N Athirah @ Siti Puteri Rawija

Selasa, 24 Jun 2014

Birthday Wathiqah

Hari ni, di kesempatan ini, sebelum NAA balik rumah, NAA nak update khas untuk adik bongsu NAA!

SELAMAT HARI LAHIR

Dah genap lapan (8) tahun umur Wathiqah. Sekarang tengah belajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Kalam dan Sekolah Rendah Agama Islam Nurul Hidayah, Kg Layang-layangan dalam Darjah Dua.

NAA dan Wathiqah, ni gambar dia masih tadika

Kalau tak silap gambar ni Wathiqah dah Darjah 1
Haa... Dua gambar ni NAA ambil dalam laptop ni. Rasanya caption tu tak salah. Sebab masa Wathiqah tadika, diberi kelonggaran untuk keluar tidak bertudung. Semenjak dia darjah satu, dah kena pakai tudung macam kakak-kakak dia yang lain. Rindu dengan adik comel ni, dia di Labuan, NAA di Selangor-Kuala Lumpur.

Semoga Wathiqah membesar jadi anak yang solehah, kuat, pintar, menyenangkan hati keluarga. Belajar rajin-rajin supaya sudah besar nanti jadi hebat. Lebih hebat dari kakak-kakak yang lain. Sayang dan rindu Wathiqah selalu walau kita berjauhan.
Selamat Hari Lahir...

Ulangtahun kelahiran ke 8 tahun!
Seronoknya Wathiqah dapat makan di MarryBrown (MB)...

Nanti Hari Raya kakak balik Labuan...

Love,
Kakak Puteri & Abang Aiman
Kenangan kami bertiga di KLIA
Baca penuh >>

Isnin, 23 Jun 2014

Princess si Sugar Glider

Jiwa dah mula merindu si manja yang seekor ni... Nama dia Princess, umur 3 tahun. Dia suka makan chicken protein. Senang je nak manja. Masih teringat moment masa duduk bilik sewa rumah kedai kat Setapak... NAA lepaskan dia di bilik nak main, dia pula ajak main chak-chak. Lari pergi belakang almari, NAA chak dan ambil dia. Lepas tu dia lari ke belakang almari lagi ulang-ulang sampailah NAA penat, biarkan je dia. Agaknya dia tunggu NAA tak datang, dia keluar balik tengok NAA. Comel sangat muka dia yang bulat tu. NAA tau kalau lepas kat bilik, dia tak akan lari keluar pun. Princess budak baik. 
Princess
NAA bahasakan diri NAA sebagai umi bila dengan Sugar Glider ni. Abg Aiman pula, abi. Seronok pelihara anak-anak bulus ni. Tapi kalau kita dah mula tak banyak masa dengan dia, kasihan kan. Kesian sangat-sangat bila dia perlukan teman untuk bermain dengan dia.


Princess makan honey dew, rindunya wajah kusyuk makan buah ni
Bukan tak sayang, tapi kerana sayang lah NAA biarkan dia bersama teman baru. Harap-harap lepas ni dia happy sebab dapat husby baru. Harap-harap serasi dengan persekitaran baru. Bila lah lagi dapat tengok dia lagi. NAA bakal bernikah nanti, Princess tak dapat tengok abi dan umi dia dah halal. Bukan dia sahaja. Adik-beradik angkat dia yang lain seperti Conan dan Sherry yang dah kembali pada Pencipta serta Nicky bekas husby Princess yang bakal dijual akan datang. NAA dah tak mampu nak jaga Adult Suggies sebab masing-masing dah tak ada pasangan. Perangai masing-masing pun dah mula berubah semenjak Conan dan Sherry tiada. Semua corak bahagia berubah semenjak kedua-dua pengerat hubungan itu meninggalkan umi, abi, adik-beradiknya, dan dunia. Sakit sebenarnya untuk dikenang.

Hadiah perpisahan dari Princess, kuku yang tajam belum potong berpaut kat tangan.
Kalau ada rezeki, nak lawat Princess kat Bentong, Pahang. Jauhnya Princess merantau. Umi rindu Princess walau baru sehari kita terpisah. Patut la masa umi jenguk tengahari tu, Princess tunggu umi kat pintu cage walaupun Princess dah mula takut dengan umi sebab umi dah lama tak main dengan Princess. Rupa-rupanya itu tanda-tanda Princess nak berpisah dengan umi. Tiba-tiba pula ada orang contact umi nak beli Princess. Umi mula-mula buat layan tak layan je sebab orang selalu tak nak beli SG umur 3 tahun. Tapi rupa-rupanya dia serius. Dan umi serius terkejut sebab dia orang Pahang. Jauhnya dia nak bawa anak umi pergi. Baru umi sedar, terpisah hidup berbeza rasanya dari terpisah mati. Dan lebih sedih jika berpisah hidup tu tak dapat berjumpa atas dasar jarak. Terpisah mati kita dah tahu hakikatnya dia dah kembali kepada Pencipta, sedangkan terpisah hidup, kita tidak pasti apa takdir yang mendatang.
Love,
~umi & abi~
Baca penuh >>

Isnin, 16 Jun 2014

Posting Pertama Tahun 2014

Assalamu'alaikum U oollsssssss!!!!

Hahaha... Kenapa NAA dah nak start merapu ni?

NAA sekarang dah habis belajar tau, dah tamat praktikal bulan Februari 2014. Tunggu nak graduate je, tahun depan kot. Woopppsss! Lamanya... Maklumlah, SIIUC kannn...

Sekarang NAA kerja tetap dah. Kat company tempat NAA praktikal dulu. Office kat Setapak, Kuala Lumpur. Kerja sebagai Website Administration. Tu nama jawatan la, tapi bila tanya buat apa, NAA tau jawab kerja jaga website, Facebook and WhatsApp company je. Sebab main tugas memang itu pun. Tapi macam-macam juga tau buat dalam tu. Macam kerja sales marketing pun ada, kerani pun ada kot. Hahahaha... Staff kat sini tak ramai, tu yang best! Tak payah serabut sangat nak ramai-ramai staff, bukan senang nak perangai sekepala. Dah tu, staff yang jadi patner NAA kerja kat sini pula memang rakan se-kolej NAA sendiri, se-fakulti, tapi lain bidang. NAA Sains Komputer, dia E-Dagang. Haaa... NAA tarik dia kerja dengan kitorang pun sebab memang sesuai dengan bidang dia tu.

