Khamis, 18 Februari 2010

Kunjungan Ustaz Rozrin Ke Rumah

Sempena Tahun Baru Cina ni, seminggu sekolah aku bercuti. Kadang-kadang terasa bosan, kadang-kadang tidak juga. Entahlah...


Novel

Disebabkan sekolah bercuti seminggu, rakan-rakan di sekolah sebelum cuti bermula dah mula pinjam-meminjam novel. Untuk dibaca waktu cuti lah tu. Novel aku juga dipinjam oleh rakan-rakan sekelas. Dua daripadanya novel baru yang dihadiahkan oleh ayah aku sebab aku dapat tempat ketiga di kelas dalam peperiksaan semester akhir tahun lepas. Kedua-duanya novel pilihan aku sendiri. Novel yang sangat aku sayang ialah novel Cinta Madinah karya Abu Hassan Morad. Setelah lama aku mencari dan menginginkan novel itu, akhirnya aku temui juga di Kedai Kita, W.P Labuan. Novel yang satu lagi ialah Rahsia Perindu karya Ramlee Awang Murshid.

Satu lagi novel yang turut dipinjam oleh rakan sekelas aku ialah novel Hijab Sang Pencinta karya Ramlee Awang Murshid. Ni lah novel kedua yang aku sayang (yang dulunya novel yang teramat aku sayang sebelum adanya Cinta Madinah) sebab olahan ceritanya yang begitu menarik dan bagus.

Waktu aku beri pinjam ketiga-tiga novel yang aku sayang ni, aku dah letakkan syarat yang tersangat penting untuk aku dan novel kesayanganku itu. Syaratnya dorang mesti jaga baik-baik tanpa ada kerosakkan pada novel aku tu. Sebab aku sayang sangat dengan novel-novel aku. Syarat itulah yang aku tekankan betul-betul pada peminjam novel aku tu. Kalau sebelum ni aku hanya cakap macam cakap biasa saja. Tapi kali ni aku betul-betul tekankan kepada peminjam novel aku tu. Kalau dorang tak jaga dengan baik, lepas ni aku langsung tak pinjamkan lagi novel tu pada dorang. Ini semua kerana aku tersinggung bila aku pinjamkan novel Rahsia Perindu pada Falina, novel yang pada asalnya elok rupanya tanpa ada kerosakkan sewaktu aku serahkan pada dia, bila novel itu kembali ke tangan aku, kulit depannya dah ada kesan lipat. Kalau sedikit aku mungkin masih boleh terima. Tapi, yang terlipat dan bekasnya ketara tu dari atas sampai bawah kulit depan buku tu. Sedangkan pada hari aku serahkan buku tu, aku dah ingatkan dia yang dia mesti jaga buku novel tu betul-betul sebab novel tu aku sayang. Bayangkanlah, novel tu aku baru ja dapat dan aku jaga baik-baik. Aku tak suka kalau orang yang dah aku beri peringatan awal-awal tu cuai dengan amanahnya.

Aku pula... tak ketinggalan meminjam novel. Asalnya tiada pun perancangan nak pinjam novel sesiapa. Tapi, bila teringat novel Ayat-ayat Cinta karya Habiburrahman El-Syirazy milik sH@ReeN (dia suka nama dia ditulis macam ni), aku jadi teringin nak pinjam novel yang belum pernah aku baca tu. Sesuailah juga aku pinjam novel dia tu... sebab dia yang pinjam novel Cinta Madinah milik aku. Jadilah kami bertukar pinjam novel kan. Sebelum ni aku pernah muat turun novel Ayat-ayat Cinta dalam bentuk pdf. Cuma saja, aku yang tak minat baca kat komputer. Lagipun, aku sensitif menghadap komputer lama-lama... mata pedih. Kalau baca cerita, mesti tak mahu berhenti rasa ingin tahu kan... mau terus saja baca. Tu yang jadi padah tu kalau menghadap komputer lama-lama...

