Kembara Puteri Rawija ~ dari Tinta Digital Al-Labuani: 4/1/12 - 5/1/12

Tuesday, April 17, 2012

Blog dalam pengubahsuaian ~ Harap Maklum

Hahaha... aku dalam usaha ubah suai blog aku sikit-sikit.

Nama baru blog => Tinta Digital ~ N Athirah Al-Labuani
Description => Bakat yang cenderung dalam bidang penulisan puisi dan cerpen. Berminat dalam bidang penyiasatan. Berada dalam aliran pendidikan Islam sejak kecil. Kini sebagai penuntut di sebuah Institut Pengajian Tinggi dalam bidang Sains Komputer. N Athirah bercita-cita untuk berjaya dan menggembirakan keluarganya di samping mengejar impian untuk bahagia bersama orang yang dicinta.

Header belum buat lagi. Baru nak usahakan. Lepas tu nak tukar layout pula. Serius aku dah bosan tengok layout lama ni sebenarnya. Sebab terasa suram... Hitam kelabu, warna kurang menyerlah.

*Wah! Cita rasa baru ke N Athirah Al-Labuani? =p
Bak kata Khairul Millinium => Comey
=,=' Mesti lerr... Kan BbyTyrah... Ngee...

Sunday, April 15, 2012

Follower dah genap 100

Assalamu'alaikum reader!

Wah! Tak sangka hari ini 14 April 2012, follower aku dah genap 100. Dah lama aku angan-angan dapat follower cecah 100 ni. Hehehehe...

Jom tengok siapa 100th followers bertuah tu:
Haaa... Nampak tak picture kecil pakai purdah tu..? Tu lah Profil follower ke-100 aku.

Kronologi mencapai followers ke-100:
98th followers: Qais Baain - rakan sekolej aku.
99th followers: Nasir Hamzah - kisah-kisah seram dalam blognya menarik minat aku.
100th followers: Gadis Malaya
Terima kasih Gadis Malaya kerana menjadi follower saya ke-100. Walaupun saudari masih baru, berjinak-jinaklah dalam dunia blog ni. Kalau dah biasa dan faham dengan blog, confirm terasa keseronokannya.

Saturday, April 14, 2012

Amerika Syarikat menahan pembawa nama Islam

AS tahan Shah Rukh Khan, India marah
Shah Rukh Khan ditahan di Lapangan Terbang

NEW YORK - India melahirkan rasa marah dengan tindakan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menahan aktor popular Bollywood, Shah Rukh Khan kira-kira 90 minit di lapangan terbang White Plains dekat sini, hari ini.

Menteri Hal Ehwal Luar India, SM Krishna berkata, dasar menahan dan kemudian meminta maaf di pihak berkuasa AS tidak harus berterusan.


Aktor itu tiba di lapangan terbang White Plains dengan menaiki pesawat peribadi untuk menghadiri satu majlis di Universiti Yale.

Pihak berkuasa kastam dan perlindungan sempadan memohon maaf atas insiden itu.

Jurucakap Kedutaan AS di Delhi, Peter Vrooman juga memohon maaf  "jika Shah Rukh Khan berhadapan dengan situasi yang tidak selesa atau sebarang kelewatan."

Tidak jelas sebab aktor itu ditahan di lapangan itu.

Pada 2009, Shah Rukh Khan ditahan selama dua jam di lapangan terbang Newark dan kemudian dibebaskan selepas campur tangan India di AS.

Ketika itu, Shah Rukh Khan berkata dia ditahan sebab membawa nama Islam.

Pegawai-pegawai AS menafikan Shah Rukh Khan ditahan, tetapi menekankan bahawa dia hanya disoal siasat.

"Permohonan maaf Amerika menjadi sesuatu yang mekanikal," kata Krishna hari ini.

Krishna juga telah meminta Duta India di AS, Nirupama Rao mengemukakan protes kepada kerajaan negara itu.


