Thursday, April 21, 2011

PENULIS SENJA TERAKHIR


Lama juga aku tak update blog aku ni. Kali ni aku join contest lagi.
Tarikh tutup 25 April 2011

Nak join, klik sini.

Aku tag:

Kenapa aku join contest ni?
Sebab aku minat berkarya. Dengan cara ini, aku boleh kembangkan minat aku. Hehehe...
Aku di-tag oleh ibuku sendiri, Norgadis Labuan.

 Ini puisi aku:
DI GELANGGANG INI KITA BERTAPAK
Karya: N Athirah

Masih kuingat lagi
saat mula bertapak di sini
dalam satu pasukan yang rapuh
ditimpa badai namun tiada berundur
kerana amanat tok guru yang terus dipikul
demi memperjuangkan warisan turun-temurun.

Walau perjuangan kita dipandang remeh
walau perjuangan kita tiada sokongan
walau perjuangan kita sering ditentang
namun, dalam tekad kita terus maju
bersatu hati demi amanah yang satu.

Kini, yang setia kian berundur
yang bersatu kian berpecah
tetapi, rahmat Tuhan tiada menghilang
yang patah tumbuh yang hilang berganti
menjalin ikatan persaudaraan yang suci.

Duhai pendekar-pendekar muda
putera puteri pewaris negara
teruskanlah perjuangan kita
di gelanggang ini kita bermula
usah berundur hingga akhir hayat.

Sesungguhnya,
di gelanggang ini kita bertapak
sebagai anak-anak pejuang warisan.


20 November 2010
Diabadikan khas buat anak-anak Gayong,
Gelanggang Silat SMK Mutiara, W.P Labuan

Pesanan: Gayong Mutiara jangan berpecah-belah. Terus bersatu walau ramai yang tidak menyokong kita. Susah senang tetap bersama. Suka duka kita tetap kongsi bersama. Ingat tu!

2 comments:

Ulasan yang anda hantar akan menunggu masa untuk diapprove oleh penulis...
Harap maklum...