N Athirah @ Siti Puteri Rawija: 1/01/11 - 1/02/11

Ahad, 30 Januari 2011

pabila photo mula.... ber...cerita

 
 Apa ni? Hehehehe...
Kali ni aku join contest "pabila photo mula.... ber...cerita" 

Gambar yang dikehendaki, berpasangan tau. Minimum satu gambar, maksimum dua gambar.
Kemudian letak caption dialog.

Tarikh tutup: 31 Januari 2011
Nak join, klik sini.

Aku tag:


Berikut ialah gambar aku:
Putri itu, aku lah =)
Ijal tu, Shahrizal, kami berdua sama-sama Putera-puteri Pelangi Merah Gayong.

Ijal: Putri, mari sini aku suapkan kau ayam goreng ni. Sedap...
Putri: Yea! Abang Jajal mau suap aku.
Ijal: Hehehe... ada orang ambil gambar kita la...
Putri: Haa...?

Ijal: Putri, tolong aku kipaskan asap ni. Berasap sangat. Susah aku mau nampak ayam yang kita salai ni.
Putri: Eeiihh! Semua aku yang nak kena buat. Tu la.. tadi aku nak tolong, kau degil. Jap aku ambil kipas ni dulu.
Ijal: Ala... jangan la marah. Kita kan dah janji pakai baju sama warna.
Putri: Mengada.
Baca penuh >>

Jumaat, 14 Januari 2011

PEACE CONTEST aku tersenarai dalam 'Peace Duet (Girl n Girl)'

Pada 13 Disember 2010 lepas, aku join  'PEACE CONTEST' by EZAN IDMA yang tutup pada 1 Januari 2011. Nak tengok gambar dan entri yang aku pertandingkan, klik sini.

Dan kini aku tersenarai dalam katogeri Peace Duet (Girl n Girl). Yihuu... klik sini untuk melihat bukti. Wakakakaka...
Baca penuh >>

Rabu, 12 Januari 2011

SEGMEN MADAH PUJANGGA

Aku nak join segmen Abang Ben lagi. Hehehe... Al-maklumlah, kebetulan bidang yang aku minat.

 Tajuk segmen kali ini: SEGMEN MADAH PUJANGGA

Caranya: hasilkan satu madah / kata-kata motivasi berdasarkan gambar yang diberi.

Then, buat entri:
  1. Letak header blog BEN ASHAARI (dah sudah kat atas tu)
  2. Tajuk , SEGMEN MADAH PUJANGGA dan linkkan ke entri ini .. (dah letak kat title... kalau klik pada title tu, akan terus masuk ke link segmen tu)
  3. Berikan madah / kata kata motivasi anda .. Jangan plagiat atau ciplak mana mana punya yer .. Kreatif ! Anda kan blogger ..(ada kat bawah tu... tak ada ciplak-ciplak... memalukan seorang penulis la kalau ciplak-ciplak ni)
  4. Tinggalkan url entri korang di ruang entri ini ..(lepas post entri ni, aku tinggalkan url kat entri segmen)
  5. Tutup ? kul 12 malam ni (okey, tarikh: 12 Januari 2011)

Berikut adalah gambar yang diberi bersama madah (puisi) ciptaanku:
Pilihan
Karya: N Athirah

Cahaya mentari menyinar cerah
memancar di sebalik rimbunan pohon segar
menerangi kembaraku di alam berliku
penuh cabaran mengajar erti hidup.

Langkah dipacu kian pantas
mencari sebuah daerah kebenaran
mendahului yang haq menjauhi yang batil
berpegang teguh pada tali Yang Maha Esa.

Tanpa sedar langkahku terhenti
suasana hening menyambut kedatanganku
keindahan alam ciptaan Yang Maha Kuasa
memberi ketenangan dalam jiwa sang pengembara.

Kupaling ke kanan,
sebuah jalan sempit terbentang
kurenung jalan itu,
panjang berliku, itukah pilihanku?

Kupaling ke kiri,
sebuah sungai terbentang
keindahan semulajadi tiada terperi
tanda kebesaran Allah Maha Kuasa.