Sumber: Sinar Harian

Friday, April 6, 2012

MINI GIVEAWAY BY MANJA (I’m Limited Edition)

GIVEAWAY PULA
Jom Tengok


Giveaway ni tamat pada 11.59 malam 18 April 2012
Nak join, KLIK SINI.

Boleh pilih hadiah tau... Nak tengok hadiah, kat SINI.

"WHY I THINK I'M LIMITED EDITION

Jawapan: Inilah sebabnya;
  1. Saya asal Labuan. Berbangsa Melayu. Sejak kecil dibiasakan cakap melayu, tetapi hidup dalam kelompok bangsa Kedayan. Kemudian minat pun cenderung pada penulisan puisi dan cerpen melayu.
  2. Sejak tadika sehingga sekolah menengah belajar dalam jurusan Pengajian Islam tanpa ada subjek Kesusasteraan Melayu atau Sains Tulen. Di peringkat kolej sekarang, tidak pula saya berada dalam jurusan sastera mahupun pengajian Islam. Tetapi saya sekarang dalam jurusan Diploma in Computer Science, belajar programming. Tidak berkaitan pula dengan minat dan pengajian sejak sekolah.
  3. Sejak lahir terus membesar di Labuan. Tak pernah tinggal di semenanjung. Sekarang masuk kolej kat semenanjung, saya cakap semenanjung dengan kawan-kawan semenanjung. Bila saya kata saya berasal dari Labuan, pasti ada yang terperanjat. Bila saya jumpa Sabahan, cakap Sabah pula. Jumpa rakan Labuan, cakap Labuan balik. Hehehe...
Heee...

3 Pilihan hadiah yang saya inginkan (kalau menang lerrr...) :

  1. Cute necklace Sponsored by NayZa Collection
  2. Vintage accessories Sponsored by Hijabers Fashion Couture
  3. Love necklace Sponsored by NayZa Collection
Last sekali, ini link Facebook saya: N Athirah Al-Labuani.

Terima kasih ^-^

Tuesday, April 3, 2012

Padah lama meninggalkan dunia blog

Hahahaha... Title tak boleh blah. Padah la sangat. Macam buat perkara buruk pula. Maksud aku sebenarnya akibat aku dah lama tak blogging dan blog walking la ni. Nak setahun kot aku tinggalkan walaupun sepanjang aku tak aktif tu aku ada pos entri yang sekadar untuk join contest.

Aku tak ada la nak cerita panjang. Just nak kongsi kebingungan aku ketika membaca komen pada entri aku di sini. Dia kata "bw here". Aku dah bingung, apesal pula bw? Beware ke? Apa yang nak hati-hati? Sibuk processor otak aku nak cari maksudnya. Puas scan memory, tiba-tiba terlintas perkataan 'blog walking'! Ah, teruknya aku! Dia kata 'blog walking here' la! Hahahaha... Teruk la kau ni TyRah!

Hehehe... done! Chow dulu...

Berhadapan dengan manusia yang menolak hadis

Pabila ulama semakin berkurangan... Tiada siapa yang berusaha membantu golongan yang kurang mengerti... Dan apabila ada orang yang berusaha menolong, ilmunya tidak secukup mereka yang lebih berpengetahuan. Atau mereka semua ingin berlepas tangan kerana bimbang dihina cerca?

-Aku sudah cuba menjalankan tanggungjawabku sebagai Islam sekadar yang aku mampu. Malangnya aku tidaklah sehebat Hilal Asyraf yang berani menegur kesilapan seorang tokoh Malaysia.
Tengah santai-santai aku online kat kedai tempat kerja aku sambil menunggu waktu kelas Aqidah Akhlak untuk semester pendek ni, aku ternampak status di wall Facebook yang mengatakan: "maaf.. aku lebih percayakan QURAN daripada HADIS.."

