N Athirah @ Siti Puteri Rawija

Sabtu, 10 April 2010

Aku Jadi "Bee" Lagi...

Waktu aku menulis entri ni, aku betul-betul masih dalam kepenatan lagi. Mana tidak, aku bukannya dapat duduk santai tadi. Penat terutamanya di pergelangan kaki aku.

Hari ini Penutupan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan Labuan (MSSWPL) di Matrikulasi Labuan. Untuk acara perbarisan, aku jadi maskot dari kontinjen perbarisan Pasukan SMK Mutiara dengan motto "Mutiara Menyengat". Sesuai dengan tema, aku menjadi maskot lebah. Insya-Allah selepas ibu aku masukkan gambar-gambar aku dalam komputer, aku masukkan dalam blog ni. Kalau boleh, aku nak dapatkan lagi gambar-gambar daripada guru-guru yang mengambil gambar aku tu. Hehehehe...

Fuh! Punyalah best tadi. Tapi, time-time beraksi di hadapan stage tadi pula punggung lebah aku sebelah kiri tercabut. Nasib baik stage sebelah kanan. Tapi, susah juga jadi 'kanak-kanak riang' dalam situasi macam tu. Hahahahaha...

Di Matrik tadi aku terserempak dengan Saiful SMK Labuan (pakcik aku...eh, tidak lah! Nama bapa dia saja sama dengan nama bapa kepada ayah aku). Terkejut juga dia bila tengok aku jadi maskot. Tapi, cam juga dia dengan aku masih ya... hehe... Selepas acara habis tadi, dia kata aku "cute" jadi maskot tu. Aish... ye ye lah tu. Kalau nak memuji, pandai saja dia (puji ke?).

* Saiful tu patner aku dalam salah satu aktiviti Perkhemahan Rakan Muda Jiran Muda Siri 2 Tahun 2009 bertempat di Karambunai, Sabah. Aktiviti yang turut disertai oleh Shareen. Kan...kan...kan... Reen... (Shareen baca ke blog aku ni...?). Oh, ya! Kan...kan...kan... Riena...

K lah. Aku penat ni. Kalau aku rajin menulis entri karang, ada something lagi aku nak luahkan. Tu pun, entah jam berapa aku tulis. Kan kadang-kadang lewat malam baru aku tulis entri baru.

Okay... Wassalam...
Baca penuh >>

Kita Tidak Akan Selamanya...

Kita akan berada di jalan yang lurus menuju redha-Nya bila kita sentiasa taat pada perintah-Nya...
Tetapi, kita sentiasa lalai kepada-Nya dan dengan mudah kita akan terpesong dari jalan yang benar.

Ingat, kita tidak akan selamanya berada di jalan yang lurus...
Tetapi kita tidak akan selamanya berada di jalan yang sesat...

-sahabat kepada seorang detektif (MKA)-

Sumber: M. Khairul Anwar
Sent: 14 April 2009 | 19:20:42
Baca penuh >>

Jumaat, 9 April 2010

CINTA ALLAH Kepada Manusia Dan Sebaliknya

Allah itu Maha Penyayang...
Allah sentiasa mengingati kita, tak pernah lupa kita walau sesaat...
Allah jualah yang selalu lindungi kita bila kita ditimpa masalah...
dan itulah tanda CINTA ALLAH kepada kita...

Tapi, cuba kita renung-renungkan sejenak...
cuba tanya diri sendiri...
Adakah kita sentiasa ingat Allah walhal kita selalu lalai dengan dunia?
Adakah kita selalu beramal soleh setelah kita dibantu oleh Allah?
dan... adakah kita amat mencintai Allah lebih dari segala-segalanya?
Tepuk dada tanya iman...
Wallahualam...

Sumber: M. Khairul Anwar
Sent: 5 April 2009 | 19:23:10
Baca penuh >>

Khamis, 8 April 2010

Entri Ketiga Untuk Hari Ini

Boring... nak buang tebiat melalut dalam ni kejap...

Entri pertama tadi, Tazkirah... Entri kedua, catatan harian biasa dan kebingungan... yang ni entri ketiga pula, entri mengarut seketika...

Sekarang ni aku dah kembali mula aktif berblogging. Entahlah dapat bertahan terus macam ni atau tidak. Tapi, sekurang-kurangnya tekanan aku kurang juga kan. Sebab, kira macam ada tempat aku 'berbual' la dengan cara ini. Nak harapkan chatting kat YM... haram... susah sangat-sangat nak dapat.

Lagu dalam blog ni pun aku dah ubah lagi. Aku rasa lebih baik aku tukar...sebab, asal dengar lagu "Memori Berkasih" nyanyian Achik Spin dan Nana kat blog aku ni, confirm menguap. Jadi, kalau dengar lagu nasyid ni, ok juga sikit. "Sebuah Pertemuan"... agak-agak ada kaitan dengan diri aku tak...?
Baca penuh >>

Macammana aku nak mula...?

Aduh... bingungnya aku...

Kredit Celcom-ku dah masuk petang tadi lepas aku bekirim kat Fazlianah tadi pagi. Tapi, aku tak tau macammana nak mula. Maksud aku, aku tak tau macammana nak mesej kat si Khairul Anwar. Lama tak contact, lain pula rasanya. Kalau dia mesej aku dulu, boleh la kali aku reply. Tapi, dia tak ada mesej pun. Aduii...

Bingung aku eh...

Dah lah hari Sabtu ni aku ada perbarisan... dan aku jadi maskot "bee". Sabtu depan pula ada pertandingan nasyid...
Aduh... nasyid lagi last minutes. Dah tu, kat S.M Teknik pula tu tempat pertandingannya. Aduuuh...
Weii... bengong aku... Tolonglah komen sikit... tu pun kalau ada orang baca entri ni... dan kalau ada orang sudi komen... huhuhuhuhu...

