Pantai Contest By Mr.K ni tutup pada 7 Februari 2011 Jam 12.01 pagi.
3 Pemenang dicari.
Hadiah suprise dari SABAH!!!
Nak join, sila klik sini.
Aku tag:
Norgadis Labuan
Nurcahaya Atikah
Puteri Mahsuri
Okay! Ini gambar aku:
Hohoho... merenung apa tu? Dalam gambar tu, aku berada di Pantai Kampung Tanjung Aru, Labuan pada 3 Februari 2011 (Khamis) Tahun Baru Cina. Aku bersama keluarga menjalankan aktiviti piknik sambil mencari ramis (remis) dan kerakas / kerang...
Sebenarnya waktu tu aku sakit. Sampai sahaja di pantai, lepas pasang khemah, aku terus baring dalam khemah. kepala aku tersangat-sangat sakit macam kena tekan. Jadi, aku tak la mandi pantai dan mencari kerakas atau ramis. Waktu gambar ni ditangkap, sakit aku dah agak kurang. Sebab tu aku boleh jalan-jalan kejap.^-^
Nampak tak kat perahu-perahu kat latar gambar aku tu. Ada perahu yang mengibarkan bendera wilayah. Wah! Semangat Hari Wilayah juga kan nelayan kat W.P Labuan ni. Hehehe...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan yang anda hantar akan menunggu masa untuk diapprove oleh penulis...
Harap maklum...