N Athirah @ Siti Puteri Rawija: 2010

Khamis, 30 Disember 2010

edit fOto cOntEst


Kali ini aku join edit phOto cOntEst anjuran Qaseh Dalia Adelia...

tarikh tutup :
31 DISEMBER 2010
pemenang akan diumukan pada
8 JANUARI 2011

Nak join, klik sini.

Aku tag:

So, gambar yang aku edit ialah...

Yang ini sebelum edit:
Nampak tak yang kat tengah-tengah tu?
Hohohoho... kalau tak nampak, tengok gambar kat bawah pula:
Ok. Dah nampak kan!
Kalau tengok gambar kat atas ni, aku masih pakai tali pinggang warna hijau.
Maksudnya aku masih peringkat Pelangi Hijau la dalam PSSGM.
Yang kat belakang aku tu, Asfadillah, masih peringkat asas lagi waktu ni.

Ok tengok kat bawah ni:
Haa... gambar ni dah menunjukkan aku pakai tali pinggang merah, sesuai dengan peringkat aku sekarang dalam PSSGM, Pelangi Merah.
Dan Asfadillah sekarang dah pakai tali pinggang putih, peringkat Awan Putih.
Tapi, aku bukan nak pertaruhkan gambar ni.



Tengok kat bawah!



Ok... edit punya edit, hasilnya inilah:
Haa! Inilah lambang kumpulan kami, PENDEKAR!
Tapi, dalam gambar ni hanya ada aku dan Asfadillah sahaja.
Pendekar PutriTyRah itu, aku, senior dalam group ni.
Pendekar HISOKANI itu, Asfadillah, owner group ni
Bersama dengan haiwan masing-masing.

Hehehe... aku edit guna imikimi.com...

P/s: Ops! Maksud kumpulan PENDEKAR tu, ahli-ahlinya bukanlah dari gambar asal kat atas tu. Dalam gambar di atas tu hanya ada tiga orang ahli daripada group PENDEKAR... Seorang lagi tu, adik aku yang tingkatan 3, Zafirah, perempuan yang seorang lagi dalam gambar tu.
Baca penuh >>

Selasa, 21 Disember 2010

Contest Mimik Muka MENARIK

 Tarikh tutup contest ni ialah 25 Disember 2010.
Ini lah gambar pilihan aku.
Hahahaha... Ganasnya... Gambar ni diambil selepas selesai ujian kenaikan bengkong Gayong. Untuk aku, naik pangkat Pelangi Merah. Kat belakang aku tu, Mohd Nur Asfadillah, anak Gayong yang baru masuk tahun ni, dia ambil ujian Awan Putih.
Kenapa aku pegang pisau? Sebab tahap aku dah guna senjata. Untuk batch kami, kami belajar senjata pisau dan parang.
Baca penuh >>

Teka-Teki Bolat

Dijemput oleh penganjur sendiri untuk join contest ni. Bersempena 110 post kat blog penganjur, maka tersedialah contest ini. Hehehe...
Peserta contest diminta meneka barang-barang dalam banner contest kat atas.
Klunya ada 15 barang.

Tarikh tutup pada 22 Disember 2010.
Nak join, klik sini.

Jawapannya...
Telefon bimbit (macam Nokia)
CASIO SCIENTIFIC CALCULATOR fx-570MS
Clorets
Highlighter (pink colour)
Pembaris
Kunci
Kertas A4
Ball pen Faber Castell biru - 0.7mm kot (pen tidak bertutup)
Buku tulis
Oxford Dictionary
Pendrive
Ball pen hitam (tekan-tekan)
Ball pen biru (tekan-tekan)
Pen Faber Castell biru (tertutup - pen cair kot)
Buku Rujukan
* Peta dunia tu termasuk juga ke?

Baca penuh >>

Isnin, 20 Disember 2010

Kontest Blog Terkemas

Hahaha...aku ditag oleh IERA AFZU...
Kali ni Kontest Blog Terkemas. Jom masuk sini.

Baca penuh >>

Ahad, 19 Disember 2010

CONTEST CERPEN SESEDAP RASA



Hari yang cerah. Gadis comel bertudung itu sedang menikmati hidangan nasi ayam dan air coke di sebuah restoran yang terletak di tengah bandar. Kekusyukannya menikmati hidangan tersebut membuatkan dia tidak menghiraukan manusia-manusia di sekelilingnya. “Best makan kat sini waktu-waktu bosan begini. Makanannya pun sedap,” gadis itu bermonolog.

Ain Zulaikha. Itulah nama gadis comel tersebut. Hari cuti sekolah merupakan hari yang membosankan baginya. Oleh yang demikian, dia keluar bersiar-siar di bandar seorang diri memandangkan kedua-dua ibu bapanya sedang sibuk bekerja. “Huh! Lepas makan ni nak pergi mana ya?” Fikirnya. Dia memerhatikan pakaiannya, memastikan tiada sebarang kekotoran pada pakaian tersebut. Hari itu adalah hari Jumaat, dia mengenakan baju kurung berwarna kuning dengan tudung merah jambu untuk keluar berjalan.

Selepas membayar makanannya, Ain keluar dari restoran tersebut. Dia berjalan-jalan dan singgah di kedai-kedai yang dilintasinya bagi melihat mana-mana barang yang boleh menarik perhatiannya. Ketika dia baru lepas menyeberangi jalan, tiba-tiba kedengaran bunyi hon kereta yang kuat. Ain segera menoleh…

“Hoi, budak! Kau nak mati ke ha?! Kalau nak lintas jalan tu, tengok kiri kanan lah dulu?!!!” Jerit pemandu teksi yang membunyikan hon tadi lalu memandu pergi.

“Aik?! Apa kena dengan orang tu? Kenapa aku pula yang dimarah? Aku dah habis seberang jalan baru dia datang, tiba-tiba aku pula dimarah. Bengangnya!” Ain mengomel sendirian.

