!!! Untuk apa aku tekanan??? Ah, aku memang begitu! Lebih banyak memikirkan orang lain, menjaga hati orang lain sehingga hatiku sendiri tidak terjaga. Akhirnya, aku sendiri tekanan.

Kenapa selepas kebebasan aku, hadirnya tekanan? Ya... tekanan... kerana ada sesuatu yang belum kulunasi. Apa? Itulah yang namanya 'sahabat'. Terpana. Ya... aku terpana. Terpana dengan apa yang berlaku (agaknya). Sedih? Marah...itu yang lebihnya.
Menyesal? Jauh sekali bagiku untuk itu. Aku menjalani Misi Tahun 2010 ku, mustahil untukku mengalah dengan perkara remeh (mungkin) sebegini. Bukankah aku kini telah menyahut cabaran "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL"...? Ini bermakna, aku tidak wajar untuk mengalah di awal misiku. Kegagalan bukan alasan untuk aku jatuh terus menjunam ke bawah. Itu bukan azam baruku!

Aku diam... kufikirkan kembali diriku... Hipokrit? Itulah aku, mungkin. Kerana sentiasa di dalam kepura-puraanku dalam menjaga hati orang lain. Siapakah mampu mengerti...?


Aku diam lagi... merenung, berfikir, dan akhirnya menghuraikan hujah-hujah buat diriku sendiri... Bukankah itu signatureku sendiri...? Dan kini aku gunakan sepenuhnya... Sejarah mungkin berulang... namun perjalanan kuteruskan jua...

Mood aku masih kurang baik. Dan ianya lebih dari itu kerana betul-betul tidak baik. Namun, kuluahkan jua setiap huruf yang menjadi perkataan dan terus menjadi ayat melalui papan kekunci komputer lama ini. Mungkin itu mengundang puas padaku.

Akhir kata tanpa signature,
Entri ini hasil dariku sendiri... ayatku sendiri... Mungkin agak berbeza dari yang biasa... kerana aku senang dengannya...

Wassalam...

"HIDUP BERANI UNTUK GAGAL"

P/s: Mungkin aku agak serupa dengan watak Awanis/Anis di dalam novel Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah itu.
Baca penuh >>

Ahad, 3 Januari 2010

Esok sekolah

Hmm... esok bermulalah hari pertama persekolahan bagi tahun 2010...

Aku...pastilah berada di tingkatan 5 Hibiscus yang khabarnya kelas akan berada di tingkat atas blok Achellia (agak terasing dari kelas tingkatan 5 yang lain agaknya)... Aku sangka kelas kami kekal :p Yala... kalau kekal, tak payah nak banyak decorate nanti. Lagipun, mustahillah kami ditempatkan di kelas tingkatan 5 Hibiscus tahun 2009 sebab kelas tu sempit dan tidak sesuai dengan bilangan pelajar kelas aku tu. Tak sangka pula bila Falina bagitau aku tadi yang kelas kami mungkin di kelas bekas tingkatan 5 Bouganvilla 2009. Huhuhuhu...

Hmm... aku rasa tak sedap hati la sekarang. Apa nak belaku ae???

Esok... naik bas yang sama lagi (agak malas). Tahankah aku nanti ya? Waktu tamat pembelajaran sekolah bagi kelas Aliran Agama kononnya tidak sama dengan kelas lain. Balik lewat? Kena lagi aku. Bagaimana pula jadual pembelajaran kelas aku nanti? Paling aku malas kalau terpaksa balik sendiri bila bas tidak sudi ambil hantar balik rumah. Dan aku, GERENTI MALAS NAIK BAS MINI AR!!! Jalan kaki sejauh 2.5 km? Itu pilihan kedua yang biasanya aku guna. Makin turunlah berat badan aku yang sekarang dah mengalami kurang berat badan.
Ha? Kurang berat badan? Terkejut aku bila mengalami keadaan yang tak elok ni. Kenapalah berat aku kurang hari tu??? Aih...

Blog ni aku dah update tadi, semua yang menyemak tu aku clear dan pindah-pindah tempatnya. Aku tak suka blog aku semak. Tak best orang tengok, dan aku pun tak senang tengok. Sesak ja. Last sekali, bahagian follower tu aku dah pindah kat sidebar atas sebelah kanan. So, senanglah bagi sesiapa yang nak follow blog ni... tak payah cari sampai bawah dah.