Hmm... jadi, hari Sabtu 13 Februari 2010 kalau aku tak silap aku dah mula baca novel Ayat-Ayat Cinta tu. Sengaja aku baca lambat-lambat... tak macam biasa. Jadi, banyak tanda-tanya yang akan bersarang kan. Hahahaha... Cumanya, masih di tahap terlalu awal novel tu aku habiskan. Huhuhuhu... sebab. biasanya pun aku boleh habiskan novel setebal itu dalam masa satu hari. Atau paling lambat pun sehari setengah. Jadi, bila aku cuba lambat-lambatkan habis baca novel tu pun, tak sampai tiga hari sangat. Hari Isnin 15 Februari 2010 jam 2.53 pagi aku dah tamatkan baca novel tu. Aii... punyalah cepat. Kalau siap baca dalam masa seminggu kan bagus. Hahahaha... Tak apalah. Aku nak ulang baca lagi nanti.

Bila baca novel Ayat-ayat Cinta, barulah aku faham teguran seorang kenalan kat blog aku yang lama dan tak pakai lagi tu. Teguran mengenai 'warkah cinta'. Mirip dengan 'surat cinta' dalam novel tu. Hahahaha... Tapi, 'surat cinta' dalm novel tu kira ok lagi. 'warkah cinta' dalam blog aku tu nampak sangat tentang kebodohan aku. Malas aku nak ingat balik.

Aku sebenarnya masih tertunggu-tunggu novel free. Hahahaha...


Blog Kawan

Aku ada seorang rakan internet. Namanya Rabiatul Adawiyah. Tapi, dia lebih suka dipanggil Rabiah atau Adawiyah. Nama dia pun dia suka tulis: Rabiah Al-Adawiyah. Dia pernah kata kat aku, dia nak jadi  seperti insan pada namanya tu. Kadang-kadang aku rasa pelik la dia ni. Hahahaha... Tapi, kira berpengalaman juga lah dia dalam dunia blog walaupun dah lama berhenti menulis blog. Sekarang dia dah ada blog baru. alamatnya: http://tinta-adawiyah.blogspot.com/ ... Tinta Tanpa Dakwat | Rabiah Al-Adawiyah ...Tapi katanya, mungkin dia akan tukar urlnya tu dan juga nama blognya. Tu pun mungkin saja lah. Buat masa ni dia tak berapa nak isi entri blog baru. Sebab dia kata dia nak edit layout blognya dulu. Punyalah aku jealous dengan template blognya sekarang. Detective Conan woo... Kepada pembaca entri blog aku ni, kalau korang sudi, follow lah blog dia. Jadi kawan dia. :D .


Kunjungan Ustaz Rozrin Ke Rumah

Rabu, 17 Februari 2010 malam, Ustaz Rozrin datang ke rumah aku. Jarang ada guru yang mahu datang ke rumah pelajarnya kan...

Ustaz Rozrin sebelum ni adalah guru di sekolah aku, SMK Mutiara. Hujung tahun lepas dia pindah balik kampungnya, Negeri Sembilan. Katanya sekarang dia mengajar di Labu, Negeri Sembilan. Cuma, sekarang dia tak dapat lagi mengajar Bahasa Arab. Yalah... ada guru-guru yang pengajiannya lebih tinggi lagi.

Cuti Raya Cina ni dia dapat tambang free ke Labuan. Hari Isnin 15 Februari 2010 kalau aku tak salah, aku  dan adik aku jumpa ustaz di ruang legar Ujana Kewangan, dia tolong kawan dia jual buku-buku (buku agama kalau aku tak silap). Kami berbual-bual sekejap ja. Faham-faham ja lah aku macammana. Kalau keluar ke bandar tu mesti dengan family. Jadi taklah dapat lama-lama.

