Apa cerita kekok anda?
Klik sini untuk join segmen cerita kekok anda.
Tarikh tutup waktu aku tulis entri ni aku tak tau lagi. Hehehe...
Ini cerita aku:
Ok. Kisah ni berlaku pada tahun 2009 semasa mengikuti Kem Rakan Muda Jiran Muda Siri 02/09 di Karambunai, Sabah. Hari kedua kem kalau aku tak salah...
Pada pagi tersebut, kami diarahkan memakai pakaian kerja. Kira pakaian formal la. Aku dah sedia pakaian aku yang dicadangkan oleh ibu. Aku pakai baju warna krim kat dalam, luarnya lapis blazer hitam (mesti lapis juga sebab baju kat dalam tu lengan pendek sangat). Seluar pula, sluar slek warna hijau tua. Tudung warna hitam la. Siap dengan kasut kulit. Smart geng.
Kami diarahkan berbaris mengikut kumpulan. Tapi berganti-ganti la. Mula-mula lelaki dipanggil berbaris kat kem utama. Lepas tu perempuan. Waktu kami perempuan diarahkan berbaris, ada beberapa lelaki (yang terpilih kot) diarahkan berkumpul satu tempat yang ada meja dan kerusi. Tengah baru berbaris tu, tiba-tiba Mami (salah seorang urusetia lelaki time kem) tunjuk aku dan isyaratkan aku untuk berdiri sebaris dengan beberapa perempuan yang dipilih sebelum aku. Pelik juga. Apa kes ni? Aku ada buat silap ke? Dah cukup, kami dibawa ke tempat kumpulan lelaki 'terpilih' tu dan diarahkan memilih pasangan masing-masing. Hah?!
Kat kumpulan lelaki tu, ada salah seorang rakan sekelas aku, sH@ReeN. Dia suruh aku pilih dia. Lepas tu ada seorang lelaki yang waktu tu aku tak tau namanya suruh aku pilih dia. Bingung wo. Lelaki tu pakai baju lebih kurang macam aku. Dia pakai kemeja putih berjalur biru, dilapis dengan blazer. Macam peguam. Akhirnya, Mami tu sendiri pasang-pasangkan kami. Dan aku dapat dengan lelaki tu. Kebetulan pula hanya kami berdua pakai pakaian macam tu. Hohohoho...
Lepas tu, korang nak tau kami diarahkan apa? Tak nak tau, tak payah baca k. Hehehe...
Kami diarahkan berlakon jadi pasangan ala-ala couple!!! Adoi nah! Siap kena suruh jadi romantik, geng! O.o
Aku bukan la tak pernah ada kekasih. Tapi, aku tak pernah dating sebab ex-boyfriend(s) aku semuanya orang jauh. Bukan Labuan. Hohohoho...
Dalam tempoh perkenalan tu, aku tau nama dia Saiful Mahmud (nama bapa dia macam nama bapa kepada ayah aku, arwak nenek Mahmud). Aku tanya la dia, dia pandai ka nak romantik-romantik ni? Dia pun tak tau katanya. Huhu... Tapi, aku rasa dia pandai... Hehehe...
Kami berkenalan, tanya macam-macam. Waktu tu aku tingkatan empat, dia tingkatan tiga. Tapi umur dia macam aku sebenarnya. Terus-terang la... Tinggi aku paras dada dia ja. Hahahahaha... Tinggi aku kan hanya 144cm.
Al-maklumlah aku tak pernah dating. Tu yang kekok tu. Saiful ajak aku duduk, aku ikut. Tapi, tak nak rapat. Aku duduk kat tepi ja. Sampaikan dia tegur aku, bimbang jatuh. Malu la nak duduk rapat-rapat. Dia bukan boyfriend aku. Hahaha... Boleh dikatakan, macam-macam dia tegur aku. Aku ni lagi jenis tak boleh bertentangan wajah dengan lelaki. Malu siot! Bila dia ajak aku 'dating' kat tepi air (Karambunai tu kawasan pantai), aku ikut ja. Dia bawa aku kat bawah pokok, aku ikut juga. Hahahaha... Dia tengok pokok tu ada semut, dia tak suruh aku sandar kat situ. Aku ni pula semua nak diturut. Waktu minum pagi, aku tak minum teh. Jadi, aku ambil air suam ja. Dia pula sibuk nak tolong bawa. Aku ni pula, tak tau nak kata apa dah.
