N Athirah @ Siti Puteri Rawija: 1/05/09 - 1/06/09

Ahad, 31 Mei 2009

6 > Mu... beserta ertinya

Info ini aku terima ketika YM aku sedang offline...


1.Musyarakah – yakin bahawa dirinya memang mempunyai kecantikan tersendiri.

2.Murakabah – menerima dengan insaf2 dan syukur keadaan diri sendiri.

3.Muhasabah – sentiasa melihat kekurangan diri dan memperbetulkannya.

4.Muakobah – sentiasa mendidik diri agar berusaha menjadi wanita sempurna.

5.Muqarrabah – sentiasa mendekatkan diri dengan Allah SWT.

6.Mujahadah – berusaha melawan segala bentuk hawa nafsu yang cuba menguasai diri.


Info daripada: Junedi Osman (Yahoo! Messenger)
Baca penuh >>

Sabtu, 30 Mei 2009

Petua Agar Dicemburui Bidadari

Mohd. Khairul Anwar masih belum menghantar info seterusnya mengenai tips menghadapi kiamat. Jadi, sementara itu, aku berikan info-info lainnya yang dapat kita kongsikan bersama...

Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ash r.a melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w berkata: “ Dunia ini adalah perhiasan – yakni tempat berseronok- dan sebaik-baik perhiasan ialah perempuan yang baik”.

Direkodkan oleh Muslim dan al-Nasa’i

Interpretasi Ringkas :

1.Fitrah manusia sukakan perhiasan. Lebih sinonim lagi dengan insan bergelar wanita.
2.Perhiasan paling indah menawan, bergaya lagi anggun adalah permata ‘wanita solehah’ (perempuan yang baik).


Motivasi:

Berusahalah menjadi perempuan yang baik menurut kacamata Allah dan Nabi Muhammad kerana ianya dicemburui oleh bidadari di syurga kelak.


Info daripada: Junedi Osman (Yahoo! Messenger)
Baca penuh >>

Khamis, 28 Mei 2009

Pendekar Muda SMK Mutiara, W.P Labuan 2008

Gambar Kenangan selepas kami menghadapi
Ujian Kenaikan Bengkong Awan Putih
(grading)

Ujian Kenaikan Bengkong Awan Putih Gelanggang SMK Mutiara WP Labuan.
Penguji: En Azizan Ibrahim dan En Ghazali
Berdiri dari kiri;
Husin Dingga (tingkatan 3), Mohd. Shahrizal (tingkatan 3), Nurfatihah Athirah, (tingkatan 3) En. Azizan, En. Ghazali. Nurzafirah Nadirah (tingkatan 1), Shariff (tingkatan 3), Mohd. Muaz (tingkatan 2), dan Abu Dzar (tingkatan 2).
Duduk dari kiri;
Nasdi (tingkatan 3), Afiq (tingkatan 2), Mohd. Ammar Shafiq (tingkatan 1), Mohd. Fahmi (tingkatan 1), Pakies (tingkatan 1), Shahrizal (tingkatan 1), dan Mohd. Firdaus (tingkatan 1).


Majlis Himpunan Pendekar Muda
Bertempat di Dewan Semarak SMK Mutiara, WP Labuan
Pada 1 November 2008
Barisan Gurulatih. Ketiga dari kanan merupakan Gurulatih Tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia, Mohamed Amin Hamzah.

Gurulatih tertinggi sedang berucap...

Barisan Putera-Puteri PSSGM, W.P Labuan


* Sila click pada gambar untuk melaihat gambar dengan lebih jelas lagi...

Foto-foto di atas aku dapatkan daripada flickr milik guru silat (PSSGM) kami, Encik Azizan @ Panglima Chulahitam
Baca penuh >>

Rabu, 27 Mei 2009

Cucu Lelaki Sulong

27 Mei 2009 bersamaan 2 Jamadil Akhir 1430 Hijrah pada waktu pagi lahir seorang bayi lelaki keturunan Mohd. Ali bin Haji Gandul dan Kim Lian @ Siang binti Mohamad. Bayi lelaki itulah cucu ke-9 mereka dan merupakan cucu lelaki sulong.


Waktu aku makan tengah hari selepas balik dari sekolah, ibu beritahu aku bahawa isteri pak usu aku selamat melahirkan anak lelaki pagi tadi (tak pasti jam berapa... cuma tahu mak usu masuk hospital jam 3 pagi tadi). Wah...! Bukan main happy lagi pak usu aku menelefon ibu. Maklumlah... pecah rekod dalam keluarga sebelah ibu. Sebab, cucu-cucu nenek (orang tua ibu) semuanya perempuan. Kali ini barulah lahir lelaki. Hehehe... ada lah geng sulong aku. :p
Aku cucu paling sulong dan juga merupakan cucu perempuan sulong. Hari ini, lahir pula bayi yang merupakan cucu bongsu (setakat ini) dan merupakan cucu lelaki sulong. Hehehehe...

Syukur Alhamdulillah... ada juga sepupu sulong aku sebelah keluarga ibu...