Ok dah... Malas nak tulis entri panjang-panjang. Mood masih agak kurang baik... Huhuhuhu... [Kurang baik lagi??? Bila lah naik baik :-))]

Ok ar... akhir kata (hari ni just signature, tak tulis tema Misi Tahun 2010 aku :p)
"Renungkanlah... fikirkanlah... huraikanlah hujah anda..."
Baca penuh >>

Sabtu, 2 Januari 2010

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Misi Tahun 2010

Misi Tahun 2010?
Orang lain tulis entri blog mengenai azam tahun baru, aku pula tulis mengenai 'Misi Tahun 2010'.

Seperti yang diketahui oleh segelintir atau mungkin semua pembaca entri ini, tahun ini aku akan menghadapi peperiksaan besar!!! >>> Sjil Pelajaran Malaysia (SPM).
Ini adalah salah satu misi aku pada tahun ini. Jangan kerana kamu baca tajuk entri ini "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL", kamu sangka aku berani gagal SPM pula. Na'uzubillah min zalik... "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL 2010" adalah tema misi aku tahun ini, bersempena pula dengan cabaran contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL".

Sekali lagi aku ingatkan, aku bukan berani gagal SPM ya... Maksud "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" ialah, sebelum ini aku pernah mengalami kegagalan dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), [PENTING!!! Bukan gagal PMR!!! Tetapi gagal mencapai target keputusan PMR :D] jadi, aku tak mahulah SPM nanti keputusan aku teruk. Untuk misi kali ini, aku cuba berusaha menempuh dugaan untuk mencapai target aku dalam SPM tahun ni. Sejak tahun lepas (2009), aku sudah mula bersaing (agak sengit kot) dengan kawan-kawan dalam meningkatkan pencapaian keputusan peperiksaan. Dua hari lagi adalah hari persekolahan. Bermakna, tidak lama lagi aku akan bertemu rakan-rakan sama-sama belajar dan sama-sama bersaing aku. Dan misi meningkatkan tahap IQ kami sudah hampir bermula. (Agak tidak sabar ya...)

Sewaktu masih di kelas menengah rendah dulu, aku hanya mendapat sekitar top 10 dan kadang-kadang top 5 dalam kelas (tingkatan 3). Sepanjang persekolahan aku, aku tak pernah dapat top 3 kecuali sekali waktu aku tingkatan 2. Itu pun kira nasib juga lah. Apabila menghadapi PMR, keputusan aku meningkat, agak baik dari keputusan sebelumnya, tapi tidak membanggakan. Huhuhuhu...

Bila naik menengah atas, tingkatan 4, aku ambil pelajaran elektif yang,,,,,, agak susah juga lah. Aku taklah ambil aliran Sains Tulen macam kawan-kawan aku. Kebanyakkan kawan-kawan aku yang sama-sama belajar di tingkatan 2 dan 3 (tingkatan 1 dulu aku tak belajar betul-betul) dulu masuk kelas aliran Sains Tulen. Ahmad Saifullah Bin Mohd Salleh dan Nor Azila Binti Suhaimi masuk kelas 4 Bouganvilla dan ambil aliran sains Tulen Reka Cipta (mata pelajaran reka cipta ada slash dengan ICT). Mimi Nor Asmida Binti Saidin, Nur Afifi Bin Sabar, Mohd Faizzakwan Bin Awang Adi, Mohd Khairul Anwar Bin Mohd Salleh, dan entah siapa lagi aku dah lupa arr... dorang masuk SM Teknik dan Vokasional dalam aliran Vokasional, ada Sains Tulen. Afifi dan Khairul Anwar duduk dalam satu kelas :D. Diyanah Zafirah (saingan hebat Saifullah di tingkatan 3) dan Muhammad Zain Bin Muhd. Zaim (sepupu tiriku) pun masuk SM Teknik, dalam aliran Teknikal, lagilah ada Sains Tulen. So, semenjak kami terpisah-pisah, aku tak ada kawan yang betul-betul rapat dan baik di kelas.

Aku sendiri pula, seperti yang korang lihat kat profil aku, aku sekarang belajar di Aliran Sains Sosial Pengajian Islam B.Arab Tinggi. 5 mata pelajaran teras ialah BM, BI, Math, Sejarah, dan Sains. 5 Mata pelajaran elektif yang disediakan di dalam kelas ialah B.Arab Tinggi, Pen. Al-Quran dan As-Sunnah, Pen. Syariah Islamiah, Add Math, dan Prinsip Akaun. Satu mata pelajaran tambahan yang aku pelajari sendiri bersama-sama Shareen dan Sakinah dan ambil exam dengan Ustazah Munyati ialah Tasawwur Islam. 11 Mata pelajaran semuanya. Dan yang paling susah untuk lulus ialah Prinsip Akaun dan Add Math. Tetapi kedua-duanya aku tak mau drop la. Sains pun aku susah nak lulus. Huhuhuhu...tapi, sains tu aku tak pernah ambil kisah... :-?