“Manusia tu ada masalah mental kot nak marah-marah. Huhuhuhu…” monolog seekor kucing yang berada tidak jauh daripada Ain. (Hahahahahaha…)

Dengan wajah bengangnya, Ain berjalan laju menuju ke arah yang dia sendiri tidak pasti. Ke mana kakinya melangkah, ke situ lah yang dia tuju. Tanpa diduga, tiba-tiba…

GEDEBUB!!!! “Aduh!” Ain terjerit kecil. Dengan wajah merah padam dia bangun kembali.

“Aduuiii… malunya. Macammana aku boleh terjatuh ni…” gumamnya sambil menyapu debu-debu yang melekat pada bajunya.

Sedang menyapu kotoran degil pada baju kesayangannya itu sambil menoleh ke serata arah, Ain terpandang seorang lelaki yang agak kacak tidak jauh di hadapannya. “Waaah! Tu kan mamat yang aku admire sangat tu. Dia ada kat sini la…” bisik hatinya. Matanya tidak lepas memandang lelaki tersebut.

Love-love pelbagai saiz mula berterbangan di sekeliling Ain yang sedang melihat gelagat lelaki yang diminatinya itu, “aisyeehhhhMAN! Cutenya dia senyum. Aaaahhh! Terpikat hatiku.”

Sedang kusyuk berkhayal sambil memerhatikan jejaka idamannya itu. Tiba-tiba yang ke sekian kalinya…
“Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita…” lagu chorus Kebahagiaan Dalam Perpisahan nyanyian Shahir AF8 berkumandang dari telefon bimbit Ain Zulaikha menandakan sms masuk.

“Adoi! Siapa pula kacau daun ni!” Ain membebel sendirian sambil mengeluarkan telefon bimbit dari poket baju kurungnya.

“Hek eleh! Ada juga manusia misteri minta kredit dengan aku. Dia ingat aku ni taukeh kredit ke apa?” Ain membebel lagi.

Kemudian dia menoleh kembali ke arah dia melihat jejaka idamannya tadi. Namun, lelaki tersebut telah hilang dari pandangannya. "Alah! Sms minta kredit ni punya pasallah kacau aku tengok mamat tadi. Kan dah hilang!" Ain membebel untuk ke sekian kalinya.

“Huh! Daripada aku bagi macam tu saja kredit kat orang, lebih baik aku anjurkan contest dan hadiahkan pemenangnya wang tunai atau topup.” Kata Ain sambil tersenyum.

Ain berpaling ke arah kamera video yang merakamkan lakonan kisah Ain Zulaikha, kemudian dia berkata, “kepada para penonton, kalau nak dapat hadiah topup atau tunai, sertailah Contest Sesedap Rasa anjuran Ain Zulaikha. Kepada para pembaca blog, anda boleh click banner kat bawah...”

"Cara penyertaannya mudah sahaja..."



“Hadiah-hadiahnya seperti yang tertera…” sambung Ain lagi.



"Cepat-cepat hantar penyertaan sebelum contest tamat! Norgadis Labuan, Iera Afzu, Anda di-tag!"

Sekian... Cerita tamat...
Baca penuh >>

Jumaat, 17 Disember 2010

Me & My Teddy Contest

 Wa...!!! Ada Teddy la... Hehehe...

Kali ni aku nak join contest Me & My Teddy pula. (Di tag oleh Norgadis Labuan)
Tarikh tutup pada 31 Disember 2010.

Aku tag:

Nak join, cepat klik sini.


Inilah aku bersama TEDDY!!!
Pasal aku dengan teddy ni:
Teddy ni aku nak sangat-sangat... huhuhu... Tapi, aku ni dah besar. Baru saja tamat SPM... Jadi, tak la kena belikan. Hahahaha... Adik bongsu aku boleh la sebab dia kecil lagi... Hehehehe...
Apa jadi dengan aku dan teddy kat atas? Tinggal impian saja geng. Hohohoho...
So, Me and My Teddy just a dream.
Di mana pula aku dapat teddy tu? Kat kedai ar. Milimewah Supermarket. Tadi sempat bergambar sekejap. Hahahaha...



Buang tebiat kot aku ni. Wakakakaka... Boleh diterima ke Kak Zunah? Hehehe...
Baca penuh >>

Khamis, 16 Disember 2010

Bila BLOGGER berlakon .. Suai kenal blogger

Aku join segmen Abang Ben lagi! Segmen beliau di sini.

1. Header blog BEN ASHAARI ..

2. Bila mula buat blog ?
1 Januari 2008
Seingat aku, blog aku lahir pada tahun 2007... Tapi, mungkin aku dah tukar blog dan blog tu dah di-delete (pelupa!)

3. Jumlah follower sekarang ini ..
Dari semalam sampai hari ni, aku dah ada 56 follower...

4. Berapa trafik harian ?
Tak banyak. Untuk trafik hari ni saja, hanya lapan (8).

5. Sehari berapa entri ?
Ikut mood la. Ada la dalam satu, dua entri. Kalau rajin, banyak. Kalau malas, sikit...dan lagi teruk, tak ada entri langsung beberapa lama.

6. Berikan satu blog yang best korang suka baca ..
Sebuah laman blog dakwah di bawah kendalian Lukhman al-Yusufi, seorang penulis muda kelahiran Sarawak yang bercita-cita tinggi dalam dakwah Islamiah dan kini sedang menyambung pengajiannya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Petaling Jaya, Selangor.
Baca penuh >>

Rabu, 15 Disember 2010

GiveAway EdY : Terbang Jauh-Jauh

Bersempena 3 buah negara telah penganjur giveaway ini lawati semasa hujung tahun ni...
Wujudlah entri penyertaan aku ni. Hahahaha...
30 ole-ole dari 3 negara untuk dimenangi. Jom sertai sekarang!
KLIK SINI Tarikh tutup pada 19 Disember 2010.

Aku dah follow blog *~The Beauty In Ugly~*
Dan sekarang aku tag: Norgadis Labuan

Encik Edy, saya berminat dengan keychain dari Singapore tu...
^_^
Baca penuh >>

Di-Tag oleh IERA AFZU

Hohohoho... ini pertama kali aku memenuhi tag blogger. Huhuhu... IERA AFZU di-tag oleh Puteri. Kemudian, IERA tag Puteri lagi... hohoho... Ops... Puteri kedua tu maksud aku adalah aku... kerana, itulah nama panggilan aku berdasarkan nama Siti Puteri Rawija (nama sejak dalam kandungan...tapi bukan nama dalam kad pengenalan).

