Rabu, 3 Februari 2010

Luahan Rasa

Jangan ada yang menyangka aku nak menjiwang pula di sini ya :p

Hari ni barulah aku sempat menjenguk papan kenyataan di sebelah bilik guru. Semenjak masuk tingkatan 5 ni, aku jarang melintasi papan kenyataan tu sebab kelas 5 Hibiscus sekarang di Blok Achellia tingkat paling atas... Bilik guru pula berada di blok Begonia tingkat satu. Jadi, laluan tu kurang aku gunakan kecuali atas urusan-urusan tertentu.

Ada apa pada papan kenyataan sebelah bilik guru? Apalagi kalau bukan senarai acara sukan bagi rumah-rumah sukan tertentu. Salah satunya ialah Rumah Sukan Camelia (kuning), rumah sukan aku tu. Waktu tu lah aku bengang-bengang. Hahahaha... hari last latihan sukan hari Khamis lepas, aku dah cakap dengan Ustazah Rohani bahawa aku hanya sanggup dan mampu ikut acara jalan kaki 3000 meter (7 setengah round di atas trek Matrikulasi) dan 4x100 meter lari saja. Sekali yang tertulis di papan kenyataan tu buat aku tercengang...

Acara-acara berikut (perempuan 18 tahun ke bawah):

4 Februari 2010
7.30 pagi - 3000 meter jalan kaki
10.00 pagi - 1500 meter

5 Februari 2010
10.00 pagi - 4 x 400 meter
11.10 pagi - 4 x 100 meter

Keempat-empat acara tu tercatat nama - Nur Fatihah Athirah Binti Abbas (C328)
* Ejaan nama aku yang sebenarnya ialah - Nurfatihah Athirah Binti Abbas

Punyalah aku bengang time tu. Tahun-tahun sebelum ni aku hanya menyertai pertandingan favorite ku saja - perbarisan. Aku bukannya atlit pun. Laju lari pun tidak. Tahun lepas ja lah aku ikut 4 x 100 meter perempuan 18 tahun ke bawah sebab tak cukup pelari. Tapi, aku tak sangka cikgu mau bagi acara sebanyak itu untuk aku (kira banyak bagi aku tu). Huhuhuhuhuhu... nasib akulah...


Tu baru pasal sukan... lagi satu kes yang buat aku panas hati tadi (bukan aku saja...pengawas-pengawas lelaki kelas aku yang lain pun panas juga...pengawas perempuan aku tak pasti sangat) si orang yang berjawatan paling tinggi tu dalam pengawas - aku malas tulis nama dia(siapa lagi...Ketua Pengawas tu lah), dia datang ke kelas aku (kelas dia juga la)... siap marah-marah pula tu datang panggil pengawas. Yang aku tak senang, waktu tu Ustazah Siti Sarah ada dalam kelas untuk mulakan pelajaran Pen. Al-Quran dan As-Sunnah. Cubalah dia fikirkan sendiri. Kalau nak buat pengumuman tu, nanti-nanti pun boleh bah sebab dia pun duduk dalam kelas tu juga.

Tu baru datang panggil. Waktu dia sampaikan pengumuman (sebenarnya ialah 'arahan') kepada kami setelah kami berada di pintu kelas, lagilah buat kami tak puas hati.
Okay, dia ARAHkan kami pergi Dewan Semarak (dewan sekolah) jam 2 petang (lepas habis kelas) pada hari Isnin nanti untuk mesyuarat pengawas. Ni lagi satu dia buat keputusan tanpa persetujuan dan perbincangan dan tanpa difikirkan cukup-cukup. Kelas kami hari Isnin tamat jam 2.40 petang. Aku tanyalah dia, bila masa untuk kami solat? Makan lagi... K la... makan tu boleh belakangkan... tapi untuk tunaikan solat?
Kelas kami tamat jam 2.40 petang kan... lepas tu dia suruh terus pergi Dewan Semarak untuk mesyuarat pengawas. Mesyuarat tu tak pasti berapa lama akan berjalan.20 minit lagi lepas kami habis kelas tu akan masuk jam 3 petang... akhirnya akan masuk waktu Asar. Takkan Zohor tu mau ditinggalkan saja. WOI!!! KAU TAK SOLAT KAH MANUSIA!!!

