Isnin, 23 Jun 2014

Princess si Sugar Glider

Jiwa dah mula merindu si manja yang seekor ni... Nama dia Princess, umur 3 tahun. Dia suka makan chicken protein. Senang je nak manja. Masih teringat moment masa duduk bilik sewa rumah kedai kat Setapak... NAA lepaskan dia di bilik nak main, dia pula ajak main chak-chak. Lari pergi belakang almari, NAA chak dan ambil dia. Lepas tu dia lari ke belakang almari lagi ulang-ulang sampailah NAA penat, biarkan je dia. Agaknya dia tunggu NAA tak datang, dia keluar balik tengok NAA. Comel sangat muka dia yang bulat tu. NAA tau kalau lepas kat bilik, dia tak akan lari keluar pun. Princess budak baik. 
Princess
NAA bahasakan diri NAA sebagai umi bila dengan Sugar Glider ni. Abg Aiman pula, abi. Seronok pelihara anak-anak bulus ni. Tapi kalau kita dah mula tak banyak masa dengan dia, kasihan kan. Kesian sangat-sangat bila dia perlukan teman untuk bermain dengan dia.


Princess makan honey dew, rindunya wajah kusyuk makan buah ni
Bukan tak sayang, tapi kerana sayang lah NAA biarkan dia bersama teman baru. Harap-harap lepas ni dia happy sebab dapat husby baru. Harap-harap serasi dengan persekitaran baru. Bila lah lagi dapat tengok dia lagi. NAA bakal bernikah nanti, Princess tak dapat tengok abi dan umi dia dah halal. Bukan dia sahaja. Adik-beradik angkat dia yang lain seperti Conan dan Sherry yang dah kembali pada Pencipta serta Nicky bekas husby Princess yang bakal dijual akan datang. NAA dah tak mampu nak jaga Adult Suggies sebab masing-masing dah tak ada pasangan. Perangai masing-masing pun dah mula berubah semenjak Conan dan Sherry tiada. Semua corak bahagia berubah semenjak kedua-dua pengerat hubungan itu meninggalkan umi, abi, adik-beradiknya, dan dunia. Sakit sebenarnya untuk dikenang.

Hadiah perpisahan dari Princess, kuku yang tajam belum potong berpaut kat tangan.
Kalau ada rezeki, nak lawat Princess kat Bentong, Pahang. Jauhnya Princess merantau. Umi rindu Princess walau baru sehari kita terpisah. Patut la masa umi jenguk tengahari tu, Princess tunggu umi kat pintu cage walaupun Princess dah mula takut dengan umi sebab umi dah lama tak main dengan Princess. Rupa-rupanya itu tanda-tanda Princess nak berpisah dengan umi. Tiba-tiba pula ada orang contact umi nak beli Princess. Umi mula-mula buat layan tak layan je sebab orang selalu tak nak beli SG umur 3 tahun. Tapi rupa-rupanya dia serius. Dan umi serius terkejut sebab dia orang Pahang. Jauhnya dia nak bawa anak umi pergi. Baru umi sedar, terpisah hidup berbeza rasanya dari terpisah mati. Dan lebih sedih jika berpisah hidup tu tak dapat berjumpa atas dasar jarak. Terpisah mati kita dah tahu hakikatnya dia dah kembali kepada Pencipta, sedangkan terpisah hidup, kita tidak pasti apa takdir yang mendatang.
Love,
~umi & abi~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang anda hantar akan menunggu masa untuk diapprove oleh penulis...
Harap maklum...