Tersentak aku membacanya kerana penulisnya adalah seorang yang bagi aku bagus juga agamanya. Tetapi manusia tiada yang sempurna kan selain Rasulullah. Mulanya aku terasa malas nak endahkan kenyataannya tu sebab aku tahu dia jenis berdebat tak nak kalah. Kalau dia kaji baginya betul, betullah katanya. Apabila ada yang cuba betulkan, dia akan menuduh orang itu dengan pelbagai tuduhan. Tidak kurang juga ayat makiannya yang sememangnya biadab!

Tetapi, atas dasar kasihan dan memikirkan tanggungjawab sesama Islam apabila ramai mengambil pilihan untuk mengiyakan dan membiarkan kenyataannya tu, aku pun cuba lah tegur. Aku tahu ilmu aku tidak cukup. Aku hanya ingin menyampaikan sekadar yang aku tahu. Dan aku tidak suka fahaman manusia bertambah terpesong selepas kenyataan Tun Mahathir yang lalu mengenai hukum hudud (Hadd) yang tiada di dalam Al-Quran (mungkin sebenarnya lain yang beliau maksudkan).

Eh, alih-alih aku yang kena hentam balik. Siap kata aku tak tau malu, jahil. Mak aih... aku katalah berdebat dengan orang jahil akan bertambah jahil. Jadi aku tak nak lah teruskan debat tu. Dia terasa dowh... Siap pos kat FB lagi. Yang aku confius sekarang, dia kata dia ni mualaf. Dan aku ni salah. Betul ke dia mualaf? Bukan setakat tu, dia tak nak pula terima pendapat orang.

Kisahnya apabila dia kata sebelum Rasulullah wafat, baginda berpesan untuk mengikut al-Quran dan sunnah. Bukannya hadis. Okeyh, hadis ni memanglah bukan sunnah. Tetapi hadis menceritakan sabda dan perbuatan Rasulullah. Kalau tak ada hadis, macammana nak tau kisah hidup Rasulullah dan sunnahnya? Mendengar dari mulut ke mulut seperti dongeng melayu? Dia kata, dia dapat semuanya di dalam Al-Quran. Dia kaji Al-Quran katanya. Tapi bila aku baca semua ayatnya, sama persis dengan golongan anti-hadis. Tapi dia tak mengaku dia anti-hadis.Dalam masa yang sama dia tolak hadis?

Aku tanyalah apa sunnah Rasulullah yang dia dapat dalam Al-Quran. Al-maklumlah aku tidaklah kaji Al-Quran seperti dia kaji (rasanya). Dia kata tak perlulah dia terangkan, aku boleh baca sendiri. Kalau begitu, tak perlulah Rasulullah berdakwah dengan penerangan-penerangan mengenai hukum Allah, suruh je umat baca Quran. Kalaulah semuanya ada dalam Al-Quran dan tak perlukan penerangan lain, kenapa perlu tugaskan sahabat untuk menyalin kata-kata Rasululah untuk dijadikan hadis?

Dia kata Hadis lebih kejam dari Al-Quran (pandangan dia terhadap hukuman sebat dan rejam kepada dua jenis pezina). Kejamkah Rasulullah? Tidak akan ada hukuman itu kalau tidak datang dari Allah dan Rasul-Nya. Rasulullah sendiri menjatuhkan hukuman rejam kepada penzina mukhsan (yang sudah berkahwin). Dan hukuman itu turut dijatuhkan kepada penzina perempuan yang pernah berkahwin. Dia kata Al-Quran itu lebih menjaga wanita. Kalau begitu, Rasulullah tidak menjaga wanita ke?

Dia kata, dia tidak maksudkan Rasulullah kejam. Kalau begitu, tokoh-tokoh Islam tu penipu lah? Perawi hadis tu penipu? Inilah nyatanya golongan anti-hadis. Sudahnya dia tuduh aku syiah pula. Katanya hanya syiah yang menokok tambah. Lepas tu aku dianggap taksub kepada PAS dan PKR. Politik pula? Inilah dia apabila berdebat dengan orang yang taksub kepada politik Malaysia. Hendak menyokong kerajaan, sokong la... Tapi jangan samakan perkongsian pengetahuan Islam dengan politik pula. Aku tak cerita pasal politik ok!

