Monday, May 4, 2009

Sedikit Demi Sedikit

4 Mei 2009 Masihi (Isnin)
9 Jamadilawal 1430 Hijriah
Kehidupan ini bagaikan roda... adakalanya di atas, adakalanya di bawah...
Hakikatnya kata-kata tersebut tidak dinafikan. Adakalanya kita gembira, ceria... adakalanya kita sedih... adakalanya kita marah... dan macam-macam lagi.

Hari ni sebenarnya aku penat. Waktu perhimpunan yang lama. Waktu belajar yang bosan. Waktu rehat... seperti biasa aku bertugas di tempat tugasan aku, kantin. Aku perlu mengawal barisan pelajar untuk membeli makanan. Aku ke kantin waktu rehat tadi hanya lewat tidak sampai 5 minit. Tapi, kantin sudah dipenuhi oleh pelajar. Koperasi Sekolah tutup. Nadiah Sahar dan Hanani Athirah sudah mula menjalankan tugas. Hanani berada di tempat keluar pelajar selepas membeli makanan... Nadiah pula di tempat masuk pelajar untuk membeli (tempat pelajar berbaris). Jadi, aku masuk ke tengah-tengah pelajar - di kawasan pelajar membeli makanan.

Berdirilah aku di antara kawasan pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Tujuannya supaya pelajar lelaki tidak memasuki kawasan pelajar perempuan. Masalahnya, kawasan lelaki tidak ada pengawas lelaki yang bertugas. Sedangkan pengawas lelaki yang ditugaskan di kawasan kantin lebih dari 4 orang... manakala pengawas perempuan hanya 3 orang. Disebabkan kawasan lelaki penuh, aku yang berdiri di tengah-tengah tu terhimpit di antara pelajar lelaki dan perempuan (aku tak taulah macammana pembaca membayangkan keadaan tempat aku bertugas pada ketika itu). Berulangkali aku melihat jam tangan. Perut aku sudah meragam. Pelajar pula bukan semakin berkurang, tapi makin bertambah pula. Maklumlah... koperasi tutup.

Jam di kantin tadi sebenarnya lambat. Baterinya low kot. Sehinggalah waktu jam tangan aku menunjukkan jam 10.40 pagi, waktu rehat sepatutnya sudah habis. Tapi, pelajar masih ramai yang belum membeli makanan. Aku dan rakan setugas aku memang dah lapar dah. Sepatutnya, waktu macam tu kami dah boleh makan. Tapi, hampeh!

Dalam keadaan pelajar yang ramai tu, aku sendiri penat dengan muka serius + muram. Tengah bengang tu. Makanan semakin berkurang. Tapi, aku tak akan mengambil kesempatan membeli pada ketika itu. Sebab aku masuk tu tanpa berbaris dahulu. Pelajar boleh buat complain kalau macam tu.
Waktu berada di tengah-tengah pelajar tu, aku ternampak Saifullah dan Ali. Hahahaha... luculah tadi. Saifullah tegur aku. Aku senyum kat dia. Dia tanya aku ok atau tidak... waktu tulah barulah aku meluahkan/mengadu lapar. Hahaha... Ali tanya kenapa aku tak makan. Aku jawab, "macammana mau makan macam ni...?!"
Ali tunjuk salah seorang pengawas tingkatan 4 lelaki yang sedang membeli makanan. Aku kata dia tugas kat tempat lain.

Tunggu punya tunggu... akhirnya habis juga pelajar yang berbaris. So, aku ambil kesempatan membeli makanan. Beli kek cup ja. Sekadar mengisi perut. Masa rehat sudah lebih 10 minit tamat. Aku perlu cepat ke Makmal Bahasa atau Bilik SAL untuk matapelajaran Bahasa Arab Tinggi.

Waktu Arab... mengantuk. Waktu Pen. Syariah Islamiah... bolehlah. Nasib baik ada 100plus yang aku bawa dari rumah. Jadi, aku taklah rasa lapar sangat, mula bertenaga dan kurang mengantuk.

Sampai ni ja lah aku cerita pasal sekolah... tiada kena mengena dengan title post aku ni.


Merujuk pada title post aku tu...
Sedikit demi sedikit aku meng-edit blog aku. Buat masa ni... aku lebih tumpukan perhatian pada blog Siri Mujahidul Haq. Sedang berusaha menghasilkan karya yang mesejnya penting bagi aku. Tak taulah bagi pembaca.
Jadi, sedikit demi sedikit aku usahakan blog aku ni... Makin berkembanglah isinya. Insya-Allah...


Dalam keadaan sekarang ni, aku risau pada Subjek Bahasa Melayu aku yang jauh menurun tu. Dahlah sekarang tak ada guru BM. Kata cikgu, dalam kertas soalan BM,ada bahagian menulis cerpen. Ni satu problem aku sikit. Sebab aku kalau menulis cerpen menggunakan pen/pensil (maksudnya, tidak menggunakan komputer), aku jadi lambat sikit. Waktu tu, ilham ada, tapi idea mengolah tu yang problem. Dan... aku risau masa yang diberi terlalu terhad atau tak cukup masa. Sebab, aku perlu semak balik cerpen tu. Hmm... nantilah aku test waktu exam ni.


................................

No comments:

Post a Comment

Ulasan yang anda hantar akan menunggu masa untuk diapprove oleh penulis...
Harap maklum...