Selasa, 3 April 2012

CONTEST: CERITA SERAM

Assalamu'alaikum reader!

Dah lama aku tak update blog ni kan... Dah setahun berlalu masa-masa aktif aku dalam dunia blog ni. Kalau ada update pun, sikit-sikit ja. Tapi bukanlah mengenai diri melainkan contest. Haaa... Sekarang aku belum nak cerita pasal diri aku. Nanti baru aku update untuk catatan kehidupan aku. Hehehe... Sekarang ni aku nak join contest lagi. CONTEST: CERITA SERAM. Ni yang aku suka ni.

Tarikh tutup contest ni ialah 7 April 2012.

Sebelum aku mulakan kisah hantunya, aku nak tag dua orang dulu:

Ok. Ini kisahnya... (tak tau la korang baca seram atau tidak ye)

Aku ni anak sulung. Dari kecil pun dah banyak kisah-kisah berkaitan dengan makhluk ghaib ni. Kisah selepas aku lahir, sewaktu aku baby, termasuklah kisah aku berkawan dengan makhluk tu pun ada. Ketika di Labuan dulu macam-macam kisah ada. Sampai aku dah kat kolej ni pun masih ada kisah-kisahnya. Kalau nak cerita semuanya memang panjang lah kan. Untuk contest ni, aku cerita sikit je lah. Kalau nak lebih, korang request lah ye. Hahaha... Di sini aku nak cerita pengalaman aku kat kolej.

Kisahnya bermula apabila aku masuk kolej dan di tempatkan bersama kawan-kawan baru yang belum pasti asal-usul dorang. Macam biasa lah seminggu pertama kena orientasi. Tak perlulah aku ceritakan secara detail perkenalan dan keakraban kami lah kan. Di kolej ni dah macam-macam juga cerita yang aku dengar. Dan aku sendiri pun kadang-kadang dapat rasa kehadiran makhluk ghaib ni. Penglibatan kami bermula ketika aku dan dua lagi rakan sebilik (sebaya) baru balik dari jalan-jalan di Mid Valley. Al-maklumlah baru semester pertama, aku sendiri berasal dari Labuan dan dua rakan sebilikku tu berasal dari Terengganu, kira baru nak berrjinak-jinak dengan dunia bandar besar ni lah kan. Balik hostel mulanya tiada apa-apa. Cuma wajah seorang lagi rakan sebilik yang setahun lebih tua dari kami nampak tension (satu bilik ada empat penghuni). Aku pun malas nak ambil peduli kan. Jadi aku biarkan ja lah. Kami berempat buat kerja masing-masing.Sebenarnya aku pelik dengan akak tu sebab dia hempas buku, lepas tu solat, lepas solat baca Quran sambil menangis. Dia ni ada masalah dengan boyfriend ke? Tapi dia kan tiada boyfriend. Ah, lantaklah!

Aku sangka sampai situ ja kes tu. Rupa-rupanya tidak. Akak tu membebel-bebel sendiri ketika baring atas katil. Mulanya aku sangka dia tengah bertelefon. Aku toleh kat dua orang lagi kawan aku yang tengah duduk berdua kat tepi katil di hujung, dorang dah pandang pelik kat akak tu. Aku pun perhatikanlah betul-betul akak tu, dia tak bertelefon pun. Bila aku cuba rasakan aura lain kat area akak tu, baru aku terasa kehadiran sesuatu yang berunsur ghaib dan tidak baik. Kawan aku yang dua orang tu aku suruh menghadap tempat lain. Aku cuba nak halau 'benda' tu. Tapi lambat berhasil. Melekat auranya seluruh badan aku. Yang aku kesian kat kawan aku dua orang tu, takut sangat. Lari sampai lompat katil... Tak sempat ambil selipar, tersungkur depan pintu. Masalah dari jin yang datang kat akak tu la tu.

