N Athirah @ Siti Puteri Rawija

Ahad, 2 Mei 2010

Tentang aku...

Fuh! Baru aku ada masa tulis entri baru untuk blog ni. Sekarang ni pun aku masih dalam keadaan penat. Tak kisahlah... aku nak tulis juga entri blog ni. Hehehehehe...

Sebenarnya aku baru lepas baca entri dari blog seorang rakan... Lukhman Al-Yusufi... Beliau diterima masuk ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Engineering & Computer Science dan kalau tak silap akan mendaftarkan diri di sana pada 21 Mei 2010 ni.
Lukhman... rakan pena internet sejak aku tingkatan dua (2007) yang mempunyai bidang minat yang sama. Dia jugalah yang membantu menyunting teks syarahan aku yang digunakan untuk pertandingan Syarahan MTAQSS di Labuan. Isi itu juga yang aku petik untuk isi syarahan spontan... dan akhirnya aku mendapat tempat kedua dalam pertandingan yang pertama kali aku sertai itu... Alhamdulillah... Dan kini, hasil usahanya selama ini, berjaya juga dia masuk ke UIAM...
UIAM tu... tempat yang pernah menjadi cita-cita aku untuk menyambung pelajaran (cita-cita tahun lepas). Secara jujurnya, sekarang aku dah tak mengharapkan nak masuk ke sana dah. Berapa banyak tempat yang menjadi impian aku dah aku tolak... dah tak mengharap sangat.

Yang aku lihat sekarang, di Melaka. Aku rasa sayang nak berhenti mempelajari Silat Gayong yang aku pelajari sekarang. Dah sampai peringkat Pelangi Hijau (pembantu Gurulatih)... tahun ni dah nak naik peringkat Pelangi Merah pula (Gurulatih)... aku rasa nak sambung lagi. Tapi, tahun depan aku tak pula nak sambung STPM. Aku nak terus ambil diploma. Dan bidang aku pula tak ada kat Labuan (kat sini ada UMSKAL saja) atau Sabah ni. Ada di Sabah... tapi, ambil STAM... aku yang tak mahu. Maksudnya, aku taklah dapat menyambung pelajaran Silat Gayong di Labuan. Tahun depan aku sambung silat Gayong  di Labuan (di Gelanggang Gayong SMK Mutiara) mungkin sampai bulan Mei saja... lepas tu aku akan sambung belajar ke luar Labuan yang aku masih belum pasti di mana akan diterima. Aku target di Melaka, KUIM... ada kemungkinan yang tinggi untuk aku sambung Gayong di sana.

Bila fikir semua tu, kadang-kadang aku rasa nak sangat cepat habis tahun ni, cepat masuk tahun depan. Nak sangat cepat tamat SPM... Tapi, bila fikir balik, kalau boleh janganlah cepat sampai hujung tahun. Kalau tamat saja persekolahan aku nanti, aku akan berpisah dengan ramai kawan-kawan. Walaupun aku taklah ramai sangat kawan rapat, tapi, perpisahan tu tetap aku rasakan.