Dalam kerendahan hati
beserta kekurangan diri
kuteruskan langkahku
inilah pilihanku
dalam usaha atas iman
mencari kebenaran dunia akhirat.

10.40 malam,
12 Januari 2011,
W.P Labuan.
Baca penuh >>

Huh?!

Jelama mana men-search benda ni????

Klik pada gambar untuk tengok lebih jelas...
Baca penuh >>

Isnin, 10 Januari 2011

contest blog ONLY ONE

Bersempena dah dua bulan blog ONLY ONE menjadi ahli nuffnang, penulis blog tersebut pun menganjurkan contest blog ONLY ONE.
Contest ni mudah saja. Hanya upload gambar dengan fashion sendiri, lepas tu buat entri mengenai fashion masing-masing.

Jangan lupa tag tiga orang. Aku tag:

Nak join, klik sini.
Contest tamat pada hujung bulan Januari.


Hohohoho... terus-terang la, aku sebenarnya tak pandai pasal fashion. Ada tak sesiapa nak ajar aku tentang fashion? Hehehe... Tapi, aku join juga la contest ni. Kebetulan hari Ahad 9 Januari 2011 aku baru ja lepas memakai fesyen tema "rock" untuk program AVON yang diberi tema tersebut.

Inilah fashion aku:
Rock ke? Hehehehe...

Aku rasa, tak la nampak rock. Maklumlah, aku ni jenis bertudung, aurat nak juga tutup.

Aku bagi la nama fashion ni, Fashion Jheans.
Tudung, baju yang kat dalam tu, dan sandal aku berwarna hitam (peminat warna hitam).
Seluar tu, jheans tanpa potongan (aku tak suka feat rimas pakai seluar yang ada cutting tu)
Baju yang aku lapis kat luar tu juga menggunakan kain jenis jheans.
Make-up aku, (bedak, gincu, celak) dari jenama AVON kepunyaan ibu aku.

Tambahan: Gelang tangan yang aku pakai tu adalah pemberian dari Haji Suili, salah seorang penulis di W.P Labuan dalam PERWILA. Beliau baru lepas mengerjakan haji tahun 2010, dan gelang tersebut dibeli oleh beliau waktu haji.

Nampak agak simple dari adik-adik dan ibu aku sebenarnya ni. Sebab aku jenis yang suka berpakaian simple. Biasanya keluar pakai seluar trek, t-shirt, dan tudung saja. Bedak muka pun aku tak pakai. Apa lagi gincu dan celak. Hohohoho... Yang kat gambar di atas ni sebab memenuhi tema acara AVON, dan pakai make-up tu ibu yang suruh. Kalau tidak, aku memang tak pakai tu. Hehehe...
Aku bukan tak suka berfesyen. Malah, aku suka tengok fesyen-fesyen orang yang agak menarik. Tapi, aku tak pandai la nak berfesyen. XD



P/s: Kenapa seluar aku berlipat di bawah tu? Sebab aku rendah. 144 cm ja. Walaupun baru tamat tingkatan 5 dan sekarang tengah tunggu result SPM. Huhuhuhu...
Baca penuh >>

Khamis, 6 Januari 2011

Contest gambar kenangan sekolah dulu2 (aku peserta ke 150)

Huaaaaa!!!!!!
Belum sampai sebulan aku tamat sekolah lepas hari terakhir kertas SPM aku...
Kertas last, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah pada 16 Disember 2010.
Adik-adik aku sekarang dah kembali ke sekolah... dan aku merindui zaman sekolah... Huhuhuhu...

Ini Contest gambar kenangan sekolah dulu2. Aku nak join contest ini (dah kira join dah ni).
 Sesiapa nak join boleh klik sini.

Gambar kenangan aku:
Inilah antara anak-anak Hibiscus Kancang.

