Pengawas
Pagi-pagi ke sekolah, kat dalam bas aku cakap kat Nurulamalfatirah nak patner dengan dia waktu lapor diri kehadiran pengawas kat Puan Hajah Rokiah di bilik guru sekolah. Bermula hari ini, setiap pengawas diwajibkan lapor diri kat guru pengawas pada waktu pagi untuk memastikan kehadiran pengawas ke sekolah tidak lewat.
Selepas lapor diri, macam biasa aku terus pergi ke tempat aku dan beberapa orang kawan sekelas aku berkumpul waktu pagi sebelum perhimpunan atau masuk kelas. Disebabkan hari ini hari Isnin ada perhimpunan rasmi, sampai masa perhimpunan kami terus ke tapak perhimpunan. Hah! Waktu ni lah ada komflik aku waktu bertugas. Geram betul aku... sangat-sangat geram. Sepatutnya kan setiap barisan kelas ada seorang pengawas menjaga setiap barisan (pengawas lelaki di barisan lelaki dan pengawas perempuan di barisan perempuan). Tapi ada satu kelas tu tiada pengawas yang menjaga. Bila aku tanya pengawas-pengawas lain di bahagian belakang, tiada siapa tahu siapa yang ditugaskan menjaga barisan kelas pelajar perempuan tu. Masalahnya, salah seorang pelajar tu sakit dan tengah duduk. Aku cari KP... nak minta pendapat la pada asalnya. Kan dia KP. (nada memperli)
Tapi, KP pula tak ada. Aku tak tau ke mana perginya dia waktu tu. Tapi, bila KP dah datang, aku pun jumpa dia lah. Firstly aku tanya dia siapa pengawas-pengawas yang bertugas menjaga barisan kelas. Sebab yang senaraikan tugasan pengawas tu ialah KP sendiri. Lepas tu apa jawapannya,,, "Cari la sendiri!" siap dengan lagaknya pula tu!
Kalau aku tak fikir waktu tu perhimpunan rasmi, memang aku dah tampar dia dah. KP pun, KP la juga. Aku tau la dia cousin aku. Cousin pun, cousin la juga. Jangan fikir aku takut dengan dia. Jangan nak tunjuk lagak la... KP sebelum ni tak pernah nak berlagak pun. Masing-masing sedar diri. Aih geramnya aku waktu tu!!!!!!!
Program Mentor Mentee Sekolah
Waktu penghujung perhimpunan, Unit Bimbingan Kaunseling mengumumkan penyenaraian Program Mentor Mentee Sekolah yang mana Mentornya terdiri daripada guru-guru (termasuk guru pentadbiran) dan Menteenya pula ialah pelajar-pelajar sekolah. Setiap pelajar berpecah mengikut mentor masing-masing untuk sesi perkenalan.
Aku termasuk dalam senarai Mentee yang mana Mentronya ialah Cik Low Siew Yieng. Kebetulan Cikgu Loh ni guru sejarah kelas aku.
Berikut ialah tugasan Program Mentor Mentee pertama yang diberikan oleh Mentorku:
22 Mac 2010 (Isnin)Tempat: Bilik DokumentasiBERKENALAN
Mentor: Cik Loh Siew Yieng
Adik Angkat :
- Nama : Norhaslinah Binti Abdul Hamid
Tingkatan : 5 Petunia
Tarikh Lahir : 17 Disember 1993
Hobi : Futsal
Masakan Kegemaran : Nasi Lemak
- Nama : Al-Malek Hassan Bin Pulon
Tingkatan : 4 Bouganvilla
Tarikh Lahir : 30 September 1994
Hobi : Dengar Lagu
- Nama : Ahmad Adli Bin Mustapa Kamal
Tingkatan : 3 Hibiscus
Tarikh Lahir : 5 April 1995
Hobi : Bola Sepak
Masakan Kegemaran : Mi Maggi
Target PMR : 8A
- Nama : Alexander Fong
Tingkatan : 3 Ixora
Tarikh Lahir : 15 Oktober 1995
Hobi : Main Komputer
Masakan Kegemaran : Mi Goreng Basah
Target PMR : 1A (Mathematics)
- Nama : Mohd Mazdie Bin Abdul Saidi
Tingkatan : 1 Ixora
Tarikh Lahir : 6 Ogos 1997
Hobi : Badminton
Subjek Yang Diminati : Mathematics
Nota: Kakak Sulung (angkat)
Nama : Nurfatihah Athirah Binti Abbas
Tingkatan : 5 Hibiscus
Tarikh Lahir : 9 Disember 1993
Hobi : Berkarya
Masakan Kegemaran : Nasi Lemak
Yang hadir dalam group aku tadi cumalah enam orang mentee. Dan disebabkan umur aku mengikut tarikh lahir, lebih tua daripada Haslinah,,, akulah yang jadi kakak angkat pertama... huhuhuhu... jadi kakak lagi... Nak juga merasa jadi adik ba...