Dia kata, dia tak peduli, kami mesti pergi dewan juga lepas kelas. Dia kata itu arahan dia. Wah wah! Mentang-mentang jawatan tinggi... mau mengada-ngada lah ya! Mau tunjuk kuasa sangat. Hei perempuan! Kuasa kau dengan kuasa Yang Maha Hebat dan Berkuasa lebih jauh berbeza dari langit dan bumi lah! Ngam-ngam matapelajaran Pen. Al-Quran dan As-Sunnah tadi belajar pasal Agama mesti lebih dipentingkan daripada segala-galanya. Tapi waktu penerangan tu, dia tu tiada pula sebab dia keluar dengan kerjanya yang sentiasa sibuk tu (lebih sibuk dari Guru Pentadbiran ke?).

Aku kira, tahun ni pengawas memang teruk. Orang tu pula nampak sangat lebih pentingkan tugas dia dari pelajaran. Langsung tak diseimbangkan. Lagi-lagi, apa yang dicakapkannya tu pula disokong saja oleh orang-orang tertentu yang memandang dia tu 'orang yang terbaik sangat'.
Teringat aku waktu pengawas masih di bawah kendalian Cikgu Masri dulu. Kalau nak buat mesyuarat pengawas, dia buat pada waktu-waktu yang bersesuaian dan kami pun boleh datang. Waktu aku form 2 dulu (2007), masyuarat kami diadakan setiap hari Jumaat jam 3 petang. Waktu form 3 (2008) pula, masyuarat petang tu pada waktu-waktu perlu dan penting saja. Perjumpaan biasa buat di tapak perhimpunan saja selepas selesai perhimpunan.
Waktu aku form 4 (2009), pengawas dah bertukar kendalian kepada Cikgu Shamsiah. Ni pun tak ada masalah sangat. Perjumpaan di buat waktu petang juga. Masa-masa untuk solat dan makan pun ada sebelum memulakan mesyuarat. Sebelum membuat keputusan waktu perjumpaan penting tu, berbincang juga dahulu dengan pengawas-pengawas dan mendapatkan persetujuan. Bukan buat macam orang yang mempergunakan kuasa sesuka hati. Perjumpaan biasa kami dulu pun buat di tapak perhimpunan juga selepas perhimpunan pagi. Yang pasti, kami boleh hadir kalau tiada aral melintang. Tapi yang kali ni, kenapa dengan cara begitu..? Lepas tu, menyakitkan hati pula. Dahlah sebenarnya ada pelajar-pelajar yang tak setuju juga dia dapat jawatan tu.

Pengawas pun, pengawas juga lah... tapi pelajaran, perintah agama, penting juga. Dan lebih penting dari pengawas tu.

Jangan pula satu masa nanti aku laung kuat-kuat, keadaan pengawas tahun 2010 ialah 'Takbur didahulukan, kuasa diutamakan! Pelajaran ditinggalkan, agama diabaikan!' Jangan cabar aku...

8 ulasan:

  1. sabar..... sabar adalah separuh drpd iman...

    BalasPadam
  2. bangunan tinggi sungguh tahan,
    orang yang beriman diberkati Tuhan.

    BalasPadam
  3. wah...teruk jugak pengawas tahun ni... tahun 2008 lagi best jadi pengawas.... sume ok... apa-apa pun kak athirah sabar je ok...

    BalasPadam
  4. yalah...sabar ja dulu...
    tahun 2008 mmg best...lagipun Ketua Pengawas time tu Azrul... mana ada masalah... sbb Azrul mmg ok...

    BalasPadam
  5. Kejayaan Rasulullah menyebarkan AGAMA keseluruh dunia adalah kerana AKHLAKnya walaupun kepada mereka yg menyeksaNya, Baginda tetap tunjukkan akhlak yg baik. Jangan kita ikut pemimpin Islam sekarang yg ramai kurang akhlaknya...ikutlah akhlak Rasulullah.

    BalasPadam
  6. denaihati : Terima kasih atas komen yang berguna... insya-Allah :)

    BalasPadam

Ulasan yang anda hantar akan menunggu masa untuk diapprove oleh penulis...
Harap maklum...