Semalam, 17 Februari 2010 malam, aku yang entah kenapa sakit kepala tengah-tengah rehat tidur di bilik tiba-tiba kena bangunkan, lepastu kena suruh kemas ruang tamu. Katanya Ustaz Rozrin mau datang rumah. Aku yang bingung-bingung tu keluar sekejap bantu kemas... meja saja kot. Hahahaha... lepas tu aku balik bilik, landing balik. Waktu nak makan malam aku bangun balik. Betul-betullah aku bingung-bingung. Lepas makan barulah otak aku fresh balik.

Waktu tengah duduk-duduk kat ruang tamu, aku ada terdengar bunyi motor kat luar rumah. Tapi, bunyi-bunyi macam tu dah biasa dah. Kadang-kadang bukannya ada kat depan rumah pun... selalunya bunyinya tu dari perumahan. Jadi, buat tak kisah saja lah. Lagipun adikku (Zafirah) cakap sebelum datang ustaz call dulu. Tak lama tu adikku ke ruang tamu bagitau ustaz dah kat depan rumah. Waktu tu yang ada kat ruang tamu cuma aku, ayah aku, dan adik aku yang sorang lagi-Atikah. Mulanya aku lambat pick-up. Bila aku dah tau ustaz dah ada kat depan rumah, terus aku cakap kat adik aku yang sorang lagi tu (Atikah) suruh pakai tudung. Kami semua cabut lari masuk ke dalam. Tinggal ayah aku saja yang buka pintu dan berbual dengan ustaz di ruang tamu. Kami tiga dara ni di dalam pakai tudung. Lepas tu si Firah buat air. Aku pula sedia kuih yang ibu aku cucur sebelum makan malam.
Lepas kami bawa semuanya ke ruang tamu, barulah aku duduk dengan familyku yang lain kat ruang tamu. Punyalah santai ustaz kat rumah. Macam-macam yang dibincangkan. Sampailah pasal kemasukan ke IPT yang bakal aku tuju nanti. Macam-macam pengetahuan kami dapat. Baus juga kedatangan  ustaz ke rumah. Ada hikmah. Berkat bah tu. Hehehehe...
 
Hari ni Khamis 18 Februari 2010, ustaz dah bertolak balik ke Negeri Sembilan. Tahun lepas, aku agak terkilan sebab sebelum ustaz pindah dan cuti, aku tak sempat jumpa ustaz. Kebetulan hari aku tahu ustaz akan pindah adalah hari terakhir persekolahan. Dan waktu tu lah aku sibuk. Tahun ni, aku rasa puas sikit bila ustaz sendiri datang ke rumah aku. Jarang ada guru yang datang ke rumah anak muridnya. Walaupun aku tahu ramai kawan-kawan aku tak suka Ustaz Rozrin, aku tak pernah terfikir untuk jadi seperti mereka. Dia tetap guru aku juga.


Petanda?

Di rumah, keluarga aku pelihara ikan karok dalam akuarium. Adik bongsu aku-Wathiqah suka tengok fish. Yang peliknya, sejak akhir-akhir ni ikan tu asyik melompat-lompat saja dalam akuarium. Kalau nak kata tak cukup makan, tidak juga. Sebelum ni tak pernah ikan tu macam tu.

Kalau ikan tu melompat-lompat tiba-tiba, tak lama lepas tu pasti angin bertiup kencang... ribut. Bila kami fikirkan balik, risau juga. Haiwan kan dapat merasa sesuatu yang manusia tidak boleh rasakan. Sebagai contoh, tanda-tanda tsunami ialah burung-burung berpindah ke tempat lain. Begitu juga ikan-ikan. Jadi, bimbang ikan karok tu asyik melompat-lompat macam nak lari mempunyai petanda yang tidak baik. Na'uzubillah min zalik. Semoga Allah jauhkan diri kita dari bala bencana yang maha dahsyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang anda hantar akan menunggu masa untuk diapprove oleh penulis...
Harap maklum...