N Athirah @ Siti Puteri Rawija: Segmen
Memaparkan catatan dengan label Segmen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Segmen. Papar semua catatan

Ahad, 1 Mei 2011

SEGMEN - Kritikan Anda Inpirasi syaf..

Syaf buat segmen la. Teringat pula kat adik angkat aku kat Johor... aku selalu panggil dia 'Syaf'. Hehehe...
Ok, terus pada topik asal.
Nak join segmen Syaf ni, klik sini ja.

Bulan lepas aku join contest puisi yang dianjurkaan oleh Syaf, dapat hadiah. so cute... Thanks ya.

Aku tak nak la nak kutuk-kutuk. Aku suka blog Syaf ni sebenarnya sebab diisi dengan puisi-puisi. Aku kan minat baca puisi... lagi-lagi puisi yang indah olahan ayatnya. Tapi, aku jadi agak malas nak masuk blog Syaf tu sebab rasa serabut la...

Untuk susunan sidebar, header, layout, serta apa-apa yang dia nak letak (lagu atau nk tampal apa-apa kat tepi macam buku tamu tersembunyi dan melekat, atau macam sign aku kat kiri atas blog aku yang melekat ni) aku tak adalah nak kisah sangat. Bergantung pada cita rasa blogger tu sendiri kan. Tapi yang aku tak minat sampai aku malas nak masuk ni disebabkan iklan nuffnang melekat dia tu. Dah la menutup hampir separuh ruang entri dia, melekat pula sampai susah nak baca entri. Mungkin dari sudut pandangan dia kat komputer yang dia gunakan taklah mengganggu entri kot. Tapi, tak semua format komputer pembaca blog adalah sama. Kalau nak letak yang macam tu, sesuai letak benda-benda yang kecil. Jangan la letak yang besar-besar... mengganggu entri.

Aku bagi pandangan ni bukanlah bermakna blog aku ni baik sangat. Aku sendiri menerima kritikan blogger lain. Pandangan aku ni berdasarkan pengalaman aku sendiri untuk view blog tersebut. Bagi aku, iklan nuffnang melekat tu tak perlu pun. Kalau nak letak bagi orang nampak, cukuplah letak kat atas/bawah header, kat sidebar dan kat pemisah tiap-tiap entri.

*Hah! satu lagi... disebabkan iklan nuffnang melekat tu, aku nak masuk komen pun susah... ruang komen dia pun melekat kat entri. Bukan jenis pop-up window. Nasib baik ada terkeluar sedikit butang hantar komen tu. Tertutup dengan iklan. (ditulis selepas menghantar link penyertaan segmen)

Itu sahaja pandangan/kritikan dari aku. Yang lain dah smart dah. Pemilihan layout yang bagus.

Maaf ya kalau ada yang menyinggung perasaan...
Baca penuh >>

Selasa, 26 April 2011

PENULIS SENJA BUAT SEGMEN PULAK DAH


Pulak dah... tajuk pun semacam. Abang PS la yang bagi syarat tulis tajuk macam ni. Hahahaha...
Abaikan ja... Hehehe...

Nak join, klik sini. Tamat pada 26 April 2011 jam 6 pagi.


Ok. Apa yang aku suka dan tak suka kat blog Abang PS tu...?

Yang aku suka: Blog Abang PS bertimbun puisi. Semua best-best. Hehehe... Yang lagi best ada saja idea puisi dia... Macam air ja. =D Kalau nak dijadikan rujukan pun sesuai. Hehehe...

Yang aku tak suka: Emmmmm... tak ada la rasanya. Apa yang aku tak suka dalam blog dia ya? Tak ada la, Abang PS. Heee...

Done!

Aku suka kata-kata Abang PS yang ni: 
"Menulis lah dengan hati .. kerana menulis dengan hati akan memberi kesan mendalam kepada pembaca"

Dan aku suka petikan puisi Abang PS yang ni:
aku hanyalah sebaris puisi
temanku kata kawanku aksara
bernyanyi dan menari
meski dengan airmata
(dipetik dari puisi "Aku Hanya Sebaris Puisi")
Baca penuh >>

Isnin, 14 Mac 2011

Segmen: Apa Kata CINTA?

