Saturday, February 5, 2011

The most memorable moment

Dah nampak kan nama contest dan tarikh tutupnya. Tutup pada 6 Februari 2011 jam 9 malam.
Nak join, cepat-cepat klik sini.

Ini gambar penyertaan:
 Aku yang kat depan ni... dah berjaya memecahkan genting
Gambar ini dirakamkan pada 6 November 2010 (Sabtu)
Bertempat di Dewan Semarak SMK Mutiara, W.P Labuan

Diambil pada hari Penganugerahan Bengkong dan Sandang Kebesaran Gayong.Waktu ni aku dah naik peringkat Pelangi Merah (bengkong/tali pinggang merah). Oleh itu, aku bersama batch Pelangi Merah yang lain dikehendaki memecahkan genting. Batch Pelangi Merah  tahun 2010 hanya ada dua orang perempuan iaitu aku dan adik aku, Zafirah. Yang lain kesemuanya lelaki. Agak mencabar dan berdebar-debar apabila diarahkan melakukan ini.

Alhamdulillah hanya dengan sekali pukulan ala karate sahaja genting tersebut terbelah dua tanpa ada rasa kesakitan. Namun, apabila aku cuba melakukannya pada hari lain tanpa persiapan aura/tenaga dalam, terasa sakit juga tangan aku.

Kenangan memecahkan genting ini menjadi satu kenangan yang terus aku ingati kerana ianya satu cabaran untuk mencapai peringkat Pelangi Merah dalam Gayong. Bukanlah suatu perkara mudah untuk lulus naik peringkat guru ini.

2 comments:

  1. salam,

    tq sudi join contest ni...

    tahniah atas pengiktirafan yg diperoleh... indah sekali bila kita dpt melakukan sesuatu yg kita jangka sukar utk melakukannya...

    salam ukhwah n salam perkenalan drp sy...

    ReplyDelete
  2. salam ukhwah billah... =)

    Terima kasih kembali...

    ReplyDelete

Ulasan yang anda hantar akan menunggu masa untuk diapprove oleh penulis...
Harap maklum...