-Tak ada cerita kat sekolah? Aku dah lupa dah... semuanya dah aku bawa tidur kat sekolah tadi... Hehehehe...-
Baca penuh >>

Fadhilat Dari Anak Yang Membaca Al-Quran

Jika seseorang itu sentiasa membaca Al-Quran, nescaya ibubapa si pembaca akan dipakaikan mahkota cahaya di mana cahayanya lebih terang daripada matahari di akhirat kelak...
Sumber: M. Khairul Anwar
Sent: 28 Mac 2009 | 16:13:57


Baca penuh >>

Rabu, 7 April 2010

Aku Mengarut Lagi...

Adeh... tekanan eh!
Hah haa...!

Lagu blog ni baru ja kutukar. Boring ku sudah balik-balik dengar lagu "Derita Merindu" tu. Karang bertambah pula derita ku... Hahahaha... (buat lawak ka?)
Boleh la sekarang dengar lagu "Memori Berkasih" ni. Tapi, yang aku hairan, asal aku nyanyi lagu ni kat rumah, mesti menguap, mengantuk. Edeh...

Aku ni lagi macam orang angau pulak (macam ja). Bukan apa... aku tak sabar-sabar nak isi kredit fon celcom aku. Ada projek nak buat. Tambahan lagi hari Sabtu ni aku pergi Matrikulasi untuk sukan. Jadi, penting untuk aku isi kredit. Kalaulah si Aiman masih kat sini, bolehlah aku pinjam usb charger dia untuk aku charge fon CSL aku yang dah putus chargernya tu. Boleh juga ambil-ambil gambar. Tapi, apa boleh buat. Tengoklah nanti kalau ibu bagi aku pinjam kamera dia.

Ni lagi satu hal, salahkah aku ae, kalau aku tulis nama M.Khairul Anwar kat sini? Aku rasa tak salahkan aku cerita sikit-sikit pasal dia. Yalah... sekarang aku dah tak contact dia. Kalau dulu, dia tempat aku berkongsi apa-apa ja... termasuk masalah. Sekarang, aku rasa tak ada pengganti dia buat masa ni. Dan kami tak berhubung. Mastilah tension juga aku. Semua nak pendam sendiri... tak ada dah orang yang suka nak tasykil aku... tak ada dah orang yang selalu ingatkan aku suruh tidur awal... tak ada dah orang yang suka menyakat aku, buat aku merajuk, lepas tu dia pujuk tak habis-habis... dan,,, entahlah...

Kadang aku hairan... aku selalu cerita pasal dia, tulis nama dia, teringat akan dia, nak kata aku memang suka dia ka? Perkataan "suka" tu sebenarnya sensetif juga pada aku (orang-orang sastera memang mudah sensetif pun...). Yala... terus-terang la... aku memang suka dia pun... sebagai sahabat ja... bukannya sayang pun. Eh! Sayang juga eh... sebagai sahabat juga... tapi, taklah cinta.

Kalau "cinta", aku minta maaf la... hati aku dah tertutup buat masa ni. Bukan sekadar tertutup saja, dah terkunci dah. Kuncinya pun aku dah tak ingat mana aku simpan (aku buat lawak ke?). Entah jejaka bertuah manalah yang akan dapat buka kunci tu nanti.
"Awan di langit berarak perlahan, angin bertiup membawa ketenangan, hujan turun bersama rahmat Tuhan. Hati... apabila padan dengan sentuhannya, terbukalah jendelanya, terlerailah segala perasaan yang mengusik jiwa lara..." N Athirah.

Aku ni terlalu memilih ka? Apasal bila ada orang dah suka kat aku, aku yang tak ada perasaan kat dia ah? Aku sendiri tak pastilah kalau orang tu berterus-terang dengan aku, entah apa yang akan aku jawab nanti. Tak bolehkah aku terima dia seikhlas-ikhlasnya..?
Dalam banyak-banyak hal, masalah jodoh salah satu perkara yang merisaukan aku. Terus-terang la... aku tak mahu pencarian aku akhirnya menjadi sia-sia. Aku anak sulung... banyak tanggungjawab aku perlu lakukan. Kalau aku buat sambil lewa, last minutes aku kecewa. Kalau aku lelaki, tak apalah. Ni tidak... aku perempuan. Kadang-kadang aku jealous juga dengan kakak dan abang aku. Dorang dah siap plan ni perancangan masa depan dorang.
Satu lagi problem, aku kurang berminat dengan lelaki yang tak berani berterus-terang sendiri, pendam lama-lama, tak berani nak tahu kebenaran. Mungkin ini juga salah satu faktor aku tak berapa minat  dengan si orang tu. Yalah... kalaulah perempuan yang dia suka tu sebenarnya menaruh perasaan kat dia, gila melepas jadinya bila ada lelaki lain yang dapat tackle perempuan tu. Hahahahaha... lebih kurang dengan aku la juga yang selalu bertepuk sebelah tangan. Terang-terang tanpa bersuluh dah aku melepas dengan ada la seorang mamat tu. Hahahahaha... biarlah. Kumbang bukannya seekor kan. Tapi, aku tak naklah bersuamikan kumbang. Heheheheh...

Adeh... tak ada entri cerita lain lagi ka aku mau tulis...? Adakah patut bab-bab ni pula. Pasal cerita bab ni kat sekolah tadi lah ni. Dah tu, ada pula orang sibuk kenakan aku kat sekolah tadi. Buat aku malu ja dia cakap-cakap macam tu.
Tak payah kau nak heboh-heboh kat sekolah la... kau hantar comment kat sini dah cukup dah. Hohohohoho...
Baca penuh >>

Entri Pendek: Buang Tebiat

Hah... ni lagi aku buang tebiat tulis entri sebelum masuk tidur.