Mungkin perasaan ini sama saja seperti dua tahun lepas sewaktu aku masih di tingkatan tiga. Tapi, sebenarnya ia amat berbeza. Kalau dulu, aku terpisah dengan kawan-kawan rapat pun, masih juga aku di Labuan. Ada la kawan yang pindah keluar Labuan, tapi bukanlah kawan-kawan yang rapat dengan aku. Kalau dulu, kawan aku bukanlah satu atau dua saja...
Waktu aku sekolah rendah, aku bersahabat rapat dengan Farawati... naik tingkatan satu kami terpisah. Tapi, aku dapat sahabat baru, Mimi Nor Asmida (Miemiey). Sampaikan aku dan Miemiey pernah dikatakan adik-beradik, kembar. Hahahaha... sedangkan kami baru kenal waktu tingkatan satu.
Di tingkatan dua, melalui Miemiey, aku mula rapat dengan Afifi, Saifullah dan Faizzakwan, tapi lebih kepada Faiz sebab kami sama-sama minat dengan Detektif Conan. Dia Shinichi, aku Haibara (buang tebiat). Tapi, rapat kami taklah lama mana pun... banyak gosip... jadi, aku dan Faiz mulai berjauhan (bukan bercinta ya!)...
Di tingkatan tiga, Miemiey lebih banyak bersama dengan kawan-kawan yang lain terutamanya yang sama-sama dengan dia tuisyen (aku ni memang tak ada tuisyen). Tapi, aku taklah sunyi. Waktu aku sorang-sorang, Afifi selalu datang duduk depan berbual dengan aku. Waktu tu lah Saifullah atau Faiz atau kedua-duanya sekali datang kacau daun tengah-tengah kami dating berdua. Hahahaha... Afifi tu peramah, best kawan dengan dia. Pertengahan tahun (hampir hujung kot) sampai hujung tahun, akhirnya aku duduk sebelah Afifi. Mulanya meja tempat duduk aku dan Miemiey di hadapan meja guru yang betul-betul center tu, hanya ada meja aku dan Miemiey berdua saja. Tapi, Afifi yang mulanya duduk se-baris dengan Saifullah, Faiz, dan Khairul Azhar tu pindah mejanya ke sebelah aku. Jadilah kami duduk bertiga (agak ganjil sebab Afifi tu lelaki). Selain Afifi, Saifullah, dan Faiz (yang taklah seberapa rapat tu :p), aku kawan juga dengan Azila (Zylas). Tempat duduknya di kelas 3 Chrysanthemum dulu, di belakang aku. Selain tu, di luar kelas 3CST, aku rapat dengan M.Khairul Anwar (MKA), Muhamad Zain (sepupu tiri aku), dan senior aku yang juga merupakan ketua pengawas pada tahun itu, Azrul (abang). Waktu tu, boleh dikatakan ramai juga kawan aku. Belum masuk dalam internet lagi tu.
Tapi, bila masuk tingkatan empat, Abang Azrul dah tamat tingkatan lima, kawan-kawan aku dah tak sekelas dengan aku... sampai tawaran SM Teknik & Vokasional, Miemiey, Afifi, Faiz, Zain, dan MKA pindah ke sana. Tinggal Zylas dan Saifullah yang masih satu sekolah tapi, dorang duduk sekelas, aku yang terasing. Tu kira ok sikit lah. Masih sama-sama dalam Labuan (kecuali Abang Azrul yang sambung belajar di Melaka). Lagipun, dalam kelas aku sekarang pun ada juga kawan-kawan yang dulu sekelas dengan aku di CST.
Di tingkatan empat aku dapat seorang kawan rapat baru (tapi aku tak dapat kategorikan dia sebagai seorang sahabat). Sampai ke tingkatan lima kami rapat, tapi sekarang ada slack sikit disebabkan perangai dia juga. Cuma, disebabkan aku jenis open sebab aku tak banyak kawan, aku layan saja dia. Tapi, aku terkilan la... sekarang aku tak banyak kawan macam dulu. Aku dah jarang contact dengan kawan-kawan rapat lain. Si Zain yang tinggal satu simpang dengan aku tu pun aku jarang dapat jumpa. Apalagi si MKA yang tinggal di simpang sebelah (dia tinggal di perumahan). Tu belum lagi kawan-kawan yang lain.

Kadang-kadang aku tertanya-tanya, apa erti persahabatan tu...? Aku taklah salahkan kawan-kawan lama aku yang lain. Aku masih terima dorang sebagai sahabat... aku masih anggap dorang sahabat aku... tapi, bila aku duduk dalam kelas aku sekarang, terasa sunyinya. Ada kawan rapat, tapi macam bukan kawan dah. Macam terumbang-ambing rasanya. Tuju aku sekarang hanya pada kawan-kawan yang duduk berhampiran dengan aku dan 7 Wonder Gurlz saja. Tak pun, dengan kawan lelaki yang lain (lelaki dalam kelas tu memang tinggal berapa orang ja)... Boring-boring, aku nyanyi-nyanyi sendiri macam orang sakit jiwa... hahaha... terkenang zaman tingkatan tiga dulu. Di kelas aku ada kawan-kawan macam Afifi... dengan kawan-kawan sebas pun, MKA, Zain, abang Azrul,  kami sama-sama happy... terasa seronok dalam bas dan waktu-waktu menunggu bas... sekarang, bas sekolah terasa sunyi, dalam kelas pun terasa sunyi. Sebab tinggal aku 'seorang' saja. Nasib baiklah aku tak stress sangat duduk dalam kelas. Sebab ada juga part gila-gila dalam kelas tu. Boleh la juga sebagai ganti pada kerinduan zaman silam.

Hmm... siapalah agaknya yang berjaya mengembalikan keceriaan aku zaman sebelum aku masuk tingkatan empat, keadaan sebelum aku ada masalah pasal 'cinta'... aku sekarang memang banyak berubah... tak macam dulu dah... sebab tu aku suka dengar lagu-lagu nasyid sekarang (memang dari dulu pun). Boleh menyentuh hati aku... supaya aku sedar...
Baca penuh >>

Jumaat, 23 April 2010

Rendah Sangatkah Martabat Masyarakat Labuan Untuk Dihina?


Haa... ni bukan entri bab politik pula ya. Entri ini untuk melahirkan rasa kekesalan aku terhadap manusia yang kurang sedarkan diri dan tanpa segan silu menghina masyarakat Labuan di hadapan anak jati Labuan sendiri.

