Khamis, 26 Julai 2012

Kapal Bunga Alphinia di jeti PETRONAS Mega Methanol di Labuan MELETUP


26 Julai 2012 | 6 Ramadhan 1433 Hijrah
Berita melaporkan Kapal Bunga Alphina yang dalam proses mengisi minyak di jeti PETRONAS Mega Methanol berdekatan kawasan Pulau Eno di Labuan meletup pada pukul 2.30 pagi tadi. Enam orang dikhuatiri mati berikutan kehilangan mangsa.


Menurut warga yang berada di Labuan, satu letupan kuat kedengaran lagi pada pukul 7 pagi tadi menyebabkan gegaran dirasai pada bangunan yang mereka duduki bagi sesiapa yang berada tidak jauh dari kawasan kejadian.

Kerja-kerja menyelamat dan memadamkan kebakaran oleh pasukan Bomba dan Penyelamat giat dijalankan. Kapal yang meletup dan apinya masih lagi marak dalam usaha ditarik ke tengah laut.

Terbaru, RTM Labuan melaporkan, terdapat 1 maut, 3 cedera, dan 5 lagi masih hilang. Penduduk berdekatan diminta bersiap sedia untuk berpindah jika keadaan tidak terkawal.

Semoga segalanya berjalan dengan lancar, dan semoga berkat Ramadhan pada kali ini dapat menghindarkan Pulau Labuan (W.P Labuan) dari sebarang bencana yang lebih dahsyat lagi.

Takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat... Al-Fatihah...

Sumber: Facebook dan berita serta khabar warga Labuan carian Google

Laporan dari Anak Labuan yang jauh diperantauan,
N Athirah Al-Labuani,
Bandar Seri Putra, Bangi,
Selangor Darul Ehsan.

3 ulasan:

  1. org yg tgal dihujung2 pulau pn blh dgr letupan n gegaran tuh. Ingtkn kilat ke ape... rupanyee ada kmlngn plak kt jeti petronas.... 2x meletup lak tuh.....

    BalasPadam
  2. @Shafiq Mujahid,
    sudah ditulis di Labuan memang dekat la... Labuan tu bukan besar mana pun.

    @Anonymous,
    Pulau Labuan tu dah memang pulau... Memang tergegar la satu labuan... Terkejut juga aku terbaca berita di FB...

    BalasPadam

Ulasan yang anda hantar akan menunggu masa untuk diapprove oleh penulis...
Harap maklum...