Bukan apa... puas aku mencari handphone aku tadi tak jumpa. Dah tu, aku call guna telefon rumah. Yang aku hairan, satu rumah ni tak ada bunyi nada dering fon aku tu. Pelik la juga.

Lama-lama tu baru aku ingat, handphone aku tinggal di kereta tadi waktu aku ikut ibu aku ambil adikku di sekolah dan hantar barang AVON ke Kg. Lubok Temiang. Adeh. Handphone tu penting untuk membangunkan aku dari tidur. Tengok jam dah jam 12 malam. Bantai sajalah!

Aku ambil lampu suluh besar ayah aku kat stor dalam rumah, aku ambil kunci kereta lepas tu aku buka lah pintu rumah. Lepas tu aku terus pergi kat tempat kereta jenama Applouse (entah apa ejaannya) tu, kat tempat duduk penumpang sebelah pemandu. Aku letak fon tu kat bahagian depan tempat duduk yang boleh letak barang tu. Huh! Dapat juga handphone aku dan aku terus masuk rumah.

Memang buang tebiat. Dah lah keluar tengah malam sorang-sorang. Lepas tu sempat lagi tulis entri. Hahahahah... Bukan apa... aku rasa lucu bah. Kalau aku tak tulis kat sini, nanti aku tak dapat tidur pula asyik terfikir balik ke-kelakara-an nya cerita mengarut ni. Hahahahah...

K lah. Aku nak tidur.

-away-
Baca penuh >>

Selasa, 6 April 2010

Tunang & Kahwin???

Waktu aku tulis entri ini sebenarnya aku tengah chatting dengan kakak (angkat) aku kat Melaka. Ada pula kami cerita pasal tunang dan kahwin sekarang ni. Hahahaha...

Tapi, bila berbual pasal itu, terfikir juga aku, bagaimana jodoh aku nanti, bila masa aku bertunang dan target umur kahwin tu tepat atau tidak...

Sebabnya... aku perempuan... bukannya lelaki. Banyak mau difikir. Aku lagi anak sulung. Aduhai...

Jelas sejelas-jelasnya... tanda-tanda jodoh tu memang aku tak ada lagi buat masa ni. Entahlah tetap tak akan ada sampai habis tahun ni atau tidak aku tak pasti. Dah di IPT pula nanti entah macammana.

Kadang-kadang aku akan cakap aku malas mau fikir sangat dulu. Tapi, kat sekolah pun asyik belajar benda yang sama juga, "PERKAHWINAN". Pasti akan difikirkan juga kan.

Seandainyalah... aku dapat "Syurga Cinta". Tersangat-sangatlah aku bersyukur. Sujud syukur aku kalau begitu. Aku sendiri memang berharap dapat macam tu. Insya-Allah...

Ni ja lah entri untuk yang ini. Aku penat nak tulis panjang-panjang. Sebab melalut juga saja...
Baca penuh >>

Bila Hati Panas Mula Berbicara

Dua entri tadi aku masukkan untuk contest. Yang ni barulah entri dari aku sendiri.

Tak ada apa-apa isi sangat pun. Kalau korang tak nak baca pun aku tak kisah. Saja nak meluahkan apa yang tersirat di hati.

Entri ni aku tulis bukan untuk berjiwang. Nda ada ku kan bekarih berjiwang-jiwangan. Nda ada danganku ah!

Pasal sekolah tadi, aku tak ada nak komen apa-apa sangat. Aku tau hari ni ada pameran daripada pihak Kampus ASTRO dan aku sendiri ada dapat cenderahati hasil menjawab soalan/aktiviti yang ada. Tapi, bukan itu yang aku nak cerita kat sini.

Aku just nak cakap, dalam banyak-banyak hal, tolonglah... jangan biar sampai time tangan aku sampai ke muka kamu! Selama ni mungkin ada di antara korang yang tengok aku biasa ja. Pernah juga tahun lepas ada orang kata aku sporting. Tapi, ingat juga... aku manusia... jangan fikir orang main-main kat aku ni, aku tak ada perasaan. Awal-awal aku sound, jangan biar sampai tangan aku sampai ke muka kamu!

Gurau pun, gurau juga lah... tapi, bertempat. Jangan fikir kamu tu jajal sangat boleh buat suka hati, boleh menyakitkan hati orang. Bila sampai masa aku nda lagi peduli siapa kamu, aku lepaskan saja kemarahan aku tu pada kamu sendiri. Aku boleh terima main gurau-gurau... asal saja jangan melampau. Jangan sampai aku hilang kesabaran.

Senang cakap, aku paling nda suka bergaduh terutamanya dengan rakan satu sekolah. Tapi, bila kamu cabar kesabaran aku, aku tak akan teragak-agak buat apa yang aku mau. Jangan kamu tengok aku ni damit, kecil, kamu fikir aku tak berani lawan kamu. Sekali lagi aku cakap, jangan cabar aku!

Kamu tu ISLAM! BERFIKIRLAH CARA ISLAM!
Bukan hanya time belajar agama, bila ustazah cakap begini begitu, kamu bertrip cakap "astaghfirullah al-azim"... Jangan kamu kamu main-main ah! Sebagai Islam, berfikir cara Islam. Bukannya jadi manusia munafik!