Petang tadi adik aku cerita kat aku, kat kelas dia adalah seorang guru tu yang mengata orang Labuan. Aku tak taulah cikgu tu ada adab ke tidak, ada disiplin ke tidak... tapi, sikapnya yang mengata orang Labuan tu betul-betul menyakitkan hati. Dia kata orang Labuan ni dan juga orang Sabah, fikirannya cetek. Lepas tu dia cakap orang Labuan tak tau pasal Semenanjung... yang orang Labuan tau cuma Indonesia, Filipina (What the hell?!). Dah tu, dia kata orang Labuan ni entah budaya apa yang diikut dengan style rambut segala macam > contoh: punk.

Hei... aku anak jati Labuan. Jangan la nak bikin malu Labuan, nak kutuk-kutuk Labuan. Dia kata orang Labuan ni cetek pengetahuan, tak tahu pasal Semenanjung Malaysia... Oh... dia ingat orang Semenanjung tu tau sangat pasal Labuan? Sesungguhnya Labuan ni lebih dikenali di luar negara dalam Pelancongan berbanding di Malaysia. Macam aku tak pernah terima soalan "Labuan tu di mana?" ketika chatting dengan orang semenanjung. Belum lagi yang mengatakan "oh, Sabah". Labuan ni Wilayah Persekutuan dah... bukan lagi Sabah.

Dia yang mengata orang Labuan tu tak pernah pergi KL ke? Aku ni, taklah pernah pergi Semenanjung sangat pun. Pernah pergi Kuala Lumpur saja... tu pun waktu Darjah 5 untuk mewakili Labuan dalam Pertandingan Nasyid Ikhtifal Sekolah-sekolah Rendah Agama Islam peringkat Kebangsaan. Jadi, tak adalah meround sangat pun di sana. Tapi, dari apa yang aku tahu, orang sana pun bukannya baik sangat. Entah budaya apa juga yang dorang ikut. Remaja perempuannya, petang Jumaat keluar, pagi Sabtu baru balik rumah. Macam lah aku tak tau masalah moral di sana tu macammana. Jangan nak mengata Labuan saja lah.
Ni lagi dia mengata pasal orang Labuan. Entah-entah yang dikatakannya tu sebenarnya berkaitan dengan orang-orang Philiphine di Ujana Kewangan tu atau di mana-mana ja lah kat Labuan ni. Ya la... mana tau dia tak tau bezakan orang Melayu/Labuan dan warga asing.

Aku sebenar-benarnya tidak suka guru yang bersikap begini. Dahlah mengutuk Labuan, sekaligus mengutuk bangsa sendiri pula. Beginikah moral Guru SMK Mutiara? Atau beginikah sebenarnya moral guru-guru yang berasal dari Semenanjung?

Orang semenanjung jangan tak sedar diri berada di tempat orang. Kau mau tahan lama di sini, jaga mulut kau. Jangan main-main dengan orang Labuan. Kau buat hal lagi, jangan kau menyesal. Sampai 'orang-orang pandai' di Labuan ni dengar, maunya dibuatnya kau, menyesal kau seumur hidup.

Kalau dah guru tu, datang sini untuk mengajar, buat cara mengajar. Bukannya nak mengutuk-ngata orang pula. Apa rendah sangatkah martabat masyarakat Labuan ni kau nak hina..? Orang Semenanjung datang Labuan tau mengaut keuntungan saja. Dorang kena transfer kerja kat Labuan, dapat elaun besar-besar. Orang Labuan kalau kena transfer kerja kat Semenanjung, sama ja elaun kecil. Macam aku tak tau masyarakat Labuan ni bukannya kena pandang sangat pun. Apa guna nama "Wilayah Persekutuan" di Labuan ni sebenarnya? Tetap juga masyarakat kami tak dipandang. Dah lah tak dipandang, dihina pula sedemikian rupa.

Aku mohon sangat kepada pihak yang berkenaan... refleksilah diri tu. Sedar diri sikit. Jangan nak ikut kepala sendiri saja. Aku minta sangat guru yang berkenaan tu minta maaf atas sikapnya. Paling tidak pun, dia minta maaf la kat kelas yang dia cakap segala kata-mengata tentang orang Labuan tu. Budak-budak tu sakit hati bila masyarakat Labuan dihina sedemikian. Kami anak jati Labuan, kelahiran Labuan, bukannya untuk menjadi bahan hinaan masyarakat tanpa akhlak/moral. Jangan sampai kami serta ibu bapa kami buat tunjuk perasaan pula.

Aku siarkan cerita ni, jangan pula orang yang berkenaan tu cari aku dan salahkan aku apa yang aku buat ni. Ini hak aku, hak kami sebagai rakyat Labuan. Andai dengan tanpa segan-silu kamu menghina masyarakat Labuan, kami punya hak untuk menyampaikan kebenaran. Ini cukup baik aku belum tulis nama orang tu sekali. Jangan sampai satu masa nanti aku siarkan pula nama orang-orang yang bersikap sebegini.

Sebagai Islam, berfikirlah dengan cara ISLAM!!!


