Ahad, 3 Mei 2009

Sekadar meluahkan perasaan...

Sesuatu yang kita kehendaki tidak selalunya kita dapat dan apa yang kita cuba hindari tidak semestinya dapat dihindar.
Itulah hakikat kehidupan ini. Segala yang pernah berlaku suatu ketika dulu kini hanya menjadi kenangan yang penuh bermakna dan diakhiri dengan pengajaran yang sentiasa menjadi ingatan.
Setiap dari kita pasti memiliki keinginan... Tetapi bukan mudah untuk menunaikan keinginan tersebut tidak kira ianya baik atau tidak. Maka kekecewaan itulah yang sering menghantui diri kita. Tika itu, kesabaran itulah yang perlu digenggam dengan erat. Semoga kita terpelihara-NYA. Amin...
Tidak dapat dinafikan semua ini. Kerana ianya terkandung dalam kronologi kehidupan seharian. Tetapi, ada hikmah di sebalik segala kejadian.
Tika diri dibalut kegembiraan, kita lupa kedukaan yang mungkin bakal tiba.
Tika salah faham membisik di hati, kita tidak sedar akan kebenaran di sebaliknya.
Apabila sesal merusuh jiwa, kita tidak tahu cara sebenar memperbaiki keadaan.
Setelah rajuk menguasai diri, kita tidak terfikir perasaan orang lain.
Pabila ingin mengembalikan kenangan silam, namun sebenarnya kita sudah terlambat...

Oleh itu, jagalah segala apa yang kita sayang dengan baik.
Jangan tinggalkan ia tanpa berfikir terlabih dahulu.
BERINGATLAH SEBELUM MENYESAL...
Hakikatnya, inilah antara kronologi kehidupanku sendiri. Segala yang tidak diingini tidak dapat dihindari dengan begitu mudah. Hanya kerana perkara yang remeh telah menghancurkan sesuatu yang begitu bermakna. Kenangan itu terlalu bermakna untuk ditinggalkan dan terlalu indah untuk dilupakan. Sampai bila-bila pun aku tidak akan membakar kenangan yang satu itu. Pada penghujungnya telah memberikan aku pengajaran yang cukup bermakna untuk aku mengharungi kehidupan yang mencabar ini. Biarlah kenangan yang satu ini tidak terpadam. Kerana kenangan ini memberikan aku kekuatan dan menguatkan ketahanan fahaman mindaku untuk menilai sesuatu yang penting dan perlu dinilai dengan teliti.


Yang pastinya kenangan buruk itu dalam usaha aku memadamnya. Kerana kenangan itu bercampur-baur dengan penipuan dan madah-madah dusta.
Ingin aku kembali pada kenangan yang satu lagi sebelum kenangan buruk itu... penuh bermakna... memberi ketenangan...tetapi kini, itu semua hanyalah angan-angan yang nyata dan hanya tinggal angan-angan tanpa ada pencapaiannya...


Madah Ciptaan N Athirah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang anda hantar akan menunggu masa untuk diapprove oleh penulis...
Harap maklum...