Nak join, klik sini.
Tarikh akhir 16.3.2011(cepat!)
Entry yang menarik akan di review
Aku tag: 

Nak tau apa kata aku tentang CINTA? Teruskan membaca...
 
Ok. Berikut adalah entri aku. Dipetik dari entri lepas di sini dan di-copy paste dari entri aku di sini.

Entri ini adalah mengenai cinta. Kenapa mengenai cinta? Kerana aku terasa juga nak menulis huraian mengenai ayat berwarna merah di bawah. Kan sebelum ni aku pernah tulis puisi jiwang (agaknya bukan sekadar puisi ja kot)... wakakaka...
Pada asalnya sekadar cuba-cuba... tak sangka pula huraian aku panjang berjela-jela. Hahahaha... jadi, aku kongsikan bersama pembaca di blog ini =D

Hendak tahu huraian dari aku mengenai cinta, bacalah entri ni sampai habis. ^-^
"Memang cinta ada dalam jiwa kita..." - Cinta Ada

Oleh: N Athirah

Ya, cinta itu memang ada dalam jiwa manusia sejak azali lagi. Sesiapa yang berkata tidak pernah memiliki atau merasa cinta itu, bermakna fikiran mereka telah mendustai mata hati mereka. Begitu juga bagi sesiapa yang berkata mereka sudah tidak punya rasa cinta. Cinta itu tidak dapat difikirkan. Sesungguhnya cinta itu hanya dapat dirasai melalui hati kita.

Cinta itu fitrah manusia… Ianya telah lama berputik di dalam jiwa kita sejak kita masih belum wujud (sebelum kelahiran kita). Semakin hari cinta itu kian merimbun… semakin ianya kita cantas, semakin ia bertunas… Rasa cinta itu tidak boleh kita nafikan. Kehadirannya di jiwa bukanlah suatu paksaan. Tidak sempurna hidup kita tanpa rasa cinta itu… Maka, carilah cinta itu di hati kamu…

Cinta itu memiliki keindahannya… Ianya mendakap erat di dalam jiwa. Sebagaimana Adam dan Hawa yang bercinta ketika di Syurga… Angkara Iblis mereka terpisah. Kerana kuatnya perasaan cinta mereka, kuatnya simpulan kasih sayang mereka, akhirnya mereka bertemu jua di dunia.

Cinta di dalam jiwa itu memiliki kesuciannya. Kerana cinta, kita dapat mengenali Pencipta kita… Kerana cinta, bertambah kuatlah ketaqwaan kita kepada-Nya. Kerana cinta, kita taat akan suruhan-Nya. Kerana cinta, kita takut pada kemurkaan-Nya.
Kerana cinta jua kita mengenali Rasul kita… Kerana cinta, kita mengasihi baginda. Kerana cinta, kita mengikuti sunnah baginda. Kerana cinta, kita memohon syafaatnya.
Dan kerana cinta, kita saling kasih-mengasihi sesama insan, sesama keluarga, sesama saudara, sesama Islam.
Al-Hubbu = Cinta = Love
Tanpa cinta, fitrah kita tidak sempurna.
Tanpa cinta Ilahi, kita hanyut tiada kembali.
Tanpa cinta Rasul kepada umatnya, kita hilang hala tuju.
Tanpa cinta keluarga, kita tidak berada di dunia ini atau kehidupan kita terabai tidak terpeduli.
Dan tanpa cinta sesama insan, kita tidak punya teman yang akan sama-sama mengharungi kehidupan sehingga ke hayat yang terakhir.

Manusia dijadikan untuk bertaqwa kepada Allah... Taqwa itulah cinta… Manusia hidup untuk berkasih sayang sesama insan… manusia yang dilahirkan telah ditentukan cinta hatinya…

Cinta manusia ada di dalam jiwa… Cinta lelaki pada wanita dipertemukan tulang rusuknya (merujuk pada kejadian Hawa daripada tulang rusuk Adam)… Tulang rusuk itu berada dekat dengan hati, dan berhampiran dengan jiwa… Wanita itu tulang rusuk lelaki. Jika seseorang lelaki kehilangan cinta dan wanita itu, umpama dia kehilangan cinta di dalam jiwa dan tulang rusuknya.