Hmm... sini ja lah dapat aku luah rasa sakit hati aku dari sekolah tadi. Apa boleh buat, sekarang rasa macam tinggal aku seorang saja. Kalau dulu, senang ja... balik rumah, ambil handphone, sms si M.Khairul Anwar. Tapi sekarang dia dah tak ada. Terpaksa tahan sajalah. Kan mengadu kat orang lain, entah siapa yang betul-betul sesuai... Susah mencari orang yang sama seperti sahabat baik kita selama ni. Dulu si MKA tu pun aku bukannya berapa nak berkongsi apa-apa kat dia. Tapi, bila dia sendiri menunjukkan kesediaan dia berkongsi apa-apa dengan aku, akhirnya aku senang dah kongsi dengan dia. Cuma... sekarang... hmm... biarlah... tahan sajalah...

P/s: Kepada Adham dan sH@ReeN, especially Adham - kalau kau baca entri ini (aku rasa Shareen tak baca blog aku). Just bimbang kamu salah faham, aku mau bagitau yang aku bukan sound kamu ya. Marah-marah aku kat kamu tadi bukannya aku serius. Tau ku jua yang kamu bergurau. Aku pun bukannya marah betul-betul. Trip ja. Apa yang aku tulis di atas tidak berkaitan dengan kamu pun. Aku maksudkan orang lain. Entah kamu tahu atau tidak, aku sendiri tak pasti. Aku saja malas nak tulis nama dia di atas. Cukup saja untuk aku lepaskan kemarahan aku dengan cara ini.
Baca penuh >>

Norgadis Birthday Contest 1


Ha... ini pula contest dari Blog Norgadis Labuan. Sebenarnya tak perlu nak tulis entri pun untuk contest ni. Tapi, aku tulis juga entri ni untuk promosi kat pembaca-pembaca blog aku ni.

Utuk join contest ni, korang click  saja pada banner contest di atas.

Daripada Norgadis Labuan (entri dari blog Norgsdis ini tidak ada perubahan walau sepatah perkataan pun daripada penulis.. untuk lebih lanjut, terus saja ke blog Norgadis...hanya click banner contest di atas):

Aku teringin sangat nak buat contest untuk follower aku sempena birthday aku 03 April 2010 ini yang ke 39 tahun. (tuanya aku huhuhu) Tapi aku taklah buat contest yang berat2. Memandangkan hadiahnya pun nampak ringan2 je...
Sepulau Sekasih Kita
Hadiah untuk pemenang Utama: 1 Pelekat Bermegnet, 1 Key Chain dan Sebuah buku Antologi Puisi Penulis WP Labuan "Sepulau Sekasih kita" (Ada 11 buah puisi aku kat dalam tu).

2 hadiah saguhati: 2 Pelekat Bermagnet setiap seorang (utk 2 orang je)

Syarat -syarat untuk join:

* terbuka kepada semua followers aku (Kalau yang belum follow, follow dululah...)
* letakkan banner "Norgadis Birthday Contest 1" di sidebar blog anda sepanjang contest ini dan linkkan ke entry ini.
* tulis ucapan selamat hari lahir untuk aku (Penting tu) di ruang komen
* Tinggalkan link anda di ruangan komen
* Pemenang dipilih secara cabutan ...

Norgadis Birthday Contest 1 berakhir pada: 17hb April 2010, jam 12.00 malam.
Baca penuh >>

CONTEST : Apa Saya Nak Buat Kalau Diberi RM100



Wooo... Duit seratus ringgit tu... besar tu... Wo hoo... bukannya alang-alang tu geng...

Korang kalau diberi RM100, apa korang nak buat ah?
Hmm... aku... kalaulah -kalau- diberi RM100, oh, jelas! (trademark Khairul Azhar) Confirm masuk bank saja. Heh..heh..heh...

Mestilah aku masukkan dalam bank saja (terutamanya kalau orang tu bagi terus masuk akaun bank aku)... sebabnya aku kena fikir tabungan aku untuk sambung belajar nanti. Aku sendiri sekarang dah tingkatan lima. Tahun ni ambil SPM, tahun depan aku nak sambung diploma. Sekurang-kurangnya simpanan tu mesti ada jugak kan! Kalau nak harap duit biasiswa saja, tak ada gunanya juga. Kita ni hidup tak boleh hanya bergantung pada bantuan orang saja. Sendiri mau usaha juga bah! Ingat tu!
Kita sebagai Islam, berfikirlah sebagai Islam. Jangan hanya tahu tepuk dada tanya selera saja. Iman tu kena ambil tahu juga! Ni asyik ikut selera kepala dia saja, iman sendiri tak terjaga. Apa gunanya?!

Heheh... aku ni nak berforum ka, berceramah ka, atau bercerita ni...?

Hah ha...! Entri kali ini sebenarnya adalah untuk penyertaan aku dalam contest "Apa Saya Nak Buat Kalau Diberi RM100"

Contest ni mudah saja sebenarnya. Dah lama contest ini bermula. Penganjur menganjurkan contest ni pula bertujuan suka-suka sambil melihat bakat dalam penulisan blogger yang mengikuti contest ini. Pemenang pula akan dinilai dari segi cerita yang menarik.

Berikut adalah syarat-syarat penyertaan contest :
  1. Buat entry bertajuk - CONTEST : Apa Saya Nak Buat Kalau Diberi RM100..
  2. Entry tak payah la nak skema-skema, ikut kreativiti korang la..
  3. Sertakan banner di atas & backlink ke entry di sini.. Tak payah la letak kat sidebar..
  4. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 30 APRIL 2010
  5. Last sekali, dah join, sila tinggalkan pesan & URL blog anda di kotak comment pada entry di sini..