How about Abang Aiman?
Dia pula kerja yang berbeza dengan bidang dia. Hehehehe... Kerja sebagai Recovery Officer kat Setapak juga. Tapi dia kat Sri Rampai, NAA pula kat Taman Medan.

Tempat tinggal NAA pula tak jauh dari rumah saudara-mara Abg Aiman. So, senang nak ulang-alik kerja sama-sama. Hulu Langat-Setapak.

Okay lah, waktu kerja NAA dah habis ni. Habis kisah kat sini lah untuk hari ni. Saja nak mula blogging. Entah bila lagi NAA sambung. Hahaha... Tiga tahun NAA jarang jenguk blog ni semenajak jumpa coding programming. Hakhakhakhak...

Insya-Allah NAA rajin-rajin nanti NAA update la merapu-rapu kat blog ni lagi. Heeeee...

Dah makin jauh beza umur NAA dengan zaman blogging dulu. Zaman sekolah rajin nak blogging, merapu-raban la kat blog ni bercerita pasal sekolah dan hidup. Macam-macam. Kalau baca semula, rasa kelakar. Banyak kenangan yang sempat dicatat dalam blog ni. Al-maklumlah, tak minat tulis diari. Dah lebih kurang 7 tahun berkecimpung dalam dunia blog ni, entah berapa kali tukar laman baru dah...

Erk... Agaknya ada cara penulisan yang dah berubah juga kan. Agak kurau sikit. Hikhikhik... Mentang-mentang la duk KL. It's okay, balik Labuan still tau cakap Labuan tau.

Ok...ok... Ni dah over dah. Tadi kata dah habis waktu kerja. Ye, memang dah habis. Nak sudah la ni... Tataaaaa...

Assalamu'alaikum dan semoga bertemu lagi...

Gambar-gambar tak ada, banyak letak dalam smartphone. Hihihihi...
Baca penuh >>

Jumaat, 4 Oktober 2013

Kenangan itu, manis menjauh, pahit mendampingi...

Assalamu'alaikum semua...

Malam ni terdetik nak jenguk blog kesayangan ni sambil-sambil dengar lagu yang melekat kat sini. Ada idea nak tukar html code lagu ni. Lagu ni buat stuck loading blog la... Kalau guna line wi-fi / unifi / streamyx or so on, memang tak terasa. Tapi yang guna broadband, confirm terasa. Huhuhu...

Rindu la dengan blog ni. Rindu zaman blogging dulu. Taip bukan main laju lagi kan mengarang kisah. NAA aktif dengan blog masa sekolah menengah hingga habis SPM. Tapi sejak masuk kolej ni, blog jarang dah jenguk. Penangan kehidupan di kolej la ni. Dengan assignmentnya, presentationnya. Macam-macamlah. Tapi bukan tak ada masa terluang. Ada... NAA je tak jenguk blog bila mana ada perkara lain pula yang NAA dahulukan.

NAA sekarang dalam minggu final exam. Dah tahun akhir. Semester hadapan dah praktikal. Sekejap je kan tiga tahun tu berlalu. Dalam tempoh tiga tahun tu juga la blog ni terabai, posting pun sikit je, tu pun kalau sempat buat entri. Yang banyak NAA buat, posting kat status Facebook je. Tu pun tak lah panjang macam entri-entri NAA dulu zaman sekolah. Entah siapa la yang rajin baca entri merapu NAA dulu ye...

NAA suka menulis... NAA juga penulis... Banyak perkara NAA nak tulis. Pasal kawan-kawan, teman istimewa, kenangan, projek, pensyarah, dan banyak lagi... Tapi NAA tak ada masa buat semua tu. NAA sibukkan perkara lain. Tambahan pula bila NAA bertemu coding, perkara lain terus NAA abaikan.

NAA dah habis menghadapi presentation Final Year Project 2. Sistem yang NAA buat kelihatannya diterima. NAA syukur sangat bila NAA berhasil melepasi halangan terbesar yang kami rasakan untuk menghabiskan diploma ni. Benarlah bila kita yakin kita mampu, kita akan mampu melakukannya...
___________________________________________

Sebenarnya NAA just nak luah sesuatu yang memberatkan semangat jantung nak pam darah ni ha....

Tadi, bila NAA scroll news feed di Facebook, NAA ternampak gambar someone yang meninggalkan kenangan yang sentiasa mengulang tayang di layar minda NAA. NAA nak singkirkan dia dari kenangan kerana kenangan yang dikenang itu bakal mengundang sakit hati. Tambah sakit hati bila tiada kata-kata maaf, malah ego yang diberi. "Dan sakitnya hati bila dah add aku as friend di Facebook tu, buat macam tak pernah kenal aku pula kan." Apa ntah salah NAA dia buat macam tu. Menyesal NAA cari dia dulu. Lelaki kalau dah ego macam tu, berkira-kira juga nak tarik balik kemaafan atas apa yang dia pernah lakukan sebelum kami kenal rapat dulu. Tapi, jap lagi buruk siku pula NAA kalau tarik balik kemaafan tu kan. Hahaha... Terasa juga nak tanya dia kenapa dia buat macam tu kat NAA, tapi bila mengenangkan balik sikap dia, malaslah.  Lagipun, Abg Aiman kan ada. Apa nak kisah...

