Rabu, 17 Mac 2010

Sahabat...?

Tika mula bersahabat, segalanya happy... bila perlukan sesuatu, memohon bersungguh-sungguh pada sahabatnya... namun setelah memperoleh kejayaan/kebahagiaan, adakah dia masih mengingati sahabatnya yang sentiasa menunggunya selama ini...?
Terus terang aku cakap, ayat di atas aku yang cipta sendiri... kalau ada ayat yang lebih kurang dengan ayat di atas, aku minta maaf. Aku tak ada cilok dari mana-mana artikel pun. Tu lahir dari hatiku sendiri...

Aku sebenarnya bengang la dengan manusia yang mengatakan aku sahabatnya. Mana bukti aku sahabatnya sedangkan bila dia dah dapat apa yang dia nak, aku ni macam tak ada apa-apa dah bagi dia. Ada pula yang mengatakan aku sahabatnya, tapi, ikut sedap mulut dia saja nak mengata aku, menuduh aku macam-macam. Kadang-kadang aku sedih... tapi, sakit hati juga...

Bila aku fikirkan balik, tiada siapa pun yang boleh aku jadikan sahabat... kecuali seorang... yang aku dah tak contact lagi. Mungkin salah aku juga yang tak kuat mempertahankan persahabatan aku dan dia. Tapi, semua tu terjadi kerana satu saja masalah yang aku hadapi... pergaduhan dengan 'seseorang' yang mungkin mengganggap aku ni 'baju' untuk dia tukar-pakai... Kerana pergaduhan tu lah, aku terbawa-bawa pada sahabat aku tu. So, nampakkan tu salah aku. Dan aku rasa aku tak nak la sakitkan hati dia lagi. Aku dah kata kat dia aku tak akan mesej dia melainkan hal-hal penting. Aku tak nak sakitkan hati dia lagi... sebab aku yang bakal sakit hati.

Hmm... entahlah...
Sebenarnya ada juga rakan-rakan siber yang betul-betul berkawan dengan aku. Cuma, kadang-kadang aku bingung la dengan semua tu... Keliru dengan keikhlasan dorang. Dorang kawan dengan aku atas sebab apa...?
Sebab sekarang ni aku dah bingung dengan manusia yang asyik nak panggil aku sayang/cyg/syg/baby/dan entah apa lagi. Kenapalah dorang nak panggil macam tu..?
Ok... kadang-kadang aku invisible kan saja perkataan 'karamat' tu bila chat dengan kawan yang aku pandang dia positif... Tapi, jangan kalau aku chat dengan manusia yang sukar untuk aku pandang dia positif. Geli-gelaman aku. Tak kira mat salleh ka, orang luar negara ka, orang dalam negara ni juga ka, aku memang sensetif dapat perkataan tu. Hari tu dah aku bantai tu mat salleh yang asyik panggil aku baby... Last tu baru dia dah tak panggil lagi.
Cuma, adalah satu jelama yang masih lagi nak panggil aku 'sayang'... Ergh! Agaknya, dah aku bertunang or kahwin nanti baru dia dah tak berani panggil aku dengan perkataan tu lagi. Dia tu memang tak pandai nak mengaku-ngaku kalah la... Dah lah tahun ni aku dah nak menghadapi SPM... err... bukan sekadar SPM tu saja yang membimbangkan aku. Ada benda lain lagi. Macam,,, aku rasa macam,,, tak nak duduk kat Malaysia la lepas SPM... hahahahahahahahaha...

Aku rasa macam dah melencong pula entri ni...hentam ja lah... aku dah biul agaknya... hahahaha...
Semalam lagi aku dah berdebat dengan jelama entah apa la perangainya... Sedap mulut dia ja nak kutuk-kutuk, caci maki orang... tapi, perwatakan aku agak berbeza semalam. Kalau orang yang dah la kutuk adik aku(adik aku yang kat Selangor tu juga kat entri aku sebelum entri ni), dia pergi maki aku binatang pula dah... aku tak maki dia pun. Soi betul lah jelama tu. Biasanya orang macam tu memang dah kena maki balik dari aku. Tapi, semalam aku bagi tasykil lah pula. Nasib dia lah baik tak kena maki berabis. Kebetulan aku teringatkan sahabat aku kot... tu yang aku tasykil ja. Sama macam sifat sahabat aku tu... Nasib baik jelama tu akhirnya tak cari pasal lagi. Kalau dia cari pasal lagi pagi tadi, memang aku dah tak tasykil dia lagi.
Jelama tu sikapnya sama ja macam masyarakat Mesir yang keras kepala bila marah... tapi, dia tak sama dengan masyarakat Mesir yang apabila ditasykil, akan lembut hatinya seolah-olah tiada perbalahan sebelum ini. Sebab jelama tu terus juga macam tunjuk lagak kat aku. Aku tau la dia tu lebih tua dari aku. Aih... geram aku dengan jelama tu semalam.

K lah... aku ada kerja lagi nak dibereskan. Bertemu lagi kita nanti andai aku ada idea nak tulis entri kat blog ni...
Wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang anda hantar akan menunggu masa untuk diapprove oleh penulis...
Harap maklum...