Ahad, 14 Jun 2009

Warkah Buat Ayah

Assalamu'alaikum, ayah.

Ayah, ikhlas Puteri nyatakan di sini bahawa Puteri sayang ayah. Tiada sesiapa yang boleh menggantikan tempat ayah.

Selama ini Puteri banyak melakukan kesalahan terhadap ayah dan tidak menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada adik-adik. Semua itu terjadi disebabkan emosi dan sikap panas baran Puteri.

8 hingga 13 Jun baru-baru ini, Puteri menyertai Program kem Rakan Muda Jiran Muda Siri 2/2009 di Karambunai, Sabah. Di sana banyak pengalaman yang Puteri dapat. Putri sedar akan kesalahan yang Puteri sering lakukan. Terus terang Puteri katakan, pendekatan kekeluargaan di dalam kem tersebut telah melahirkan rasa kerinduan Puteri terhadap ayah.

Yang Puteri inginkan daripada ayah hanyalah kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya. Mungkin selama ini Puteri tidak pernah sedar akan kasih sayang yang ayah curahkan kepada Puteri. Maafkan Puteri, ayah.

Dengan setulus hati Puteri memohon ampun di atas segala silap dan salah Puteri. Puteri akan berusaha sedaya-upaya Puteri untuk berubah seperti yang ayah inginkan.

Jasa dan pengorbanan ayah terlalu tinggi nilainya. Semoga ayah sentiasa dilimpahi rahmat daripada-NYA.


Luahan hati seorang anak sulung ketika sedang mengikuti program Rakan Muda Jiran Muda dalam aktiviti Aku dan Keluarga.

Kesimpulan daripada aktiviti Aku dan Keluarga > Kem RMJM:
Beruntung bagi sesiapa yang masih mempunyai ayah. Syukur kepada mereka yang telah sedar akan kesilapan yang pernah mereka lakukan. Berubahlah seperti apa yang diazamkan. Jangan sampai terlambat.


* Didedikasikan sempena Hari Bapa

1 ulasan:

  1. terima kasih atas nasihat itu...

    cuma, saya sedikit keliru... sbb saya tidak tahu kaitan nasihat tersebut dengan entri blog saya ni...

    atau,, mungkin anda menyangka warkah ini merupakan warkah daripada orang lain... sebenarnya warkah ini hasil tulisan saya sendiri... tidak ada kena mengena dengan orang lain... warkah asal ditujukan buat ibu dan ayah. tetapi, sempena hari bapa, saya tulis hanya untuk ditujukan kepada ayah sahaja....

    BalasPadam

Ulasan yang anda hantar akan menunggu masa untuk diapprove oleh penulis...
Harap maklum...