Tu je mampu luahkan. Kenangan itu sebenarnya indah, manis, membahagiakan. Tapi menjadi musnah, pahit, dan menyakitkan bila watak dalam kenangan itu sendiri mengasingkan NAA dari jalinan persahabatan tu.
Baca penuh >>

Sabtu, 4 Mei 2013

PRU13 dan Kerajaan Akan Datang

Sekarang ni musim PRU13. Tarikh mengundi esok je dan status Facebook dan tweet di Tweeter berhambur mengenai politik.
Kita perlu sedar bahawa politik dan Islam tidak boleh dipisah. Tanpa Islam, pincanglah politik itu kerana Islam ini eksklusif - sempurna - a way of life - syumul. Tapi sedih rasa bila dilaga-lagakan dan dimomokkan andai Islam itu dijalankan, hancurlah kehidupan dalam negara tu. Layakkah orang yang berkata sedemikian mengaku dirinya mukmin? Sedangkan dia menolak Islam. Berbeza orang kafir yang menolak hukum Islam dan muslim yang menolak Islam. Lihat sendiri...

Pernahkah anda membaca sejarah pentadbiran Yathrib yang ditukar kepada Madinatul Munawarah hancur apabila Rasulullah memerintah? Sedangkan kehidupan suku-suku kaum yang berpegang kuat pada prinsip assabiyah itu dapat Rasulullah satukan. Dua kaum yang berlainan daerah, yang satu penduduk tetap dan yang satu pendatang baru, juga dapat dipersaudarakan. Tidak relevenkan hukum-hukum Islam dengan kemodenan berteraskan prinsip Islam? Mengapa prinsip-prinsip yang dijalankan pada zaman masyarakat jahiliyah itu juga yang menjadi ikutan masa kini yang dianggap moden? Moden yang ketinggalan zaman.

Malu apabila mendapat tahu orang barat yang kafir tapi hidup menggunakan prinsip Islam. Malu apabila menyedari kita memajukan kehidupan dengan tunduk pada telunjuk barat. Malu apabila tiada usaha untuk berubah seperti yang ditunjukkan oleh sebahagian penduduk Yathrib yang ke Mekah bertemu Rasulullah.

Yang kelihatan pada masyarakat sekarang ni, takut untuk maju, takut untuk berubah, takut untuk mencuba. Takut apabila terus tunduk pada momokan dari orang yang tidak mahu berubah. Seperti musyrikin Mekah yang terus-terusan menghina, memfitnah Nabi Muhammad dan menakut-nakutkan orang yang ingin kepada kebenaran. Masyarakat kini takut dengan andaian-andaian yang belum terjadi. Kerana takut itu, direlakan diri tidak berubah. Tidak takutkah bila disoal di akhirat nanti?

Ada kawan NAA berkata, "kalau kerajaan berubah, siapa memerintah?"
"Kalau parti ini tak apa, kalau yang itu bahaya."
Kita inginkan yang ini, tapi kerana yang itu ada; yang ini kita takut nak ambil, yang itu kita tolak, dan yang lain kita biarkan. Bilanya nak berubah?

Sedar atau tidak, 'Ulama itu pewaris Nabi.' Maka, sokonglah Ulama. Mereka lebih arif, dan mereka tahu akan tindakan mereka. Mengapa perlu dipertikai.
Dalam pemilihan pemimpin, kita tahu kita ada perlembagaan, kenapa percaya pada momokan bahawa kafir bakal memerintah?
Dan lagi, kita lihat pilihan pemimpin itu, pasti dia Islam, lihat pimpinan keluarganya, dan lihat usahanya sekarang. Lihat ke-musliman-nya. Lihat usahanya untuk ummah. Tetapi bukannya dilihat pada tuduhan-tuduhan yang kita tidak lihat dengan mata sendiri akan sahih-nya.

"Bila datang orang fasik yang membawa khabar, selidikilah"
"Orang yang diburukkan(fitnah) belum tentu buruk. Tetapi orang yang memburukkan orang lain itu sudah tentu buruk."
Hancurkah Islam pada zaman kepimpinan Umar Al-Khattab. Tahukan siapa Saidina Umar pada zaman jahilnya. Sikap tegas itu tetap ada walau dalam Islam. Tetapi pada zaman pemerintahan Saidina Umar lah pengaruh Islam berkembang lebih luas. Siapa dia sebelum ini tidak penting, lihatlah siapa dia sekarang.

Teringat kata-kata pensyarah NAA di Fakulti Sains Teknologi Maklumat:
Apabila Salahudin Ayubi dilantik menjadi PM Mesir, tanah yang dirampas pemerintah dikembalikan, zakat dikuatkuasakan, bantuan kepada orang tua & miskin diberi. Elaun pembesar istana dipotong, pemberian hadiah dihentikan & APA juga bentuk pembaziran dihentikan. Hal ini mengundang kemarahan & sakit hati Najah (penasihat khalifah) kerana tak dapat hidup mewah & berfoya-foya lagi.
NASIHAT SAYA: jika ditakdirkan Allah Hadiahkan 'Salahudin Ayubi' kpd rakyat Malaysia PRU13 nanti, hati-hati dengan orang-orang seperti Najah & konco-konconya. B-)
Wallahualam - Dr. Mokmin Basri

Dan ingatlah, Rasulullah tidak mengajar kita budaya fitnah. Kenapa itu yang dipergunakan? Sampai dikeluarkan fatwa 'dibolehkan putar-belit' - untuk kepentingan sendiri(?).


Buat pengundi-pengundi yang layak mengundi tu, tolonglah memberi undi kepada yang boleh memberi masa depan kepada kami yang belum layak mengundi ni...
DITAMBAH 5 TAHUN 
atau
BERI 5 TAHUN YANG BARU
Baca penuh >>

Isnin, 29 April 2013

Update Dalam Kuliah

Salam pagi, semua! ^_^

NAA sekarang ada dalam Dewan Kuliah IT (DKIT) ni. Ada kuliah subjek E-Commerce. Tapi kuliah ni unik tau. Sebab lecturer NAA ni bukan sekadar beri kuliah subjek ni. Tapi diselit juga isu semasa, kisah-kisah agama, perbandingan dengan kehidupan di barat atau mana-mana luar negara, kepimpinan, dakwah, dan macam-macam lah. Yang paling best atau lucu, cerita berkaitan PRU13! Hehehe...