Katanya dia hanya berpegang pada Al-Quran dan sunnah, itu sudah baik. Tetapi bukan bermakna untuk menolak hukum yang sudah disampaikan oleh Rasulullah. Dan akhirnya aku bertanya, mana dia dapat kenyataan yang mengatakan Rasulullah bersabda sebelum wafat untuk mengikut Al-Quran dan sunnah, nescaya kamu selamat. Itukan riwayat hadis. Dia terus beralih topik (kata orang, kalah-kalahan) dan menuduh aku sembarangan. Katanya aku tak tau malu. Dia kata dia mualaf. Aku syiah. Aku mengikut dakwah PAS dan PKR. Eh, salahkan parti pembangkang pula. Dia siap mencaci-maki yang jelas-jelas telah mencemarkan imej akhlak Islamiyah. Kalau yang aku cakap tu salah, maknanya sesatlah pelajaran pengajian Islam mengenai hadis dan macam-macam lagi yang mana buku teksnya diterbitkan dalam kerajaan Malaysia sendiri? Kalau hadis itu sebenarnya sesat, kenapa tidak diharamkan penggunaan hadis tu?

Persoalan sekarang, betul ke dia mualaf? Kalau betul, tidakkah dia malu untuk menegakkan pendapatnya tentang hadis itu salah? Dalam masa yang sama dia menggunakan ayat dari hadis untuk menegakkan pendapatnya?

Aku tidak mengatakan Al-Quran itu salah, aku tidak mengatakan al-Quran itu tidak sempurna. Tetapi hadis digunakan untuk didampingi dengan Al-Quran. Untuk menjelaskan lagi hukum dalam Al-Quran. Bukan untuk menyalahkan Al-Quran.

Kalau nak menyalahkan hadis pun, tolonglah kaji Hadis tu dulu. Sama seperti untuk menjatuhkan hukuman, bukan hanya mengambil keterangan penuduh, tetapi ambil keterangan yang tertuduh juga. Kononnya dia mengkaji Al-Quran, tetapi tidak mengkaji hadis, hanya mengambil satu hadis untuk menyalahkan keseluruhan hadis.

Kalaulah korang berhadapan dengan orang macam ni, apalah pula korang buat? Aku tidaklah sehebat orang lain yang banyak pengetahuan. Kalau aku ikutkan hati aku, mahu saja aku kutuk dia. Tapi aku fikir balik, itu bukanlah akhlak yang baik sebab dah terpesong daripada niat asal aku.

Teringat zaman Rasulullah apabila ada seorang sahabat yang mengutuk seorang sahabat yang menjadi khatib dengan berdoa mengangkat tangan sedangkan Rasulullah hanya mengangkat jari. Dahsyatnya beliau mengutuk dengan mengatakan "Semoga Allah memburukkan tangannya!" Wallahualam.

CONTEST: CERITA SERAM

Assalamu'alaikum reader!

Dah lama aku tak update blog ni kan... Dah setahun berlalu masa-masa aktif aku dalam dunia blog ni. Kalau ada update pun, sikit-sikit ja. Tapi bukanlah mengenai diri melainkan contest. Haaa... Sekarang aku belum nak cerita pasal diri aku. Nanti baru aku update untuk catatan kehidupan aku. Hehehe... Sekarang ni aku nak join contest lagi. CONTEST: CERITA SERAM. Ni yang aku suka ni.

Tarikh tutup contest ni ialah 7 April 2012.