Ibu merancang, selepas meeting AVON karang, nak pergi melawat mak usu di hospital. Insya-Allah.
Baca penuh >>

Selasa, 26 Mei 2009

Geng-geng aku - Persembahan Silat 2008 SMK Mutiara

Persembahan Silat SMK Mutiara sempena Hari Guru Peringkat SMKM, W.P Labuan (ORIGINAL)

Persembahan ini dibuat pada Majlis Hari Guru Peringkat SMK Mutiara pada 16 Mei 2008.
Editor: Encik Mahazi


Persembahan Silat SMK Mutiara sempena Hari Guru Peringkat SMKM, W.P Labuan

*Video ini merupakan video edit semula yang di edit oleh N Athirah

Segayong, Sekendi, Seperigi,
Seminum, Sejalan, Sejadi, Sedarah,
Sedaging, Sepadu

Patah tumbuh hilang berganti
kepada anak-anak gayong,
perjuangkan seni warisan kita
bersama-sama...

"Gayong Bergayut Kata Bersahut
Biduk Berlalu Kiambang Bertaut"
Baca penuh >>

Rabu, 20 Mei 2009

Tips Kedua Untuk Menghadapi Kiamat

Assalamualaikum buat para pembaca budiman...

Hari ini kita bincangkan pula mengenai tips kedua yang diberikan oleh Mohd. Khairul Anwar bin Salleh.
Sebelum itu, ingin aku ingatkan kepada para pembaca bahawa isi kandungan setiap tips yang aku berikan ini adalah secara menyeluruh ayat daripada M. Khairul Anwar. Aku sekadar mengedit huruf setiap perkataan menjadi perkataan penuh dan membuat penyusunan ayat di dalam entri ini sahaja (dia menghantar tips ini melalui sms - jadi, guna short form).
*Semua tanda baca yang dia gunakan itu juga aku tidak ubah.

Ok. Ini dia tipsnya:

Tips kedua untuk menghadapi Kiamat: MENCARI PAHALA

Sebelum datang hari kehancuran, kita hendaklah mencari seberapa banyak pahala. Pahala meningkat dosa berkurangan. So, bukan susahpun nak cari pahala.

Bagaimana tu??

Banyakkanlah amal soleh DAILY. TIAP HARI. Jumpa orang beri salam dan senyum, tolong orang yang susah, jaga pandangan,

lagi?

Ikut sunnah nabi secara total. Hah, apa yang nabi buat kita ikut. Apa yang nabi tak buat kita jangan ikut. Satu lagi, nak ikut sunnah nabi secara menyeluruh, seseorang itu perlulah usaha atas iman.

Hah?
Apa tu?
Bagaimana nak melakukannya???

Usaha atas iman akan kita bincangkan nanti ok.. :-)
Wallahualam.

Oleh: MKA
Diterima pada: 24 Jamadilawal 1430 Hijrah / 18 Mei 2009 Masihi pada jam 20:18 (8.18 p.m)

Sekarang aku masih menunggu tips ketiga. Setelah aku menerima tips ketiga untuk menghadapi kiamat itu, aku akan terbitkan di blog ini...
Baca penuh >>

Selasa, 19 Mei 2009

Tips Pertama Untuk Menghadapi Kiamat

Assalamualaikum buat para pembaca yang budiman...
Kali ini, aku rasa lebih baik aku berkongsi pengetahuan dengan korang semua. Semua ni pun aku dapat dari Mohd. Khairul Anwar bin Salleh, sahabat aku. Sekarang ni, kira macam dia pembekal, aku pengedarlah ni. :D

Ok. untuk hari ini, aku berikan tips pertama dahulu.

Tips pertama untuk menghadapi Kiamat: KENAL ALLAH

Seseorang itu perlu kenal Tuhannya. Perlu kenal Allah S.W.T. So, bila dia kenal Tuhannya maka secara automatik, straight to the line, dia akan menjadi rindu pada-Nya dan dia sentiasa ingin mengikut segala suruhan-Nya dan meninggalkan apa yang dilarang.
Hah! Seperti orang sedang bercinta la. Si lelaki ikut saja cakap ceweknya. Begitulah sebaliknya. Nak jaga perasaan la konon.
So, bila kita kenal Allah maka kita akan ikut saja suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Itulah yang dinamakan tauhid.

Oleh: MKA
Diterima pada: 22 Jamadilawal 1430 Hijrah / 16 Mei 2009 Masihi pada jam 19:47 (7.47 p.m)

Untuk tips selanjutnya, akan kita kongsikan bersama nanti...
Baca penuh >>

Isnin, 18 Mei 2009

Adudududu....

Hisy!!! Geramnya aku hari ni......!!!!!!!!!

Hari ni ada exam Bahasa Melayu. Sekarang, kelas aku menghadapi masalah ketiadaan guru matapelajaran BM. Nasib baik hari tu aku dan beberapa orang kawan sekelasku sempat mengikuti kelas Puan Noraiza (kalau aku tak silaplah nama guru BM tu) di kelas 4 Bouganvilla. Jadi, tahulah juga apa yang keluar exam dan macammana cara menjawab soalan exam. Satu lagi, kami dapat belajar tatabahasa dan pemahaman.

Tapi, bengang juga aku hari ni.
Mula-mula BM kertas 1. Bahagian A dan Bahagian B. Aku tengok Bahagian A macam susah (sebab aku tiada idea). So, aku jawab Bahagian B dulu. Masa menjawab BM kertas 1 ialah 2 Jam 15 minit. Selama setengah jam aku menulis karangan Bahagian B (aku pilih untuk menulis cerpen dalam tulisan rumi), baru aku perasan yang karnagan aku tu terkeluar dari tema berakit-rakit ke hulu berenang-renang ketepian. Geramnya aku. Aku dah tulis dua muka surat pula tu setelah merangka karangan. Masa yang terbazir pula setengah jam. Aku terpaksa ambil kertas baru dan mengarang cerita baru.

