Hmm... aku terlampau fikirkan tentang nasyid, sampai tiada masa yang cukup untuk tulis entri blog ni.
Aku dan kumpulan nasyid aku dah buat janji jumpa di sekolah pada hari Sabtu dan Ahad baru-baru ni. Tapi, 'bangas'... Apa tidaknya,,, hari Sabtu, yang datang tu cuma aku, adik aku(Firah), dan sepupu aku(Mira). Adalah juga seorang ahli yang lain. Lelaki.Mohd. Lye Khairul. Pelajar form 2 Hibiscus. Kebetulan dia ada latihan berzanzi. Jadi, tidaklah dapat latihan dengan keadaan yang akhirnya tinggal kami bertiga saja. Si Lye Khairul terpaksa tinggalkan kami sebab dia ada latihan berzanzi. Aku dah berulang kali cuba hubungi Rizaizy menggunakan public phone. Tapi, dia off handphone. Jadi, tak gunalah.
Hari Ahad, kami bertiga datang lagi ke sekolah. Si Mira call si Lye Khairul selepas meminta nombor handphone dia dari aku (kebetulan aku sempat minta hari Sabtu tu). Lye Khairul waktu di telefon sedang mandi, dan yang menjawab tu kemungkinan ibunya. Jadi, si Mira pesan yang ada latihan nasyid. Lepas tu, Mira cuba pula hubungi Kak Aiyisah. Tapi, tak dijawab. Tidak lama tu, ada mesej dari Kak Aiyisah yang dia tengan on the way ke sekolah. Aku pulak dah balik-balik call Rizaizy guna public phone. Sama juga seperti hari Sabtu. Mira pun dah cuba hubungi guna handphone dia. Sama juga keputusannya. Nasib baik yang dihubungi tu guna nombor maxis. Jadi, kalau tidak dijawab tu, taklah kena 'makan' duit kami.
Untuk hari Ahad tu, hanya lima orang saja yang datang. Sedangkan ahli kumpulan kami ada sebelas orang. Yang empat orang termasuk solo perempuannya tidak datang tanpa beritahu sebab. Yang dua orang lagi tu, si Adli anak Pengetua SMK Mutiara (sekolah aku lah) ke Semenanjung. Balik kampung kot. Si Jidah kalau nda silap aku namanya, Mira telefon dia, dia bagitau tak jadi datang sebab nak pergi kenduri. Aiseymen. Yang kami semua datang pun sebenarnya ada nak pergi kenduri kahwin. Cuma, si Lye Khairul tu tak tahulah.
Kami berlima buat pemilihan lagu pertama nasyid kami. Lagu kedua sudah confirm Selimut Putih. Lagu pertama, banyak senikata lagu aku sediakan. Tapi, tak tau mau pilih yang mana. Semua best. Disebabkan Rizaizy yang beriya-iya nak jadi solo lelaki (lagu pertama) tidak datang sedangkan aku dah bagitau dia petang hari Jumaat hari tu. Kami suruh si Lye Khairul yang jadi solo. Lagipun, dia ada pengalaman wakil nasyid dulu. Jadi, kami suruh dia pilih lagu yang dia senang lagukan. Dia kata dia tak kisah mana-mana lagu. Tapi, kami suruh dia pilih juga. Mungkin sebab dia ternampak tajuk Doa Seorang Kekasih nyanyian In-Team pada salah satu helaian senikata lagu tu, terus dia pasang lagu tu di handphone-nya. Punya main aku jealous. Aku suka lagu tu.
Akhirnya, dia pilih lagu Fatamorgana nyanyian Hijjaz. Sudah confirm tu, kakak Aiyisah terus balik. Sebab dia terpaksa balik awal untuk bersedia ke kenduri kahwin. Yang aku, Mira dan Firah dah ready dengan memakai baju kurung kami.
Setelah Kak Aiyisah balik, kami buat latihan menyanyi. Tu pun selepas aku tentukan mana yang dinyanyikan oleh solo dan dinyanyikan beramai-ramai. Tersentuh hati ku mendengar suara Lye Khairul. Bukan terpikat. Tapi, memang bagus. Menyentuh jiwa. Nak ternangis juga. lima minit lagi jam 10 pagi, ayah si Mira dah datang nak ambil kami bertiga. So, kami berpisah terus pada ketika itu.