Hadiah yang disediakan :


Tempat pertama akan menerima RM100 terus ke akaun anda

Tempat kedua akan menerima RM50 terus ke akaun anda

Tempat ketiga akan menerima RM30 terus ke akaun anda

Tempat keempat & kelima akan menerima saguhati sebanyak RM10 terus ke akaun anda

Okay, dah tahu semua kan?! Cepat-cepatlah join contest ini sementara masih ada masa. Click saja pada banner contest di atas tu.
Baca penuh >>

Ahad, 4 April 2010

Nasib Akulah...

Masuk yang ini, dah masuk entri yang ketiga dah untuk hari ini. Entah ada entri lagi atau tidak lepas ni untuk hari ini.

Hahahaha...tak ada la... aku boring sebenarnya. Macam biasalah, setiap hari walau aku online YM pun, bukannya aku ada kawan chatting. Trip saja online on time tu. Bukannya chatting pun. Hmm... tadi petang dalam jam lima lebih dekat jam enam tu, ibu aku suruh turun ke kedai beli sayur dan sebotol besar air 100plus. Aku ok saja. Lepas dapat duit, aku siap pakai baju dan tudung, terus aku keluar rumah. Mula-mula tu aku pergi la kat stor ambil basikal aku. Lama dah aku tak guna basikal tu. Hehehehe... Check basikal aku tu, ok ja. Aku tolak pergi depan rumah.

Mula-mula kayuh tu keras sikit la. Lepas tu steady dah. Sekali time dah nak turun bukit barulah aku test brek. Aduyai... brek aku keras la. Nak letak minyak gris barulah ok. Tapi dah terlambat la. Basikal aku dah mula menuruni bukit menuju ke bawah. Alamak! Aku harap-harap basikal aku tak turun laju, sebab mula-mula tu ok lagi. Sekalinya sangkaan aku meleset. Laju gila basikal aku waktu tu. Kalau kat depan tu tak ada apa-apa aku tak kisah. Ini tidak... depan tu perumahan. Kalau aku teruskan, gila masuk ke suak (lubang/gaung ke perumahan) jadinya. Panik aku dibuatnya. Kalau aku lambat sangat pick up tadi, memang gol dah aku ke suak tu. Hahahaha...

Nasib aku la sempat belok ke kiri waktu basikal aku dah sampai hujung-hujung jalan simen di bawah. Tu pun masih laju lagi. Dahlah jalan kat bawah tu bengkang-bengkok sebelum sampai jalan lurus menuju ke simpang masuk. Waktu tu lagi si Zain ada tengah menyangkul ka apa di tepi jalan simen tu. Aku pula terteriak jugak "maakk...". Hahahahaha... Mana tidak, basikal aku tak nak berhenti (mananya nak berhenti kalau tak dapat tekan brek). Waktu tu baru aku ingat kaki aku. Aku guna kaki aku lah untuk berhentikan basikal. Tu pun mengheret juga dulu. Bila aku fikir balik, macammana aku brek guna kaki time tu ah? Macammana kaki aku capai ke simen waktu tu? Sebab kalau aku duduk kat basikal, kaki aku mana sampai ke simen. Entahlah. Mungkin tengah-tengah aku panik tu aku bangun dari tempat duduk kot untuk berhenti. Heheh...

Dah tu, aku tolak basikal aku ke atas rumput, tinggalkan basikal kat situ. Buang masa aku pakai basikal ja. Aku ingat dapat la jimat masa dengan menunggang basikal ke kedai. Sekalinya basikal pula k.o. Jalan kaki sajalah aku pergi kedai yang tak jauh mana pun. Lepas beli barang, aku balik ke tempat basikal aku, gantungkan barang belian kat pemegang basikal dan tolak naik bukit. Adeh. Membazir peluh aku betullah. Nasib baik aku tak gol tadi. Kalau tak, memang 'munap' lah aku. Hahahaha...

P/s: Zain bagitau aku tadi, si Miemiey (Mimi Nor Asmida) kirim salam. Lah... baru hari tu aku kira nak hantar surat kat dia. Maklumlah, aku jarang isi kredit nak sms dia. Aku kata kat Zain, sampaikan salam aku balik kat Miemiey. Lama betul aku tak dengar berita dia.
Baca penuh >>

Aku....?

Ha... ni lagi satu kisah. Ada la seorang mamat kat Virtual Friends ni. Kalau tak salah aku, ni kali kedua dia PNC Message (Private And Confidential Message) aku. Dua kali tu juga dia guna bahasa inggeris. Jadi, aku malaslah nak jawab. Nak speaking-speaking lagi. Aku bukannya terror pun. Ni pun, kali kedua juga aku check profil dia. Kononnya tinggal kat Negeri Sembilan. Aih... hentam lah kau eh!

Cuma, bila aku baca mesej dari dia tu... bertanya jugalah aku pada diri aku. Lelaki orang putih/orang bukan melayu/orang bukan asal Malaysia kalau mesej aku/perempuan lain, mesti dia akan bagi ayat puji-pujian. Dia kata cantik lah, wanita idaman lah... macam-macam lah. Dan biasa juga aku jumpa yang kata dia nak kawin dengan aku. Belum lagi kalau ada yang siap bagitau dia ada harta banyak la... harta dia bernilai macam ni-macam ni lah. Aku pun dah naik bosan lah.