15 April 2010 - Khamis
(23:19)
Baca penuh >>

Isnin, 19 April 2010

T-Shirt Percuma Kepada 100 Ahli Pertama netQueen



Sudah menjadi lumrah setiap insan memiliki warna kegemaran masing-masing. Aku pula meminati warna hitam... serta-merta aku tertarik pada baju di bawah ini:
Smartnya...

T-Shirt ini daripada netQueen... Terhad buat 100 Ahli Pertama yang mendaftar di netQueen.

Apa itu netQueen?
netQueen adalah tempat untuk berkongsi dan mengasah bakat anda. Mendaftar percuma dengan netQueen... 100 Ahli Pertama yang mematuhi syarat-syarat penyertaan akan mendapat T-Shirt eksklusif percuma... Apa tunggu lagi... Segeralah ke netQueen. T-Shirt yang menjadi rebutan kini semakin berkurangan...


Promosi ini aku tujukan buat semua pembaca blog aku... Tapi, disebabkan netQueen meminta aku promote kepada 5 rakan blog... aku pun tidak berapa pasti siapa yang sering membaca blog aku ni...
Jadi, aku ajak 5 orang rakan blog di bawah ni lah... Buat pembaca yang lain, kalau berminat, anda turut dialu-alukan mendaftarkan diri anda...

Antara rakan blog yang aku ajak:
  1. Abang Akilz
  2. Kak Mie Syima
  3. Shidi Shah
  4. Encik Mahazi
  5. Rabiah Al-Adawiyah
Baca penuh >>

Sabtu, 17 April 2010

Penat...

Ha.... aku muncul balik... Aku penat sebenarnya. Kalau ikutkan hati, malas nak update blog. Blog kelas pun tak update lagi ni.

Minggu ni busy pula aku. Hari Isnin lepas (12 April) aku demam selepas jadi 'bee' hari Sabtu sebelumnya tu. Mengampai aku di kelas, terutamanya waktu matapelajaran Add Math. Sebab waktu tu ubat yang aku makan dah aktif dalam badan aku. Ubat Selsema pula tu... mana dapat mengelak. Confirm landing punya. Kesian Cikgu Ismail... aku tak jawab latihan yang dia bagi.

Sebenarnya, aku sangka MTAQ ni cuma ada pertandingan marhaban dan nasyid saja. Sekali Shareen ingatkan aku suruh jumpa Ustazah Syayuzie. Sebab dia pun baru tau melalui Ustazah Siti Sarah yang dia menjadi wakil sekolah dalam pertandingan menulis Khat. Pertandingannya pula dalam minggu depan.
Punyalah aku kelam-kabut. Mulanya Ustazah Syayuzie kata nak siapkan syarahan aku. Tapi sebab dia sibuk, syarahan aku tak siap lagi. Akhirnya aku juga siapkan syarahan aku tu sendiri. Minta disemak oleh Lukhman dan disunting juga oleh dia. Keesokkannya (Rabu) aku bagi kat Ustazah Syayuzie buat semakan lagi. Ustazah ubah isu semasa hujah ke-5, dan tambah satu hujah 'bonus' dalam penutup. Syarahan tu lah yang aku sedang hafal sekarang. Pertandingannya hari Khamis depan 22 April 2010 di SMK Pantai.

Mulai hari Rabu lepas (14 April), aku ada latihan nasyid di sekolah. Banyak kelas aku tinggalkan untuk latihan nasyid tu. Nak hafal lagu baru lagi... Hari Selasa, 20 April 2010 dah pertandingan di SMK Labuan. Punyalah sibuk. Sejak tu, aku selalu penat. Balik rumah, cepat mengantuk.

Hari Jumaat lepas lagilah aku penat. Pagi tu, dari pagi sampai 11.30 pagi (waktu balik sekolah) aku ada latihan nasyid. Langsung tak masuk kelas belajar... buat berat bawa buku ja. Petangnya sepatutnya aku ada Kursus Kepimpinan di sekolah (Hari Jumaat petang dan hari Sabtu pagi hingga petang) sebab aku merupakan Pengawas Sekolah. Tapi aku rasa malaslah nak datang kursus tu. Input lebih kurang ja kot. Lagi pula aku perlu hafal lirik nasyid dan hujah-hujah syarahan aku lagi. Tu lagi penting... untuk sekolah juga. Dan, lagipun, adik aku yang form3 (Librarian) tu pergi.