Dari gambar ini boleh nampak Pembimbing Rakan Sebaya, Pengawas dan pelajar biasa. Aku selaku pengawas yang kancang tu. Tengok kat tangan, handphone geng. Hampeh... siap guna earphone pula tu dengar lagu... hohohoho... Tapi, kancang mana pun tetap rajin juga cho. Tengok atas meja tu, tengah-tengah buat kerja tu. Dua orang penyangak kat belakang tu yang datang menyibuk ajak bergambar. Hahahahaha...
Bergambar??? Ni lagi satu hal. Maksudnya, bukan aku seorang saja yang bawa telefon bimbit ke sekolah. Huh!
Haa... aku nak perkenalkan budak-budak kancang dalam gambar di atas. Yang pakai baju kuning tu merupakan Pengerusi Pembimbing Rakan Sebaya sekolah, Annira. Soi jugak PRS sorang ni, siap bagi 'peace' jadi tanduk kat kepala aku. Yang lelaki pakai tali leher biru tua tu sebenarnya pengawas sekolah (dia Ketua Skuad Keselamatan). Dia tak pakai uniform pengawas, hanya pakai tali leher pengawas yang berwarna biru tua sahaja. Namanya Suhaimi... ops, dia bukanlah teman lelaki kepada perempuan di hadapannya ya (ataupun aku..huhuhu). Yang baju biru tu, tau dah kan... aku, Athirah (Penolong Ketua Skuad Perhimpunan). Kat sebelah aku tu Syafawati, kawan rapat aku dalam kelas.

Kami bekas pelajar SMK Mutiara, W.P Labuan. Huhuhuhu... rindu Mutiara Hebat!

 
Inform untuk Kak Ida:
Gambar kat atas ni pada tahun 2010, Saya Tingkatan 5.
Hibiscus Kancang nama khas untuk kelas 5 Hibiscus Tahun 2010.


Baca penuh >>

Pertandingan Blog Paling Superb !

Aku nak join contest ini!!!
Sesiapa nak join, cepat-cepat klik sini.
Dan aku tag: Norgadis Labuan

Syarat-Syarat yang aku copy and paste dari blog penganjur (huhu):
  1. Terbuka kepada Malaysian Blogger yang tinggal di Malaysia only. Kalau korang tinggal kat luar negara, payah nak post hadiah .
  2. Kena follow blog Aisyah dan Izzah dulu . Kalau tak nak follow pun takpe tapi make sure korang salu update ngan blog kitaorang okeyy ?
  3. Mesti ada blog . Kalau takda blog, takdalah contest dan hadiah . :)
  4. Buat satu entry bertajuk Pertandingan Blog Paling Superb ! Copy entry dan banner ini .
  5. Tinggalkan URL blog, emel & nama korang di blog aisyah sahaja . Click tab Contest. Kalau korang nampak Pertandingan Blog Paling Superb !, click and then tinggalkan URL blog, emel dan nama penuh di ruangan komen .
  6. Hadiah Misteri menanti anda !
  7. Had penyertaan : 200 blogger yang awal mendaftar saja boleh ikut .
  8. Hanya 3 blogger sahaja dipilih !
  9. Kalau ada apa2 perubahan akan diberitahu nanti .
  10. Tag kengkawan anda juga ! Tag lah seramai mana yang korang nak . Tak nak tag pun tak pe . 
TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 21 FEBRUARY 2011, 11.59 malam
Baca penuh >>

Rabu, 5 Januari 2011

Peraduan Teka Gambar

Ini blog SHAHAZRIN.
Jadi, aku follow blog beliau dan men-join-kan diri dalam peraduan ini.

Gambarnya:
Kata kunci: "NEGARA"

Ok...
Aku nampak dalam gambar di atas, ada 'hulu keris'.
Di atas tu pula, aku syak 'kaki harimau'.

Jadi, jawapan aku:
"JATA NEGARA"

Sekian...
Baca penuh >>

Sabtu, 1 Januari 2011

Contest Mata Stylo Mylo Dinamik Wow!

Tarikh luput di-extend-kan ke 2 Januari 2011.
Nak join, cepat klik sini.

Gambar mata aku:

Hohoho... diedit lagi...
Baca penuh >>