Cinta yang telah tersemat di dalam jiwa tidak boleh dipersiakan.
Mensia-siakan cinta terhadap Allah seumpama mensia-siakan agama kebenaran yang telah dikurniakan kepada makhluk di dunia ini…
Mensia-siakan cinta terhadap Rasulullah seumpama mensia-siakan risalah kebenaran yang telah baginda sampaikan kepada makhluk di dunia ini…
Mensia-siakan cinta sesama insan seumpama mensia-siakan cinta yang dianugerahkan Allah untuk makhluk yang telah dicipta-Nya berpasangan…

Cinta itu ada di dalam hati… carilah ia di situ. Jika kamu telah peroleh cinta itu, jagalah cinta itu dengan baik. Kita bukan manusia yang sempurna sepenuhnya. Sebagai insan, kita punya kekurangan. Oleh itu, jangan melihat seseorang itu dengan kecantikan atau ketampanan wajahnya, ketinggian darjatnya, harta kekayaannya, tetapi lihatlah dirinya dari hati budinya, agamanya, serta ketaqwaannya.

Sesungguhnya, apabila kamu menemui cinta kamu sesama insan itu, janganlah kamu cari lagi yang lebih baik daripada itu. Terimalah ia tanpa sekalipun menoleh kembali di belakang kamu. Kamu tidak mungkin akan peroleh cinta yang lebih baik dari yang kamu temui kerana cinta yang sempurna itu hanyalah cinta kepada Tuhan Yang Maha Esa.

"Renungkanlah... fikirkanlah... huraikanlah hujah anda..." N Athirah.

*Diilhamkan dari lagu nasyid Kalimah Cinta nyanyian In-Team
Baca penuh >>

Sabtu, 5 Mac 2011

Cerita Kekok Saya


Tarikh tutup waktu aku tulis entri ni aku tak tau lagi. Hehehe...

Ini cerita aku:

Ok. Kisah ni berlaku pada tahun 2009 semasa mengikuti Kem Rakan Muda Jiran Muda Siri 02/09 di Karambunai, Sabah. Hari kedua kem kalau aku tak salah...
Pada pagi tersebut, kami diarahkan memakai pakaian kerja. Kira pakaian formal la. Aku dah sedia pakaian aku yang dicadangkan oleh ibu. Aku pakai baju warna krim kat dalam, luarnya lapis blazer hitam (mesti lapis juga sebab baju kat dalam tu lengan pendek sangat). Seluar pula, sluar slek warna hijau tua. Tudung warna hitam la. Siap dengan kasut kulit. Smart geng.
Kami diarahkan berbaris mengikut kumpulan. Tapi berganti-ganti la. Mula-mula lelaki dipanggil berbaris kat kem utama. Lepas tu perempuan. Waktu kami perempuan diarahkan berbaris, ada beberapa lelaki (yang terpilih kot) diarahkan berkumpul satu tempat yang ada meja dan kerusi. Tengah baru berbaris tu, tiba-tiba Mami (salah seorang urusetia lelaki time kem) tunjuk aku dan isyaratkan aku untuk berdiri sebaris dengan beberapa perempuan yang dipilih sebelum aku. Pelik juga. Apa kes ni? Aku ada buat silap ke? Dah cukup, kami dibawa ke tempat kumpulan lelaki 'terpilih' tu dan diarahkan memilih pasangan masing-masing. Hah?!

Kat kumpulan lelaki tu, ada salah seorang rakan sekelas aku, sH@ReeN. Dia suruh aku pilih dia. Lepas tu ada seorang lelaki yang waktu tu aku tak tau namanya suruh aku pilih dia. Bingung wo. Lelaki tu pakai baju lebih kurang macam aku. Dia pakai kemeja putih berjalur biru, dilapis dengan blazer. Macam peguam. Akhirnya, Mami tu sendiri pasang-pasangkan kami. Dan aku dapat dengan lelaki tu. Kebetulan pula hanya kami berdua pakai pakaian macam tu. Hohohoho...

Lepas tu, korang nak tau kami diarahkan apa? Tak nak tau, tak payah baca k. Hehehe...

Kami diarahkan berlakon jadi pasangan ala-ala couple!!! Adoi nah! Siap kena suruh jadi romantik, geng! O.o
Aku bukan la tak pernah ada kekasih. Tapi, aku tak pernah dating sebab ex-boyfriend(s) aku semuanya orang jauh. Bukan Labuan. Hohohoho...