Aduh! NAA lapar ni. Kuliah sampai pukul 10 pagi. Lepas tu ada kelas tutorial subjek yang sama. Huhuhu... Selepas kuliah ni nak cepat-cepat cari makanan. Hehehe... Lapar ni...

Ok, nak sambung dengar kuliah. Menahan la dulu lapar ni...

Baca penuh >>

Ahad, 17 Februari 2013

Makanan di kolej

Salam dan sejahtera buat semua...
Tengah bosan sebenarnya ni... Tu yang mula gatal menulis entri baru. Hehehehe...

Duduk di hostel ni bosan juga ya. Memang bosan pun. Makanan pun lebih kurang ja. Kalau duduk di rumah, haa... macam-macam ada. Masak je lah apa yang nak dimakan. Bila duduk hostel, start semester satu ja, hari-hari kena beli makanan.

Aku ingat lagi dulu, pagi atau tengahari makan nasi berlauk. Malam, makan burger. Hari-hari lah rutin aku macam tu sampailah pertengahan semester. Cuti pertengahan semester, hari-hari makan maggi atau keropok. Hahahaha... Al-maklumlah cafe tutup. Nak menapak keluar, malas nak jalan kaki. Hari yang ada pasar malam je la baru aku keluar. Dah habis cuti pertengahan semester tu lah baru ada perubahan dari segi pemakanan aku. Waktu tu juga baru lah mula nak keluar ramai-ramai dengan members ke bandar.

Semester dua pula, aku masih mampu makan je apa yang ada. Kira perut masih boleh menerima lah tu kan. Hahahaha... Masa semester dua tu lah aku beli periuk nasi untuk masak sendiri. Asyik-asyik makan nasi goreng perencah. Hahaha... boleh tahan la. Sampai ke semester pendek pula, boleh dikatakan hari-hari makan nasi putih dan telur dadar, kadang-kadang makan maggi. Kalau pergi pasar malam atau keluar ke bandar barulah ada makan makanan lain.

Makanan rutin aku sepanjang short sem

Semester tiga pula, macam-macam makanan masuk dalam perut. Hahahaha... Waktu tu baru lah mula mencari makanan lain. Makanan sama jadi bosan. Ok, boleh tahan lagi lah. Jarang masak di hostel walaupun ada periuk nasi. Faktor kurang keselesaan juga menjadi salah satu sebab.

Sekarang dah masuk semester empat. Dah nak penghujung. Seriously aku makin naik bosan dengan makanan yang ada hari-hari. Walaupun sekarang aku masak sendiri, tapi masih terbatas sebab di bilik aku hanya boleh diletakkan bahan kering sahaja. Bahan basah tak ada tempat sebab tak ada peti sejuk. Aku tertanya-tanya juga makanan apa lagi yang boleh membuka selera aku? Tapi, bila persoalan itu yang berlegar-legar, jawapan yang aku terima ialah nak makan makanan francais seperti pizza, McD and so on. Hohohoho...

Nak makan apa lagi...???
Baca penuh >>

Jumaat, 15 Februari 2013

Yuhuu... Jenguk sebentar

Hehehehe... Saja-saja je nak jenguk-jenguk blog ni. Rasa rindu pula dengan dunia blogging. Tapi kesibukan dalam dunia kolej membataskan waktu untuk aku dating dengan blog kesayangan aku ni...

Masa aku menaip entri ini pun sebenarnya aku sedang menunggu masakan aku siap. Lepas tu boleh makan... Hehehe... Dah lapar ni... Kalau lah bilik hostel aku ni ada peti sejuk, macam-macam aku boleh masak walaupun sekadar menggunakan periuk nasi. Tapi apa boleh buat, makanan tin dan bahan kering je boleh letak kat bilik ni... Huhuhuhu... Beginilah nasib budak asrama...

Dan lagi, aku sebenarnya menunggu ambuyat -.-"
Aku minta ibu aku pos-kan ke kolej aku ni. Minggu lepas hari Jumaat ayah pos. Ahad, Isnin, Selasa cuti Tahun Baru Cina, hari Rabu barang pos aku dari Labuan tu dah arrive kat Pejabar PosLaju Kajang. Tapi sudahnya sampai ke hari Jumaat still kat PPL Kajang! WHAT THE?! Nak tak nak aku terpaksa ambil inisiatif lain untuk mendapatkan barang aku tu. Makanan tu... Siap ada KitKat, coklat kegemaran aku lagi. Dah seminggu ni geng. Tak boleh jadi ni! Pertama kali barang yang keluarga aku kirim tak sampai ke kolej. Selalunya PosLaju ambil masa sehari je kan. Kenapa dah jadi PosLambat pula ni?! Tukar nama je la ooiii...

Ambuyat oh ambuyat. Aku dah mengidam ni. Dengan supervisor Final Year Project aku pun dah mengidam sekali (lelaki pun ada mengidam ae?)

Ambuyat yang siap ditumpah (bancuh). Ambuyat = sagu
Gambar Hiasan yang dicilok dari Cik GoogleImage
Ada masa nanti aku nak pos entri mengenai ambuyat la pula... Tapi nak tunggu ambuyat aku sampai dulu... Cepat-cepat la sampai kat aku...
Baca penuh >>

Rabu, 10 Oktober 2012

Pandai Tapi Sombong?

Bila kita tak pandai, orang tak nak kawan dengan kita. Dipinggir kita jauh-jauh. Terutamanya orang yang pandai, kebanyakannya sombong dengan kita.
Tapi, bila kita pandai, orang dengki pula. Tak suka kita pandai...

Pelik kan manusia zaman sekarang ni. Semua dia tak puas hati.

Zaman aku sekolah rendah dulu, sampaikan aku tak suka dengan orang pandai. Sebab apa? Sebab dorang sombong. Aku kawan dengan orang tak pandai, lagilah dorang pinggirkan aku.