Jadi, Nurfatihah Athirah Binti Abbas (aku), Siti Hajar Binti Kamaruzzaman, dan Nur Sakinah Binti Wan Nasir telah merancang misi pencapaian SPM 2010 sejak hujung tahun 2009. Kami merancang untuk sama-sama saling tolong-menolong dan mencari guru untuk meningkatkan pencapaian gred pelajaran yang kami susah nak tingkatkan.
Shareen tidak termasuk dalam misi ini??? Sepatutnya Shareen pun aku masukkan dalam misi ini. Tapi memandangkan sikap dia sendiri yang berubah-ubah dengan aku dan agak menyebalkan jiwaku, aku tak masukkan dia dalam misi ini. Risau mengganggu misi yang dah siap aku, Hajar, dan Sakinah rancang awal-awal ni.
Kenapa aku bersama dengan Hajar dan Sakinah?? Hajar ni pelajar yang selalu mendapat nombor 1 dalam kelas. Sakinah yang duduk bersebelahan dengan Hajar pun sekarang dah mula naik top-3. Aku pula dalam top-5 yang hampir-hampir menjejak top-3. Dan kami bertiga dah mula akrab (Akrab Persahabatan??? :p).
Kenapa salah seorang pelajar top-3 tidak ada dalam misi kami??? Salah seorang pelajar top-3 tu ialah Nur Anis Afiqah. Dia memang tiada dalam misi kami sebab Anis dah ada dua orang sahabatnya yang perlu dia bantu dalam meningkatkan keputusan peperiksaan mereka. Anis dah bertiga dengan Nur Anis Shazana (bukan dia punya twin ya) dan Nor Atikah. Dah ada dua kumpulan yang memiliki ahli yang sama kan?! Sampai satu masa nanti, mungkin kami akan bergabung jua. InsyaAllah la...

Tak payah cerita panjang lagi...
Misi Meningkatkan Pencapaian SPM 2010 adalah misi utama aku. Juga bersempena dengan Visi dan Misi SMK Mutiara, W.P Labuan (sekolah aku ok) yang menyatakan SMK Mutiara Cemerlang Tahun 2010.

Agak tunggang-langgang mungkin ayat yang aku tulis di atas. Hahahahaha... aku menulis tanpa berfikir panjang.

Seterusnya ialah misi aku dalam dunia penulisanku. Kebanyakkan hasil penulisanku sebelum ini selalu tergantung. Dan tidak kurang juga yang agak tidak memuaskan. Dalam artikel aku untuk cabaran "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL", aku menghuraikan topik itu melalui kehidupan pelajar dan penulis. Jadi, Misi Tahun 2010 aku juga berlatarkan kehidupan pelajar dan penulis. Yang ini tak perlulah aku hurai panjang-panjang macam di atas. Yang pasti, aku cuba usahakan untuk menghasilkan penulisan yang baik. Usaha lagi untuk menambah-baikkan hasil penulisanku. Tapi, aku sendiri tidak sangka dapat menyiapkan sebuah cerpen yang bersambung dari cerpen aku sebelumnya dalam masa yang singkat. Dan juga, aku dapat menyiapkan dua buah cerpen dalam masa yang singkat. Hah?! Siap dengan gambar-gambar pulak tu...
Bagi sesiapa yang belum baca lagi kedua-dua buah cerpen itu dan ingin membacanya, anda boleh click tajuk cerpen itu di bawah:
Jangan lupa tanggalkan komen anda ya :)

Ok... aku malas nak membebel banyak-banyak... mood agak kurang baik. Adakah aku bakal kehilangan my close friend again???

Ok ar... ayat pun tunggang-langgang, tak macam ayat seorang penulis kot.
Akhir kata, "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL"

Tak lupa juga signature aku XD
"Renungkanlah... fikirkanlah... huraikanlah hujah anda..." N Athirah.


P/s: SMK Mutiara, W.P Labuan ada dua link.
Blog SMK Mutiara: http://smkmutiaralbn.blogspot.com/
Laman Web SMK Mutiara yang baru dilancarkan pada 1 Januari 2010: http://www.smkmutiara.net/
Baca penuh >>