Bila aku ada masalah, aku selalu pendam sendiri... susah sangat nak kongsi dengan orang. Kadang-kadang tu, ada orang sudi nak dengar luahan masalah aku, aku yang tak nak kongsi. Terutamanya pada waktu-waktu sekarang.
Belum lagi kalau ada orang masuk-masuk nak jadi 'pak we' aku. Wowowowowow... minta maaflah. Cukup-cukuplah. Aku tak mahu terluka lagi. Aku sudah bingung dengan pendirian lelaki. Susah sangat-sangat nak cari lelaki yang betul-betul memahami diri ini. Untuk mendapatkan sahabat pun susah, apa lagi teman (hidup?).
Kadang-kadang aku terkesima... kencang jantungku berdegup... kadang-kadang rasa nak ketawa... yalah... Aku baru ja jadi orang tekanan letak tagline kat YM sebagai contoh: "Siapa yang mampu faham perasaanku??? Sejarah Mungkin Berulang...". Dah ada yang prihatin tanya aku ada masalah... Aku bukan tak nak kongsi... tapi, aku rasa biarlah aku luah-luah macam tu saja... Aku rasa aku belum sedia untuk berkongsi. Mungkin kepercayaanku terhadap manusia sudah pudar (mungkinkah?)...
Kini,,, aku hanya tinggal melayan lagu Sejarah Mungkin Berulang nyanyian New Boyz versi lama (zaman remajanya)... Yang versi baru (setelah dewasa) tu tak feeling arr... tak best dengar... sebab tak dapat nangis... hahahahahaha... (gila agaknya...)
I have lost my close friend...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan yang anda hantar akan menunggu masa untuk diapprove oleh penulis...
Harap maklum...