Inilah soalan dan jawapannya...


Nama blog dan kenapa itu dipilih:


Catatan Penulis Remaja Muslimah nama blog aku. Kenapa dipilih? Kerana blog ini memaparkan catatan-catatan (tak kira la karya, diari atau apa-apa artikel pun) daripada aku yang merupakan penulis remaja di Labuan (bukanlah penulis popular seperti Hasif Hamsyari dan Farissa Hany).Perempuan beragama Islam, muslimah.


Nama URL dan mana datangnya idea itu:

Dari mana datangnya? dari nama pena aku sendiri. Nama pena aku, N Athirah. jadi, aku gabungkan terus untuk url blog, nathirah.


Method penulisan blog anda:
Secara umumnya, penulisan blog aku berasaskan catatan-catatan yang biasa (mungkin agak membosankan). Sesekali diselitkan artikel-artikel, luahan hati serta karya-karyaku sendiri.
P/s: Sewaktu aku masih aktif menulis blog sekitar awal tahun ni, Adham suka baca artikel-artikel melalut aku. Hahaha...

Perasaan anda apabila melihat blog org lain lebih menarik daripada blog anda:
Cemburu? Memang. Hohohoho... Tapi, tak adalah sangat. Sebab biasanya aku lebih akan berasa takjub. Then, ada masa, aku edit la blog aku sendiri.

Bila wujudnya blog anda:
1 Januari 2008
Seingat aku, blog aku lahir pada tahun 2007...  Tapi, mungkin aku dah tukar blog dan blog tu dah di-delete (pelupa!)

Siapa orang pertama yang menjadi pengikut anda:
Seorang penulis muda kelahiran Sarawak yang bercita-cita tinggi dalam dakwah Islamiah dan kini sedang menyambung pengajiannya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Petaling Jaya, Selangor.

5 orang yang telah ditag:
1. Lukhman Al-Yusufi
5. Azrul Amin
Baca penuh >>

Selasa, 14 Disember 2010

~1st GA Bahagia Ku Di Sini a.k.a Fieza79~


Kak Fieza buat Giveaway sempena percutiannya di Cameron Highlands tempohari. Tarikh tutupnya 14 Disember 2010. Cepat-cepat terjah sini nak sertai...

Oh, ya! Aku nak tag: Norgadis Labuan
Baca penuh >>

Isnin, 13 Disember 2010

BLOG LIST BEN ASHAARI 2011

Baca penuh >>

KAMI MERAYU

Untuk entri ini, aku menyertai segmen dari blog Abang BEN ASHAARI, segmen "KAMI MERAYU" yang bertujuan untuk meraih simpati mereka yang merokok di tempat terbuka. Mari kita sertai kempen ni ramai-ramai.



Besigup... ni perkataan dari bahasa kat Labuan... maksudnya merokok. Jadi, rokok dipanggil sigup. Tapi, sebutannya bukan macam sign up ya. Hehehe...


Pengalaman saya bersama mereka yang merokok yang mana saya amat tidak suka sama sekali sikap mereka itu:

Banyak sebenarnya pengalaman macam ni. Tambahan lagi aku sebagai pelajar sekolah, banyak perokok-perokok tegar kat sekolah tu termasuk rakan sekelas aku. Tapi, rakan sekelas aku ni bukan lah macam pelajar yang lain yang suka-suka merokok sampai mencemar udara yang dihirup oleh member-member dorang yang tak merokok @ tak suka bau rokok.

Yang ni, aku nak ceritakan pengalaman aku baru-baru ni, hari peperiksaan SPM. Waktu tu aku ada kat kantin sekolah bersama classmate aku, Syafawati dan 'kesayangannya'. Kami sedang mengulangkaji pelajaran Science sebelum menghadapi Sains kertas 2 SPM. Tengah-tengah ulangkaji sambil makan tu (sebab waktu tu waktu rehat), ex-classmate aku time form 1, 2, 3 (form 4, 5 dah jadi classmate 'kesayangan' Syafa sebab aliran kami berbeza) datang jumpa 'kesayangan' si Syafa ni. Lepas tu dia keluarkan sigup (rokok) depan kami. Aku tegur dia, suruh dia besigup (merokok) kat tempat lain. Dia tanya kenapa, aku cakap kat dia, "haring!" Maksudnya busuk. Dia tak hiraukan pula. Geramnya aku. Aku tak suka la waktu makan, ada orang besigup dekat dengan aku. Dah tu, dia minta kami ajar dia sains pula. Aku ni pula jenis yang tak berapa pandai matapelajaran ni. Jadi, dia minta tolong aku cari jawapan sedia ada kat buku ulangkaji sains dia tu. Tambah lah aku geram dengan mamat tu. Buku dia sendiri, aku pula kena tolong cari. Dah macam tu, bau rokok pula semerbak. Yang aku ni pun dengan tangan berulang-kali mengipas asap rokok tu supaya aku tak terhidu. Dia buat derk tak kisah ja. Tak ada hati dan perasaan agaknya. Tak boleh hidup tanpa rokok kot... sebab nak kondem awal. Dia nak kondem awal pun, jangan lah bawa-bawa oragn yang tak merokok... Aduiii...



Rayuan saya pada mereka:

Nak merayu apa? Orang macam dorang ni kebanyakannya tak pandai nak sedar. Tapi, aku minta juga la... Tolonglah jangan nak libatkan orang lain dengan asap rokok korang tu. Dan ingatlah, rokok itu MAKRUH di sisi Islam kerana MEMBAHAYAKAN KESIHATAN. Dan rokok itu HARAM di sisi Islam kerana ia membawa MATI.
P/s: Kalau nak jadi pasangan aku pula, tolonglah berhenti merokok. Hehehe...