Kali ni, aku terpaksa buat cara lama (waktu PMR). Aku tulis karangan spontan tanpa merangka terlebih dahulu. Aku rasa dah tiada masa lagi nak merangka karangan. Untuk muka surat pertama, aku dah tulis lebih 200 patah perkataan. aku terus tulis karangan tu sampai lebih dari 2 muka surat. Aku tak peduli lagi nak kira atau tidak perkataan yang aku dah tulis. sebab, aku agak dah lebh dah dari 300 patah perkataan tu. Waktu mula-mula aku tulis cerita tu, emosi aku terganggu sikit. Terganggu dengan rasa sebak. Hahahaha... sebab ada aksi menangis dalam awal cerita tu. Itulah yang menyusahkan aku tu. Kalau emosi aku terganggu, idea spontan pun terganggu.

Aku terpaksa redah ja. Aku bukan ada masa yang cukup selepas masa setengah jam terbuang begitu saja. Dan masa aku memang tak cukup Tamat saja pena aku menulis perkataan terakhir untuk cerpen tu, masa exam pun tamat. Jadi, Bahagian A aku tertinggal begitu sahaja. Secara automatik, 30 markah aku terlepas begitu sahaja. Aku terpaksa juga hantar kertas jawapan aku tu dalam keadaan Bahagian A tidak berjawab. alahai! Alangkah baiknya andai aku gunakan masa setengah jam yang terbazir itu untuk menjawab soalan Bahagian A!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Yalah... markah Bahagian B tu memanglah 100. Tapi, markah Bahagian A tu pun berharga juga. Sebab, semua markah nanti lepas dicombine, akan di darab bahagi lagi. Argh!!!!!!!!!! Bengang otakku eh...

Untuk kertas 2 BM, masa yang diberi ialah 2 jam 30 minit. Aku berusaha mempercepatkan menjawab soalan agar tidak kesuntukan masa. Mulanya, aku nak tinggalkan dulu soalan rumusan. Tapi, apabila aku tengok keseluruhan soalan, aku bimbang kertas kajang aku tak cukup. Sebab aku kekurangan kertas kajang sekarang ni. Jadi, aku jawab ja soalan rumusan tu walaupun sebenarnya aku peling bengang dengan karangan rumusan. Kalau meringkaskan karangan aku oklah. Tapi, buat rumusan ni, aku down sikit. Tambahan lagi dengan keadaan tiada guru BM ni. Antologi Anak Laut pun terpaksa baca sendiri ketika hampir exam sebab cikgu kami belum ajar lagi untuk antologi tu. Untuk sesiapa yang ada buku rujukan KOMSAS atau yang pinjam modal rujukan KOMSAS dari Makmal Bahasa dan belum kembalikan tu, oklah. Sebab dorang ada rujukan. Dan aku, terpaksa baca dan fahamkan sendiri walau sebenarnya otak aku dalam keadaan blur.

Untuk BM kertas 2, masa yang diberi tu cukup-cukup untuk aku. Tiada lebih, tiada kurang. Tapi, satu soalan aku tak terjawab. Sebab aku tak tau nak jawab macammana. Yang lain aku boleh bantai, yang itu, aku jadi 'bengong'...
Perkataan 'ruas' tu membawa maksud apa sebenarnya??? Untuk menulis ayat berdasarkan perkataan yang diberikan, aku tak dapat jawab untuk perkataan 'ruas'. Kejap lagi aku tengok kat kamus DBP secara online. Kalau 'uras' aku tahulah... Kalau 'ruas', aku tak faham... huhuhu... 'uras' tu, mun di sini, sampah maksudnya... sampah kecil la... macam contoh, rumput-rumput kering tu... Itupun aku tak pasti sangat betul atau tidak. Sebab pemahaman aku berdasarkan apa yang orang cakap (berdasarkan penggunaan ayat).


Hmm... aku harap, keputusan BM aku tak seteruk markah ujian Mac hari tu. Sejak aku sekolah rendah sampai sekarang, itulah markah BM yang paling teruk yang pernah aku dapat. Huhuhu... Buat masa ni, aku target markah BM paling kurang pun B4. Kalau aku mampu capai B4 atau B3 (atau lebih lagi), barulah aku target A1. Perlahan-lahan.

Kalau ikut pencapaian BM PMR aku, aku hanya mampu capai A2. Jadi, kalau aku sekarang dapat capai gred B4 ke atas, aku akan terus target A1. Kalau dulu, cara aku terus target tinggi. Sekarang, aku cuba naik berlahan-lahan supaya aku dapat tau di mana kelemahan sebenar aku...


...N Athirah...
Baca penuh >>

Sabtu, 16 Mei 2009

Cinta Ini Membunuhku & Seandainya

"Cinta itu hampir membunuh seluruh jiwaku... Seandainya cinta itu tidak pernah terjadi, air mata serta luka di hati tidak akan pernah hadir..." N Athirah.

Cinta Ini Membunuhku by D'Masiv


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

Kau membuat, ku berantakan.
Kau membuat, ku tak karuan.
Kau membuat, ku tak berdaya.
Kau menolak ku, acuhkan diri ku.

[#:]
Bagaimana, caranya untuk,
Meruntuhkan, kerasnya hati mu.
Ku sadari, ku tak sempurna,
Ku tak seperti, yang kau inginkan.