Yang jelama kat VF hantar mesej kat aku tu, mesej dia yang lepas aku dah tak ingat dah... yang pasti dia nak bekenalan la dengan aku. Mesej dia tadi pula, dia kata dia nak kenal aku, share something dengan aku, dan dia tanya, apa yang buat diri aku ni "unique" dan  juga dia tanya aku macam ni: "why u are still single as pretty as u are".
Jadi, aku tanya diri aku balik. Apa yang unik aku ni kalau hanya berdasarkan profil ringkas aku dan gambar aku kat VF tu...? Bagi aku tak ada uniknya pun. Aku still single, salahkah kalau aku masih single? Takkan aku mesti ada pakwe juga sekarang ni? Suka hati aku la nak single ka, nak mingle ka, apa ka... it's up to me! Dan lagi, ikhlaskah dia kata aku "pretty" tu? Kadang-kadang orang macam tu ada "makna" dia sendiri... Tu yang aku malas tu.

Susahlah nak percaya lelaki zaman sekarang ni. Nak dapat yang baik luar dalam tu bukannya senang. Jumpa yang baik, kita pula tak ada perasaan kat dia. Anggap dia sebagai sahabat saja, dia pun macam tu juga dengan kita. Jumpa yang lain, dia pula suka kat orang lain, kita bertepuk sebelah tangan. Yang lain lagi, memang baiklah dari segi kerohanian dia. Tapi, ada pula yang slack dari segi lain, yang kita sendiri tak boleh terima. Aduh. Memang hakikat kita pun tak sempurna. Bukan senang nak cari yang lain yang lebih sempurna.

Pernah aku cakap dengan Azrinah, lelaki yang aku nak jenis baik, prihatin, dan boleh kata alim la. Baik dari segi kerohanian. Dan yang penting tidak besigup (bahasa Labuan-merokok) dan juga tak tengok benda-benda tak senonoh tu (faham-faham sajalah). Bila Azrinah kata, macammana kalau aku jumpa lelaki yang baik sangat dengan aku. Ciri-ciri yang aku nak tu memang ada, tapi masalahnya dia besigup. Aku cakaplah kat dia, kalau dah itu yang nak kat aku, cinta sayang kat aku, dan aku pun mungkin memang suka kat dia, aku minta dia berhenti merokok tu. Aku taklah suruh dia berhenti mengejut. Yang penting dia berusaha berhenti sehingga dia tak ambil lagi benda alah tu. Untuk mencari yang benar-benar sempurna tu bukannya mudah. Jadi, perlulah refleksi diri sendiri, then sedar akan kelemahan diri.

Oleh itu, kepada lelaki-lelaki di luar sana (perempuan juga!), janganlah teruskan tabiat merokok anda tu. Bahaya untuk kesihatan dan juga merupakan salah satu jalan anda untuk membunuh diri. Ceh, macam nak buat iklan pula!
Baca penuh >>

Catatan Cinta Khairul Anwar?



Perhatikan tulisan yang aku bulatkan kat atas. Apa yang korang nampak? Kalau rasa diri tu masih rabun, click pada gambar untuk membaca dengan lebih jelas lagi.

Apa kes orang search ayat tu lepas tu masuk kat blog aku? Adeh! Khairul Anwar bestfriend aku tu pernah tulis catatan cinta ka? Aku pula pernah tulis catatan cinta dia ke? Hahahahahaha... 

Sungguh kasihan manusia yang men-search ayat tu. Tak juga jumpa hajatnya tu kat dalam blog aku ni. Hehehehe...
Baca penuh >>

Jumaat, 2 April 2010

Menulis Entri Di Kala Mengantuk

Whoooaaahhhhh................................. ngantuknya (kalau perempuan menguap siap dengan suara macam ni, memang dah reject ni...)
Aku sememangnya tengah mengantuk waktu tulis entri ni. Jadi, untuk hari ini aku just tulis entri kat blog aku ni saja. Kat blog 5 Hibiscus aku malas nak tulis dulu. Penat nak mencurahkan idea gila-gila...

Ini ringkasan cerita hari ini. Boleh lah aku rujuk untuk entri blog 5 Hibiscus...
Pagi tadi hujan... jadi, tak adalah perhimpunan dan majlis bacaan Surah Yasin. Aktiviti PJK pun tak ada. Tapi, kami pakai baju PJ. Mana tidaknya... hujan turun waktu kami dah kat sekolah. Baguskan! 
Masa matapelajaran PJK, Cikgu Azian mengajar mengenai tajuk Perkahwinan. Lepas, matapelajaran PJ, Prinsip Akaun pula. Masih lagi di tajuk Perkongsian. Lepas matapelajaran Prinsip Akaun pula ialah Bahasa Arab Tinggi. Ha! Inilah bahagian kemuncak cerita!

B.Arab Tinggi ada dua masa. Masa pertama kami gunakan untuk belajar. Masa kedua sampai rehat kami guna untuk buat blog. Ustaz nak kami semua pelajar BAT ada blog masing-masing. Tapi, ustaz suruh aku yang mengajar. Hohohoho... Tak ada can aku nak main komputer kat makmal hari ni. Sebab kena jadi tenaga pengajar.
Line internet kat Makmal Komputer tu pula slow. Loadingnya pun bertabiat. Dahlah macam tu, yang aku ni pula, kat depan sana "Thirah, sini kajap." Kat belakang, "Thirah, sini kajap." Kat tepi lagi, "sini bah Thirah." Wah... lebih dari tu pun ada kot. Wei... aku ni seorang ja la. Bukannya lebih dari seorang nak semua orang panggil serentak. Bingung ku eh! Komputer yang aku guna tu lagi sot. Nak buka blog Ustaz Zainal tu, punyalah lambat sangat-sangat-sangat. Si Adham lagi duduk sana guna komputer tu... sebab aku dah bergerak ke sana ke mari mengajar orang kan.