Sebelum aku mulakan kisah hantunya, aku nak tag dua orang dulu:

Ok. Ini kisahnya... (tak tau la korang baca seram atau tidak ye)

Aku ni anak sulung. Dari kecil pun dah banyak kisah-kisah berkaitan dengan makhluk ghaib ni. Kisah selepas aku lahir, sewaktu aku baby, termasuklah kisah aku berkawan dengan makhluk tu pun ada. Ketika di Labuan dulu macam-macam kisah ada. Sampai aku dah kat kolej ni pun masih ada kisah-kisahnya. Kalau nak cerita semuanya memang panjang lah kan. Untuk contest ni, aku cerita sikit je lah. Kalau nak lebih, korang request lah ye. Hahaha... Di sini aku nak cerita pengalaman aku kat kolej.

Kisahnya bermula apabila aku masuk kolej dan di tempatkan bersama kawan-kawan baru yang belum pasti asal-usul dorang. Macam biasa lah seminggu pertama kena orientasi. Tak perlulah aku ceritakan secara detail perkenalan dan keakraban kami lah kan. Di kolej ni dah macam-macam juga cerita yang aku dengar. Dan aku sendiri pun kadang-kadang dapat rasa kehadiran makhluk ghaib ni. Penglibatan kami bermula ketika aku dan dua lagi rakan sebilik (sebaya) baru balik dari jalan-jalan di Mid Valley. Al-maklumlah baru semester pertama, aku sendiri berasal dari Labuan dan dua rakan sebilikku tu berasal dari Terengganu, kira baru nak berrjinak-jinak dengan dunia bandar besar ni lah kan. Balik hostel mulanya tiada apa-apa. Cuma wajah seorang lagi rakan sebilik yang setahun lebih tua dari kami nampak tension (satu bilik ada empat penghuni). Aku pun malas nak ambil peduli kan. Jadi aku biarkan ja lah. Kami berempat buat kerja masing-masing.Sebenarnya aku pelik dengan akak tu sebab dia hempas buku, lepas tu solat, lepas solat baca Quran sambil menangis. Dia ni ada masalah dengan boyfriend ke? Tapi dia kan tiada boyfriend. Ah, lantaklah!

Aku sangka sampai situ ja kes tu. Rupa-rupanya tidak. Akak tu membebel-bebel sendiri ketika baring atas katil. Mulanya aku sangka dia tengah bertelefon. Aku toleh kat dua orang lagi kawan aku yang tengah duduk berdua kat tepi katil di hujung, dorang dah pandang pelik kat akak tu. Aku pun perhatikanlah betul-betul akak tu, dia tak bertelefon pun. Bila aku cuba rasakan aura lain kat area akak tu, baru aku terasa kehadiran sesuatu yang berunsur ghaib dan tidak baik. Kawan aku yang dua orang tu aku suruh menghadap tempat lain. Aku cuba nak halau 'benda' tu. Tapi lambat berhasil. Melekat auranya seluruh badan aku. Yang aku kesian kat kawan aku dua orang tu, takut sangat. Lari sampai lompat katil... Tak sempat ambil selipar, tersungkur depan pintu. Masalah dari jin yang datang kat akak tu la tu.

Selepas kes pertama tu, bermula lah bermacam-macam misteri di bilik hostel kami. Aku sendiri setiap pukul 1 pagi kalau aku tidur di atas katil, pasti aku akan diganggu sampai aku bangun. Lepas tu aku terpaksa turun dari katil dan tidur di lantai sebab katil aku direbut oleh 'benda' tu. Seorang kawan aku dari bilik depan boleh nampak 'benda' tu kata, dia tengok 'benda' tu main golek-golek kat katil aku. Huh! Salah seorang rakan sebilik aku pernah nampak lembaga yang entah dari mana duduk depan laptop aku, macam tengah guna laptop. Dalam laptop aku pula ada rakaman bacaan Ruqyah yang aku pasang tiap kali terdapat gangguan di bilik tu. Sejak awal semester sehingga habis semester kami terpaksa berhadapan dengan benda ghaib tu. Dan sepanjang masalah-masalah tu berlaku baru kami sedar sebenarnya benda tu 'kawan' kepada akak bilik tu. Dan yang jadi mangsa tu, kami bertiga di bilik tu. Tension betullah!