Cadangan anda kepada kerajaan terhadap isu rokok ini:

Cadangan kepada kerajaan? Aku tak tau la nak bagi cadangan macammana sebab penjualan rokok ni pun merupakan ASET KERAJAAN. Tapi, aku boleh bagi cadangan ni: terhadkan penjualan rokok, then haramkan penjualan rokok terhadap orang Islam.


Tambahan daripada Abang BEN:
Segmen ini bukan bertujuan untuk anti atau membenci siapa siapa tetapi hanyalah bertujuan untuk berkongsi perasaan kami yang tidak merokok ini terpaksa menghirup udara yg beracun tu ..

Baca penuh >>

'PEACE CONTEST' by EZAN IDMA

Kali ni, aku join 'PEACE CONTEST' by EZAN IDMA pula.


Tarikh tutup: 1 Januari 2011
Kalau nak join, sila klik sini.

Sebelum tu, aku nak tag 3 orang dulu:
Norgadis Labuan
Nurcahaya Atikah
IERA AFZU

Gambar yang dipertaruhkan:
Aku (N Athirah) dan Syafawati dua-dua tengah peace kat depan cermin

Gambar ni di ambil pada sehari sebelum peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), 22 November 2010. Baju yang kami pakai tu ialah t-shirt kelas 5 Hibiscus. Waktu ni kami baru sahaja selesai kelas tambahan Bahasa Melayu, persediaan untuk menghadapi kertas BM pada keesokkan harinya. Tempat kami bergambar ni pula, di tandas guru bersebelahan pejabat sekolah yang cantik ni. Hehehe...
Al-maklumlah, kami dah nak tamat bersekolah di SMK Mutiara. Jadi, bimbang kempunan tak merasa masuk tandas yang dah diubah suai pada hujung dua tahun lepas kalau aku tak silap. =)
Baca penuh >>

Sabtu, 11 Disember 2010

Your Photo Contest

Contest terbaru: "Your Photo Contest" dari blog Kay-E.

Gambar yang diminta ialah gambar menangkap diri sendiri pada sebuah cermin.
Dan aku pertaruhkan gambar ini:

Yang duduk betul-betul depan cermin tu, adik aku, Zafirah.
Yang kat belakang tu, Husin dan aku (N Athirah).

Yang ni gambar time nak latihan silat hari Sabtu di foyer blok B sekolah untuk ujian kenaikan bengkong. Dah lama dah ni... Waktu ni kami ada latihan parang. Disebabkan hari hujan dan ribut, guru silat kami lambat sikit datang. Jadi, sempatlah ambil gambar sekejap. Hehehe...

Oh, ya! Hampir terlupa untuk memenuhi satu lagi syarat penyertaan, iaitu tag rakan. Jadi, aku tag:

Untuk menyertai contest ini, sila klik sini.
Join sekarang sebelum 31 Disember 2010.
Baca penuh >>

Selasa, 7 Disember 2010

GA Teka & Menang Ibu3A

Kali ni aku nak join give away yang ni pula.

Tarikh tutup penyertaan seperti kat banner tu, 31 Disember 2010.
Sesiapa nak join, klik saja sini.

Give away ni taklah senang sangat, tidak juga susah sangat.
Caranya, kena teka jumlah duit syiling kat bawah ni:
Barisan hadapan dari kiri: 1sen dan 5 sen
Bahagian belakang dari kiri: 10sen, 20sen, dan 50sen

Klunya: RM50 < X < RM100
Maksudnya, lebih dari RM50 dan kurang daripada RM100
 
Diberi peluang meneka hanya sebanyak dua kali.
Jawapan aku:
1. RM77.86
2. RM80.06
Baca penuh >>

Ahad, 5 Disember 2010

Contest Mata Paling Menawan

Apa pula ni Thirah? Ada-ada saja la kau ni... hahahaha...
Kali ni aku nak join contest lagi. Contest apa pula lagi?

Kalau korang pun nak join, klik sini.
Tarikh tutup, hari ni, 5 Disember 2010 sebelum jam 12 malam


Aku nak pilih gambar ini;
Kalau tak salah aku, gambar ni pertama kali aku masukkan dalam blog ni kan.
Padahal gambar ni dah tersebar dah kat banyak laman sosial yang aku join. Hehehe...

Kenapa aku rasa mata aku ni menawan?
Apa jawapannya ya? Hehehe... Satu perenggan ja kan... ini jawapannya:
Aku rasa mata aku ni menawan kerana, sepasang mata aku ni dah sempurna dikurniakan oleh Allah SWT. Tak perlu ditambah-tambah lagi. Walaupun rabun, alhamdulillah aku masih boleh melihat segala macam perkara termasuklah yang tersirat. Hehehe...

Menawan ke Cik Athirah ooi?
Aku tengok macam garang feat ganas ja tu... siap pegang pisau lagi tu. hahahaha...
Baca penuh >>