Dah aku sekolah menengah, aku pernah kawan dengan orang yang pandai (budak ni tak berkaitan dengan kawan-kawan sekolah aku). Dari cara dia berinteraksi dengan aku, nampak la juga kesombongan dia (mungkin aku je perasan, dia tidak). Maklumlah, budak pandai. Sekolah memang kat sekolah yang hebat-hebat... Tak macam aku, sekolah biasa ja. Tapi waktu tu dia berkawan juga dengan aku. Sampailah habis tingkatan tiga, dengan keluarnya result PMR yang menunjukkan pencapaian akademik aku sederhana ja. Sedih juga, tapi tak nampak pun aku sedih. Sebab aku happy bila tengok result tu meningkat dari prestasi peperiksaan biasa.

Tapi faham-faham lah. Orang yang pandai, tempatnya akan dapat lebih tinggi dari kita. Kita yang sederhana ni, kekal la di tempat kita. Dan sejak tu, aku dan budak pandai tu terpisah macam tu ja. Budak pandai, lagi busy dia dengan kehidupan dia. Aku ni pula jenis bermain-main, tak serius memanjang dengan pelajaran. Alhamdulillah la kawan-kawan sekolah menengah aku sejak tingkatan 1 hingga 5 yang pandai-pandai tak sombong. Baik je dorang kongsi pengetahuan.
Bak kata kawan-kawan aku yang perangai gila-gila: "Harta TUHAN bagi-bagi."

Habis aku tingkatan 5, orang yang sombong tu pula macam makin terserlah la pula sombongnya. Dah tak macam mula-mula dia nak kawan dengan aku. Maklumlah, kawan dia lagi baaaannyyyyaaaakkk yang pandai-pandai. Tak ada aku, tak rugi pun KAN!!!??

Fine!!! Sejak tu, aku nekad, "kau ingat aku tak pandai, aku tak boleh sambung belajar?" Yes, aku sekarang dah sambung diploma tahun kedua. Sekarang dah penghujung semester 3.
Kata orang, "kalau jealous, buat / ikut!" Kata kami zaman sekolah dulu (dalam bahasa kedayan): "Nda majal, nda lurih!"
Di sini aku berusaha dengan cara aku untuk tunjukkan aku pun boleh pandai. Mungkin dia tak nampak semua tu, tapi aku boleh buktikan ke atas diri aku sendiri, dan aku boleh jadikan pedoman hidup aku. Bila pandai, tak boleh sombong kat orang tak pandai. Dah pandai, kepandaian tu bukan tiket untuk tak berkawan dengan orang yang tak pandai. Kepandaian tu lah tiket untuk berkongsi ilmu dengan kawan-kawan. Bantu kawan-kawan untuk sama maju. Bukan tinggalkan kawan-kawan di belakang. Ajak kawan-kawan tu kejar kita, saingi kita. Baru namanya kawan sebenar. Baru lah berguna kepandaian yang ada tu.

Kalau kawan-kawan yang belajar dengan aku, tengok perangai aku, aku kat sini tak lah fokus penuh belajar ja. Aku bermain juga. Enjoy juga. Itu cara aku. Aku tak suka stress. Walaupun dalam minggu final exam aku masih boleh enjoy lagi. Study lagi la last minutes. Tapi, syaratnya aku mesti hadir penuh kelas, dan faham betul-betul setiap subjek yang dipelajari. Baru boleh dapat markah yang tip-top. Carry marks tu la yang paling penting sekali untuk mendapatkan pointer terbaik.

Orang nak jealous sebab aku pandai, lantak lah. Tapi kalau orang nak belajar kat aku, aku on je. Ilmu tu bukan milik aku seorang. Selagi kawan-kawan aku tetap nak minta bantuan aku, aku cuba penuhi. Sebab aku tak nak jadi orang kedekut ilmu. Bimbang ilmu yang ada tu tak berkat kalau kita kedekut. Memang nak bersaing jadi yang paling baik antara semua. Tapi biarlah secara sihat, jujur. Kalau boleh, konvo nanti aku nak dengan semua kawan-kawan aku.

Bila sekarang aku dah macam ni... Terfikir juga aku masa lalu. Punca aku nekad berusaha untuk capai yang terbaik adalah kerana tersinggung dan tak suka dengan orang pandai yang sombong. Dan sekarang, aku pun tak nak tergolong sebagai orang pandai yang sombong.


Psstt... Nak cari hadiah untuk yang tersayang, keluarga atau rakan? Untuk sendiri pun boleh... Korang boleh design sendiri tau. Siap diberi discount lagi. Jom Tengok kat sini. Klik je tulisan ni... 
Baca penuh >>

Selasa, 2 Oktober 2012

Man Jadda

Assalamu'alaikum reader!

Alhamdulillah exam Mandarin I petang tadi berjalan dengan lancar. Boleh tahan senang juga. Nak tulis karakter pun senang. Syukur alhamdulillah. Exam Ulum Al-Hadith Abang Aiman pagi tadi pun dia kata alhamdulillah boleh jawab. Syukur ke hadrat Ilahi atas ilham dan ilmu yang dikurniakan. Esok dan lusa aku free dari exam, tapi assignment Mandarin aku tak siap lagi tau. Hehehehe... Nak siapkan minggu ni. Abang Aiman pula esok exam Al-Lughah Al-Arabiyyah III, lusanya Al-Makhdal Ila Ilm Al-Dakwah. Semoga dia dapat menjawab dengan baik. Sekarang dia tengah study arab untuk esok, katanya alhamdulillah ok setakat ni.

Cakap pasal bahasa arab, kebetulan salah seorang rakan FB, rakan sekolej, rakan sefakulti, tetapi bukan sama kursus, kongsikan pepatah arab "Man jadda wa jada" beserta maksudnya. Tetapi dia tulis terbalik, "Wa jadda man jada" -.-"

Jadi di sini aku pun nak kongsikan sama. Ramai yang selalu kongsikan "Man jadda wa jada" yang maksudnya: Sesiapa yang bersungguh-sungguh pasti akan berjaya. Tetapi aku nak kongsikan pepatah ini panjang sikit beserta maksud yang mendalam...

