Friday, February 12, 2010

Aku Ingin Pergi!

Aku tak tahu kenapa ayat di atas sentiasa berada difikiranku ke mana saja aku berada buat masa ni. Entah disebabkan tekanan atau tidak, aku pun tak pasti.

Pagi tadi selepas aktiviti PJK di Gym, aku dan rakan-rakan sekelas yang lain berada di kelas untuk matapelajaran Prinsip Akaun. Bagi yang drop Prinsip Akaun, dorang dah minta kebenaran untuk pergi ke Makmal Komputer. Ada juga pelajar yang tak ambil Prinsip Akaun tetap berada di dalam kelas. Jadi, pelajar di kelas aku waktu tu taklah ramai.

Sejak beberapa hari kebelakangan ni aku asyik bingung saja. Semua perkara jadi kelam-kabut. Kadang rasa macam sedih, macam tidak juga. Kadang rasa macam demam, macam tidak juga. Kadang-kadang tu sakit lagi... tapi, macam tidak juga. Bengang plus bingung aku.

Tadi lagi, masa matapelajaran Prinsip Akaun, aku rasa macam tak tenteram saja. Kalau dah macam tu, aku rasa nak conteng-conteng sesuatu saja. Last-last, aku ambil kertas kajang sekeping. Perkataan pertama yang aku tulis ialah 'Athirah' dalam tulisan jawi berupa tanda tangan aku. Lepas tu aku bulatkan. Di bawahnya aku tulis 'Aku ingin pergi!' juga dalam tulisan jawi. Lepas tu aku bingung lagi. Nak tulis apa lagi?

Tiba-tiba teringat lagu "Bila Cinta Didusta" nyanyian Screen. Terus aku tulis liriknya di atas kertas dan muka yang sama, juga dalam tulisan jawi. Bila dah asyik menulis tu, seronok pula rasanya. Tapi, tiba-tiba pula aku tersalah tulis ejaannya, terus aku ambil kertas baru dan ulang lagi apa yang aku tulis tadi. Sampailah habis. Lepas tu aku tambah sedikit ayat di atas kertas tu untuk memuaskan hatiku.

Di bawah ni lah hasil tulisan aku. Aku scan. Mungkin agak kabur. Tulisan aku juga tidak begitu cantik dan mungkin tidak kemas. Tapi, bila melihat tulisan ni, aku berasa lebih tenang dan lebih menyukainya. Sebab aku lebih suka tulisan jawi berbanding tulisan rumi. Aku bercita-cita ingin memperbaiki tulisan aku, insya-Allah.
 

No comments:

Post a Comment

Ulasan yang anda hantar akan menunggu masa untuk diapprove oleh penulis...
Harap maklum...