[Reff:]
Kau hancurkan aku dengan sikap mu,
Tak sadarkah kau telah menyakiti ku.
Lelah hati ini meyakinkan mu,
Cinta ini, membunuh ku.

[#] ~~ [Reff]

[Interlude]

[Reff]

Woo… Hu~u… Haa…
Lelah hati ini meyakinkan mu,
Cinta ini, membunuh ku.


Seandainya by Ari Lasso (ost OLIVIA)


MusicPlaylist
MySpace Playlist at MixPod.com

Kini baru aku sadari
Cinta bisa hadir tanpa disadari
Dengan perlahan tapi pasti
Merasuk di jiwa ini

Perasaan ini tak kan pernah aku mengerti
Sejenak khilafku lupakan dia yang miliki diriku

Chorus:
Seandainya cinta ini tak pernah terjadi
Tak kan ada air mata dan hati perih terluka

Saat cinta mengetuk hati
Aku pun tak kuasa untuk menghindari
Meski aku telah berdua
Aku jatuh cinta lagi

Ooh...

Sejenak khilafku lupakan dia yang miliki diriku

Seandainya cinta ini tak pernah terjadi
Tak kan ada air mata dan hati perih terluka
Seandainya cinta ini tak pernah terjadi
Tak kan ada air mata dan hati terluka
Luka...

Ooh...
Tiada air mata...
Perih luka...
Seandainya cinta...
Tak pernah terjadi...
Oh...
Seandainya cinta...
Tak pernah terjadi...
Baca penuh >>

Khamis, 14 Mei 2009

Kebakaran...

14 Mei 2009 (Khamis)

Hari ini, sewaktu exam Mathematics paper 1 aku dan kawan-kawan sekelasku dikejutkan dengan berita yang tidak disangka-sangka.

Pada mulanya, kami menjawab soalan macam biasa. Ketika aku baru menjawab 12 soalan daripada 40 soalan, cikgu yang mengawas peperiksaan memberitahu masa tamat menjawab. Apabila aku tengok jam, tinggal 30 minit lagi. Annira cakap, dia baru jawab soalan nombor 12. Aku pun sama. Menggelabahnya aku time tu mahu cepat-cepat menjawab. Tapi, aku kira juga betul-betul mana-mana soalan yang aku tahu jalan kiranya. Yang aku tak tau, aku tinggalkan. Ada sesetengah, aku 'tembak' saja (aku blur menjawab soalan gradient)

Ketika tinggal 15 hingga 20 minit lagi, tiba-tiba si Habir, bekas pelajar tingkatan 5 tahun lepas datang ke kelas kami. Bajunya nampaklah smart. Dia nak jumpa Annira. Nampak macam ada urusan penting. Mulanya dia hanya berisyarat dari jauh. Tapi, Annira macam tak mahu keluar. Mungkin sebab banyak lagi soalan matematik yang dia nak jawab. Disebabkan Annira enggan keluar, Habir ketuk pintu dan beri salam kat cikgu Amiah (guru pengawas peperiksaan). Dia minta izin nak jumpa Annira. Cikgu bagitau kami tengah exam. Kata Habir "sekejap saja." Nampak macam kesian juga. Tapi, dah masa kami tinggal sikit. Mana ada masa nak keluar-keluar. So, cikgu tetap tak benarkan. Akhirnya, dari luar pintu kelas Habir bercakap dengan Annira, "kau bagitau si Yan, rumahku terbakar." Habir suruh Annira bagitau girlfriendnya si Yusnila bahawa rumah si Habir terbakar. Terkejut kami yang mendengar apa yang dia cakap. Siapa tidak terkejut dengan berita mengejut tu.
Kalau melihat dari segi pemakaiannya, aku agak mungkin dia pada mulanya dari bandar atau kerja.

Selepas waktu exam, kami berbual tentang apa yang dikatakan oleh si Habir. Dorang si Annira bagitau yang si Habir tinggal di Kampung Muslim. Mulanya aku hanya mendengar biasa saja nama kampung tu. apabila aku teringat balik, serta-merta aku terkejut. Kampung Muslim tu tempat tinggal keluarga pakngah aku [suami makngah aku (adik ibuku)]. Aku pernah ke sana dulu dan tahu keadaan di sana. Kalau tempat tinggal berjambatan kayu tu, rumah pun kayu, pasti kebakaran tu melarat.

Sewaktu hampir jam 2 petang (waktu balik), Suhaimi barulah kembali ke kelas (setelah menghilang selepas habis exam). Dia rupanya keluar sekolah sebelum tiba waktu balik. Dia kata, dia dan kawan-kawannya bermotor menuju ke Kampung Muslim. Dia cerita kat aku dan beberapa orang kawanku yang tinggal di kelas waktu tu, separuh daripada kampung tu terbakar. Ramai orang berkumpul menangis di sana. Beberapa jentera bomba yang berusaha memadamkan kebkaran tu pun tidak berhasil memadamkannya. Sehinggakan pasukan bomba sukarela turut membantu(Suhaimi yang kata... aku tak tahu siapa yang dimaksudkannya - antara dorang si Suhaimi sendiri yang merupakan ahli Kadet Bomba atau orang-orang awam yang lain atau pasukan bomba tambahan... aku pun tak tau).

Kata adik sepupuku, Mira, dia memang ada nampak asap tebal berwarna hitam berkepul-kepul di satu arah. Arah tu memang arah Kampung Muslim.