Kelas
Di kelas, aku tak duduk kat tempat duduk aku yang biasa. Aku duduk kat tempat duduk si Azrinah, sebelah sH@ReeN. Azrinah hari ni tak datang sekolah. Aku malas nak duduk kat tempat duduk aku tu. Nak pandang si orang yang menyakitkan hati tu pun malas. Ni kan lagi berhampiran.
Hari ni keputusan ujian Pendidik Al-Quran dan As-Sunnah, Add Math, Science, dan Bahasa Inggeris dah diserahkan kepada semua pelajar dalam kelas aku. Alhamdulillah Science aku ujian ni lulus. Hujung tahun lepas aku dapat 36 saja. Tahun ni dapat 42. Target untuk ujian bulan ni 45. Tinggal tiga markah ja lagi nak capai target. Kalau macam tu, untuk exam seterusnya aku perlu tambah lagi nilai target tu. Dan juga, kalau boleh aku nak tingkatkan lagi markah tu.
PQS aku pula menurun... huhuhuhu... Markah hujung tahun lepas 80. Target yang ustazah berikan untuk ujian ni 86. Tapi, aku dapat 74 pula. Aduii...
Add Math pula.. alahai ni lagi satu subjek. Tahun lepas pertama kali ujian aku dapat markah 11. seterusnya markah aku menurun. Kalau naik pun tak sampai 10. Nasib saja belum pernah dapat 'telur' lagi. Hujung tahun lepas aku dapat markah 9 saja. Untuk target semua subjek yang aku gagal aku letak 45 saja termasuk Add Math dan Prinsip Akaun. Untuk ujian ni, Add Mat aku dapat 16 pula. Kata cikgu, ikut skema SPM sebenar, markah 15 ke atas tu dah selamat dah. Tapi, kalau aku tengok markah tu, setakat pas-pas lulus ja tu. Credit pun belum lagi. Aku tengok kertas jawapan Add Math aku, banyak dah berjawab. Tapi, formula ja salah. Ada yang formula betul, disebabkan soalan yang mula-mula aku salah formula, soalan seterusnya tu pun salah la jawapannya. Huhuhuhuhuhu...
BI pula, target aku untuk ujian ni sebenarnya 70. Tapi, markah yang aku dapat sama pula dengan markah hujung tahun lepas, 60. Tak meningkat, tak berkurang... Ni lagi satu masalah ni. Edeh.... Kalau aku tau, aku target 80 saja. Boleh dapat 70. Hahahahaha.... (nak buat lawak ke apa...?)
Esok lagi tunggu B.Arab Tinggi, Bahasa Melayu, Pendidikan Sivik... dan entah apa lagi...
* Waktu sebelum balik tadi, si Adham duduk kat tempat duduk Azrinah dan aku pula di tempat duduk Syafawati (di hadapan tempat Azrinah). Sebenarnya aku nak kemas barang aku supaya waktu balik tak kelam-kabut. Tapi Adham duduk pula kat tempat Azrinah tu. Jadi, aku cuma minta dia simpankan kertas soalan exam aku kat dalam beg aku yang aku letak kat lantai sebelah kerusi (kat dinding...sebab meja Azrinah sebelah dinding kanan kelas). Lepas tu, aku dan Hajar yang duduk kat sebelah aku duk berbual dengan Adham.
Sampai ja waktu bunyi lonceng balik, semua orang sibuk la angkat beg nak keluar. Adham pula masih lagi kat meja si Azrinah. Jadi, aku minta lah Adham tolong ambilkan beg aku tu. Lepas tu apa dia kata,,, sambil letak beg tu atas meja, dia kata "Nah, Tuan Puteri!" (nada bergurau) Lepas tu dia pergi. Tersentak aku. Lepas tu aku cakaplah hanya seorang saja orang yang panggil aku macam tu > M.Khairul Anwar. Teringat dia lagi. Hahahaha...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan yang anda hantar akan menunggu masa untuk diapprove oleh penulis...
Harap maklum...