Sekalinya, rupanya ada kelas lain yang mau guna makmal tu. Jadi, ustaz suruh kami keluar ja. Tapi,,, ada juga yang nda keluar. Aku tengok si Annira, Suriani, Nida Nazihah, Yusnila Elliyansyah, dan Adham tak keluar lagi. Jadi, aku pun duduk jugalah tak keluar dulu. Aku buka blog aku. Sekali si Adham datang (menyibuk). Dia nak tengok blog aku ni. Aduh... dah lah entri blog aku pun memang tengah melalut-lalut mengarut. Dia pula jahat... adakah patut asyik ketawa ja baca entri kat blog aku ni. Aisy! Geram aku. Depan-depan aku pula tu. Kalau kau ketawa kat belakang-belakang tak apa lah jua Dham! Aduiiiii..........
Kami kat makmal tu sampailah habis waktu rehat. Konon sampai rehat ja. Waktu rehat, patutnya dah keluar dah. Sekalinya lebih daa... Aku kat sana tak banyak guna komputer pun. Mengajar dorang yang tinggal tu buat blog. Sampai semuanya dah ada laman blog sendiri, kecuali si Adham. Dia just buat akaun, tapi tak buat laman blog.

Waktu balik ke kelas, si Akidah tanya aku, Adham mana. Aku cakap kejap lagi dia masuk, on the way. Lepas tu Kidah tanya lagi, si Adham pergi mana tadi. Aku bagitau dia kat Makmal Komputer. Kidah tanya dia buat apa. Aku jawab juga, "buat blog". "Lambat jua siap blognya...?" Lebih kurang macam tu lah Kidah cakap. Aku cakap la yang komputer tu bermasalah. Lepas tu aku tinggalkan dia terus... lagipun Adham dah masuk dah waktu tu. Aku jumpa Azrinah, dia nak ke kelas 5 Petunia untuk kelas Pendidikan Islam. Sebab waktu tu masa Pendidikan Syariah Islamiyah, slash dengan PI. Aku salam lah si Azrinah macam biasa, lepas tu aku say sorry sebab tak masuk kelas tadi. Lepas tu dia kata apa...? "Yalah... dating saja kamu dengan si Adham tu!" Adeh! Aku pulak kenak. Adeiii... Susahlah kalau nak berkawan dengan lelaki yang jadi rebutan tu. Hahahahaha...

PSI hari ni masuk tajuk Perkahwinan. Aduh! Perkahwinan lagi. Tadi PJK tajuk Perkahwinan, hari tu PSK pun perkahwinan juga. Ish999...
Masa belajar PSI tadi tu, rasa nak mengamuk saja aku. Si Rizaizy lah punya angkara tu. Mula-mula dia minta air aku, dia minum dengan bibirnya menyentuh mulut botol air aku. Serta-merta aku pukul dia. Geram aku... Hisy... tak mau aku minum air tu lagi. Nasib baiklah masa akhir dah... nak balik. Lepas tu pula, waktu Shareen tengah baca teks kat buku teks PSI tajuk Perkahwinan tu, si Zizy berbisik kat aku. Mulanya aku larikan telingaku tu. Dia suruh dengar juga. So, aku dengarlah. Dia mengumpat si Shareen lah pula. Tapi, sot betul budak tu. Adakah patut dia kata benda L*C*H kat aku. S**L betullah. Sekali lagi aku hentam dia (tapi rasa macam tangan aku terkawal dari pukul dia berterusan - kalau ikut kan hati, memang nak aku hentam dia tu berabis). Lepas tu aku terus ambil buku teks aku, pindah tempat duduk ke depan. Aku tak mau duduk sebelah dia tu. Rosak aku dibuatnya. Dah tu aku tak layan dia dah. Dia tu suka sangatlah buat orang marah!

***

Hari ni ada latihan silat. Sekali guru silat, Cikgu Azizan tak dapat datang pula sebab ada tetamu. Aduii... Dia suruh kami yang dah bengkong hijau ni ajar budak-budak asas bersilat. Adeh. Angkang banar ni. Kami ajar la juga. Sebab yang baru dipelajari dorang tu taklah susah sangat pun. Belum sampai bab kombat dan kunci lagi. Yang terakhir sekali, kami buat latihan Anak Harimau. Segala berguling-guling, balik roda segala lah. Yang ni aku memang minat. Tapi, kan engajar budak-budak perempuan asas, liat banar. Dorang takut bah mau buat. Puas jualah aku buat demo depan dorang. Entah berapa banyak kali dah aku berguling. Pening tu gila. Mulanya, yang asas adikku sorang ja mau buat. Budak-budak lain masih jua nda mau. Doranglah paling last kami tunggu. Budak lelaki siap dah. Segala macam kaedah diajar. Bukan aku saja, dorang si Sharizal(form5), Firdaus(form3), Pakies(form3), dan entah siapa lagi lelaki yang lain pun mengajar juga. Tapi 'bini-bini ani liat banar bah'. Adeh. Dulu waktu aku asas, aku bantai ja tu asal mencuba. Apa barang time silat ber-ayu-ayuan. Tunggu habis latihan la bah.

Malam pula, kami satu family pergi Chicken King tak jauh dari Utama Jaya (W.P Labuan). Makan sana... kena belanja beb... sempena birthday adikku yang form1 tu pada 31 Mac hari tu dan birthday ibu aku esok, 3 April. Nenekku sebelah ibu dan semua adik-beradik ibu dengan suami/isteri and anak-anak dorang sekali datang. Best eh. Aku tukang ambil gambar time dorang makan. Tapi, time aku makan tak adalah orang gambar. Kira oklah tu. Sebab aku makan tak standard. Makan pakai tangan ja sebab sudu yang disediakan dah habis. Hahahaha. Nak makan pakai garpu, susah juga makan nasi macam tu. Jadi, pakai tangan saja lah. Dah memang kebiasaan aku. Berselera juga. Hahahaha...

