Monday, October 1, 2012

Final Exam ~ MANDARIN I

Esok, 2 Oktober 2012 (Selasa) Pukul 2.30 petang adalah time my first paper for final exam. Yang buat aku tension, esok paper Mandarin I, killer subject dowh! Assignment terakhir yang lecturer ni bagi pun tak siap lagi.


Penat aku buat benda ni -.-"
Ada 16 mukasurat lagi belum penuh. Ada mukasurat yang baru buat beberapa baris, ada mukasurat yang dah hampir penuh tinggal beberapa baris ja lagi...
Buku ni jenis kotak-kotak 13 x 13. Tapi satu baris aku guna 12 kotak ja. Sebab lecturer minta 1 karakter tulis 24 kali. Kalau satu perkataan 1 karakter ja, boleh la buat 2 baris sahaja. Tapi kalau satu perkataan ada 4 karakter, kena buat 8 baris!

Ambik kau 43 mukasurat semuanya!
Bermakna, aku dah completed 27 mukasurat.

Benda alah ni paling lambat Jumaat ni kena hantar. Aku rasa nak koyakkan je helaian yang mukasuratnya tak lengkap lagi salinan karakter tu. Malas dah nak tulis... huhuhu...

Esok pagi nak kena buat revision sebelum jawab paper petang tu... Gara-gara assignement terakhir yang diberikan pada kelas terakhir ni lah menyebabkan satu subjek pun aku tak study lagi. Macam lah aku nak ambil exam subject ni ja sampai dah nak jawab final exam pun kena bagi assignment. Dah la kena beli buku baru. Padahal buku assignment yang aku hantar hari tu untuk assignment 1 hingga 5 tu masih tebal lagi kekosongan yang ada.


Abang Aiman pun tengah tension sekarang. Esok pagi pukul 9.00 dia kena hadapi exam Ulum Al-Hadith. Killer subject juga. Dia dah lama cuba study, tetap susah nak masuk. Aku pun tak tau nak buat macammana sebab benda tu dalam bahasa arab. Aku just boleh bagi semangat je lah kat dia. Semoga kami sama-sama tenang hadapi exam esok. Aamiin...

2 comments:

  1. Nampaknya aktif balik berblog. Moga yang diusahakan dipermudahkan dan berjaya semuanya. Aamiin...

    ReplyDelete
  2. Memang da start aktifkan balik blog ni... Pening kepala tengok subjek ni... Time study sampai rasa macam nak termuntah... Aduiii...

    ReplyDelete

Ulasan yang anda hantar akan menunggu masa untuk diapprove oleh penulis...
Harap maklum...