Cik Intanurulfateha hendak membeli domain intanurulfateha.com untuk blog miliknya. Beliau turut berbesar hati ingin membelikan satu domain lain untuk dihadiahkan kepada pembaca blognya. Oleh yang demikian, beliau dengan senang hati mengadakan contest "SI contest" yang berakhir pada 31 Mac 2010 untuk mencari seorang pemenang yang layak mendapatkan domain percuma daripada beliau.
Di bawah ini ialah gambar yang aku gunakan untuk menyertai contest ini.
AKU dan... Sahabat.Kenapa aku pilih gambar ini? Kerana gambar ini adalah antara gambar aku yang paling aku suka. Gambar di atas ialah gambar yang aku edit sendiri hujung tahun lepas... menunjukkan kenangan aku dengan sahabat aku, M.Khairul Anwar sebelum dia berpindah ke Sekolah Menengah Teknik & Vokasional, W.P Labuan pada tahun 2009. Baju yang kami pakai tu sebenarnya ialah baju sukan sekolah aku (bekas sekolah dia lah)... hehehe... MKA memakai baju sukan sekolah versi lama, manakala aku pula memakai baju sukan sekolah versi baru.Dalam menjalani kehidupan seharian kita, sahabat juga adalah insan penting untuk menjadi teman kita. Antara sahabat dan cinta itu sebenarnya sahabat adalah lebih baik. Seperti kata Afifi pada aku, "Tiada kawan, tiadalah cinta..." Jadi, pandai-pandailah korang memilih sahabat terbaik korang ya...
KASIHMU SEDAMAI PULAU
Karya: N Athirah
Sungguh merdu alunan desiran pantai
sungguh indah pemandangan mentari terbenam
sungguh nyaman tiupan bayu senja
memberi ketenangan setiap insan
Sahabat
kau curah kasihmu
lantas mendamaikan gelora jiwaku
sedamai pulau
mengukir senyumku
menenang jiwaku
membangun mindaku
dan mencoret bait-bait kata
madah bicara damai abadi
Awan di langit berarak perlahan
angin bertiup membawa ketenangan
hujan turun bersama rahmat Tuhan
Pabila sentuhannya serasi
terbukalah jendela hati
terlepaslah segala impian
yang mengusik jiwa lara
Ahad, 22 Februari 2009
Korang apa lagi...? Cepat-cepatlah turut serta contest ni. Hadiah lumayan ni. Apa korang tunggu lagi? Marilah sertai bersama! Cara-cara dan syarat-syarat untuk menyertai contest ini mudah sahaja.
Cara-caranya ialah :
- Korang hanya perlu upload sebuah gambar korang yang korang suka dan gambar mestilah berwajah happy, tak naklah yang tengah nangis atau masam-masam macam cengkodok
- Edited picture(gambar yang telah diedit/ubah-suai) juga boleh... tapi, edit tu kenalah cantik-cantik tau!
- Tulislah caption kenapa korang suka gambar tu... Tulis caption yang sweet dan boleh menarik hati Cik Intanurulfateha. (Tarik hati ja tau! Jangan pula ada yang lebih-lebih nak ambil hati beliau pula... Kang cik kita yang sweet tu nak pakai hati apa pula kalau dah ada yang ambil hatinya yang satu-satunya tu...)
- Gambar bersama mak/ayah, suami/isteri, anak, kawan, boyfriend/girlfriend, semua pun boleh! Tapi gambar berDUA saja ya... sesungguhnya berdua itu lebih baik (Cik Intanurulfateha kata "berdua kan lebih baik" )
- Letakkan banner contest seperti yang terdapat di atas kat blog korang dan link balik ke entri contest di sini.
- Tulis satu entri berkenaan contest ini.
- Yang penting, jangan lupa letak backlink dalam entri korang. Lebih banyak referral, lagi cerahlah peluang korang untuk menang. Tak perlu sangat nak follow blog Cik Intanurulfateha. Tapi, kalau korang rajin nak follow juga pun tak apa.
- Sebaik-baiknya, rajin-rajinlah selalu click nuffy Cik Intanurulfateha... and she will click your back.
- Akhir sekali, letakkan link entri contest korang tu kat entry contest beliau.
Untuk menyertai, anda boleh click banner contest di atas atau click saja di sini.
.heeeeeee tq ^^
BalasPadamterima kasih kembali...
BalasPadam