Zaman sekolah menengah waktu belajar Bahasa Arab Tinggi, kami ada belajar balaghah dan al-hikam wal-amsal. Pepatah yang ini ialah al-hikam wal-amsal.
 
من جد وجد ومن زرع حصد ومن سار على الدرب وصل
 (Man jadda wa jada, wa man zaro'a hasada, wa man sara 'alad-daraba wasala)
Maksudnya:
"Barangsiapa yang bersungguh-sungguh dia akan berhasil, barangsiapa menanam dia yang memetik, barangsiapa yang berjalan dia akan sampai."

Unikkan pepatah arab ni. Ada satu lagi yang dipetik dari Surah Al-Insyirah (ayat 6):

 إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
(Inna ma'al 'usri yusra)
Maksudnya: Sesungguhnya dalam kesusahan itu ada kesenangan

Indahnya Al-Hikam Wal-Amsal. Lagi-lagi kalau dipetik dari ayat Quran atau Hadith. Waktu aku belajar balaghah di sekolah, banyak kata-kata arab yang penuh dengan balaghah (simbolik). Bila dapat hikam wal-amsal, lagilah nampak keindahan sastera arab. Subhanallah... ^_^
Baca penuh >>

Isnin, 1 Oktober 2012

Final Exam ~ MANDARIN I

Esok, 2 Oktober 2012 (Selasa) Pukul 2.30 petang adalah time my first paper for final exam. Yang buat aku tension, esok paper Mandarin I, killer subject dowh! Assignment terakhir yang lecturer ni bagi pun tak siap lagi.


Penat aku buat benda ni -.-"
Ada 16 mukasurat lagi belum penuh. Ada mukasurat yang baru buat beberapa baris, ada mukasurat yang dah hampir penuh tinggal beberapa baris ja lagi...
Buku ni jenis kotak-kotak 13 x 13. Tapi satu baris aku guna 12 kotak ja. Sebab lecturer minta 1 karakter tulis 24 kali. Kalau satu perkataan 1 karakter ja, boleh la buat 2 baris sahaja. Tapi kalau satu perkataan ada 4 karakter, kena buat 8 baris!

Ambik kau 43 mukasurat semuanya!
Bermakna, aku dah completed 27 mukasurat.

Benda alah ni paling lambat Jumaat ni kena hantar. Aku rasa nak koyakkan je helaian yang mukasuratnya tak lengkap lagi salinan karakter tu. Malas dah nak tulis... huhuhu...

Esok pagi nak kena buat revision sebelum jawab paper petang tu... Gara-gara assignement terakhir yang diberikan pada kelas terakhir ni lah menyebabkan satu subjek pun aku tak study lagi. Macam lah aku nak ambil exam subject ni ja sampai dah nak jawab final exam pun kena bagi assignment. Dah la kena beli buku baru. Padahal buku assignment yang aku hantar hari tu untuk assignment 1 hingga 5 tu masih tebal lagi kekosongan yang ada.


Abang Aiman pun tengah tension sekarang. Esok pagi pukul 9.00 dia kena hadapi exam Ulum Al-Hadith. Killer subject juga. Dia dah lama cuba study, tetap susah nak masuk. Aku pun tak tau nak buat macammana sebab benda tu dalam bahasa arab. Aku just boleh bagi semangat je lah kat dia. Semoga kami sama-sama tenang hadapi exam esok. Aamiin...
Baca penuh >>

Isnin, 24 September 2012

Study Week

Salam Isnin, blogger!

Masih ada ke yang ikut perkembangan blog ni ye? Hahahaha... Jarang nak update blog, begini lah jadinya... Hehehe...

Hari tu aku buka dashboard akaun blogger aku ni, ternampak komen baru daripada salah seorang mungkin bukan pembaca yang sedia ada... Sepertinya pencari di google. OPS! Boikot GOOGLE.COM bagi menyokong penentangan terhadap penghinaan terhadap Rasulullah melalui video 'Innocence of Muslims'!
~sesibuk manapun, perlu alert dengan isu semasa. Tapi, blogger ni dari google juga kan -_-" Okeyh! Kita guna media yang ada ke arah kebaikn\an. Media-media sebegini dijadikan medium dakwah untuk ummat! Seperti Facebook yang merupakan laman sosial hasil dari yahudi, kita boleh gunakan sebagai medium dakwah, gunakan secara betul. Bukan nak jadi macam yahudi juga... Kan!

Oh, ya! Dah menyimpang ke arah lain. Sambung cerita tadi. So, aku approve komen tu. Komen tu tanya pasal tanah yang dijual. Yes! Tanah tu masih belum djual. Dah ramai yang tanya, tapi belum dibeli oleh sesiapa. Jika berminat, boleh lah terus menghubungi nombor telefon yang tertera. Lagi cepat, lagi bagus. Hehehe...
Link  iklan Tanah Untuk Dijual -->> KLIK SINI

Ok. Berbalik pada tajuk entri ini. Sekarang dah masuk minggu 'cuti study week'. Kalau dalam takwim pelajar tulis 'study week' je. Tapi aku letak 'cuti' sebab minggu yang ni dijadikan cuti. Sedangkan sepanjang minggu di kolej ni adalah 'study week' sebab kena hadiri kuliah. Hehehe...
Tapi, aku tak cuti pun. Masih di Mahallah yang sememangnya mahal ni lagi. Tak balik Labuan sebab cuti seminggu ja. Lagipun 20 Oktober ni memang confirm aku balik. Siap bawa orang lagi... Hehehe... Bawa balik dia yang beriya-iya nak datang rumah. Tiket balik Labuan, dia yang beli sendiri... Hohoho...