Petang Jumaat tu aku pergi latihan silat di Gelanggang Silat Gayong SMK Mutiara. Latihan kali ni memang best. Mula-mula macam biasa lah panaskan badan. Lepas tu buat gerakan asas, kemudian gerakan yang best, Gerakan Harimau 10 (asas), 21 (Bengkong Awan Putih), dan 31 (Bengkong Pelangi Hijau). Tapi hari ni, budak-budak Bengkong Awan Putih tak datang. Dorang semua berjawatan kot, hadir Kursus Kepimpinan. Budak-budak asas pun tak banyak macam biasa. Kami yang Bengkong Pelangi Hijau lagilah sikit. 3 putera, 1 puteri saja. Yang lain pergi kursus. Kira aku saja tak pergi kursus lah ni. Petang tu pula tiba-tiba hujan lagi. Tapi, kami teruskan juga latihan. Bukannya lebat pun. Untuk petang tu, kami berlatih tujuh jenis elakkan Bengkong Hijau. Dah kena ajar sebenarnya. Tinggal proses mengingat kembali. Lepas balik-balik praktis secara 'syok sendiri' (kami berempat sama-sama berlatih secara individu membayangkan ada pihak lawan menendang kami), guru minta kami berlatih macammana kalau diserang secara mengejut oleh pihak lawan. Mulanya lelaki saja berlatih. seorang lawan dua orang la tu. Sepatutnya lawan tiga orang. Elakkan yang digunakan hanyalah elakkan pertama hingga keenam saja. Buat ala-ala sparring. Tapi akhirnya, aku pun termasuk juga berlatih benda yang sama tu dengan dorang. Hahahaha. maksudnya, aku lawan lelaki. Nyaman jugalah rasanya... sebab aku perlu buat elakkan (elak/balas) melalui serangan (tendangan) daripada lelaki. Dan aku juga perlu buat serangan (tendangan) dan dielak (elak/balas) oleh lelaki.

Sebelum kami tamatkan latihan kami (tutup gelanggang), guru nak kami semua buat demo. Dimulakan dengan ahli-ahli asas. Akhir sekali ialah kami ahli Pelangi Hijau buat demo. Aku pun termasuk jugalah. Yang lelaki kata, "ladies first". Jadi, aku berada di posisi tengah, Sharizal (form 5) di kanan aku, Shahrizal (form 3) di kiri aku dan Husin (form 5) di hadapan aku. Aku diam tunggu tendangan dorang yang tidak diketahui dari siapa dahulu. Husin buat serangan pertama, aku sempat elak. Tapi aku terlalai sikit... tiba-tiba Sharizal dari kanan buat serangan, smpat la aku elak juga... tapi bukan guna elakkan Pelangi Hijau... aku buat elakkan asas pula... Kemudian Shahrizal dari kiri serang aku, yang ini aku sempat elak dan serang balas. Selsai aku, kami putar posisi... Sharizal (form 5) pula yang diserang. Yang ni kemuncak gila la... Waktu latihan sebelum tu pun, setiap kali aku tendang dia, mesti badan aku terputar waktu dia elak... biasanya dia balas dengan tendang aku Waktu demo tu pun sama, aku terputar ke belakang. Tapi keadaan berbeza. Aku tendang guna kaki kanan,  dia elak (tangkap kaki aku) dan aku terputar ke belakang, kaki kiri aku turut terangkat pulak daa... Sekali dia lepaskan aku, terhentak aku ke tanah. Nasib baik kedua-dua tangan aku sempat block silang kat bahagian dada aku... kuranglah rasa sakit. Hahahah... baru merasa macammana lawan lelaki. Kalau sparring betul-betul, memang nyaman ni. Adik aku yang tengok demo tu kata, lawa posing aku terputar dan terhentak ke tanah tu. Ceh! Dorang tak rasa lagi tu. Tapi, betullah... macam posing lakonan buatan sendiri pula... hahahahaha...

***

Eh! Aku dapat berita, Achik Spin meninggal dunia la... kemalangan jalanraya waktu dia tumpang kereta kawan dia petang tadi kalau aku tak silap (17 April 2010)... Innalillahi wa inna ilahi roji'un... Takziah buat keluarga dia. Baru hari tu aku best-best nyanyi lagu dia. Hmm...banyak pula berita kemalangan dan maut sekarang ni. Di Labuan ni pun dah balik-balik aku dengar berita kemalangan. Astaghfirullah al-azim...
Baca penuh >>

Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya

Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan"
(Al-Mujadalah : 11)
Sumber: M. Khairul Anwar
Sent: 24 Julai 2009 | 20:55:23
Baca penuh >>

Jumaat, 16 April 2010

Dialah...

Dialah...
Peneman ketika dalam kesunyian,
Penghibur ketika dalam kedukaan,
Penolong ketika dalam kesusahan,
Penenang ketika menghadapi tekanan,
Pengingat ketika kelupaan,
Dialah Zikrullah...
Sumber: M. Khairul Anwar
Sent: 8 Julai 2009 | 18:37:44
Baca penuh >>

Khamis, 15 April 2010

Kegelapan

Jika hati penuh kegelapan...
Maka sentiasalah berbuat kebaikan dan beribadat...
Jika anda berada dalam kegelapan...
Maka bayarlah bil elektrik anda...
Hehehehe...

Dihantar oleh: M. Khairul Anwar
Sent: 2 Julai 2009 | 19:55:40
Baca penuh >>

Rabu, 14 April 2010

Renungkan...