Itu kisah hari Sabtu dan Ahad untuk nasyid
***
Hari Sabtu petang kalau aku tidak silap. Waktu tu aku dah beberapa minit sign out Profile Friendster aku. Sekali aku buka e-mail yang aku gunakan untuk Friendster, ada mesej baru menyatakan Ahmad Saifullah Mohd. Salleh hantar friend request kat aku. Macam kenal ja. Aku taklah buka e-mail tu. Aku cuma tengok tajuk e-mail saja. Serta-merta aku on Friendster. Memang aku kenal pun. Rupa-rupanya Saifullah baru buat Friendster. Mestilah aku approve request-nya. Terkejut bercampur gembira. Hehehe... Sebab kenalan yang aku dah kenal makin ramai jadi kawan aku kat Friendster.
***
Hari Ahad, balik saja dari kenduri, kami sekeluraga terus tukar pakaian. Baju kurung kami di bahagian kain kotor. Mana tidaknya, di tempat makan di bawah kem time kenduri tu tanahnya 'licak'. Kotorlah jawabnya.
Lepas tukar pakaian dan bersiap-siap, kami ke bandar. Mulanya ke pasar. Dari pasar selepas membeli mangga Philiphine, aku dan Firah berjalan kaki ke Utama Jaya yang bersebelahan dengan pasar. Ibu ayah aku dan dua lagi adik aku dah ke sana menggunakan kereta.
Sewaktu aku pergi ke tempat ibu aku di bahagian sayur dan bersebelahan air sejuk kalau aku tak silap, aku terserempak dengan peserta Kem Intergrasi hari tu yang sekumpulan dengan aku. Dia sekolah kat SM Teknik Labuan aliran Kejuruteraan Elektrik tingkatan 5. Aku tak pernah bertanyakan namanya sepanjang kem dan aku tidak tahu namanya pada ketika itu. Hahahaha... Dia lelakilah. Orangnya tak banyak 'songeh'. Senang berurusan dalam kumpulan. Tak macam si Along (nama panggilan) atau nama sebenarnya, Azman. Si Along memang banyak kerenahnya.
Mulanya, ketika aku menuju ke arah ibu aku tu, aku ternampak dia dengan emaknya sekilas pandang. Aku tengok dia balik. Macam kenal. dia tengok aku. Eh! Memang aku kenallah (kenal orang, tak tahu nama :D). Aku senyum kat dia. Dia pun senyum (kalau aku tak salah tengoklah) kemudian angkat-angkatkan keningnya beberapa kali. Ish999... Pandai jugak nak bergurau. Tergelak aku. Kelakarlah dia tu.
Ketika hendak membayar barng-barang yang dibeli, kami berbarislah di kaunter. Si dia berbaris di hadapan aku. Rupanya dia bersama ibu adn adik perempuan dia yang comel tu sahaja. Memang comellah adik dia tu. Hehehe...
Disebabkan dia di hadapan, so, dia keluar awallah dari pasar raya Utama Jaya tu. Apabila selesai pengiraan barang, dan ibu tengah uruskan pembayaran menggunakan kad kredit, aku dan yang lain bawa barang ke kereta. Ni lagi satu macam. Hahahaha... rupanya, kereta di sebelah kanan kereta kami tu ialah kereta dia. Wakakakaka... aku ternampak dia duduk di kerusi sebelah kiri pemandu tu. La... Ketika aku dan keluargaku hendak meninggalkan pasar raya Utama Jaya, dia keluar dari kereta masuk ke Utama Jaya (UJ). Mulanya aku tak tahu apa yang hendak dilakukannya. Ketika kami buat pusingan mengelilingi pasar raya UJ tu untuk keluar dari kawasan tu, aku ternampak dia melalui pintu UJ. Dia sedang membayar harga makanan di kaunter makanan dan minuman yang sememangnya berada di tepi pintu UJ di sebelah bahagian pintu yang lain (bukan pintu keluar masuk kami pada hari Ahad tu).
Hmm... apabila aku teringat kes kami terserempak tu, kelakar juga rasanya. maklumlah, tiada lelaki yang pernah buat macam tu ketika terserempak dengan aku kalau dia tak rapat dengan aku. Kalau Afifi yang buat macam tu, aku percayalah. Hahahaha... Teringat waktu Kem Intergrasi... dia memang tak banyak bercakap. Tapi, komunikai tetap ada. aku sangka dia tu berbangsa melayu atau yang sewaktu dengannya.