Di rumah, aku bercerita dengan ibu. Ibu kata, rumah keluarga pakngahku pun terbakar. Tapi, yang ajaibnya, ada satu rumah orang tua tu tak terbakar. Sedangkan sekeliling rumahnya habis terbakar teruk. Orang tua tu pulak tetap berada di dalam rumahnya. Berkemungkinan orang tua tu memang berilmu punya orang.


Kes kebaran ini memang mengejutkan. Satu-satu kejadian berlaku dalam masa terdekat ni.

Baru-baru ni, kereta ustazah Faizah, guru Pendidikan Syariah Islamiah kena langgar. Semalam pagi waktu aku dalam bas sekolah nak ke sekolah, aku nampak kereta remuk bekas kemalangan. Plat kereta tu pula LD (nombor platnya kata si Mira LD 20). Plat LD tu keluaran terbaru untuk kereta area Labuan. Keadaan kawasan tu pula, pokok tumbang, tiang tumbang (bukan tiang elektrik... tiang untuk tanda lalulintas jalan raya... aku pun tak pasti tanda untuk apa...). Kawasan tu pula, depan rumah Abang Izai (abang sepupuku) dan juga seberang jalan rumah si Azrul (bekas ketua pengawas tahun lepas).
Aku dengar-dengar lagi, ada lagi berlaku kemalangan. Tapi, tak ingat siapa.
Baca penuh >>

Rabu, 13 Mei 2009

YM!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Bengang fikiran aku hari ni...
YM aku buat hal. Kawan aku kata, tu virus. Kalau betul tu virus, memang virus tu tak guna betul!!! Adakah patut guna nama aku (ym) untuk hantar link-link tak senonoh.

Tu kes virus. Hari ni, bukan hanya kes virus tu saja. Kan link tu dihantar kepada senarai kawan kat ym aku. So, aku minta maaf lah kat semua kawan aku dan bagitau itu bukan aku yang hantar. Sekali tadi, ada pulak seorang mamat sot ni, dia kata aku sekadar berpura-pura. Jadi, kononnya aku yang hantar link semua tu. Aii... cari pasal betul tu orang. Siap mengutuk aku lagi. Last-last, malas aku nak layan. Sampai ke jam 5 lebih (petang), dia mengata aku lagi. Memang mereng lah tu orang. Sudah aku langsung tak jawab instant message dia, dia minta maaflah konon. Tapi, ter-sayang-sayang. Ergh... Malas aku nak peduli... biarlah dia. Memang dia tu jenis yang 'gatal' kan. Apa aku mau peduli...
Baca penuh >>

Sabtu, 9 Mei 2009

Jauh Kau Pergi (Tinggal Kenangan) by Caramel



Ada kaitan dengan aku...? Mungkin...

Lagu ini merupakan salah satu lagu tema Siri Mujahidul Haq.
Baca penuh >>

Jumaat, 8 Mei 2009

TERPISAH

“Hoi, Athirah! Apa lagi yang kau khayalkan tu? Sekarang ni masa matapelajaran Bahasa Arab. Jomlah cepat ke kelas 3 Intelek. Kalau lambat nanti, susah nak dapat tempat duduk.” Teriakan Munirah memecah deraikan lamunan Athirah.

“Err… err… ok, ok. Kejap.” Athirah segera mengambil buku teks Bahasa Arab Komunikasi, modul menjawab soalan Bahasa Arab Komunikasi Penilaian Menengah Rendah, dan alat tulis.

SIRI 1 - PERTEMUAN
TAJUK: TERPISAH

Untuk mengetahui kisahnya, silalah ke laman Siri Mujahidul Haq
Baca penuh >>

Selasa, 5 Mei 2009

Kelas Banjir

5 Mei 2009 Masihi (Selasa)
10 Jamadilawal 1430 Hijriah

Imbas kembali:
Semalam, 4 Mei, pelajar kelas 4 Hibiscus yang berada di aras 2 blok Begonia sebaris dengan Bilik Guru, Kelas 4 Lavandula dan kelas 2 Chrysanthemum sedikit gempar dengan penemuan kaki ayam tanpa pasangan kakinya dan badannya berhampiran meja guru 4HBS. Kaki ayam tersebut terdapat darah beku. Yang menghairankan, bagaimana boleh terdapat kaki ayam tersebut di dalam kelas 4HBS...? Kaki ayam itu kemudiannya dibuang oleh pelajar yang bertugas menyapu sampah pada pagi itu.

Misteri itu tidak berhenti setakat itu sahaja. Selepas waktu rehat ialah matapelajaran Bahasa Arab Tinggi / Pedagangan. Matapelajaran Pedangan tiada guru dan pelajarnya hanya duduk di dalam kelas. Pelajar Bahasa Arab Tinggi seperti biasa tidak akan berada di dalam kelas. Pelajaran BAT pada hari itu belajar di Bilik Kendiri (SAL). Masa matapelajaran BAT/PD itu, 3 orang pelajar PD (Firdaus, Raihanie & Azrina) terdengar bunyi pelik di bahagian belakang kelas. Mereka terdengar bunyi kocakan air seperti ikan yang berada di air cetek. Tetapi, mereka tidak nampak apa-apa di bahagian belakang kelas punca bunyi itu (puncanya di meja guru yang lama yang hanya digunakan sebagai tempat meletak peralatan menghias kelas). Misteri itu tidak terjawab pada hari persekolahan semalam.