Jumaat, 29 Oktober 2010

~~~Teka Teki Dik Rizki~~~




Entri contest kali ini aku create simple ja. Hehehe...(tak pandai lepas nak gelak)

Pertama: Aku nak tag dulu someone. Iaitu Norgadis Labuan.

Kedua: Barulah aku jawab soalan contest ni.

Soalannya:
Teka benda dan jumlahnya....
Benda: Belon
Jumlahnya: 22

Mudah saja contest ni...

Tarikh tutup pada 04/11/2010 jam 4:11pm.

Nak join, click di sini.
Baca penuh >>

Contest: HADIAH PERCUMA BANTAL PANAS EDISI TERHAD



Apa pula entri si Thirah kali ni... hahaha...
Contest juga bah ni...

Kalau korang nak Bantal Panas percuma, try la join contest ni.
Syaratnya mudah saja:
1. Daftar sebagai follower blog Bantal Panas @ Tunku Moden.
2. Buat satu entry berkenaan giveaway ni (WAJIB tapi ikut kreativiti korang la)
3. Letakkan banner di entry dan di sidebar serta dilinkkan ke entry contest tu
4. Masukkan URL blog Bantal Panas @ Tunku Moden ke dalam bloglist you all
5. Dah siap semua, sila tinggalkan follower id dan URL entry you all kat kotak komen

*PEMENANG AKAN DITENTUKAN BERDASARKAN UNDIAN.
*hadiah termasuklah full complete set bantal panas edisi terhad + charger
*bantal panas ini adalah edisi terhad dan belum terdapat lagi di pasaran.
*hadiah akan dihantar terus kepada pemenang dan delivery cost adalah PERCUMA!!!
 
CEPAT-CEPAT JOIN!!!
Tarikh tutup pada 10 November 2010

Nak join, click di sini.
Baca penuh >>

1st Lucky Draw by Atie Aizam



Apa ni???

Hahahaha... takkan tak faham lagi kot. Contest la... apa lagi... =D
Ha,,, contest kali ini siap ada tag, lagi. Dan aku di-tag-ged oleh ibu aku sendiri, Norgadis Labuan. Hehehe... Thanks ibu...

Yang ini apa pula?

Ha,,, yang ini hadiahnya (agaknya la...kehkehkeh).
Laptop Accessories
Ada 10 barang dalam box ni termasuk mouse (bukan tikus...tapi tetikus =p),
cable lock dan sebagainya... :)

Apa tunggu lagi? Jom la join cepat sementara kesempatan masih ada... =)

Syarat-syaratnya senang saja...

1. Anda mesti seorang blogger
2. Anda mesti merupakan follower atieaizam.blogspot.com
3. Anda mesti mempunyai alamat di Malaysia
4. Buat entry bertajuk: 1st Lucky Draw by Atie Aizam
5. Mesti letak banner 1st Lucky Draw tu kat entry anda dan linkkan ke blog Atie Aizam
6. Kat sidebar pun, jangan lupa letak banner ni dan perlu linkkan juga.
7. Tinggalkan link entry anda di komen box entry di sini
8. Tag seorang kawan anda atau lebih terpulang, pada anda

Tarikh Tutup: 30 November 2010

Mudah saja kan...

Oh, ya! Ada pesan dari penganjur contest ni:

"Bila2 masa saje atie akan mencabut nama
di dalam senarai yang ada untuk memenangi hadiah sampingan..

jika dalam tempoh 3 jam dari cabutan dibuat
si pemenang tidak mengesahkan dirinya
di post Lucky Draw Hadiah Sampingan,

hadiah tersebut dengan sendirinya terbatal..
takde rayu merayu yer hikhik..
hadiah akan diberikan 2 hari selepas 30hb Nov 2010 juga.."

Tunggu apa lagi... Join lah segera... Hanya masuk link di sini.

Adeh... hampir terlupa... Aku nak tag siapa ya... =D

Mereka yang aku tag :
Mie Syima, Akil, Sophee.Lz.

Ok. Done...
Baca penuh >>

Khamis, 21 Oktober 2010

Dugaan...

YA ALLAH! HAMBA-MU INI TIDAK MENGERTI AKAN APA YANG TELAH TERJADI...

KEPALAKU TERASA SAKIT... BERDENYUT-DENYUT... PENING... DUGAAN APAKAH YANG KAU BERIKAN INI YA ALLAH!!!

bERIKANLAH AKU KECEKALAN UNTUK MENGHADAPI SEGALA DUGAAN-MU...
Baca penuh >>

Rabu, 13 Oktober 2010

Insya-Allah by Maher Zain

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah 2x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah 2x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah 2x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah 2x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x

Insya Allah 2x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah 2x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah 2x
Insya Allah you`ll find your way
Baca penuh >>

KERAMAT SANGATKAH TARIKH 10/10/10 NI???????!!!!!!!!!!

Kepada pembaca yang rajin membaca entri blog aku yang sudah sekian lama tidak beredit ini, aku ucapkan terima kasih.

Persoalan aku disini, KERAMAT SANGATKAH TARIKH 10/10/10 NI?!

Pada 8 Oktober, petang (Jumaat), aku mengikuti kursus Adobe Photoshop CS3 bersama pelajar dari UMSKAL...Yang hadri, budak-budak Mutiara juga termasuk aku dan kembar aku (adik aku yang tingkatan 1, Nuratikah Nazurah) Macam taklah susah sangat guna Adobe Photoshop tu...
Malamnya, 8 hingga 10 Oktober (Jumaat hingga Ahad) aku hadiri kursus penulisan novel bersama Resmanshah.Yang ini khusus untuk ahli PERWILA dan beberapa orang luar. Aku hadir bersama ibu aku, Norgadis Labuan. Empat orang pelajar 4 Hibiscus SMK Mutiara yang merupakan antara peserta bengkel penulisan novel ketika PERWILA datang ke sekolah-sekolah hari tu pun turut datang.
Pada tarikh yang sama, 8 hingga 10 Oktober juga merupakan hari pernikahan, malam berinai, berusah (gotong-royong untuk kenduri kahwin) dan hari persandingan sepupu aku.

Persoalan utamanya, tarikh 10 Oktober 2010 tu. Tarikh tu berlaku kemalangan ngeri seperti kejadian kemalangan bas dan entah lah apa. Aku tak pasti. Pada tarikh yang sama, sekitar jam 5.30 pagi, aku kehilangan seorang sahabat yang baik untuk aku. Dia pergi menghadap Ilahi... sedang pada malam sebelumnya, dia sempat mengatakan rindu padaku. Aku bingung. Pertanyaan terakhirku sehingga kini tiada berbalas. Malam tu aku bertanya kenapa dia rindu aku. Namun, dia tidak membalas apa-apa. Hilang begitu sahaja. Keesokan harinya, aku mendapat tahu dengan sendiri bahawa dia sudah tiada. Ya ALLAH...!