Dia ni lah yang nak sangat merasa berada di Labuan
Alahai... Comel pula tengok muka merajuknya. Hehehehe...
Aku dan dia walaupun course yang berbeza, tapi sama-sama perlu siapkan assignment di kolej ni. Huhuhu... Dah nak final exam pun masih diberi assignment. Yang aku ada assignment terakhir Bahasa Mandarin I. Esok pula ada kelas dan kuiz terakhir Object-oriented Programming (OOP). Khamis ini pula kelas terakhir OOP. Yang si dia, aku tak pasti assignment apa, untungnya dia tak ada kelas. Tapi, assignment dia aku kena tolong juga. Dia kata tak berapa faham.

Aku panggil dia 'Abang Aiman'. Gelaran dia ~ Putera Jiwa (nickname Kolony sesuai dengan nickname aku ~ Puteri Tyrah) hehehe... Umur katanya muda lagi, 12 tahun (faham-faham lah ye). Dia dari course Diploma Pengajian Islam (Syariah). Bahasa utama course dia, Bahasa Arab. Assignment dia tak kira bahasa arab atau inggeris, aku tetap tolong. Tolong cari bahan lerr... Nak mengolah ayat bahasa arab tu memang failed la kan. Bahasa Arab Tinggi SPM aku takat lulus je. Tapi, bahasa inggeris walaupun subjek BI dia semester ni lagi up dari aku sebab course aku baru sem ni ada subjek MUET. Dia dah sem lepas dan sem dia subjek BI dia yang lagi pro dari aku. Masih juga aku ada tolong dia dari segi bahan, mengolah ayat, dan entah apalah lagi. Aku tau buat berdasarkan basic dan rujukan je. Kalau speaking, dia lagi terror dari aku walau ada broken sikit. Al-maklumlah, pelajar CapeTown, Africa!

Aku masuk kolej ni semester 1 dulu ambil course Diploma Pengajian Islam (Al-Quran dan As-Sunnah). Seminggu dalam minggu Ta'aruf (orientasi), dan seminggu lepas tu dalam kelas Quran Sunnah. Tapi, sepanjang seminggu tu aku uruskan pertukaran course. Masuk minggu baru, aku terus berada di course Diploma Sains Komputer sehingga sekarang. Memang bidang yang aku mampu ialah bidang sekarang ni. Tapi bukan bererti aku tinggalkan pengajian Islam. Pengajian Islam aku masih belajar cuma aku tak mampu nak belajar dalam Bahasa Arab, menghafal lagi. Bimbang ilmu yang aku dapat tu sekadar ilmu menghafal, bukan memahami. Tu pun kalau mampu hafal. Dalam Komputer Sains pun, kalau ada soalan teori yang perlukan aku menghafal, lagi-lagi bahasa inggeris, memang markah aku nampak lemah di situ. Tapi kalau bahagian praktikal, pemahaman sendiri, itu aku boleh.

Untuk semester ni, yang aku risaukan ialah subjek Mandarin dan OOP. Memang aku minat programming. Tapi kelas kami lambat belajar OOP. kelas makmal asyik tunda sejak awal sem. Mula belajar pertengahan sem. Mandarin pula, kena hafal tulisan Mandarin -_-". Ada kawan yang tanya, kenapa aku tak ambil bahasa Arab. Salah satu sebabnya, aku dah belajar bahasa Arab. Pengetahuan dah ada sikit-sikit walaupun tak pandai cakap arab. Keduanya, aku nak belajar bahasa baru yang kebetulan nenek aku keturunan Cina Hokkien. Ketiganya dan yang menjadikan aku memang tak dapat ambil bahasa Arab, subjek tu dah penuh dengan pelajar yang berebut-rebut mohon bahasa Arab sehinggakan pendaftaran baru tak diterima. Kenapa pelajar ramai pilih Bahasa Arab, dan popular pilih bahasa Korea? Sebab Bahasa Arab memang dah belajar sejak semester 1 untuk semua course. Korea pula, semua pun tahu kan kebanyakan remaja ada virus demam korea -_-.

Hahaha... Sekian sahaja pos aku untuk kali ini. Dah selsema. nak rehat dulu...
Terima kasih kerana membaca ^_^
Baca penuh >>

Selasa, 4 September 2012

Dunia Kolej

Salam ceria, dunia!

Setelah sekian lama aku menghilang...
Aku ni macam biskut kan, kejap ada, kejap tak ada. Al-maklumlah berada di dunia kolej ni, sibuk je memanjang.

Sibuk pelajaran, sibuk tugasan, test, assignment jangan cakap la ~ berlambak. Banyak lagi kerja tak siap ni. Huh! Penat... Ni pun tengah nak realese tension je...

Semenjak masuk dunia kolej ni, karya aku pun dah berkurangan. Selak-selak folder aku kat lappy, ada novel planning da... Baca prolog, fuh! Boleh tahan! Aku kah punya ayat ni...? Hahahaha...

Sekarang aku nak cuba sambung penulisan karya aku walaupun dalam kesibukan kerja-kerja kolej ni. Nak juga cuba nasib kalau-kalau karya aku menjadi pilihan penerbit. Ada la juga pendapatan sampingan kan... Kalau ada rezeki aku la...

Aku tengah angan-angan nak dapat handphone baru ni!. Nak Sony Ericsson XPeria Mini yang ada GPS tu. Hohohoho... orang lain sibuk dengan Samsung Galaxy, aku nak XPeria pula... Aah...! Tak kira. Aku nak juga XPeria Mini tu. Nak yang original. Tak nak China punya. Leceh lah pakai handphone China ni. Lagi bagus pakai Nokia yang ada torch light tu ja.

Agak-agak ada tak yang nak belikan aku XPeria tu ae? Hahahaha... ala.. tak sampai RM500 pun.
>> Jangan haraplah! -_-"
Baca penuh >>

Khamis, 26 Julai 2012

Lanjutan Kes Letupan Kapal Bunga Alphinia di jeti PETRONAS Methanol Labuan

Kes letupan kapal milik Malaysia International Shipping Corporation (MISC) Berhad - Kapal Bunga Alphinia - yang musnah di jeti PETRONAS Methanol berhampiran kawasan Pulau Eno, Labuan masih hangat dibincangkan.