Hari ini, 5 Mei, sekali lagi timbul kemisterian di minda pelajar kelas 4 Hibiscus kerana terdapat bau yang tidak menyenangkan di belakang kelas. Bau tersebut tidak dikenal pasti bau apa... tetapi bagaikan bau bangkai. Tetapi, tidak ada tanda-tanda terdapat bangkai di bahagian belakang kelas.

Matapelajaran pertama kelas 4HBS pada pagi itu ialah Pen. Syariah Islamiah. Pada ketika pembelajaran hendak dimulakan, tiba-tiba kelas menjadi gempar kerana di kawasan sebelah kiri kelas terdapat ulat (ulat yang berpunca dari telur lalat). Pada mulanya hanya terdapat seekor. Tiba-tiba ulat itu bertambah banyak. Kemudiannya, Ustazah Faizah membantu menyiasat punca datang ulat tersebut berpandukan bau bangkai di bahagian belakang kelas. Meja guru di bahagian belakang kelas itu di alihkan sedikit untuk melihat apa yang ada di belakangnya. Kelas bertambah gempar apabila menemui bangkai yang tidak dapat dikenal pasti binatang apa. Perut bangkai tersebut sudah pecah dan ulat-ulat berebut-rebut keluar. Kelihatan seperti spesis burung. Ada andaian mengatakan burung, dan tidak kurang juga membuat andaian bahawa bangkai tersebut ialah bangkau ayam berpandukan pada kaki ayam yang ditemui semalam.

Selepas bangkai tersebut ditemukan, kelas 4HBS dipenuhi dengan bau yang kuat dan busuk itu. Disebabkan tidak dapat bertahan lama, pelajar-pelajarnya keluar dari kelas dan berkumpul di koridor kelas. Awal pagi itu, pelajar dan ustazah Faizah bertungkus-lumus membersihkan kelas, membuang bangkai dan ulat-ulat yang banyak di bahagian kiri kelas dari belakang hingga ke meja guru, dan mencuci bahagian belakang dan hadapan kelas. Beberapa orang guru dan pelajar yang melihat apa yang kami lakukan berasa hairan dan bertanya. Masa matapelajara Pen. Syariah Islamiah bertukar menjadi masa mencuci kelas. Pada mulanya air di ambil dari paip hadapan Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu di blok Camelia tingkat bawah (ini disebabkan tidak ada air di dalam tandas). Kemudiannya, selepas Suhaimi yang merupakan ahli Bomba mencadangkan menggunakan hos bomba, dan aku (N Athirah) memberitahu Suhaimi bahawa terdapat hos bomba di luar kelas 4HBS, kami segera menggunakan hos tersebut. Mujurlah hos bomba itu ada airnya.

Selepas kerja-kerja membersihkan kelas selesai, kami kembali semula ke dalam kelas dan memanfaatkan masa yang tinggal sedikit itu untuk belajar matapelajaran PSI. Tetapi, sebelum pelajaran dimulakan, kami - pelajar-pelajar yang duduk di bahagian tengah kelas sekali lagi gempar kerana terdapat ulat di kawasan kami. Bahagian tengah kelas tidak dicuci kerana kebanyakan mereka memberi alasan terdapat meja dan kerusi. Ustazah mencadangkan kami pijak saja ulat-ulat yang dijumpai kerana jumlahnya tidak terlalu banyak. Selepas itu, barulah kami memulakan pembelajaran. Ketika belajar, aku, Azrina, Syafawati, dan Shahira (kami berempat duduk di dalam satu barisan meja melintang) duduk bersila di atas kerusi. Kasut kami diletakkan di bawah kecuali Azrina. Dia tidak berani membuka kasut kerana perasaan geli dan takutnya pada ulat. Kasutku pula diletakkan di atas kayu bersilang di tepi sebelah kanan meja (kayu melintang di bawah tengah-tengah meja aku tidak ada). Syafawati pula meletakkan kasutnya di bahagian tengah-tengah sebelah kiri pada kayu bersilang tersebut. Manakala Shahira hanya meletakkan kasutnya di lantai kerana kawasannya tidak didatangi ulat. (Entah pembaca faham atau tidak ni...)

Keadaan itu berterusan sehingga kami tidak menjumpai ulat yang berkeliaran dan sudah mula lupa dengan kejadian didatangi ulat tersebut. Semoga tidak ada lagi kejadian yang menggemparkan dan misteri pada hari esok. Walaubagaimanapun, kami masih tertanya-tanya bagaimana boleh terdapat bangkai binatang tersebut di dalam kelas. Terhimpit di belakang meja guru lama pula tu. Wallahualam...


Daripada: N Athirah, Pengawas Tingkatan 4 Hibiscus, SMK Mutiara, W.P Labuan.
Baca penuh >>

Isnin, 4 Mei 2009

Sedikit Demi Sedikit

4 Mei 2009 Masihi (Isnin)
9 Jamadilawal 1430 Hijriah
Kehidupan ini bagaikan roda... adakalanya di atas, adakalanya di bawah...
Hakikatnya kata-kata tersebut tidak dinafikan. Adakalanya kita gembira, ceria... adakalanya kita sedih... adakalanya kita marah... dan macam-macam lagi.

Hari ni sebenarnya aku penat. Waktu perhimpunan yang lama. Waktu belajar yang bosan. Waktu rehat... seperti biasa aku bertugas di tempat tugasan aku, kantin. Aku perlu mengawal barisan pelajar untuk membeli makanan. Aku ke kantin waktu rehat tadi hanya lewat tidak sampai 5 minit. Tapi, kantin sudah dipenuhi oleh pelajar. Koperasi Sekolah tutup. Nadiah Sahar dan Hanani Athirah sudah mula menjalankan tugas. Hanani berada di tempat keluar pelajar selepas membeli makanan... Nadiah pula di tempat masuk pelajar untuk membeli (tempat pelajar berbaris). Jadi, aku masuk ke tengah-tengah pelajar - di kawasan pelajar membeli makanan.

