Isnin, 4 Januari 2010

Tekanan | Hidup Berani Untuk Gagal

Hari ini hari pertama persekolahan aku.

Penat? Tidak.
Seronok? Biasa saja...
Tiada yang luar biasa? Luar biasa apanya semua budak dalam kelas tu gila-gila...? Adalah juga yang tidak seperti biasa... ada dua orang pelajar baru, adalah kawan baru..
Kawan baru? Hahahaha... kelakar dengan istilah kawan baru itu... menyesakkan dadaku.

Kenapa dengan tajuk entri ni?
Ya kan... kenapa dengan tajuk ni?

Aku tekanan... tapi bukan kerana hari persekolahanku. Hari persekolahanku pagi tadi sehingga jam 2 petang memang menceriakan dengan sikap gila-gila pelajar kelas itu...terutamanya lelaki. Lebih menggembirakan aku apabila Puan Mazni Binti Paita, Guru Tingkatanku tahun ini menyusun kembali kedudukan pelajar dalam kelas kami dan aku yang mengalami masalah mata diberi peluang duduk di tempat paling hadapan, agak stragik kerana berhadapan dengan papan hitam dan berdekatan dengan meja guru. Cuma agak kekok kerana di sebelah kiriku adalah pelajar lelaki baru, Adham. Dan sebelah kananku, aih...kenapalah Falina yang ditempatkan di sebelah tu. Tak ada orang lain ka yang boleh dibagi...? Terganggu la aku sikit. Nasib baik Azrinah ditempatkan di belakang aku. Tidaklah begitu jauh dari aku.

Jadi, apa sebenarnya yang memberi tekanan kepadaku?

Hari ini barulah aku membaca novel SETEGUH KARANG, novel BM tingkatan 5. Bukan selama ni aku malas nak baca. Aku teramat sangat tidak sabar ingin membacanya. Tetapi, sepanjang cuti, akibat lalai melayan contest dan internet menyebabkan aku lupa pada buku teks yang telah diberi tahun lepas. Tetapi, bukan itu juga menyebabkan tekananku. Malah, adanya novel itu untuk kubaca telah menghiburkan aku. Bukankah buku juga sahabatku. Amarah, ceria, lucu, tangis dan pelbagai perasaan lain kuluahkan di hadapan buku yang pastinya tidak mampu bersuara itu. Tetapi, aku agak puas kerana sekurang-kurangnya apa yang terpendam itu dapat kulepaskan.

Tekanan... ya aku tekanan...
Kerana apa?

Aku sudah lama tekanan. Tekanan dengan yang namanya 'teman'. Teman apa? Ah, terpulanglah kepada sesiapa yang rajin menilainya! Tetapi aku benar-benar tekanan dengan yang bergelar 'teman'.

Dan hari ini... aku berasa bebas. Tapi di hatiku, tertekan!!! Untuk apa aku tekanan??? Ah, aku memang begitu! Lebih banyak memikirkan orang lain, menjaga hati orang lain sehingga hatiku sendiri tidak terjaga. Akhirnya, aku sendiri tekanan.

Kenapa selepas kebebasan aku, hadirnya tekanan? Ya... tekanan... kerana ada sesuatu yang belum kulunasi. Apa? Itulah yang namanya 'sahabat'. Terpana. Ya... aku terpana. Terpana dengan apa yang berlaku (agaknya). Sedih? Marah...itu yang lebihnya.
Menyesal? Jauh sekali bagiku untuk itu. Aku menjalani Misi Tahun 2010 ku, mustahil untukku mengalah dengan perkara remeh (mungkin) sebegini. Bukankah aku kini telah menyahut cabaran "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL"...? Ini bermakna, aku tidak wajar untuk mengalah di awal misiku. Kegagalan bukan alasan untuk aku jatuh terus menjunam ke bawah. Itu bukan azam baruku!

Aku diam... kufikirkan kembali diriku... Hipokrit? Itulah aku, mungkin. Kerana sentiasa di dalam kepura-puraanku dalam menjaga hati orang lain. Siapakah mampu mengerti...?


Aku diam lagi... merenung, berfikir, dan akhirnya menghuraikan hujah-hujah buat diriku sendiri... Bukankah itu signatureku sendiri...? Dan kini aku gunakan sepenuhnya... Sejarah mungkin berulang... namun perjalanan kuteruskan jua...

Mood aku masih kurang baik. Dan ianya lebih dari itu kerana betul-betul tidak baik. Namun, kuluahkan jua setiap huruf yang menjadi perkataan dan terus menjadi ayat melalui papan kekunci komputer lama ini. Mungkin itu mengundang puas padaku.

Akhir kata tanpa signature,
Entri ini hasil dariku sendiri... ayatku sendiri... Mungkin agak berbeza dari yang biasa... kerana aku senang dengannya...

Wassalam...

"HIDUP BERANI UNTUK GAGAL"

P/s: Mungkin aku agak serupa dengan watak Awanis/Anis di dalam novel Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang anda hantar akan menunggu masa untuk diapprove oleh penulis...
Harap maklum...