Renungkan nasib saudara kita yang kini telah dikuburkan:
  • Dahulu dia menikmati pemandangan yang indah dilihat. Kini, matanya telah dicabut.
  • Dahulu perkataannya begitu fasih. Kini, cacing tanah telah memakan mulutnya.
  • Dahulu, dia selalu tertawa. Kini, giginya hancur terbenam tanah.
Teliti dan perhatikanlah bahawa apa yang dia telah alami akan kita alami... tidak lama lagi...
Sumber: M. Khairul Anwar
Sent: 24 Mei 2009 | 19:41:52
Baca penuh >>

Selasa, 13 April 2010

Syarahan...

Hmm... balik-balik aku minta teks syarahan kat ustazah, tak siap juga. Tadi last minute, teks yang ustazah edit tu ada problem pula. Ustazah kata dia nak buat baru. Esok atau lusa baru aku dapat teks. Ya Allah! Aku bimbang tak sempat hafal. Terutamanya kalau teks baru. Kalau teks lama tu, ayat Qurannya pun ada dah yang aku hafal. Aduii... Pertandingannya hari Khamis depan. Risau aku. Sebab, inilah kali pertama aku ikut pertandingan syarahan. Terpilih pula jadi wakil sekolah. Pengalaman syarahan spontan pun tak ada lagi.

Bingung punya bingung, aku balik rumah, aku edit sendiri teks syarahan tu. Sebab teks lama tu memang ada pada aku. Cuma banyak perlu diedit dan ditambah. Tapi, alhamdulillah siap juga aku edit semuanya tidak sampai sehari pun. Petang tadi aku edit, petang tadi juga siap. Lepas tu, aku minta disemak dan disunting oleh Saudara Lukhman Al-Yusufi. Kira dia jadi editor lah tu kan. Heheh...
Sekarang, aku tinggal tunggu hasil suntingannya siap dan dihantar kembali kepada aku. Insya-Allah dalam malam ni juga lah.

***

Di sekolah tadi, ada sesi bergambar. Sayangnya, Fazlianah tak hadir...ada sebab tertentu. Si Arif budak baru kelas kami tu pula merayau keluar kelas. Kami tak cari. Biarlah dia... menyemak ja, hahahaha... Salah dia juga, taunya bejaur saja.

40 minit masa sebelum balik ialah masa matapelajaran Sejarah. Gurunya macam biasalah 'my mummy'. Aku sebenarnya nak duduk ja dalam kelas untuk matapelajaran Sejarah tu. Tapi, terpaksa juga keluar sebab ada perjumpaan pengawas untuk perancangan Program Hari Guru peringkat sekolah.
Tapi, sakit betullah hati aku. Buang masa tau aku turun. Tiada faedahnya. Dahlah perbincangan tu tak best, perancangan pun macam tak best juga. Daripada aku duduk tercongok macam orang bodoh tadi tu, lebih baik aku duduk dalam kelas saja. Boleh lengkapkan nota sejarah aku. Ni tidak. Dahlah nota sejarah tak dapat, hasil perbincangan pun tak dapat apa-apa yang bermanfaat. Lepas ni, kalau ada lagi mesyuarat tu, aku malas mau turun. Lebih baik aku belajar dalam kelas saja. Lagi berfaedah...
Baca penuh >>

Fadhilat Menuntut Ilmu

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Sesiapa yang keluar menuntut ilmu, para malaikat akan menaunginya dengan sayap-sayap mereka. Malaikat-malaikat di langit akan berselawat ke atasnya..."

Sumber: M. Khairul Anwar
Sent: 4 Mei 2009 | 18:50:07
Baca penuh >>

Isnin, 12 April 2010

Entri Sekejap

Hari ni aku demam. Masa Add Math tadi aku mengampai tidur. Sekarang aku sibuk siapkan kerja sekolah. Ni sempat sekejap ja tulis entri blog. Aku tak ada masa nak update blog aku dan blog kelas aku sekarang ni.

Tazkirah tadi tu pun aku dah letak berjadual.

Aku sebenarnya tertunggu-tunggu teks syarahan dari Ustazah Syayuzie. Ustazah emailkan ke tidak ni...?
Minggu depan hari Selasa, aku ada pertandingan nasyid di SMK Labuan. Hari Khamisnya pula aku ada pertandingan syarahan di SMK Pantai. Teks belum dapat... kelam-kabut juga nak hafal ni.

Aku target, kalau boleh nak menang syarahan ni. Korang doakan k... hehehe...

Oklah. entri sekejap saja ni. Aku chow dulu...
Wassalam...
Baca penuh >>

Solat dan Dosa

Solat itu bagaikan air yang jernih lagi suci...
Andaikan kita penuh kekotoran lalu kita mandi, maka kekotoran pada tubuh kita serta-merta hilang...
Begitu juga bila kita berbuat dosa lalu menunaikan solat untuk meminta ampun, maka terhapuslah dosa kita...

