Wednesday, February 9, 2011

Contest Collage Kesayanganku

Tarikh tutup contest ni 18 Februari 2011
Nak join? Klik sini.

Then, aku nak tag:

Ok. Terus pada gambar aku:
Inilah aku bersama insan-insan kesayanganku - Adik-beradik angkat
Nak cerita sikit pasal kesayangan aku ni...

Adik kesayanganku, Mohd Syafiq. Lahir pada 22 Oktober 1994, dan menetap di Johor Bahru. Aku panggil dia dengan panggilan Syaf... Syaf menjadikan aku sebagai kakak angkatnya pada pertengahan tahun 2008. Kami berkenalan melalui laman sosial Tagged. Dialah adik angkat yang tersangat-sangat aku sayang. Agak berbeza dengan adik-adik angkat aku yang lain kerana dia dah macam adik aku sendiri, manja, prihatin, dan tersangat-sangat akrab (al-maklumlah... aku tak ada adik lelaki...)

Kakak kesayanganku, Nur Hasyimah. Lahir pada 2 Mac 1991, dan sekarang sedang melanjutkan pelajarannya di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) dalam jurusan Diploma Pengurusan dan Pentadbiran Islam (DPPI). Aku panggil kakak ni dengan panggilan Kak Syima... Kak Syima menjadikan aku adik angkatnya pada awal tahun 2010. Kami berkenalan melalui Yahoo! Messenger pada tahun yang sama. Sebenarnya, Abang Azrul yang perkenalkan Kak Syima kepada aku. Hehehe... Aku sayang Kak Syima ni macam kakak aku sendiri sebab aku tak ada kakak... Huhuhu... (Aku kan anak sulung...)

Abang yang aku sayang juga (hohohoho...), Muhamad Azrul. Lahir pada 9 Mac 1991, dan sekarang seperti Kak Syima, sedang melanjutkan pelajarannya di KUIM juga dalam jurusan yang sama, DPPI. Yang ni aku panggil dia dengan panggilan Abang Azrul... Tapi kalau diingat balik, kelakar juga. Sebab sebelum jadi abang aku, komunikasi kami menggunakan kata ganti nama diri 'kau' dan 'aku'. Menjadi abang angkat aku juga pada tahun 2010 setelah aku menjadi adik Kak Syima, recommend from Kak Syima (hahaha...). Berkenalan? Kat sekolah ja. Senior aku dulu sejak tahun 2006 hingga 2008 (juga ketua pengawas kami pada tahun 2008 di SMK Mutiara). Satu sekolah sejak sekolah rendah lagi... Aku bukan tak ada abang angkat. Adaaa... aku pun dah tak pasti berapa. Tapi, Abang Azrul ni special sikit sebab dia dan aku memang dah lama kenal, banyak kali bertemu, dan sekampung dengan aku di W.P Labuan... Juga disebabkan, dah memang dia macam abang aku... hahahaha... (aku kan anak sulung... dan tak ada adik beradik kandung lelaki... huhuhu...)

Okay...
Tak pelik ka baca cerita aku ni, Kak Syima terlebih dahulu jadi kakak aku? Hehehe... ceritanya macam ni... Aku dan Abang Azrul just kawan ja kat sekolah. Aku pula bukan jenis nak minta jadi adik atau kakak angkat sesiapa... Kalau orang tu nak ambil aku jadi adik atau kakak angkat, barulah aku terima. Jadi, bila Kak Syima jadikan aku adik dia dan aku terima, akhirnya dia suruh la aku jadi adik Abang Azrul. Dah complete, kakak dan abang. Hohohoho...

P/s: N Athirah tu korang pun tahu kan... tu aku... dan aku lahir pada 9 Disember 1993.

3 comments:

  1. tengs ye sudi join. wah ramaikan angkat2 nih... nanti bolehlah ade anak angkat pulak.. hehehe. pape p0n g0od luck ye. :). memg collage kesayangan kan :). smoga menang lah ye :) hehe

    salam

    ReplyDelete
  2. wah byknye angkat2... :).. bolehlah ade anak angkat pulak nanti da besar. hehe. tengs ue join contest ni. :)

    dan g0od luck taw. ramai bt dengan cantik. susah nih. :). semoga kamu ade rezeki ye. salam

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kembali =)

    hahaha... anak angkat boleh juga... insya-Allah... hohohoho...

    sebetulnya sekarang saya sudah ada cucu hehehe...

    ReplyDelete

Ulasan yang anda hantar akan menunggu masa untuk diapprove oleh penulis...
Harap maklum...