Kejadian yang paling memeningkan dan memenatkan merupakan masalah terakhir yang kami hadapi di dalam bilik tu. Malam tu malam terakhir kami menetap di bilik tu sebelum cuti semester. Akak tu seperti biasa duduk di bilik kawannya di tingkat atas. Selain tinggal kami bertiga, ada tiga orang lagi rakan dari bilik lain turut duduk di bilik kami. Malam tu kami nak tidur ramai-ramai. Semenjak kejadian gangguan-gangguan jin di bilik tu, kami (selain akak tu) dah tak tidur di atas katil aku dan akak tu (kebetulan katil aku dan dia sebelah je). Bawa tilam ke lantai, tidur di lantai ja. Jadi malam tu, ada empat bantal di lantai dan dua katil kawan aku sahaja diguna. Malam tu kitorang happy-happy lagi. Dah start ngantuk, standby la nak tidur. Ada kawan yang tutup lampu, ada yang bangun nak simpan cermin mata kat meja. Dan waktu selepas lampu di tutup tu, kawan aku (yang boleh nampak benda tu) yang tengah duduk di atas katil melompat ke tilam bawah. Waktu tu juga semua jadi menggelabah dan minta dibukakan lampu. Setelah bilik menjadi terang, baru kawan aku yang melompat tadi tu cerita dia nampak benda tu melompat dari atas locker ke atas katil akak tu. Locker dan katil akak tu memang dah jadi kawasan 'dia'.

Waktu tu mood nak tidur terus hilang. Aku pun pasang lah bacaan Ruqyah. Kemudian ambil garam yang ayah aku sediakan untuk buat pagar memisahkan kawasan tempat tidur kami dari tempat adanya benda tu. Tapi tak settle lagi. Ada jin lain pula yang datang 'berkunjung' ke bilik kami, berdiri di pintu. Kawan-kawan aku dah takut dah. Nak tidur memang tak tenang. Lampu pun dah tak nak tutup. Kami cuba juga nak tidur. Tapi benda tu mengamuk. Kedengaran bunyi hentakan lantai, lepas tu bunyi hentakan pada dinding. Ada kawan aku dengar suara perempuan menangis. Semakin kuat volume bacaan Ruqyah tu, semakin kuat juga suara amukan makhluk tu.

Akhirnya dengan suara-suara ganjil tu aku tertidur dan tak peduli apa-apa dah. Keesokkannya kami balik ke kampung masing-masing untuk cuti semester tanpa memperdulikan benda tu lagi.

Sunday, April 1, 2012

Remaja & Cinta

Remaja + Cinta = Nikah
Rasulullah bersabda: "Barangsiapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda, maka menangislah syaitan. Dan ia (syaitan) mengeluh: Aduh celaka aku, agamanya telah terpelihara dari godaanku." - Hadis Riwayat Ibnu 'Addi
"Memang cinta ada dalam jiwa kita..."

Oleh: N Athirah Al-Labuani

Ya, cinta itu memang ada dalam jiwa manusia sejak azali lagi. Sesiapa yang berkata tidak pernah memiliki atau merasa cinta itu, bermakna fikiran mereka telah mendustai mata hati mereka. Begitu juga bagi sesiapa yang berkata mereka sudah tidak punya rasa cinta. Cinta itu tidak dapat difikirkan. Sesungguhnya cinta itu hanya dapat dirasai melalui hati kita.

Cinta itu fitrah manusia… Ianya telah lama berputik di dalam jiwa kita sejak kita masih belum wujud (sebelum kelahiran kita). Semakin hari cinta itu kian merimbun… semakin ianya kita cantas, semakin ia bertunas… Rasa cinta itu tidak boleh kita nafikan. Kehadirannya di jiwa bukanlah suatu paksaan. Tidak sempurna hidup kita tanpa rasa cinta itu… Maka, carilah cinta itu di hati kamu…

Cinta itu memiliki keindahannya… Ianya mendakap erat di dalam jiwa. Sebagaimana Adam dan Hawa yang bercinta ketika di Syurga… Angkara Iblis mereka terpisah. Kerana kuatnya perasaan cinta mereka, kuatnya simpulan kasih sayang mereka, akhirnya mereka bertemu jua di dunia.