Sumber: M. Khairul Anwar
Sent: 1 Mei 2009 | 18:59:51
Baca penuh >>

Ahad, 11 April 2010

Sebuah Pertemuan nyanyian UNIC

Entri ini untuk luahan rasa dari hati aku sendiri.
Definisi setiap rangkap lagu nasyid "Sebuah Pertemuan" mengikut apa yang tersirat di dalam jiwaku.

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan
Dalam aku menjalani liku-liku kehidupan, tidak mustahil adakalanya aku tersungkur dalam kesedihan. Cabaran dan dugaan pelbagai yang aku lalui cukup untuk meluka robek hatiku.

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan
Kehadiran seorang sahabat bagaikan satu sinar pengharapan. Semangatku bangkit dan terus bangkit, tabah untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan kehidupan.

C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan…
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala
Sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa berusaha merubah dan membetulkan kesilapan diri kita.
Sama seperti sahabat yang kutemui > MKA... saat aku alpa, dialah yang mengingatkan aku. Saat aku sedih duka, hampir jatuh, dialah yang berusaha menyemarakkan kekuatan di dalam diriku. Saat aku kehilangan keyakinan, dia beri aku pengharapan. Dan saat aku ragu-ragu dengan kehidupan, dia berikan aku kata-kata hikmah sebagai pedoman buatku.

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan
Bila mengenangkan persahabatan yang terjalin begitu erat, sungguh sebak menusuk ke kalbu. Terlalu indah segala kenangan. Pertemuan yang membawa rahmat. Tenang dan membuai jiwaku.

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan
Sebagai sahabat, dia sentiasa berusaha membawa aku ke jalan yang terang dan semakin terang. Sentiasa berusaha mendekatkan lagi diriku dengan Tuhan. Terlalu rajin memberi tazkirah yang berguna untuk aku dan boleh aku sampaikan kepada umat manusia yang lain. Ilmu yang ada diamalkan untuk kegunaan akhirat kelak. Segala yang dilakukannya penuh keikhlasan. Tulus tanpa ada paksaan. Sesuatu yang begitu indah untuk dikatakan.

C/O 2:
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina 
Segalanya mengajarku untuk mengenal erti cinta sebenar. Cinta yang tiada tandingnya, cinta kepada Yang Maha Esa. Namun, dalam sedar atau tidak, entah bagaimana terbit rasa cinta lain terhadap insan yang selama ini hanya bergelar sahabat. Sesuatu yang tidak kuduga. Walaubagaimanapun, semua itu terus kupendam kerana aku sedar siapa diriku. Hanya kuharap, cinta kepada Yang Satu tidak akan memudar.

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan 
Setelah kulihat perpisahan semakin hampir, jiwaku mulai tidak menentu. Aku hanya mampu membiarkan dia pergi. Dan kuharap akan adanya "pertemuan kedua"... akan terus kunanti, sesiapa yang sanggup untuk menjadi sahabatku, persis sahabatku di "pertemuan yang pertama"

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan 
Dalam segala hal, kepada Allah jua akan kembali. Semoga Dia pertemukan aku dengan sahabat persis sahabatku sebelum ini. Agar aku tidak terus sendiri, dalam kebuntuan mengenang kisah lalu.

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi
Dari dulu, kini, hingga selamanya, sahabatku akan terus kukenang. Akan sentiasa kuhargai. Kerana dialah yang berusaha menyinar jiwaku, agar tidak terus berada dalam kegelapan.

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman
Semoga persahabatan sebelum ini akan kekal walau ditimpa badai perpisahan. Dan, semoga aku bertemu dengan seorang insan yang ikhlas menjadi sahabatku. Kerana insan yang bernama sahabat itu adalah teman yang terlalu istimewa, lebih istimewa daripada sebuah cinta sesama manusia.



Adakah insan yang sudi memenuhi impianku ini...?
Baca penuh >>

Tiada Harapan...

Aku try dah contact dia > MKA. Mulanya tiada tindak balas. Last tu ada la juga. Tapi, entah siapa sebenarnya dah berubah. Kami tak seakrab dulu. Dah lah. Aku rasa tak ada harapan dah kembali macam dulu. Bulan Julai ni dia dah nak pindah rumah. Maknanya, kami dah tak tinggal dekat dah. Aku tak ada harapan sangat nak jumpa dia.

Tadi aku ajak dia join AJ-RC. Mulanya bila aku tanya dia minat tak aktiviti kebajikan, dia kata minat. Tapi, bila aku cerita pasal AJ-RC ni, dia macam tak minat pula. Katanya, mungkin lepas SPM. Sedangkan aku target aku nak daftar dalam bulan April ni juga. Bila dah macam tu, aku malas lah mau sambung lagi mesej dengan dia. Aku try buat sesuatu yang boleh buat aku happy, dia happy sesuai dengan minat kami yang sama, dia macam tak support. Aku ingat aku nak bagitau dia hari Jumaat depan aku ke SM Teknik. Sebab Hajar cakap, dia kata dia nak jumpa aku. Target sebelum bulan Mei ni. Tapi, aku rasa hilang la mood aku dah. Kredit aku hari ni tamat tempoh. Esok dah tak boleh mesej dah. Aku rasa, biarlah semuanya berlalu macam tu ja. Aku dah penat mau fikir semua tu. Hati aku yang sakit jadinya.

