Rabu, 22 April 2009

Kursus Kepimpinan Peringkat Kebangsaan di Pulau Pinang

22 April 2009 (Rabu)

Sudah lama aku tidak menulis entri terbaru di blog ini sebelum entri ANTOLOGI SEPULAU SEKASIH KITA. Maklumlah, sibuk dengan pelbagai aktiviti. Hujung bulan April ini aku ada aktiviti, dalam bulan Mei juga ada lagi aktiviti. Bulan Mei, biasalah... ada Peperiksaan Pertengahan Tahun. Selain itu, kami (pengawas SMK Mutiara) akan mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah untuk kali ke-3 (selama 3 tahun berturut-turut).


Mengenai Kursus Kepimpinan

Pada 27 hingga 30 April 2009 ini, aku dan salah seorang rakan setugas pengawas, Dzulranie (atau nama panggilannya - Dizul) terpilih mewakili sekolah untuk menyertai Kursus Kepimpinan Peringkat Kebangsaan di Pulau Pinang.

Kami (seorang lelaki dan seorang perempuan) merupakan pengawas sekolah yang dipilih oleh Guru Pengawas, Puan Shamsiah Ambo dan dipersetujui oleh Guru Kaunseling, Puan Veronica untuk mewakili sekolah dalam program ini telah dihantar nama serta no. kad pengenalan ke bahagian pendaftaran (tidak pasti di mana) pada minggu lalu. Namun begitu, kami belum menerima surat kebenaran dan apa-apa yang berkaitan untuk program tersebut. Hal ini telah menimbulkan kerisauan pada diriku sendiri dan juga Dizul.

Pagi tadi, ada taklimat daripada salah seorang Guru Kaunseling SMK Mutiara, Puan Wan Ashiba Wan Ibrahim kepada Pemimpin Pelajar [Pengawas dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)] untuk program esok, iaitu pertemuan Yang Mulia Raja Mazlan dengan Pemimpin Pelajar di Bilik Mutiara (bilik mesyuarat) SMK Mutiara, W.P Labuan.
Selepas taklimat itu selesai, aku dan Dizul berjumpa dengan Puan Wan Ashiba untuk bertanyakan tentang surat Kursus Kepimpinan itu (ini kerana Puan Veronica tidak kami jumpai sejak hari Isnin, 20 April 2009). Menurut Puan Wan, semua itu diuruskan oleh Puan Veronica. Tetapi, Puan Vero MC selama dua hari dan hari ini dia ada mesyuarat.

Oleh itu, melalui cadangan Dizul, kami membuat keputusan untuk berurusan pula dengan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar, Puan Hasimah Kahar. Tetapi, kami tidak pula menemui Puan Hasimah di biliknya di Pejabat Pentadbir. Kami cuba mencari beliau di Dewan Semarak, SMK Mutiara yang sedang berlangsung Seminar Kecemerlangan Pelajar PMR. Kemudian, di Bilik Dokumentasi yang pada ketika itu menjadi tempat mesyuarat guru. Juga tidak ketemu.

"Nda apalah, Thirah. Karang rehat saja kita cari Puan Hasimah." Kata Dizul akhirnya.

Kemudian, kami kembali ke kelas masing-masing (Dizul ke 4 Ixora - aliran Sains Sukan, manakala aku ke 4 Hibiscus - aliran Sains Sosial Pengajian Islam Bahasa Arab Tinggi). Oleh kerana waktu itu adalah masa matapelajaran Sains, kelas aku kosong dan aku perlu ke Makmal Fizik, makmal pilihan Cikgu Hisham pada hari ini.

Pada waktu rehat, aku ke Kantin Sekolah dahulu. Tujuan aku untuk berjumpa dengan Hanani Athirah atau Nadiah Sahar yang merupakan rakan setugas pengawas yang sama-sama bertugas di kantin pada waktu rehat. Aku ingat nak bagitahu dorang yang aku mungkin tidak bertugas pada hari ini, jika sempat, mungkin aku lambat bertugas. Tetapi, tidak pula aku temui mereka di sana. Mungkin Seminar Kecemerlangan Pelajar PMR belum berhenti rehat lagi pada ketika itu. So, aku tinggalkan saja kantin dan terus mencari Dizul di kelasnya di 4 Ixora (kerana dia bertugas meronda kelas-kelas tingkatan 4 pada waktu rehat). Namun begitu, tidak dijumpai. Rupa-rupanya Dizul sudah terlebih dahulu mencari Puan Hasimah. Tapi, dia tidak menemuinya.

Selepas rehat ialah matapelajaran Bahasa Arab Tinggi - bertempat di Makmal Bahasa. Ketika masa hampir tamat, rakan pengawas sekelas dengan aku, Nurul Akidah memberitahu aku bahawa Dizul suruh aku berjumpa dengan Puan Hasimah. Selepas matapelajaran B. Arab Tinggi, aku berjumpa dengan Dizul bertanyakan tentang apa yang disuruhnya.
Dia memberitahu bahawa dia sudah menemui Puan Hasimah. Puan Hasimah memberitahu bahawa dia akan menelefon Puan Veronica dahulu. Jadi, Dizul suruh aku bertanya kepada Puan Hasimah keputusannya.

Aku segera menuju ke Pejabat Pentadbir untuk menemui Puan Hasimah. Di pejabat, aku terpaksa menunggu lama (entah berapa lama aku tercongok di pejabat itu menunggu Puan Hasimah yang aku tidak tahu sibuk mengenai apa). Akhirnya, dapat juga aku bercakap dengan Puan Hasimah... tetapi, Puan Hasimah menyuruh aku menunggu sebentar kerana beliau perlu menghubungi Puan Veronica terlebih dahulu. Kemudian, dia memberitahu keputusannya kepada aku. Aku dan Dizul perlu tunggu sahaja surat tersebut. Nama kami sudah dihantar. Tetapi, sekolah belum menerima surat lagi. Jadi, surat itu mungkin kami akan terima antara esok (Khamis) atau lusa (Jumaat).

Akhir sekali, aku bertemu dengan Dizul untuk memberitahu segalanya. Sebenarnya, keputusan itu tidak kami terima dengan puas hati. Kami masih risau lagi.
Yalah, kami perlu juga tahu pakaian apa yang akan digunakan ketika ke sana (dari Labuan), pakaian ketika kursus dan pakaian majlis penutupan - seragam pengawas itu diperlukan atau tidak...?

Hmm... terpaksalah kami tunggu lagi......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang anda hantar akan menunggu masa untuk diapprove oleh penulis...
Harap maklum...