Balik rumah, mengantuk eh. Tapi, aku online juga ni. Sebab janji dah dengan Adham nak ajar dia pasal blog melalui YM. Aku buka internet, masuk email, cari alamat emailnya. Baru aku add dia kat YM. Payah jua lah mengajar melalui YM. Pasalnya dia guna email yahoo untuk buat akaun blognya tu kan. Aku guna gmail saja. Maklumlah aku. YM, guna email lain. Email, lain lagi emailnya. Blog, guna gmail. Friendster dan tagged pula guna email lain lagi. Virtual Friends aku guna email sama ja dengan YM aku. Hahahahahaha...

Siap selesai, untuk follow blog ustaz saja tu dah ambil masa. Sebab aku bingung untuk akaun-akaunnya tu. Sekali selesai, dia pun sign out Aik?! Tadi pagi cakap nak tau update blog aku ni. Aku kata follow ja blog aku. Kali ni, belum follow pun lagi. Hentam lah kau eh. Aku ngantuk sudah. Hahahahaha...

P/s: Tadi petang kat sekolah sementara menunggu masa latihan silat, aku jumpa si Amirul Zolkapli. Dia lepasan SPM tahun lepas. Hari ni datang untuk latih budak-budak Kadet Polis latihan kawad. Aiseymen. Aktif lagi dia.

P/s/s: Hari ni patutnya ada KKQ. Tapi, dibatalkan. Boringnya waktu menunggu masa latihan silat. Aku datang sekolah sekali dengan masa ayah aku mau pergi kerja. Jadi, datang awal lah. Silat mula jam 3 petang. Huh... hentam sajalah labu...

"Selamat beradu wahai Tuan Puteri" - ayat M.Khairul Anwar sebelum aku tidur. Teringat dia lagi...
Baca penuh >>

Khamis, 1 April 2010

Memaki

P/s di awal entri: Pagi tadi 'Si Penyibuk' marah bila ada orang tegur dia. Hohohohoho...

Aku sebenarnya dalam tahap kebingungan yang tidaklah minima mahupun maksima. Aku tengah berfikir-fikir entri apa pula yang nak diceritakan dalam blog 5 Hibiscus tu. Apa cerita menarik hari ni ah...? Si Azrinah bertanya sudah pasal story kelas hari ni aku tak ada update. Sorry la Az, aku ketandusan ilham nak buat story hari ni sebab aku tak pasti apa yang menarik. Lebih kurang ja macam semalam... perebutan jejaka. Hahahaha...

Tak apalah. Aku tak ada story kat sana, aku story kat sini dulu. Hehehehe... Tak adalah. Entri semalam aku ada cerita pasal maki-memaki kan. Tadi pagi pula aku terlepas cakap guna perkataan tak bermoral tu. Adeh! Ceritanya macam ni... Masa matapelajaran Pendidikan Syariah Islamiyah, macam biasa la ada sesi membaca teks yang ada dalam buku teks. Mula-mula tu ustazah suruh si Adham yang baca. Akhir sekali pula si Khairul Azhar lagi baca. Kalau tahun lepas, aku minat sikit kalau si Khairul ni yang baca. Sebab cara bacaannya tak buat orang mengantuk, dan menghiburkan. Pernah tahun lepas apabila dia menyebut setiap nombor yang dibacanya tu berganti-ganti dengan bahasa lain. Bahasa melayu, bahasa arab, bahasa bugis, bahasa cina pun ada kalau tak silap. Hahahaha...
Jadi, waktu dia baca tu pada mulanya tak ada apa-apa lah. Cuma kelakar sikit bila ada beberapa perkataan dia salah sebut. Maklumlah, bila melihat ejaan jawi, adakalanya boleh juga tersalah sebut. Sekali sampai ke ayat-ayat last tu, ada disebut nama-nama para sahabat Rasulullah. Sekali nama yang last sekali pula kalau tak silap aku ber-bin-kan "Abbas". Dah tu, si Khairul ni pula datanglah perangai jahatnya. Adakah patut waktu dia membaca secara mendatar tu, bila sampai nama "Abbas" tu dia tekankan kuat-kuat. Asih! Serta-merta aku tekankan juga "S**L" kat dia. Cuma saja tidaklah kuat sampai ustazah dengar sebab aku pun duduk bahagian belakang, bedekatan dengan Khairul. Tak sengaja spontan aku maki dia. Gara-gara si Khairul, punyalah ketawa budak-budak dalam kelas. Dengan ustazahnya sekali. Geram aku. Ustazah pun tanyalah, "nama bapa siapa?" Jadi, dorang tolong jawabkanlah yang tu nama bapa aku. Elah! Tak pasal-pasal aku memaki orang hari ni...

Gara-gara hari ni 1 April, adalah budak kelas yang main-main April Fool. Tapi, taklah macam permainan budak-budak dulu. Walauapapun, tipu tertipu tu taklah jadi macam orang yang betul-betul bodoh. Masing-masing dah meningkat dewasa. Patutnya makin berfikiran matang.

TETAPI, tidak elok mempermainkan April Fool tu kerana Hari April Fool berasal dari hari orang yahudi yang menipu orang Islam. Kita sebagai Islam, berfikiranlah cara Islam...

P/s di akhir entri: Aku tulis entri ni sambil tunggu si abang sorang tu online YM. Tapi, tak online lagi ni. Katanya ada benda nak cakap dengan aku... Aku tengah tertunggu-tunggu ni. Meetingnya sampai jam berapa...? Wooaahhh! Mengantuknya aku...
Baca penuh >>