Berdirilah aku di antara kawasan pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Tujuannya supaya pelajar lelaki tidak memasuki kawasan pelajar perempuan. Masalahnya, kawasan lelaki tidak ada pengawas lelaki yang bertugas. Sedangkan pengawas lelaki yang ditugaskan di kawasan kantin lebih dari 4 orang... manakala pengawas perempuan hanya 3 orang. Disebabkan kawasan lelaki penuh, aku yang berdiri di tengah-tengah tu terhimpit di antara pelajar lelaki dan perempuan (aku tak taulah macammana pembaca membayangkan keadaan tempat aku bertugas pada ketika itu). Berulangkali aku melihat jam tangan. Perut aku sudah meragam. Pelajar pula bukan semakin berkurang, tapi makin bertambah pula. Maklumlah... koperasi tutup.

Jam di kantin tadi sebenarnya lambat. Baterinya low kot. Sehinggalah waktu jam tangan aku menunjukkan jam 10.40 pagi, waktu rehat sepatutnya sudah habis. Tapi, pelajar masih ramai yang belum membeli makanan. Aku dan rakan setugas aku memang dah lapar dah. Sepatutnya, waktu macam tu kami dah boleh makan. Tapi, hampeh!

Dalam keadaan pelajar yang ramai tu, aku sendiri penat dengan muka serius + muram. Tengah bengang tu. Makanan semakin berkurang. Tapi, aku tak akan mengambil kesempatan membeli pada ketika itu. Sebab aku masuk tu tanpa berbaris dahulu. Pelajar boleh buat complain kalau macam tu.
Waktu berada di tengah-tengah pelajar tu, aku ternampak Saifullah dan Ali. Hahahaha... luculah tadi. Saifullah tegur aku. Aku senyum kat dia. Dia tanya aku ok atau tidak... waktu tulah barulah aku meluahkan/mengadu lapar. Hahaha... Ali tanya kenapa aku tak makan. Aku jawab, "macammana mau makan macam ni...?!"
Ali tunjuk salah seorang pengawas tingkatan 4 lelaki yang sedang membeli makanan. Aku kata dia tugas kat tempat lain.

Tunggu punya tunggu... akhirnya habis juga pelajar yang berbaris. So, aku ambil kesempatan membeli makanan. Beli kek cup ja. Sekadar mengisi perut. Masa rehat sudah lebih 10 minit tamat. Aku perlu cepat ke Makmal Bahasa atau Bilik SAL untuk matapelajaran Bahasa Arab Tinggi.

Waktu Arab... mengantuk. Waktu Pen. Syariah Islamiah... bolehlah. Nasib baik ada 100plus yang aku bawa dari rumah. Jadi, aku taklah rasa lapar sangat, mula bertenaga dan kurang mengantuk.

Sampai ni ja lah aku cerita pasal sekolah... tiada kena mengena dengan title post aku ni.


Merujuk pada title post aku tu...
Sedikit demi sedikit aku meng-edit blog aku. Buat masa ni... aku lebih tumpukan perhatian pada blog Siri Mujahidul Haq. Sedang berusaha menghasilkan karya yang mesejnya penting bagi aku. Tak taulah bagi pembaca.
Jadi, sedikit demi sedikit aku usahakan blog aku ni... Makin berkembanglah isinya. Insya-Allah...


Dalam keadaan sekarang ni, aku risau pada Subjek Bahasa Melayu aku yang jauh menurun tu. Dahlah sekarang tak ada guru BM. Kata cikgu, dalam kertas soalan BM,ada bahagian menulis cerpen. Ni satu problem aku sikit. Sebab aku kalau menulis cerpen menggunakan pen/pensil (maksudnya, tidak menggunakan komputer), aku jadi lambat sikit. Waktu tu, ilham ada, tapi idea mengolah tu yang problem. Dan... aku risau masa yang diberi terlalu terhad atau tak cukup masa. Sebab, aku perlu semak balik cerpen tu. Hmm... nantilah aku test waktu exam ni.


................................
Baca penuh >>

Ahad, 3 Mei 2009

Sekadar meluahkan perasaan...

Sesuatu yang kita kehendaki tidak selalunya kita dapat dan apa yang kita cuba hindari tidak semestinya dapat dihindar.
Itulah hakikat kehidupan ini. Segala yang pernah berlaku suatu ketika dulu kini hanya menjadi kenangan yang penuh bermakna dan diakhiri dengan pengajaran yang sentiasa menjadi ingatan.
Setiap dari kita pasti memiliki keinginan... Tetapi bukan mudah untuk menunaikan keinginan tersebut tidak kira ianya baik atau tidak. Maka kekecewaan itulah yang sering menghantui diri kita. Tika itu, kesabaran itulah yang perlu digenggam dengan erat. Semoga kita terpelihara-NYA. Amin...
Tidak dapat dinafikan semua ini. Kerana ianya terkandung dalam kronologi kehidupan seharian. Tetapi, ada hikmah di sebalik segala kejadian.
Tika diri dibalut kegembiraan, kita lupa kedukaan yang mungkin bakal tiba.
Tika salah faham membisik di hati, kita tidak sedar akan kebenaran di sebaliknya.
Apabila sesal merusuh jiwa, kita tidak tahu cara sebenar memperbaiki keadaan.
Setelah rajuk menguasai diri, kita tidak terfikir perasaan orang lain.
Pabila ingin mengembalikan kenangan silam, namun sebenarnya kita sudah terlambat...