Beberapa hari sebelum dia pergi, dia sempat berpesan dan memberitahu aku bahawa hayatnya tidak panjang. Paling tidak, bertahan hanya sebulan. Dia menghidap penyakit. Dan dia rahsiakan penyakitnya daripada pengetahuan orang lain. Namun tidak pada aku. Pada waktu itu dia seperti sudah kehilangan semangat untuk hidup disebabkan dugaan yang dia terima. Ya Allah, kau tamatkanlah penderitaan jiwanya! Tempatkanlah dia bersama golongan orang-orang yang baik. Aku bagaikan tidak percaya, begitu cepat dia pergi. Dia pernah mencintai aku... Namun line-nya waktu tu dipotong oleh orang lain. Apabila tidak line menghalang dihadapan aku, dia tidak membuat sebarang tindakan walau sudah disarankan oleh abang angkatku. Sekarang, dia pergi dengan meninggalkan pelbagai tanda-tanya di mindaku. Aku tidak sangka segalanya sudah terlambat...

Pabila sahabat yang selalu ada untuk kita sudah pergi menghadap Ilahi, barulah kita sedar bahawa dia penting untuk kita... Baru ku sadari hakikat itu...

Al-Fatihah buat Eijoy @ Izazul @ _teruna_sepi_... Semoga rohnya disisi rahmat Allah Yang Maha Esa. Eijoy... seandainya kau tahu, Putri amat merinduimu. Kau sahabat yang baik yang pernah Putri temui. Belum sempat kita bertemu, kau kini telah pergi meninggalkan kami semua...



(Dengarkan lagu ini di youtube menerusi link ini)

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah, tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati
Baca penuh >>

Rabu, 15 September 2010

KE MANAKAH HILANGMU - Puisi Kantoi The Contest

KE MANAKAH HILANGMU

Malam ini, seperti malam kelmarin
hujan turun dengan lebatnya
menggambarkan kesedihan hati
disertakan deraian air mata.

Sampai bilakah tangisan ini berlangsung…?
Kerana penawar kedukaan belum kutemui.

Akankah turun hujan di malam yang lain
meragut kegembiraan di wajahku
kerana,
di saat ini hatiku masih berduka.

Malam ini, seperti malam-malam kelmarin
hujan turun dengan lebatnya
melambangkan deraian air mata hati.

Sampai kapankah…?
Aku terus-terusan bersedih.
Sampai kapankah...?
Aku perlu bertahan.
Sampai kapankah...?
Kesakitan ini perlu kualami.
Sampai kapankah...?
Segala tanda tanya ini bersarang.

Sungguhku tiada mampu bertahan
dalam kegelapan malam
mengenang kisah-kisah silam
meruntun seluruh jiwa raga.

Tiap detik dan langkahku
dirimu mengisi ruang mataku
dalam ketenangan tidurku
seringkali kau hadir menghiasi mimpiku
tatkala jiwaku merindu
kaulah yang bertakhta di ingatanku.

Dalam kerendahan hati
beserta kekurangan diri
tanpa ada kelebihan pada pandanganmu
namun hati ini tetap merindu
menanti kasih darimu
menunggu kehadiran cintamu
dalam keheningan jiwa merindu.

Ke manakah hilangmu,
wahai bukuku.

...................................................................................................................

Panjang juga puisi aku kat atas tu ya... Hahahaha... Puisi ini adalah penyertaan aku untuk Puisi Kantoi The Contest.  

Contest ni tamat pada 7 Syawal. Keputusannya pula diumumkan pada 5 Oktober 2010. So, apa lagi... siapa yang minat tu cepat-cepat la join.. Aku sendiri join last minutes. Hahahaha.

Kalau join tu, jangan lupa letak banner Puisi Kantoi The Contest tau. Penting tu! Hadiah yang disediakan tidak kurang lumayan juga. Kalau korang nak join, klik SINI.







Baca penuh >>

Selasa, 31 Ogos 2010

Kalimah Cinta: CiNtA BuLaN

Karya: N Athirah
Rawija Nur Mardhiah, itulah nama gadis remaja comel yang sedang berjalan menuju ke rumahnya. Dia berpakaian seragam sekolah warna biru menandakan dia seorang pengawas sekolah dan sedang berjalan pulang selepas waktu persekolahan. Cuaca panas hari itu menyebabkan gadis tersebut kurang bertenaga. Namun digagahinya juga untuk berjalan agar dia cepat dapat berehat setelah pulang ke rumah. Peluh di dahi disapu menggunakan belakang tangannya. Sesampai di rumah, dia segera menukar pakaian seragamnya kemudian berbaring di atas katil di biliknya. Solat Zohor sudah ditunaikannya ketika di sekolah tadi.

“Panasnya hari ini,” keluh Rawija. “Ya, sesuailah dengan bulan Ramadhan ni sebab maksud perkataan Ramadhan ialah panas.” Katanya kepada dirinya sendiri.

Sedang dia berehat sambil melayan perasaannya sendiri, tiba-tiba lagu Kalimah Cinta nyanyian kumpulan nasyid In-Team kedengaran dari telefon bimbitnya menandakan ada panggilan masuk. Tanpa bangun dari pembaringan, dia mencapai telefon bimbit di sebelahnya itu. Tertera nama abang angkatnya, Muhammad Saifullah. Segera dia menjawab panggilan tersebut, “hello!”

“Adik, tolong abang. Abang dah tak tau nak buat apa sekarang,” kedengaran suara abangnya di hujung talian.

“Apa yang berlaku ni? Abang bertenang dulu, beritahu adik apa yang terjadi,” kata Rawija.

“Abang dah putus dengan teman wanita abang. Keluarga dia dah tunangkan dia dengan lelaki lain. Abang dah tak dapat miliki dia,” kedengaran suara tangisan. Rawija turut sedih mendengar luahan abangnya itu. Sebelum ini, jika berlaku apa-apa masalah antara Saiful dengan teman wanitanya, Rawija lah tempat dia mengadu.