***
Tadi pagi, aku hantar comment Friendster kepada Lucy yang merupakan rakan sekumpulan aku ketika Kem Intergrasi. Di FS, dia gunakan nama Veron. Aku tanya siapa nama lelaki yang aku jumpa tu. Dalam kumpulan aku tu, semua aku kenal. Yang perempuannya, ada tertulis nama dan autograf dorang serta email/no.telefon kat buku aku. Yang lelaki, si Rafiq sajalah yang ada. Si Ariffin, aku senang ingat sebab dia tu memang banyak cakap dan selalu mengenakan aku. Tambahan lagi dia tu best friend si Hasbullah yang sekumpulan dengan Raihanie. Dorang selalu kacau Raihanie. Si Azman, sebab dia sepupu kawan aku, Raihanie. Jadi, hanya si dia saja yang aku tidak tahu namanya. Lelaki yang hanya 4 orang dalam kumpulan aku tu pun aku tak kenal semua... hahahaha...
Kata Lucy, nama lelaki tu Aaron. Terkejut juga aku. Macam tak percaya ni. aku tanya lagi.
Jawapan keduanya:
VeronNda pasal-pasal aku kena cakap minat kat dia. Mungkin jugalah, sampai aku beriya-iya mahu tahu namanya. Hahahaha... Rupanya Kadazandusun. Aku sangkalah melayu. Hehehe...:D
Dikirim 03/16/2009 2:54 am
~Aaron moris(nma pnuh)
~bngsa nya nda silap sy,kdazandusun kli 2..
~bnyk tnya jga ko nie..
~ko minat ia ah??
Kalau aku dapat contact number or email-nya, lagi aku mahu tu. Hehehehe... Lucy, kalau kau baca entri ni, kau jangan bising-bising sangat ah. Hehehe... Tapi, kalau kau ada contct number or email dia, kau share-lah dengan aku. Hehehehe... Ndalah... aku melawak ja. :D :D :D :-bd
Tapi, kalau yang baca ni si Aaron-nya. Jangan kau (Aaron) perasantan (perasan santan) sudah. Sebab tu aku nda mau bising-bising bertanya terus dengan kau (Aaron) time kita terjumpa tu... Bimbang kau fikir bukan-bukan. Buat malu aku saja. Hehehe...
******
Hari ni... tadi (malam) aku call Rizaizy, memberitahu khabar solo nasyid lelaki terbaru dan lagu pilihan. Dia beriya-iya nak jadi solo. Hahahaha... kesian juga. Maklumlah, aku ni mudah jua kasihan kat orang lain. Tapi, aku keraskan juga supaya solo sekarang tidak berubah. Malas banyak fikir. Sekarang pun aku banyak fikirkan untuk susunan nasyid tu. Sebab kami lelaki perempuan bercampur...
***********
Nasyid kami belum pasti betul-betul apa nama kumpulannya. Yang pasti, nama kumpulan kami ialah Pejuang Kebenaran. Tapi, hendak ditukar ke bahasa arab. Aku kelirulah kalau guna cara search internet. Sebab bimbang maksud pejuang di internet tidak sama dengan apa yang aku maksudkan. Kalau aku cari di Kamus Arab, 'pejuang' ada dua terjemahan. Kedua-dua terjemahan tu aku check, salah satunya bermaksud tentera. Aku bukannya mahu tentera.
So, aku buat keputusan untuk semak dengan ustaz nanti. Kalau Ustaz Rozrin tak online sepanjang cuti ni, aku akan tanya mana-mana ustaz kat sekolah. Oh, ya! Mungkin aku buka blog Ustaz Alias untuk bertanyakan tentang terjemahan Pejuang Kebenaran dalam bahasa arab. Tengoklah nanti. Cuti ni, siuk juga sebenarnya...
Apa-apa pun, aku dah ada idea untuk nasyid nanti. Insya-Allah hari Isnin latihan, tiada masalah. Sebab kami latihan dah last minutes. 25 Mac dah pertandingan. 23 Mac baru buka sekolah. Contact number ahli nasyid lain kami tak tahu sangat. Huhuhuhu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan yang anda hantar akan menunggu masa untuk diapprove oleh penulis...
Harap maklum...