Oleh itu, jagalah segala apa yang kita sayang dengan baik.
Jangan tinggalkan ia tanpa berfikir terlabih dahulu.
BERINGATLAH SEBELUM MENYESAL...
Hakikatnya, inilah antara kronologi kehidupanku sendiri. Segala yang tidak diingini tidak dapat dihindari dengan begitu mudah. Hanya kerana perkara yang remeh telah menghancurkan sesuatu yang begitu bermakna. Kenangan itu terlalu bermakna untuk ditinggalkan dan terlalu indah untuk dilupakan. Sampai bila-bila pun aku tidak akan membakar kenangan yang satu itu. Pada penghujungnya telah memberikan aku pengajaran yang cukup bermakna untuk aku mengharungi kehidupan yang mencabar ini. Biarlah kenangan yang satu ini tidak terpadam. Kerana kenangan ini memberikan aku kekuatan dan menguatkan ketahanan fahaman mindaku untuk menilai sesuatu yang penting dan perlu dinilai dengan teliti.


Yang pastinya kenangan buruk itu dalam usaha aku memadamnya. Kerana kenangan itu bercampur-baur dengan penipuan dan madah-madah dusta.
Ingin aku kembali pada kenangan yang satu lagi sebelum kenangan buruk itu... penuh bermakna... memberi ketenangan...tetapi kini, itu semua hanyalah angan-angan yang nyata dan hanya tinggal angan-angan tanpa ada pencapaiannya...


Madah Ciptaan N Athirah
Baca penuh >>

Nantikan Siri Mujahidul Haq karya al-Qalamul Muslimah...

Berikut adalah petikan kata-kata watak dalam Siri Mujahidul Haq hasil karya al-Qalamul Muslimah:-
"Jalinan persahabatan 4 orang insan yang masih remaja dan masih muda untuk memegang dan mewarisi amanah yang besar memberi sinar ketulusan dan keikhlasan dalam persahabatan. Kami bersatu dan berjuang dalam satu kumpulan yang membawa amanah untuk menyebarkan kebenaran, menghapuskan kebatilan, dan bakal terpilih untuk mewarisi takhta kerajaan yang berada dalam dimensi berbeza dengan alam nyata ini." Nurareina Athirah.
"Sepanjang perjalanan hidupku dalam memperjuangkan kebenaran, perlbagai dugaan dan cabaran yang terpaksa aku tempuhi dengan hati yang sabar untuk mendapatkan kunci kepada keimanan. Walaupun ianya pahit untuk diharungi, tetapi dengan semangat juang dan persahabatan yang ada telah mendorong aku untuk meneruskan perjuangan tanpa ada putus asa dan menyerah kalah." Muhamad Azrul Zyrul.
"Sejak kecil, hidupku sentiasa penuh dengan dugaan dan cabaran. Namun begitu, Athirah sering mengingatkan aku bahawa semua itu perlu kuhadapi dengan kesabaran kerana kesabaran itu adalah kunci keimanan." Mohammad Faizrafiezie.
"Kehadiran Athirah dan rakan-rakannya yang merupakan adik-beradik kandungnya membawa sinar ketulusan dalam persahabatan. Bersatunya kami berempat melengkapkan misi dari alam lain untuk membentuk kumpulan pejuang yang diamanahkan untuk menyebarkan kebenaran di samping menghapuskan kebatilan dan bakal terpilih untuk mewarisi takhta kerajaan di alam tempat asal sebenar kami." Saifudin.
Biografi Ahli Mujahidul Haq


Nantikan siri demi siri kisah 4 orang remaja di era zaman moden ini berusaha memperjuangkan kebenaran tanpa mengira di mana mereka berada, di mana tempat asal mereka, dan apa sekalipun pangkat mereka. 4 orang insan ini memegang amanat yang diberikan kepada mereka dan bakal mewarisi sesuatu yang begitu besar nilai, pangkat, dan tanggungjawabnya.

Siri Mujahidul Haq karya al-Qalamul Mulismah menzahirkan imaginasi penulis dalam kronologi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan. Di samping itu, penulis berusaha untuk menyampaikan mesej penting kepada para pembaca (mungkin secara simbolik) dan menyatakan bahawa remaja juga boleh melakukan 'amar ma'ruf nahi munkar' kepada sesiapa pun walaupun dalam bentuk yang berbeza namun tetap berada dalam matlamat yang sama.
Baca penuh >>

Sabtu, 2 Mei 2009

Barangsiapa...

Barangsiapa menginginkan teman, cukuplah Allah menjadi temannya.

Barangsiapa menginginkan kekayaan, cukuplah qana'ah menyertainya.

Barangsiapa menginginkan nasihat, cukuplah kematian menasihatinya.

Barangsiapa menginginkan harta simpanan, cukuplah Al-Quran menjadi barang simpanannya.

Barangsiapa yang tidak cukup dengan keempat-empat hal ini, cukuplah neraka baginya.
Daripada: Abi Awatif Rania Haji Abdul Wahab (Penyedia Modul Bahasa Arab Tinggi)


Barangsiapa...
Baca penuh >>