“Sabarlah, abang. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini. Abang sabar ya,” nasihat Rawija.

“Abang sedih sangat. Rasa macam nak mati saja,” keluh Saiful.

“Abang, jangan begini. Berdosa kalau kita tidak redha dengan takdir Tuhan,” tegur Rawija.

“Adik jadi pengganti kekasih abang, boleh?” Pinta Saiful tiba-tiba.

“Apa abang cakap ni? Jangan buat keputusan terburu-buru. Abang tenangkan diri abang dulu, barulah buat keputusan.”

“Abang dah kehilangan semangat abang. Adik tolonglah rawat luka hati abang ni.”

“Adik tak nak abang menyesal dengan keputusan abang ni. Abang fikirlah dulu elok-elok.”

“Adik, tolonglah abang. Abang yakin dengan keputusan abang. Muktamad. Abang tahu selama ini adik lebih memahami diri abang. Kita sama-sama telah dikecewakan.”

Rawija terdiam. Dia keliru untuk membuat keputusan. Tidak dinafikan sebelum ini dia mempunyai perasaan terhadap abang angkatnya sendiri terutamanya setelah dia ditipu oleh teman lelakinya. Tetapi, dia tidak mahu merosakkan hubungan Saiful dengan kekasihnya ketika itu. Perasaan tersebut hanya dipendamnya sehingga kini.

“Adik tak sudikah?” Suara abangnya menyebabkan Rawija tersedar dari lamunannya.

“Hm… abang tak menyesal nanti?” Tanya Rawija.

“Tidak, ini keputusan abang.” Suara Saiful kedengaran yakin.

“Baiklah,” kata Rawija.

“Adik terima abang?” Tanya Saiful.

“Ya,” jawab Rawija. Dia pasti dengan jawapannya.

“Terima kasih, adik. Syukur, ya Allah!” Kata Saiful. Rawija tersenyum mendengarnya.

Sejak hari itu, Saiful mula memanggil Rawija dengan panggilan ‘sayang’, manakala Rawija kekal memanggil Saiful dengan panggilan ‘abang’. Mereka kerap berhubung melalui laman sosial telefon bimbit, Moko.mobi. Hubungan mereka bagaikan sepasang kekasih yang tidak boleh dipisahkan walau seketika. Perasaan cinta mereka semakin hari semakin mekar bagaikan pohon yang merimbun. Masing-masing mencintai kekasih mereka sepenuh hati.

“Rawija semenjak dah ada boyfriend ni, dah tak boleh berpisah dengan handphone. Wajahnya pula nampak gembira sentiasa,” tegur sahabat Rawija, Azam suatu pagi di dalam kelas. Benar seperti yang diperkatakan oleh Azam itu. Perwatakan Rawija jelas berubah semenjak mempunyai teman lelaki. Dia kelihatan ceria bersama rakan-rakan sekelasnya dan jarang duduk bersendirian.

"Maklumlah, Ija dah dapat kekasih hati yang romantik. Aku baca chat dia dengan teman lelakinya kat Moko tu, aku pun cemburu. Romantik sangat,” kata Umairah, rakan yang duduk di sebelah Rawija di dalam kelas. Rawija pula hanya tersenyum mendengar telahan rakan-rakan sekelasnya itu.

Rona wajah Azam kelihatan berubah setelah mendengar kata-kata Umairah itu. Dalam diam, perasaan cemburu menjalar di hatinya. Namun dia segera beristighfar, “sesungguhnya, rasa cinta itu tidak boleh dipaksa dan tidak boleh diabaikan,” desis hatinya.

“Kau bahagia dengan dia?” Tanya Azam kepada Rawija.

“Tentulah. Dia sentiasa prihatin dan ambil berat terhadap aku,” jawab Rawija.

Azam tersenyum. Dia bukan lelaki yang suka merosakkan hubungan dan kebahagiaan orang lain demi keinginan hatinya. “Apa-apapun, jangan lupa SPM semakin hampir,” nasihatnya. Rawija tersenyum mengangguk.

Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Tanpa diduga, telefon bimbit Saiful rosak. Akibatnya, mereka sukar untuk kerap berhubung seperti biasa. Dengan menggunakan telefon abangnya, Saiful menghubungi kekasih hatinya, Rawija. “Sayang, handphone abang rosak. Macam mana ni?”

“Abang guna handphone siapa sekarang?” Tanya Rawija.

Handphone abang abang. Eh, abang punya abang! Hehehe… banyak perkataan abang,” jawab Saiful. “Tapi, susah nak guna selalu. Maaflah sayang, abang dah tak dapat temankan sayang selalu,” sambungnya lagi.

“Hm… tak apalah. Kita tak boleh paksa keadaan. Apa-apapun, cinta sayang terhadap abang tak akan berubah,” jawab Rawija.

“Sayang, tunggulah abang dah dapat beli handphone baru nanti, barulah kita dapat berhubung macam selalu. Maaf ya. Harap sayang dapat bersabar,” kata Saiful.

Insya-Allah, sayang tetap tunggu abang.”

“Tunggu abang pun, pelajaran jangan abaikan. Tahun ni sayang SPM.”

“Hehehe… ya, insya-Allah.”

“Sayang ada tengok bulan malam tadi?” Tanya Saiful tiba-tiba.

“Tidak. Kenapa?” Tanya Rawija pula.

“Abang nampak sayang kat bulan tu. Cantik sangat-sangat. Abang selalu rindukan sayang,” Saiful meluahkan perasaannya sepenuh hati.

“Eh! Sayang bukannya cantik sangat pun. Janganlah puji lebih-lebih pula,” jawab Rawija dalam keadaan malu.

“Abang ikhlas puji sayang. Bagi abang, sayang cantik sangat seperti bulan. Sayang tengoklah bulan malam ni. Malam ni 15 Ramadhan, bulan penuh,” beritahu Saiful.

“Ok. Kalau macam tu, kita tandakan percintaan kita dengan bulan, abang nak?” Cadang Rawija.

“Bagus juga cadangan sayang tu. Abang setuju. Cinta Bulan untuk kita berdua. Kalau sayang rindu abang, sayang tengoklah bulan. Begitu juga abang. Kasih abang tidak akan berubah. Cinta abang umpama cahaya bulan yang menerangi kegelapan.”

“Baiklah kekasih hatiku.” Rawija tersenyum sendirian mendengar kata-kata Saiful itu.