Kemalangan tersebut melibatkan 29 anak kapal (23 rakyat Malaysia, enam rakyat Filipina).
 
Berita televisyen melaporkan seorang maut dan empat lagi masih hilang. Usaha mencari di kawasan sekitar masih dilaksanakan namun pencarian di kapal yang terbakar belum dijalankan lagi.

Berita terbaru melaporkan;
Anak kapal yang terbunuh dalam kejadian kebakaran Kapal Bunga Alpinia dihantar ke Hospital Labuan untuk siasatan lanjut. Mangsa yang dikenali sebagai Shahril Azmi Baharudin, 28 tahun berasal dari Melaka.

Ketua Polis Labuan, Superintendan Saiman Kasran berkata, empat lagi mangsa yang masih hilang iaitu Muhammad Nazrin Khamsani 20, Mohd. Hanafi Khalil 24, Zahari Hassim 46, dan warganegara Filipina Colanggoy Errol Calaloan, 22.

Usaha mencari mangsa yang hilang masih lagi giat dilaksanakan Jabatan Bomba dan Penyelamat, APMM dan Polis Marin.

Katanya, punca kejadian masih belum dapat disahkan tetapi maklumat saksi kejadian kebakaran berlaku sejurus dentuman guruh dan cuaca hujan.

Seramai 29 anak kapal Bunga Alpinia milik MISC, 19 daripadanya masih terselamat dan 5 lagi sedang bercuti.
Analisis penulis mengenai kejadian ini mengesyaki letupan Kapal Bunga Alphinia ketika dalam proses mengisi minyak berpunca daripada kilat yang berkemungkinan menyambar ketika dentuman guruh dan hujan lebat kira-kira pukul 2.30 pagi itu.

Menerusi pencarian maklumat di salah sebuah kumpulan yang diciptakan di Laman Facebook, We Love Labuan (WELL), salah seorang warga mengkhabarkan bahawa seorang rakannya memberitahu terlihat ada orang berlari meminta pertolongan sambil menggunakan walkie talkie. Selepas tiga saat, kapal tersebut meletup dan orang tersebut hilang dalam letupan.

Adik penulis turut menyampaikan khabar bahawa kapal yang meletup itu masih terbakar sehingga kini. Semoga seluruh warga Labuan berada dalam keadaan selamat.

Takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat... Al-Fatihah...

Sumber: Facebook dan khabar warga Labuan

Laporan dari Anak Labuan yang jauh diperantauan,
N Athirah Al-Labuani,
Bandar Seri Putra, Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
Baca penuh >>

Kapal Bunga Alphinia di jeti PETRONAS Mega Methanol di Labuan MELETUP


26 Julai 2012 | 6 Ramadhan 1433 Hijrah
Berita melaporkan Kapal Bunga Alphina yang dalam proses mengisi minyak di jeti PETRONAS Mega Methanol berdekatan kawasan Pulau Eno di Labuan meletup pada pukul 2.30 pagi tadi. Enam orang dikhuatiri mati berikutan kehilangan mangsa.


Menurut warga yang berada di Labuan, satu letupan kuat kedengaran lagi pada pukul 7 pagi tadi menyebabkan gegaran dirasai pada bangunan yang mereka duduki bagi sesiapa yang berada tidak jauh dari kawasan kejadian.

Kerja-kerja menyelamat dan memadamkan kebakaran oleh pasukan Bomba dan Penyelamat giat dijalankan. Kapal yang meletup dan apinya masih lagi marak dalam usaha ditarik ke tengah laut.

Terbaru, RTM Labuan melaporkan, terdapat 1 maut, 3 cedera, dan 5 lagi masih hilang. Penduduk berdekatan diminta bersiap sedia untuk berpindah jika keadaan tidak terkawal.

Semoga segalanya berjalan dengan lancar, dan semoga berkat Ramadhan pada kali ini dapat menghindarkan Pulau Labuan (W.P Labuan) dari sebarang bencana yang lebih dahsyat lagi.

Takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat... Al-Fatihah...

Sumber: Facebook dan berita serta khabar warga Labuan carian Google

Laporan dari Anak Labuan yang jauh diperantauan,
N Athirah Al-Labuani,
Bandar Seri Putra, Bangi,
Selangor Darul Ehsan.

Baca penuh >>

Ahad, 22 Julai 2012

Jom daftar prelaunchX - Company under Forex

Jom daftar prelaunchX sekarang sebagai side income masing-masing. Bakal dilancarkan pada 27 Ogos 2012, sebuah company under Forex. Pendaftaran sekarang adalah percuma. Sesiapa yang mendaftar selepas 27/8 akan dikenakan bayaran $100.

Jom daftar segera sebelum terlambat, KLIK SINI

http://prelaunchx.com/x/nathirah
Baca penuh >>

Sabtu, 5 Mei 2012

Doakan kesihatan penulis

Sebenarnya banyak yang aku nak kongsikan kat blog ni. Tetapi masa dan kesihatan yang tak mengizinkan. Doakan aku cepat sembuh ya...

Selamat menjalani hari-hari dengan kebahagiaan.

Tengahari nanti si 'dia' nak bawa aku pergi klinik. So sweet... Sebenarnya aku yang minta tolong dia bawa aku. Hee... kalau tak, jawabnya terlantar di hostel ja lah aku ni...

Dan mungkin masalah kesihatan aku ni berpunca daripada pemakanan yang kurang zat. Dan kebetulan lagi sebelum aku jatuh sakit, aku terlibat dalam kejadian terkandas sehingga lewat malam akibat Keretapi Tanah Melayu (KTM) mengalami kerosakan. Balik sahaja selepas terkandas tu, aku tak dapat rehat yang cukup kerana kerja-kerja kolej yang perlu disiapkan dengan segera.

Untuk kejadian terkandas tu, nanti aku ceritakan di blog ini. Beserta gambar-gambar yang berkaitan. Heee...
Baca penuh >>