Dalam tempoh perkenalan tu, aku tau nama dia Saiful Mahmud (nama bapa dia macam nama bapa kepada ayah aku, arwak nenek Mahmud). Aku tanya la dia, dia pandai ka nak romantik-romantik ni? Dia pun tak tau katanya. Huhu... Tapi, aku rasa dia pandai... Hehehe...

Kami berkenalan, tanya macam-macam. Waktu tu aku tingkatan empat, dia tingkatan tiga. Tapi umur dia macam aku sebenarnya. Terus-terang la... Tinggi aku paras dada dia ja. Hahahahaha... Tinggi aku kan hanya 144cm.

Al-maklumlah aku tak pernah dating. Tu yang kekok tu. Saiful ajak aku duduk, aku ikut. Tapi, tak nak rapat. Aku duduk kat tepi ja. Sampaikan dia tegur aku, bimbang jatuh. Malu la nak duduk rapat-rapat. Dia bukan boyfriend aku. Hahaha...  Boleh dikatakan, macam-macam dia tegur aku. Aku ni lagi jenis tak boleh bertentangan wajah dengan lelaki. Malu siot! Bila dia ajak aku 'dating' kat tepi air (Karambunai tu kawasan pantai), aku ikut ja. Dia bawa aku kat bawah pokok, aku ikut juga. Hahahaha... Dia tengok pokok tu ada semut, dia tak suruh aku sandar kat situ. Aku ni pula semua nak diturut. Waktu minum pagi, aku tak minum teh. Jadi, aku ambil air suam ja. Dia pula sibuk nak tolong bawa. Aku ni pula, tak tau nak kata apa dah.

Waktu hanya berdua tu masih ok. Dugaan seterusnya, waktu disoal siasat oleh Mami. Dugaan beb! Kami kena bising-bising ja. Mami tanya Saiful, aku suka warna apa (information: I like black colour). Saiful jawab biru (dia ingat warna kegemarannya saja). Mami bising-bising la... sebab tak ada tanda-tanda aku minat sangat warna biru melalui pakaian aku. Aku ni mengiyakan saja sebab Saiful cakap, apa-apa, iyakan saja. Mami tanya aku, Saiful minat warna apa, aku jawab la biru. Sebab baju dia berjalur biru. Jawapan aku ok.

Cita-cita pula, Saiful nak jadi peguam sivil. Bila Mami tanya Saiful aku nak jadi apa, dia bagi aku kerja kat Pustaka Melayu!!! Dia suruh aku angkat gas ke apa! Aku kata Dewan Bahasa dan Pustaka la!!! Bukan main Mami tu bising. Teruk...teruk...

Lepas kes tu, kami semua 'pasangan terpilih' ni diarahkan buat catwalk depan peserta kem yang lain. Habislah! Siap kena suruh buat macam pasangan kekasih pula tu... Adooiiiiyaiiii... Dah tu, pasangan pertama yang Mami panggil, adalah kami! Siap kena bagitau si lelaki suruh awek dia kerja kat Pustaka Melayu. Malunya... Pustaka Melayu ada kat Labuan. Jual entah apa-apa barang. Segala gas, kedai peralatan kalau tak salah.

Apa kami buat? Catwalk ja la... Nasib baik baju dia lengan panjang. Pegang la lengan dia sambil jalan. Panas rasanya wajah aku waktu tu. Aku lagi tak pandai nak jadi model macam tu. Rasanya, hancur image aku... Huhuhuhu...

Aku sangka dugaan tu habis sampai situ ja. Rupa-rupanya tak habis lagi! Kami disuruh menari ikut rentak lagu yang dipasang. Menari sepasang-sepasang. Mati gue! Yang teruk gila, pasangan pertama tu kena pada kami lagi! Nak-nak kena bagi pula lagu Kuch Kuch Ho Tahe. Kenak la kau TyRah menari di sana! Aku pun menari ja la ikut rentak Saiful. Puas dorang main-mainkan kami. Memang jadi bahan ketawa la kmi. Aku tak pandai menari!! Kena lagi lagu macam ni. Kalau korang magi lagu rancak sikit, tak apa la. Aduiii... Part last, abang urusetia tu nak buka butang blazer Saiful yang baru sebelum menari tu aku dah tolong butangkan (atas permintaan Saiful). Saiful pun tolong la buka butang. Dorang nak buka baju tu, Saiful ikut ja. Lepas tu Saiful sangkut ja kat lengan dia sambil menari. Punya la sowt waktu tu. Rupa-rupanya dorang nak Saiful buang baju tu. Hohoho... Teruk gila time tu. Aku pun tak tau nak kata apa. Aku rasa tarian aku waktu tu kaku gila. Hahahaha... dan aku pun tak pandai nak romantik-romantik ni. Gila punya kisah. Sampai sekarang aku ingat lagi.

