Sunday, April 4, 2010

Aku....?

Ha... ni lagi satu kisah. Ada la seorang mamat kat Virtual Friends ni. Kalau tak salah aku, ni kali kedua dia PNC Message (Private And Confidential Message) aku. Dua kali tu juga dia guna bahasa inggeris. Jadi, aku malaslah nak jawab. Nak speaking-speaking lagi. Aku bukannya terror pun. Ni pun, kali kedua juga aku check profil dia. Kononnya tinggal kat Negeri Sembilan. Aih... hentam lah kau eh!

Cuma, bila aku baca mesej dari dia tu... bertanya jugalah aku pada diri aku. Lelaki orang putih/orang bukan melayu/orang bukan asal Malaysia kalau mesej aku/perempuan lain, mesti dia akan bagi ayat puji-pujian. Dia kata cantik lah, wanita idaman lah... macam-macam lah. Dan biasa juga aku jumpa yang kata dia nak kawin dengan aku. Belum lagi kalau ada yang siap bagitau dia ada harta banyak la... harta dia bernilai macam ni-macam ni lah. Aku pun dah naik bosan lah.

Yang jelama kat VF hantar mesej kat aku tu, mesej dia yang lepas aku dah tak ingat dah... yang pasti dia nak bekenalan la dengan aku. Mesej dia tadi pula, dia kata dia nak kenal aku, share something dengan aku, dan dia tanya, apa yang buat diri aku ni "unique" dan  juga dia tanya aku macam ni: "why u are still single as pretty as u are".
Jadi, aku tanya diri aku balik. Apa yang unik aku ni kalau hanya berdasarkan profil ringkas aku dan gambar aku kat VF tu...? Bagi aku tak ada uniknya pun. Aku still single, salahkah kalau aku masih single? Takkan aku mesti ada pakwe juga sekarang ni? Suka hati aku la nak single ka, nak mingle ka, apa ka... it's up to me! Dan lagi, ikhlaskah dia kata aku "pretty" tu? Kadang-kadang orang macam tu ada "makna" dia sendiri... Tu yang aku malas tu.

Susahlah nak percaya lelaki zaman sekarang ni. Nak dapat yang baik luar dalam tu bukannya senang. Jumpa yang baik, kita pula tak ada perasaan kat dia. Anggap dia sebagai sahabat saja, dia pun macam tu juga dengan kita. Jumpa yang lain, dia pula suka kat orang lain, kita bertepuk sebelah tangan. Yang lain lagi, memang baiklah dari segi kerohanian dia. Tapi, ada pula yang slack dari segi lain, yang kita sendiri tak boleh terima. Aduh. Memang hakikat kita pun tak sempurna. Bukan senang nak cari yang lain yang lebih sempurna.

Pernah aku cakap dengan Azrinah, lelaki yang aku nak jenis baik, prihatin, dan boleh kata alim la. Baik dari segi kerohanian. Dan yang penting tidak besigup (bahasa Labuan-merokok) dan juga tak tengok benda-benda tak senonoh tu (faham-faham sajalah). Bila Azrinah kata, macammana kalau aku jumpa lelaki yang baik sangat dengan aku. Ciri-ciri yang aku nak tu memang ada, tapi masalahnya dia besigup. Aku cakaplah kat dia, kalau dah itu yang nak kat aku, cinta sayang kat aku, dan aku pun mungkin memang suka kat dia, aku minta dia berhenti merokok tu. Aku taklah suruh dia berhenti mengejut. Yang penting dia berusaha berhenti sehingga dia tak ambil lagi benda alah tu. Untuk mencari yang benar-benar sempurna tu bukannya mudah. Jadi, perlulah refleksi diri sendiri, then sedar akan kelemahan diri.

Oleh itu, kepada lelaki-lelaki di luar sana (perempuan juga!), janganlah teruskan tabiat merokok anda tu. Bahaya untuk kesihatan dan juga merupakan salah satu jalan anda untuk membunuh diri. Ceh, macam nak buat iklan pula!

No comments:

Post a Comment

Ulasan yang anda hantar akan menunggu masa untuk diapprove oleh penulis...
Harap maklum...