Aku tau satu masa nanti kami memang akan terpisah dan mengikut haluan masing-masing. Permulaannya bila dia pindah ke SM Teknik & Vokasional. Lepas tu kes pergaduhan kami hujung tahun lepas. Sekarang, dia akan pindah rumah. Dan lepas SPM nanti lagilah susah untuk aku jumpa dia.

Memang ini hakikatnya. Aku hanya mampu bermain di alam khayalan ciptaan aku. Bagai sebuah angan-angan yang tinggi. Orang hanya memberi pengharapan. Tapi tiada siapa yang mampu tunaikan. Dan aku terjatuh dari mimpi anganan yang tinggi. Aku sakit, aku nangis, aku kecewa, tiada siapa akan peduli.
Inikah hakikat buat seorang penulis seperti aku? Dibuai dilema... hanya mampu berpuitis tanpa mampu mencapai apa yang diharapkan...
Baca penuh >>

Sembang-sembang Tan Sri Ismail Husin (Ketua 1 GAPENA) bersama PERWILA

Akhirnya semalam aku tertidur awal. Penat sangat. Badan aku pun sakit... Dan aku dah dijangkiti demam. Huhuhuhuhu...

Jadi, luahan yang aku nak tulis tu, aku publish karang saja lah. Ni, aku nak cerita sikit. Jam 11 pagi tadi, aku dan ibuku dijemput ke Bilik USIA untuk perjumpaan ahli PERWILA (Persatuan Penulis W.P Labuan) bersama Tan Sri Ismail Husin yang merupakan Ketua 1 GAPENA.

Walaupun demam, aku gagahi juga lah pergi sebab bila lagi nak dapat peluang begini kan. Sebelum bersurai, kami semua merarau (makan) di Malindo yang bersebelahan dengan Bangunan USIA.

Oklah. Aku tak ada nak cerita apa sangat pun. Gambar-gambar pun tiada kat aku. Ada kat ibu aku. Insya-Allah nanti ibu aku masukkan kat blog dia > Norgadis Labuan.
Baca penuh >>

Sahabat

Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak dapat mencari sahabat dan orang yang lebih lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari...
(Saidina Ali bin Abi Talib)

Sumber: M. Khairul Anwar
Sent: 24 April 2009 | 19:37:27
Baca penuh >>

Sabtu, 10 April 2010

Aku Jadi "Bee" Lagi...

Waktu aku menulis entri ni, aku betul-betul masih dalam kepenatan lagi. Mana tidak, aku bukannya dapat duduk santai tadi. Penat terutamanya di pergelangan kaki aku.

Hari ini Penutupan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan Labuan (MSSWPL) di Matrikulasi Labuan. Untuk acara perbarisan, aku jadi maskot dari kontinjen perbarisan Pasukan SMK Mutiara dengan motto "Mutiara Menyengat". Sesuai dengan tema, aku menjadi maskot lebah. Insya-Allah selepas ibu aku masukkan gambar-gambar aku dalam komputer, aku masukkan dalam blog ni. Kalau boleh, aku nak dapatkan lagi gambar-gambar daripada guru-guru yang mengambil gambar aku tu. Hehehehe...

Fuh! Punyalah best tadi. Tapi, time-time beraksi di hadapan stage tadi pula punggung lebah aku sebelah kiri tercabut. Nasib baik stage sebelah kanan. Tapi, susah juga jadi 'kanak-kanak riang' dalam situasi macam tu. Hahahahaha...

Di Matrik tadi aku terserempak dengan Saiful SMK Labuan (pakcik aku...eh, tidak lah! Nama bapa dia saja sama dengan nama bapa kepada ayah aku). Terkejut juga dia bila tengok aku jadi maskot. Tapi, cam juga dia dengan aku masih ya... hehe... Selepas acara habis tadi, dia kata aku "cute" jadi maskot tu. Aish... ye ye lah tu. Kalau nak memuji, pandai saja dia (puji ke?).

* Saiful tu patner aku dalam salah satu aktiviti Perkhemahan Rakan Muda Jiran Muda Siri 2 Tahun 2009 bertempat di Karambunai, Sabah. Aktiviti yang turut disertai oleh Shareen. Kan...kan...kan... Reen... (Shareen baca ke blog aku ni...?). Oh, ya! Kan...kan...kan... Riena...

K lah. Aku penat ni. Kalau aku rajin menulis entri karang, ada something lagi aku nak luahkan. Tu pun, entah jam berapa aku tulis. Kan kadang-kadang lewat malam baru aku tulis entri baru.

Okay... Wassalam...
Baca penuh >>