Cinta di dalam jiwa itu memiliki kesuciannya. Kerana cinta, kita dapat mengenali Pencipta kita… Kerana cinta, bertambah kuatlah ketaqwaan kita kepada-Nya. Kerana cinta, kita taat akan suruhan-Nya. Kerana cinta, kita takut pada kemurkaan-Nya.
Kerana cinta jua kita mengenali Rasul kita… Kerana cinta, kita mengasihi baginda. Kerana cinta, kita mengikuti sunnah baginda. Kerana cinta, kita memohon syafaatnya.
Dan kerana cinta, kita saling kasih-mengasihi sesama insan, sesama keluarga, sesama saudara, sesama Islam.
Al-Hubbu = Cinta = Love
Tanpa cinta, fitrah kita tidak sempurna.
Tanpa cinta Ilahi, kita hanyut tiada kembali.
Tanpa cinta Rasul kepada umatnya, kita hilang hala tuju.
Tanpa cinta keluarga, kita tidak berada di dunia ini atau kehidupan kita terabai tidak terpeduli.
Dan tanpa cinta sesama insan, kita tidak punya teman yang akan sama-sama mengharungi kehidupan sehingga ke hayat yang terakhir.

Manusia dijadikan untuk bertaqwa kepada Allah... Taqwa itulah cinta… Manusia hidup untuk berkasih sayang sesama insan… manusia yang dilahirkan telah ditentukan cinta hatinya…

Cinta manusia ada di dalam jiwa… Cinta lelaki pada wanita dipertemukan tulang rusuknya (merujuk pada kejadian Hawa daripada tulang rusuk Adam)… Tulang rusuk itu berada dekat dengan hati, dan berhampiran dengan jiwa… Wanita itu tulang rusuk lelaki. Jika seseorang lelaki kehilangan cinta dan wanita itu, umpama dia kehilangan cinta di dalam jiwa dan tulang rusuknya.

Cinta yang telah tersemat di dalam jiwa tidak boleh dipersiakan.
Mensia-siakan cinta terhadap Allah seumpama mensia-siakan agama kebenaran yang telah dikurniakan kepada makhluk di dunia ini…
Mensia-siakan cinta terhadap Rasulullah seumpama mensia-siakan risalah kebenaran yang telah baginda sampaikan kepada makhluk di dunia ini…
Mensia-siakan cinta sesama insan seumpama mensia-siakan cinta yang dianugerahkan Allah untuk makhluk yang telah dicipta-Nya berpasangan…

Cinta itu ada di dalam hati… carilah ia di situ. Jika kamu telah peroleh cinta itu, jagalah cinta itu dengan baik. Kita bukan manusia yang sempurna sepenuhnya. Sebagai insan, kita punya kekurangan. Oleh itu, jangan melihat seseorang itu dengan kecantikan atau ketampanan wajahnya, ketinggian darjatnya, harta kekayaannya, tetapi lihatlah dirinya dari hati budinya, agamanya, serta ketaqwaannya.

Sesungguhnya, apabila kamu menemui cinta kamu sesama insan itu, janganlah kamu cari lagi yang lebih baik daripada itu. Terimalah ia tanpa sekalipun menoleh kembali di belakang kamu. Kamu tidak mungkin akan peroleh cinta yang lebih baik dari yang kamu temui kerana cinta yang sempurna itu hanyalah cinta kepada Tuhan Yang Maha Esa.
"Renungkanlah... fikirkanlah... huraikanlah hujah anda..." N Athirah.
"Contest Remaja dan Cinta anjuran Muazfaris.com ditaja bersama oleh Thaiyibah.com"

*Diilhamkan dari lagu nasyid Kalimah Cinta nyanyian In-Team