Selepas kes pertama tu, bermula lah bermacam-macam misteri di bilik hostel kami. Aku sendiri setiap pukul 1 pagi kalau aku tidur di atas katil, pasti aku akan diganggu sampai aku bangun. Lepas tu aku terpaksa turun dari katil dan tidur di lantai sebab katil aku direbut oleh 'benda' tu. Seorang kawan aku dari bilik depan boleh nampak 'benda' tu kata, dia tengok 'benda' tu main golek-golek kat katil aku. Huh! Salah seorang rakan sebilik aku pernah nampak lembaga yang entah dari mana duduk depan laptop aku, macam tengah guna laptop. Dalam laptop aku pula ada rakaman bacaan Ruqyah yang aku pasang tiap kali terdapat gangguan di bilik tu. Sejak awal semester sehingga habis semester kami terpaksa berhadapan dengan benda ghaib tu. Dan sepanjang masalah-masalah tu berlaku baru kami sedar sebenarnya benda tu 'kawan' kepada akak bilik tu. Dan yang jadi mangsa tu, kami bertiga di bilik tu. Tension betullah!

Kejadian yang paling memeningkan dan memenatkan merupakan masalah terakhir yang kami hadapi di dalam bilik tu. Malam tu malam terakhir kami menetap di bilik tu sebelum cuti semester. Akak tu seperti biasa duduk di bilik kawannya di tingkat atas. Selain tinggal kami bertiga, ada tiga orang lagi rakan dari bilik lain turut duduk di bilik kami. Malam tu kami nak tidur ramai-ramai. Semenjak kejadian gangguan-gangguan jin di bilik tu, kami (selain akak tu) dah tak tidur di atas katil aku dan akak tu (kebetulan katil aku dan dia sebelah je). Bawa tilam ke lantai, tidur di lantai ja. Jadi malam tu, ada empat bantal di lantai dan dua katil kawan aku sahaja diguna. Malam tu kitorang happy-happy lagi. Dah start ngantuk, standby la nak tidur. Ada kawan yang tutup lampu, ada yang bangun nak simpan cermin mata kat meja. Dan waktu selepas lampu di tutup tu, kawan aku (yang boleh nampak benda tu) yang tengah duduk di atas katil melompat ke tilam bawah. Waktu tu juga semua jadi menggelabah dan minta dibukakan lampu. Setelah bilik menjadi terang, baru kawan aku yang melompat tadi tu cerita dia nampak benda tu melompat dari atas locker ke atas katil akak tu. Locker dan katil akak tu memang dah jadi kawasan 'dia'.

Waktu tu mood nak tidur terus hilang. Aku pun pasang lah bacaan Ruqyah. Kemudian ambil garam yang ayah aku sediakan untuk buat pagar memisahkan kawasan tempat tidur kami dari tempat adanya benda tu. Tapi tak settle lagi. Ada jin lain pula yang datang 'berkunjung' ke bilik kami, berdiri di pintu. Kawan-kawan aku dah takut dah. Nak tidur memang tak tenang. Lampu pun dah tak nak tutup. Kami cuba juga nak tidur. Tapi benda tu mengamuk. Kedengaran bunyi hentakan lantai, lepas tu bunyi hentakan pada dinding. Ada kawan aku dengar suara perempuan menangis. Semakin kuat volume bacaan Ruqyah tu, semakin kuat juga suara amukan makhluk tu.

Akhirnya dengan suara-suara ganjil tu aku tertidur dan tak peduli apa-apa dah. Keesokkannya kami balik ke kampung masing-masing untuk cuti semester tanpa memperdulikan benda tu lagi.

2 ulasan:

  1. thank sbb sudi join,,, :)..link entry anda akan syaf masukkan dalam update kontest...

    lama tak singgah kat blog syaf yea...

    BalasPadam
  2. terima kasih kembali :)
    hehe... lama xsinggah... sbb lepas masuk kolej dah xaktif blogging... buka blog pun susah.. kebetulan waktu manage blog2 yg sy follow, terjumpa blog syaf. tu yg join terus.. hee...

    BalasPadam

Ulasan yang anda hantar akan menunggu masa untuk diapprove oleh penulis...
Harap maklum...