Begitulah kisah aku yang panjang berjela... entah pembaca faham atau tidak. Hahahaha...
Baca penuh >>

Khamis, 3 Mac 2011

Segmen : Saya Blogger Remaja


Aku remaja ok. Tahun ni, 9 Disember 2011 umur aku baru masuk 18 tahun.

Nak join segmen ni, klik sini.

Aku tag:
Putera MSR

Ok... aku jawab soalan penganjur segmen ni:

1. Bila kau orang start berblogging and kenal belog daripada siapa?

Bila aku check blog asal aku yang dulu, entri pertama aku bertarikh 1 Januari 2008

Seingat aku, blog aku lahir pada tahun 2007... Tapi, mungkin aku dah tukar blog dan blog tu dah di-delete (pelupa!) Atau mungkin format time zone waktu tu salah. Hehehe...

Aku kenal blog ni bukan dari sesiapa. Tapi aku tau blog hasil search internet. Maklumlah... waktu tu aku baru ada email. Baru guna internet. Aku pun buat la macam-macam sampai lah kenal blog ni dan belajar sendiri sehingga pandai guna blog.

2. Apa kau orang akan buat dengan belog kau orang bila dah tua nanti.

Dah tua nanti, selagi aku mampu urus blog ni, aku urus la... Kalau dah tak larat pun, biar lah terus disemadikan untuk catatan artikel/cerpen/puisi/gambar kenangan aku. Sekurang-kurangnya, keturunan aku boleh juga baca dan tengok kenangan aku kan...
Baca penuh >>

Rabu, 23 Februari 2011

Puitiskan Diri Anda

Tarikh tutup: Jumaat pagi
 (klik untuk maklumat lanjut)
PENANTIAN
Karya: N Athirah

Malam ini, seperti malam kelmarin
hujan turun dengan lebatnya
menggambarkan kesedihan hati
disertakan deraian air mata.

Sampai bilakah tangisan ini berlangsung…?
Kerana penawar kedukaan belum kutemui.

Akankah turun hujan di malam yang lain
meragut kegembiraan di wajahku
kerana,
di saat ini hatiku masih berduka.

Malam ini, seperti malam-malam kelmarin
hujan turun dengan lebatnya
melambangkan deraian air mata hati.

Sampai kapankah…?
Aku terus-terusan bersedih.
Sampai kapankah...?
Aku perlu bertahan.
Sampai kapankah...?
Kesakitan ini perlu kualami.
Sampai kapankah...?
Segala tanda tanya ini bersarang.

Sungguhku tiada mampu bertahan
dalam kegelapan malam
mengenang kisah-kisah silam
meruntun seluruh jiwa raga.

Tiap detik dan langkahku
dirimu mengisi ruang mataku
dalam ketenangan tidurku
seringkali kau hadir menghiasi mimpiku
tatkala jiwaku merindu
kaulah yang bertakhta di ingatanku.

Dalam kerendahan hati
beserta kekurangan diri
tanpa ada kelebihan pada pandanganmu
namun hati ini tetap merindu
menanti kasih darimu
menunggu kehadiran cintamu
dalam keheningan jiwa merindu.
Baca penuh >>

Selasa, 15 Februari 2011

Segmen Senyum Tak Nampak Gigi

Guys!!! Ada segmen senyum tak nampak gigi. Tarikh tutup pada 27 Februari 2011. Nak join tak? Jom klik sini.

Aku tag:
Norgadis Labuan
Nurcahaya Atikah
Puteri Mahsuri
Kak Syima
Kak Sofinah

Ini gambar aku
Ini gambar aku bulan Disember lepas waktu cuti-cuti Malaysia ke Kota Kinabalu, Sabah. =)
Baca penuh >>