Assalamualaikum, guys! Post pertama aku untuk tahun 2021 ini.
Hari ni perasaan aku membuak-buak nak update blog. Tapi sesungguhnya aku tiada topik nak sembang. Sediyhhh aaarrrr. Haha...
Tangan aku tengah sakit sekarang ni. Tapi gagahkan diri juga la nak menaip sebab aku rasa tak lengkap hari ni kalau aku tak bercerita dalam blog ni. Entah, aku tak tahu kenapa aku nak juga update blog sekarang.
Siang tadi aku memang ada target nak buat apa-apalah di blog ni. Tapi biasalah, sekarang aku mudah terkandas dari plan asal. Dalam kepala aku ni macam-macam aku rasa nak buat. Sampai tak terfokus apa yang boleh dilaksanakan.
Dan malangnya malam tadi ketika aku tengah memasak, minyak panas tersimbah ke tangan kanan aku. Tepat pada bahagian celah antara ibu jari dan jari telunjuk. Sakit weyh. Nak makan pun susah. Zauji suruh makan guna tangan kiri, aku pula rasa tak seronok nak suap guna tangan kiri. Zauji suruh makan guna sudu, aku tak nak juga sebab si Safiyyah tu pantang nampak orang guna sudu, dia rebut. Bagi kat dia sudu plastik untuk budak, dia tetap nak rebut sudu besi orang dewasa. Maka, dengan susah payah aku makanlah semampunya.
Malam ni anak-anak mudah sahaja tidur. Biasanya kalau aku rasa nak sangat buat apa-apa kat blog, aku akan duduk di meja kerja aku, buka laptop. Tapi walaupun perasaan aku membuak-buak nak update blog, aku juga rasa malas nak pergi ke laptop. Jadinya, aku menaiplah menggunakan telefon pintar di laman blog ini.
Mungkin aku berada dalam fasa mix hypomanic & depress, beginilah jadinya. Hidup dalam keadaan Bipolar Disorder yang berkaitan dengan kecelaruan mood ini memang agak membingungkan.
Dah. Aku tak tahu nak sembang apa lagi. Kadang-kadang aku teringin nak bercerita mengenai Bipolar Disorder atau bahasa melayunya Kecelaruan Bipolar (dwi-kutub). Tapi pengetahuan aku tidaklah banyak. Aku tidak begitu arif hendak menerangkan. Nanti aku cuba cari mana-mana sumber untuk aku buat perkongsian. InsyaAllah jika diberi kesempatan untuk aku berkongsi.
Semoga lenaku berteman mimpi malam yang indah. Sampai berjumpa lagi di entri akan datang. Terima kasih sudi membaca 😊
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan yang anda hantar akan menunggu masa untuk diapprove oleh penulis...
Harap maklum...