Waktu hanya berdua tu masih ok. Dugaan seterusnya, waktu disoal siasat oleh Mami. Dugaan beb! Kami kena bising-bising ja. Mami tanya Saiful, aku suka warna apa (information: I like black colour). Saiful jawab biru (dia ingat warna kegemarannya saja). Mami bising-bising la... sebab tak ada tanda-tanda aku minat sangat warna biru melalui pakaian aku. Aku ni mengiyakan saja sebab Saiful cakap, apa-apa, iyakan saja. Mami tanya aku, Saiful minat warna apa, aku jawab la biru. Sebab baju dia berjalur biru. Jawapan aku ok.
Cita-cita pula, Saiful nak jadi peguam sivil. Bila Mami tanya Saiful aku nak jadi apa, dia bagi aku kerja kat Pustaka Melayu!!! Dia suruh aku angkat gas ke apa! Aku kata Dewan Bahasa dan Pustaka la!!! Bukan main Mami tu bising. Teruk...teruk...
Lepas kes tu, kami semua 'pasangan terpilih' ni diarahkan buat catwalk depan peserta kem yang lain. Habislah! Siap kena suruh buat macam pasangan kekasih pula tu... Adooiiiiyaiiii... Dah tu, pasangan pertama yang Mami panggil, adalah kami! Siap kena bagitau si lelaki suruh awek dia kerja kat Pustaka Melayu. Malunya... Pustaka Melayu ada kat Labuan. Jual entah apa-apa barang. Segala gas, kedai peralatan kalau tak salah.
Apa kami buat? Catwalk ja la... Nasib baik baju dia lengan panjang. Pegang la lengan dia sambil jalan. Panas rasanya wajah aku waktu tu. Aku lagi tak pandai nak jadi model macam tu. Rasanya, hancur image aku... Huhuhuhu...
Aku sangka dugaan tu habis sampai situ ja. Rupa-rupanya tak habis lagi! Kami disuruh menari ikut rentak lagu yang dipasang. Menari sepasang-sepasang. Mati gue! Yang teruk gila, pasangan pertama tu kena pada kami lagi! Nak-nak kena bagi pula lagu Kuch Kuch Ho Tahe. Kenak la kau TyRah menari di sana! Aku pun menari ja la ikut rentak Saiful. Puas dorang main-mainkan kami. Memang jadi bahan ketawa la kmi. Aku tak pandai menari!! Kena lagi lagu macam ni. Kalau korang magi lagu rancak sikit, tak apa la. Aduiii... Part last, abang urusetia tu nak buka butang blazer Saiful yang baru sebelum menari tu aku dah tolong butangkan (atas permintaan Saiful). Saiful pun tolong la buka butang. Dorang nak buka baju tu, Saiful ikut ja. Lepas tu Saiful sangkut ja kat lengan dia sambil menari. Punya la sowt waktu tu. Rupa-rupanya dorang nak Saiful buang baju tu. Hohoho... Teruk gila time tu. Aku pun tak tau nak kata apa. Aku rasa tarian aku waktu tu kaku gila. Hahahaha... dan aku pun tak pandai nak romantik-romantik ni. Gila punya kisah. Sampai sekarang aku ingat lagi.
Begitulah kisah aku yang panjang berjela... entah pembaca faham atau tidak. Hahahaha...
mak aii...kalo atq pun..kekok gak kot.hahaha..dah la kurang kenal..
BalasPadamhahaha... comel giler...
BalasPadam@Forever Love,
BalasPadambukan lagi kurang kenal. memang tak kenal pun. hahaha...
@Jo Qusary,
BalasPadamhohoho...apanya comel?