Namun begitu, walaupun perjanjian antara mereka sudah termeterai, wajah mereka tetap kelihatan sedih, lebih-lebih lagi Saiful. Kawan rapat Saiful sendiri mengkhabarkan kepada Rawija akan keadaan Saiful yang sering kelihatan tidak keruan dan selalu bersedih akibat rindunya yang terpendam terhadap kekasih hatinya. “Kalau senja tu dia masih gembira lepak dengan kami, naik saja bulan di langit, dia terus jadi pendiam. Lepas tu terus pulang rumah,” itulah yang diberitahu oleh sahabat Saiful kepada Rawija melalui chat Moko.mobi.

“Ya, Allah! Risaunya aku akan dirinya,” bisik hati Rawija. Ketika ada peluang berhubung dengan Saiful, Rawija sering meminta agar Saiful tidak selalu bersedih. Tetapi perasaan itu sukar untuk dihalang. Saiful selalu merindui Rawija. Dia merasakan bahawa dia tidak boleh terpisah dengan Rawija walau seketika. Kasih sayangnya terhadap Rawija tersangatlah mendalam.

“Ija, kenapa kau dah tak ceria sekarang ni?” Pertanyaan Umairah itu menarik perhatian Azam.

“Susah dah aku nak berhubung dengan Saiful. Handphone dia rosak,” jawab Rawija.

“Oh! Kau rindu dia lah sekarang ni?” Sampuk Azam. Rawija hanya mengangguk.

“Kau sabar sajalah. Bercinta banyak rintangannya,” kata Umairah.

Mengingatkan keadaan Saiful waktu itu, Rawija bertekad belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-citanya menyambung pelajarannya ke Selangor, tempat tinggal kekasihnya. Dia tidak mampu bertahan dengan perpisahan yang terlalu lama itu. “Abang, apa-apapun berlaku, kita kembali kepada Maha Pencipta. Cinta sejati ada pada-NYA. Kerinduan bermakna ada pada Rasul-NYA. Di sanalah kita temukan keindahan bercinta,” kata Rawija kepada Saiful suatu hari. Kata-kata itulah yang menjadi pembakar semangat kepada Rawija untuk mencapai kejayaannya.

Cinta itu memiliki keindahannya. Ianya mendakap erat di dalam jiwa. Sebagaimana Adam dan Hawa yang bercinta ketika di Syurga, namun angkara tipu daya Iblis mereka terpisah ketika diturunkan ke dunia. Kerana kuatnya perasaan cinta mereka, kuatnya simpulan kasih sayang mereka, akhirnya mereka bertemu jua di dunia. Begitulah juga kisah percintaan Rawija dan Saiful yang ditandakan dengan ‘Cinta Bulan’. Usaha Rawija tidak sia-sia apabila dia ditawarkan melanjutkan pelajarannya ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Petaling Jaya, Selangor. Segalanya menjadikan hubungan Rawija dengan Saiful bertambah teguh.

“Syukur, ya Allah! Sayang, semua ini abang rasa bagaikan mimpi. Abang tak dapat bayangkan macam mana keadaan abang seandainya kehilangan cinta ini. Syukur alhamdulillah,” tidak henti-henti Saiful bersyukur setelah selesai majlis pertunangan dia dengan Rawija. Kedua-dua buah keluarga pasangan tersebut telah bersetuju untuk menyimpul ikatan pertunangan di antara Saiful dan Rawija ketika Rawija telah berada di tahun kedua pengajiannya.

“Inilah tanda kesucian kasih Allah dan betapa agungnya kebesaran-NYA. Sebagai hamba-NYA, wajiblah kita teguhkan lagi rasa cinta taqwa kita terhadap-NYA. Kerana hanya DIA yang kita sembah dan hanyalah DIA tempat kita memohon pertolongan,” balas Rawija sambil tersenyum.

Cinta itu ada di dalam hati, carilah ia di situ. Jika kamu telah peroleh cinta itu, jagalah cinta itu dengan baik. Tidak ada manusia yang sempurna sepenuhnya. Sebagai insan, sesiapa juga punya kekurangan. Oleh itu, jangan melihat seseorang itu dengan kecantikan atau ketampanan wajahnya, ketinggian darjatnya, harta kekayaannya, tetapi lihatlah dirinya dari hati budinya, agamanya, serta ketaqwaannya.

Sesungguhnya, apabila kamu menemui cinta kamu itu, janganlah kamu cari lagi yang lebih baik daripada itu. Terimalah ia tanpa sekalipun menoleh kembali di belakang kamu. Kamu tidak mungkin akan peroleh cinta yang lebih baik dari yang kamu temui kerana cinta yang sempurna itu hanyalah cinta kepada Tuhan Yang Maha Esa.



..............................................................................................................


KALIMAH CINTA by In-Team'04

Pepohon cintaku kian merimbun
Semakin dicantas makin bertunas
Tidak mampu mendustai hatiku
Rasa cinta fitrah manusia

Siapalah aku menolak cinta
Yang hadir di jiwa tanpa dipaksa
Hidup ini tidak akan sempurna
Tanpa cinta dari Tuhan Yang Esa

Adam Hawa bercinta di Syurga
Angkara iblis terpisah menderita
Kerana cinta mereka setia
Bertemu di dunia

Dengan cinta kenal Pencipta
Dengan cinta kenal RasulNya
Kerana cinta kenal saudara
Bahagia keluarga
Oh indahnya cinta
(Huu... indahnya cinta...)

Adam Hawa bercinta di Syurga (cinta yang suci)
Angkara iblis terpisah menderita (hoo...)
Kerana cinta mereka setia
Bertemu di dunia (setia... cintanya... kerna Yang Maha Esa)

Dengan cinta kenal Pencipta
Dengan cinta kenal RasulNya
Kerana cinta kenal saudara
Bahagia keluarga

Dengan cinta (dengan cinta) kenal Pencipta (hidup bahagia)
Dengan cinta kenal RasulNya (hooo...)
Kerana cinta (kerana cinta) kenal saudara
Bahagia keluarga

Hidup tanpa cinta
Sengsaralah jiwa
Sengketa dan dusta
yang merajai jiwa

Di batasan cinta syariat terjaga
Tanpa keraguan tanpa kesangsian

Betapa sucinya kasihMu Tuhan
Betapa agungnya kebesaranMu
Diri ini mengharapkan cintaMu
Kekalkanlah rasa kehambaanku
Kekalkanlah rasa kehambaanku


............................................................................................................

Cerpen ini dihasilkan adalah untuk menyertai:
Baca penuh >>